Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 10 January 2013

Budak Merana, Kakinya Tersepit Kulitnya Disiat Di Eskalator



JOHOR BAHRU  –  “Mama, papa, kaki Fathur tersepit ni!“ jerit seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang patah tulang jari kaki kirinya manakala kulit bahagian berkenaan tersiat selepas tersepit di eskalator sebuah pasar raya di Kota Tinggi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa, Muhamad Fathur Rahman Fadhel tersepit kakinya ketika menuruni eskalator terbabit bersama ibu bapa dan adik perempuannya berusia lima tahun. Lebih mengerikan, bapanya, Fadhel Ahmad, 32, terpaksa menarik kaki mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik bagi menyelamatkannya.

Menceritakan detik cemas itu, ibu mangsa, Nor Fadilah Anuar, 32, berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga ke pasar raya terbabit untuk menghantar stok bekalan makanan yang diletakkan di sebuah kedai di situ.

“Selepas selesai menghantar stok makanan, kami berempat menuruni aras satu pasar raya berkenaan sebelum Fathur tiba-tiba menjerit sekuat hati mengatakan kakinya tersepit.

“Kami panik sebelum suami memberanikan diri menarik kaki kiri Fathur yang tersepit itu,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan, di sini, semalam.

Menurut Nor Fadilah, dia semakin panik selepas ternampak tulang selain kulit kaki anaknya tersiat.
Katanya, ketika itu, dia melihat Muhamad Fathur Rahman yang juga murid Sekolah Kebangsaan Pasak, Kota Tinggi menahan kesakitan sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT).

“Kakitangan HKT mendapati kaki Fathur patah menyebabkan dia dirujuk ke HSI untuk dibedah.
“Saya dan keluarga berjumpa dengan pengurusan pasar raya terbabit tengah hari semalam bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan kejadian,” katanya.

Menurut Nor Fadilah, ketika kejadian, tiada seorang pun wakil pengurusan pasar raya terbabit yang membantu mereka sekeluarga.

Katanya, lebih mengejutkan, dia dimaklumkan kejadian itu tidak diberitahu kepada pengurusan.
“Ketika kejadian, ada lima pengawal keselamatan berada di luar bangunan pasar raya itu dan tidak logik sekiranya mereka hanya mendiamkan diri serta tidak memaklumkan kejadian kepada pihak atasan.
“Kami sekeluarga berharap keadaan Fathur bertambah baik selepas pembedahan dilakukan malam tadi,” katanya.

Menurut Nor Fadilah, kejadian itu memberi tamparan hebat buatnya serta suami dan mereka akan lebih berhati-hati selepas ini bagi mengelak kejadian sama berulang.

Wakil pengurusan pasar raya itu ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah melawat Muhamad Fathur Rahman di HSI untuk melihat sendiri keadaan kanak-kanak berkenaan.

“Ada sedikit salah faham berkaitan kejadian ini dan kami akan berbincang dengan keluarga kanak-kanak itu bagi mencari penyelesaian,” katanya enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.  – Harian Metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...