Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 24 November 2012

~DEKATI GOLONGAN ATAS PAGAR~


HAH SEBELUM KE ARTIKEL YANG SEBENARNYA ELOKLAH ANAK JATI MALAYA NAK CERITA PADA KOME-KOME SEMUA TENTANG PENGALAMAN ANAK JATI MALAYA SEWAKTU MENJADI URUSETIA DI BAHAGIAN KAUNTER PENDAFTARAN UMNO,BRIM 2.0 DI BN JOB FAIR DATARAN IPOH,PERAK.

KOME TAHU KE SEBENARNYA APA YANG ANAK JATI NAK CERITAKAN PADA MENGKOME SEMUA ,ATAS PEMERHATIAN SELAMA 2 HARI MENJAGA KAUNTER PENDAFTARAN MEMANG SECARA BETUL DAN BETULNYA ANAK JATI DAPAT MELIHAT PERATUSAN GOLONGAN ATAS PAGAR YANG BOLEH ANAK JATI BAGI PERATUSANNYA SEBANYAK 50% DARI GOLONGAN RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMINATI POLITIK.


ANTARA PENYEBAB 2 TERSEBUT IALAH:
1)"ORANG 2 DI MALAYSIA KHUSUSNYA GOLONGAN MUDA TIDAK MENDAPAT PERHATIAN DR KERAJAAN "

2)ADA YANG BERKATA POLITIK DI MALAYSIA KOTOR DISEBABKN OLEH SESETENGAH PEMIMPIN YANG BERKEPENTINGAN

3)YANG PALING KELAKAR SAMPAI ADA KATA TAK TAHU UNDI MANA SATU PAS KE UMNO,SEHINGGA ADA YANG BERKATA PAS N UMNO NI SATU KERAJAAN KE...

4)PENDEDAHAN AWAL ISU SEMASA KEPADA GOLONGAN MUDA YANG AMAT KURANG

JADI SEBAGAI BLOGGER YANG MENYOKONG UMNO SECARA TOTALLY MEMANG BERSETUJU DENGAN KENYATAAN RASMI YANG DIKELUARKAN OLEH UMNO ONLINE


Jentera PRU UMNO Perlu Dekati Pengundi Atas Pagar – Zahid Hamidi

~Pembongkaran Hubungan Antara Kiblat, Kaabah dan Hari Kiamat.~


Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )
kaabah lama
Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf?
Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:
1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.
2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?
3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?
4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?
5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??
Pembongkarannya…
1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,
Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.
Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.
Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya..2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.
3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!
Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.
Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.
Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a’lam.
Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.
Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.
Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).
Kesimpulan
1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana ALLAH selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah juga.
Jadi harus “Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu sama lain mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.
2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa akan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.
3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu
( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.
4. Allah Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.
5. Ini sekadar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi)
Jadi itu lebih banyak dan pebih percaya diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.
Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya.
Semoga bermanfaat..
Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:
1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).
2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).
3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.
4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.
5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..
Bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s., hingga Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan Taurat dengan Injil, dan Muhammad SAW menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran.
Sehingga kalian mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu.
Itulah kebesaran Allah SWT masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab

sumber:Terang Bulan

~KISAH TUN M~

Kisah Mahathir di Mekah DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.
 
"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.

"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.

Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.

Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.

Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.

Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.

Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.

~MELAYU MUDAH LUPA:TUN M~


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget