Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 15 March 2013

HOT & Terkini !!! Punca Sabah Huru Hara didedahkan !!!


Ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini dilihat semakin terdesak, semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi perdana menteri tercapai apabila sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja tindakan sehingga menyemai sentimen kebencian malah menghasut penyokong pakatan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Ketika menghadiri satu siri ceramah mereka di Seremban baru-baru ini, penulis terkejut dan tidak sama sekali menyangka bahawa Anwar telah menyalahtafsirkan buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' sebagai rujukan menghalalkan penentangan rakyat terhadap kerajaan.

Ucapan pemimpin ‘anugerah tuhan’ (gelaran yang dikurniakan oleh isteri tercinta) itu seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi" dengan cuba "mengekploitasikan" karya tersebut. Rakyat diajak untuk menerima tafsiran jijik yang dibuat Anwar bahawa kebangkitan rakyat menetang kerajaan adalah merupakan satu perkara yang dibenarkan Islam.

Hujah yang disandarkan kepada ulama Islam tersohor itu telah dilacurkan oleh Anwar bagi untuk menyakinkan rakyat, kononnya tindakan mereka bukanlah perkara yang keji malah merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam. Sedangkan di masa yang sama Anwar gagal menerangkan secara keseluruhan pandangan ulama tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan rakyat, jenis pemerintahan yang bagaimana perlu ditolak, dalil apa yang perlu diguna pakai dan sebagainya?

Walhal secara rational dan warasnya senario di ‘arab spring’ amat berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan negara ini. Setiap perbandingan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara adil dan menyeluruh ‘apple-to-apple comparison’. Apakah dikira adil sekiranya kita membandingkan antara kancil dengan gajah? Malah di dalam Islam sendiri mentafsirkan pengertian adil itu membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Di dalam disiplin pengajian ilmu sebagai contoh, kita dituntut agar memahami sesuatu perkara itu secara keseluruhan dan bukan hanya mencedok setengah dan meninggalkan yang lain. Malah pepatah Inggeris juga ada menyebut ‘don’t judge a book by its cover’ yang membawa maksud penilaian sesuatu buku hendaklah dibuat secara menyeluruh dan memahami apa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.

Dalam ucapan tersebut, Anwar dilihat sudah berkira-kira bahawa mereka akan tewas dan mustahil untuk mengekalkan momentum seperti yang diperolehi di dalam PRU12. Tambahan pula masih banyak lagi perkara yang terkandung di dalam ‘manifesto bukan janji’ yang dibentangkan pada 2008 lalu, gagal dilaksanakan sehingga kini.

Maka dengan semua insiden yang berlaku di dalam negara seperti nyanyian ‘Sabah Nak Hilang’, perjumpaan dengan Nur Misuari, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, kenyataan-kenyataan bersifat provokasi dan sebagainya adalah antara faktor penting yang perlu diberi perhatian serius.

Malah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad turut menggesa pelbagai pihak agar memandang serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang berhasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir sekiranya gagal dalam percubaan untuk menjadi Perdana Menteri.

Memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang turut mendedahkan, perancangan jahat pembangkang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian seterusnya meletakkan kesalahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijadikan sebagai korban kambing hitam

Menurut Timbalan Perdana Menteri, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Jelas Muhyiddin, pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata kerana beliau sendiri telah melihat beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Anwar dan parti pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak.

SUMBER:  http://www.jeringdaily.com/2013/03/sabah-nak-hilang-antara-pendekatan.html#ixzz2Nb1OrlG1

Terkini !!!Dalang Lahad Datu Telah didedahkan !!!






Perhimpunan mendedah dan mendesak dalang di sebalik pencerobohan bersenjata pengganas Sulu disiasat dan di bawa ke muka pengadilan. Perhimpunan diadakah sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Negara.

 Antara yang hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hasan Ali; Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Terkini dan HOT !!! Org Filipinan Pendendam dengan ...



Budaya balas dendam orang Selatan Filipina cetus kebimbangan trajedi Lahad Datu berulang...

Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu berulang kembali pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, beliau berkata pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara dan inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang kembali.

"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang kembali, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat itu).

"Budaya ini melibatkan keturunan juga masa ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," katanya kepada Bernama Khamis.

Anggota keselamatan Malaysia sehingga kini menembak mati 56 pengganas. Tragedi itu juga mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia.

Ahmad Zahid berkata budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina seperti pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu itu menyebabkan pengganas Sulu bertindak membalas dendam kepada Malaysia pada masa hadapan.

"Kalau itu berlaku di kalangan mereka tidak mustahil berlaku di negara kita. Bagaimana jaminan (tragedi itu tidak berulang) dapat dilakukan sedangkan mereka punyai budaya balas dendam. Kerana itu pentingnya kita wujudkan ESSCOM bagi memastikan ini tidak berlaku," katanya.

Ditanya tentang rasional Malaysia bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina bagi menghapuskan ancaman itu secara terus di puncanya, beliau berkata tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.

"Pertama kalau kita masuk ke Filipina ke kawasan mereka, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya dengan kita di Malaysia. Jadi kedaulatan kedua-dua negara ini perlu dihormati.

"Kedua kita berbalik kepada budaya membalas dendam itu sendiri. Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Filipina kerana sentiasa bekerjasama erat dengan Malaysia dalam menyelesaikan tragedi itu serta memastikannya tidak berulang kembali seperti usaha menyekat pengganas Sulu daripada memasuki Malaysia.

Terdapat cadangan di kalangan rakyat Malaysia supaya pemimpin pengganas itu Jamalul Kiram diekstradisi ke Malaysia bagi didakwa di mahkamah negara ini, dan mengulas cadangan itu beliau berkata atas nama kebersamaan negara Asean, Malaysia boleh meminta Filipina untuk berbuat demikian.

"Kita pernah hantar Nur Misuari (pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ke Filipina atas semangat Asean. Oleh demikian kalau Jamalul Kiram boleh ditahan dan diambil tindakan itulah sebaiknya.

"Jamalul Kiram rakyat Filipina tetapi jenayah dilakukan di Malaysia, jadi atas nama kebersamaan sebagai negara Asean kita boleh meminta Filipina bawa beliau bagi didakwa di Malaysia. Namun itu bukan atas kuasa Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara kendalikan," katanya.

Beliau berkata ada kewajaran terdapat cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Mungkin akta dan seksyen itu sesuai tetapi kita serahkan kepada Peguam Negara akta mana paling sesuai digunakan. Apapun saya tegaskan pengganas yang kita tahan di Malaysia itu akan diambil tindakan perundangan sewajarnya.

"Kesalahan mereka itu dilakukan di negara kita jadi tindakan mahkamah dan perundangan mesti dilakukan di negara kita. Ia akan tertakluk kepada undang-undang di sini, kita menggangap mereka adalah penceroboh," kata Ahmad Zahid.

Sehingga kini 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan.

Beliau turut ditanya tentang golongan tegar pembangkang yang hanya mempercayai fitnah dan tohmahan dilempar pemimpin pembangkang dan langsung tidak mempercayai maklumat disalurkan kerajaan tentang insiden itu.

Ahmad Zahid menegaskan masalah yang dihadapi di Lahad Datu sekarang bukan masalah politik sebaliknya masalah keselamatan negara dan seharusnya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu.

"Ini merupakan hasil proses mentaksubkan pengikut yang hebat dilakukan pembangkang, budaya kebencian disemai di kalangan penyokong tegar mereka. Apa sahaja dibuat oleh kerajaan satu pun tidak positif.

"Saya harap mereka hormati profesionalisme Polis Diraja malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau mereka kata ATM atau PDRM tak sekuat mana, silakan ke Lahad Datu lihat sendiri. Saya bawa jika benar mereka ada semangat patriotik. Sehingga sekarang tiada seorang pun (ingin ke Lahad Datu)," katanya

[TERKINI] P Bala Meninggal Dunia ???

NONE

SUMBER MALAYSIAKINI

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.


Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.

Terkini !!! Kg Sungai Nyamuk Dihujani Motar ?


Pasukan keselamatan mula membedil lokasi persembunyian pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, FELDA Sahabat 22 dekat sini, menggunakan mortar.

Bedilan bertalu-talu itu bertujuan memaksa saki baki pengganas keluar dari tempat persembunyian mereka.

Kampung Sungai Nyamuk kini menjadi sasaran pasukan keselamatan selepas pertempuran dengan kumpulan pengganas di kampung itu, Selasa lalu, mengorbankan Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyerang lokasi spesifik yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas di kampung itu selepas mereka melarikan diri dari Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

“Kita melancarkan serangan mortar dulu sebelum melakukan operasi mencari dan menggeledah.

“Bagaimanapun, sejak petang semalam  tiada pertempuran dengan pengganas.

“Kita percaya mereka masih bersembunyi di kampung itu,” katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.

Allahyarham Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan lima pengganas Sulu di kawasan ladang kelapa sawit di kampung itu pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu.

Beliau yang ditugaskan sebagai ‘pointer’ iaitu anggota tentera paling depan dalam kumpulannya untuk menjejaki musuh, dipercayai ditembak penembak tepat musuh.

Allahyarham dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau, Sabah dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan gugur di tempat kejadian. Dua pengganas berjaya dibunuh pasukan keselamatan dalam pertempuran itu.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini memperkecil kawasan kepungan di Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu, selain meneruskan operasi mencari dan menggeledah di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Tanjung Labian.

[HOT] Mantan Aktivis Pelajar Balun Tindakan Tian Chua !!!


Saya ingin respon dan menyatakan pandangan peribadi saya mengenai PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.


Melihatkan kepada peristiwa yang telah menggemparkan Malaysia ini dan telah mengorbankan 10 orang pasukan keselamatan negara membuatkan saya terfikir sejenak, membuatkan saya menilai masyarakat di sekeliling saya terutamanya di media sosial ini juga di alam nyata bahawa mereka mula buka mata dan sedar akan kepentingan pasukan PDRM,ATM seterusnya pasukan keselamatan negara yang lain.



Walau ada masih yang mengutuk,mencaci,menghina,menjebikkan bibir seolah-olah semua perkara yang dilakukan oleh Pasukan Keselamatan Kerajaan Malaysia ini tumpul, tidak cekap, maka bermacam-macam pandangan dan idea dari segenap ceruk masyarakat dilontarkan.


Mengapa begini,kenapa tidak begini?kenapa begitu,bodohnya begitu??dan sebagainya. Namun jauh dari sudut saya melihat, ramai yang mula sedar, mula rasa takut, mula rasa pentingnya pasukan keselamatan ini bagi melindungi negara Malaysia dari diceroboh yang akhirnya mungkin akan mengundang malapetaka kepada keluarga mereka sendiri terutamanya. 



Beberapa ketika yang lepas, Polis, angkatan keselamatan negara pernah dicaci, dimarahi tapi hari ini dipuji,dibanggakan. Walau pada saat dan ketika ini masih ada kumpulan minoriti yang masih membenci mereka. Ingatlah wahai keluarga, sahabat,guru-guru, pensyarah-pensyarah,kakitangan kerajaan,swasta,peniaga-peniaga,anak muda dan masyarakat Malaysia, sesungguhnya kita tidak mahu negara kita dijajah lagi.


Kita tidak mahu negara kita tidak aman.kita tidak mahu negara kita kucar kacir. Sedar tidak sedar, sekumpulan masyarakat di Malaysia sebelum ini cuba meracuni, mendoktrinisasi minda melalui persepsi untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan menghilangkan rasa percaya kepada: 



1)Institusi KESELAMATAN NEGARA 


2)Institusi PERUNDANGAN NEGARA & PERLEMBAGAAN serta 

3)Institusi AGAMA.

Kalaupun kalian tidak mahu berfikir secara berfakta,cukuplah berfikir secara logik akal.Saya diajar dan belajar dari mereka yang pernah membuat kesilapan,agar saya tidak mudah silap



CM Mantan Aktivis Pelajar.


SUMBER

Terkini !!!Filipina Failkan Pertuduhan Jenayah Terhadap 'Tentera Diraja' Sulu??


Jabatan Keadilan Filipina akan memfailkan pertuduhan jenayah terhadap 38 orang yang dipercayai menjadi 'tentera diraja' dan pengikut Sultan Sulu.

Setiausaha Keadilan Leila Delima berkata kes provokasi untuk berperang, motif untuk membuat serang balas, memiliki senjata api secara haram dan melanggar larangan senjata api yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (Comelec) akan difailkan sebelum perbicaraan pada Jumaat.

Beliau berkata prosiding inkues terhadap 38 mereka telah diadakan petang Khamis.

Prosiding inkues adalah penyiasatan formal dan ringkasan yang dijalankan oleh pendakwa raya dalam kes jenayah yang melibatkan orang-orang yang ditangkap tanpa waran dengan tujuan menentukan sama ada dia perlu kekal di bawah jagaan dan akan didakwa di mahkamah.

38 mereka akan ditahan di Panlima, Tawi-Tawi, kata De Lima.

Mereka dikatakan menjadi pengikut Raja Muda Agbimuddin Kiram yang telah dipintas oleh Tentera Laut Tawi-Tawi pada Rabu dengan memeiliki senjata selepas dilihat melarikan diri dari Sabah.

Pintasan terhadap kumpulan itu dibuat sebulan selepas Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya melintasi Lahad Datu dari Tawi-Tawi melalui bot laju pada 9 Februari sebagai membuat tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Lebih 60 orang dilaporkan terbunuh sejak itu, sembilan daripada mereka anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Kapal Tentera Laut Filipina PS38 memintas bot pertama yang membawa 18 lelaki dan seorang wanita di perairan Pulau Omapoy pada pukul 6.35 pagi Rabu.

Bot kedua yang mengangkut 18 yang lain di perairan Pulau Andulingan dihentikan kira-kira sejam kemudian.

Kedua-dua pulau berada dalam kumpulan Tawi-Tawi, kata De Lima.

De Lima berkata mereka dikenal pasti sebagai ahli RSF, dan ini telah disahkan oleh beberapa saksi. Agbimuddin tidak berada di kalangan mereka.

"Daripada tanda-tanda ini mereka berkemungkinan adalah sebahagian daripada kumpulan Raja Muda yang pergi ke sana dan kemudian terlibat dalam konflik dengan pasukan Malaysia dan kemudian kembali ke sini, dan salah seorang daripada mereka telah tercedera,'' De Lima memberitahu sidang akhbar pada Rabu.

Pengikut Agbimuddin telah dibawa ke kem tentera laut di bandar Panglima Sugala di Tawi-Tawi dan disoal siasat oleh pasukan dari Biro Penyiasatan Kebangsaan dan Penyiasatan Jenayah Polis dan Kumpulan Polis Detektif Kebangsaan Filipina. - Philippine Daily Inquirer / ANN


[HOT] Pengganas Sulu Beri ugutan pada penduduk setempat !!!



Pengganas Sulu yang kini semakin kekurangan sumber makanan dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian dan menemui penduduk kampung, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan bekalan air minuman.

Ini berikutan tiga laporan polis dibuat penduduk kampung memaklumkan mereka didatangi pengganas Sulu yang meminta diberikan air minuman di beberapa lokasi berasingan dalam gugusan Felda Sahabat dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu.

Seorang penduduk tempatan memberitahu, dia didatangi tiga pengganas Sulu ketika mengutip buah kelapa sawit di Felda Sahabat 45, jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

“Seorang daripada mereka berkata kepada saya, jangan takut...saya cuma jalan-jalan cari air,” katanya.

Menurutnya, sebelum lelaki itu muncul dia terkejut apabila dibaling buah sawit sebanyak dua kali.

Pengganas akan bertindak lebih kejam jika kemahuan mereka tidak diikuti iaitu dengan membakar rumah penduduk tersebut.

Harian Metro

Terkini !!! Video Pengesahan Dari Zahid Hamidi tentang PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN TAK LAMA LAGI!!!


Tak pecaya? korang mungkin sukar untuk mempercayai bahawa Parlimen akan dibubarkan didalam masa yang terdekat ini. Tapi cuba tengok Video yang telah disertakan komen dari Naib Presiden UMNO nie. Jika berlaku pembubaran Parlimen apa akan terjadi di Lahad Datu..

Video KLIK SINI

Terkini !!! Fakta Lahad Datu yang cuba disembunyikan??


Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.


Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.


Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.p

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Terkini !!! Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang buat laporan polis akibat DiUgut ???


Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal Intidzam telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi bagi mendapatkan jaminan keselamatan dari pihak berkuasa berhubung ancaman yang beliau terima.

Mohd. Fareez, 24, mendakwa, beliau serta keluarganya sedang diancam bahaya berikutan terdedahnya satu surat yang diutuskan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Surat tersebut antara lain telah meminta Abdul Hadi menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya berundur daripada terus memimpin parti.

Selain itu, Mohd. Fareez turut percaya Wan Azizah mahu menghancurkan karier politik beliau di dalam PKR kerana cemburu terhadap hubungan rapatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut laporan polis yang telah dibuat oleh Mohd Fareez :



1. Saya seperti penama di atas dengan ini ingin membuat laporan polis kerana saya khuatir dengan keselamatan saya dan keluarga saya yang kini sedang terancam dan dalam bahaya.

2. Semasa menginap di Hotel Sama-Sama KLIA, saya telah diberitahu oleh pihak hotel terdapat beberapa orang yang tidak dikenali cuba mencari maklumat mengenai bilik penginapan saya. Saya percaya bahawa kemungkinan mereka ini adalah dari kalangan penyokong atau orang suruhan Datin Seri Wan Azizah yang marah dengan saya.

3. Saya yakin bahawa saya kini sedang diburu oleh para penyokong atau orang suruhan Wan Azizah, rentetan kesan daripada surat yang ditulis oleh saya kepada Tuan Guru Hadi Awang dan sisipan salinan kepada Tok Guru Nik Aziz serta YB Karpal Singh.

4. Dalam kandungan surat tersebut, saya telah meminta jasa baik Tuan Guru Hadi untuk menasihati Wan Azizah agar sedia berundur kerana beliau tidak layak untuk memimpin parti dan hanya YB Azmin Ali yang layak. Jelas, surat saya tersebut telah menimbulkan kemarahan Wan Azizah terhadap saya.

5. Saya juga percaya bahawa Wan Azizah juga berniat mahu menghancurkan karier politik saya dalam Keadilan atas faktor cemburunya terhadap hubungan rapat antara saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini ada pihak yang mengganggu gugat keselamatan saya dan keluarga.

6. Maka, saya memohon pertolongan dari pihak polis untuk memberi jaminan perlindungan dan keselamatan kepada saya dan keluarga dari pihak yang mahu mengecam saya.

Kalau tanya Anwar, dah tentu dia kata semua ini konspirasi UMNO & BN .. ha ha ha

Terkini !!! Suasana Medan Perang Di Kg Labian


Tanjung Labian pernah menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu. Tanjung Labian terletak lebih 10km daripada Felda Sahabat 16. 

Video Penuh DISINI

Terkini !!! Pihak Askar kita hampir di Bunuh ???



Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.

Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.

“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.

“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas terbabit tidak melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik saja anggota pasukan keselamatan menghampiri kubur.

"Sebaliknya, mereka akan mengambil masa secukupnya supaya kita yakin keadaan selamat. Jika kita terleka, pada waktu itulah mereka akan melepaskan tembakan sebelum melarikan diri apabila kita menyerang balas," katanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, biar apapun taktik digunakan saki baki pengganas Sulu, pasukan keselamatan melalui Ops Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.

"Disebabkan itu jugalah pasukan keselamatan kita sentiasa berhati-hati dalam usaha mengeluarkan mayat pengganas. Ini kerana apa yang lebih penting ialah nyawa anggota kita," katanya.

Dalam satu kejadian di Kampung Tanduo pada 6 Mac lalu, sepasukan anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) diserang hendap ketika ditugaskan untuk mengeluarkan sembilan mayat pengganas yang ditemui dalam satu lubang besar, namun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Semua mayat pengganas itu dipercayai ditanam rakan mereka selepas mati ditembak pasukan keselamatan negara ketika bertempur pada 1 Mac dan dipercayai jumlah musuh yang terbunuh dalam pertempuran itu keseluruhannya 15 orang.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam sidang media semalam berkata jumlah kematian pengganas setakat ini 58 orang namun jumlah mayat yang sudah dibawa keluar adalah 25.

Kelmarin, beliau memberitahu ada lagi kubur pengganas di Kampung Tanduo, namun bukan semua mayat akan dikeluarkan kerana ada yang sudah reput dan pihaknya turut mengeluarkan satu mayat pengganas di Kampung Tanjung Batu.

Sebelum ini, Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan berkata bedah siasat perlu dilakukan ke atas mayat pengganas Suluk, untuk membolehkan pihak berkuasa mengenali identiti mereka terutama dalam menjejak pemimpin utama, Abgimuddin Kiram.

Kelmarin, Hussein memberitahu satu daripada 16 mayat yang dibedah siasat setakat ini ialah orang kanan Abgimuddin iaitu Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa.

Bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu oleh sepasukan pakar patologi diketuai Datuk Dr Zahari Noor dari Jabatan Forensik Pulau Pinang.

[GAMBAR] Wanita Pengganas Sulu Juga Di Tembak Mati ??!!


Gambar diatas merupakan gambar seorang wanita dari Rejim Lanun Sulu yang di tembak mati oleh pasukan  Keselamatan Malaysia setelah berbalas tembakan.

Bayangkan sekiranya berpakaian begitu apakah pasukan Keselamatan Malaysia dapat mengenal pasti sekiranya wanita itu menyelinap dengan menyamar di antara kalangan penduduk Lahad Datu ?.

Mujur la dengan kecekapan pasukan Keselamatan Malaysia mengetatkan kawasan kepongan di zon merah dalam Op DAULAT. Wanita terbabit tidak dapat menyelinap masuk ke dalam kalangan penduduk.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget