Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 6 January 2013

TUDIAA !! TUNA BLUEFIN BERNILAI 155JUTA TERMAHAL DI JEPUN


Jepun hari ini mencatatkan rekod apabila seekor ikan tuna 'bluefin' dijual pada harga 155 juta yen (RM5.1 juta) iaitu hampir tiga kali ganda berbanding harga tahun lalu.

Secara tradisi harga yang tinggi menandakan kadar permulaan tahun.

Malah harga yang dibida hari ini disifatkan sebagai "agak mahal" oleh pemilik restoran sushi, Kiyoshi Kimura yang turut membayar harga yang tinggi tahun lalu.

Harga RM5.1 juta itu dibayar bagi tuna seberat 222 kilogram (kg), yang ditangkap timur laut. Ia 47kg lebih ringan berbanding harga paling tinggi dibayar tahun lalu.

Harga tinggi tahun lalu ialah 56 juta yen.

Bagaimanapun harga tidak digambarkan oleh kualiti ataupun saiz ikan, sebaliknya lebih dikaitka dengan publisiti dan ramalan suasana perniagaan satu-satu tahun.

Ikan dilelong di pasar Tsukiji, yang memperdagangkan produk bernilai jutaan ringgit dan lokasi popular bagi pelancongan bermula pada jam 5 pagi waktu tempatan.

Sebaik sahaja membida harga tertinggi, Kimura menghantar tuna itu ke restorannya, Sushi Zanmai, yang terletak tidak jauh dari pasar.

Laporan media memetik beliau sebagai berkata, beliau mahu "menggalakkan rakyat Jepun" menerusi bidaannya.

Tuna itu dijual AS$7,600kg (RM22,800kg).

Potongan terbaik tuna 'bluefin' yang dikenali sebagai "o-toro" boleh dijual sehingga 2,000 yen (RM70).

SUMBER

GEMPAR!!! AHLI POLITIK GILA SEKS DITANGKAP!!!

Photo


ASSAM 4 Jan. - Ahli politik daripada Parti Kongres Kebangsaan India, Bikram Singh Brahma ditangkap penduduk kampung selepas dia dituduh merogol seorang wanita pada pukul 2 pagi semalam, di kampung Santiputa, daerah Chirang, wilayah Assam.

Kejadian terbaharu itu menyusul selepas India digemparkan dengan kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan yang berusia 23 tahun, sehingga membangkitkan bantahan seluruh negara.

Pegawai polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna berkata, penduduk digemparkan dengan kejadian awal pagi semalam, selepas Brahma ditangkap kerana dituduh merogol seorang wanita.

Brahma dikatakan melawat kampung Santipur, yang bersempadan dengan Bhutan, sebelum dia dituduh memasuki rumah wanita itu dan merogolnya.

Dia yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Daerah Baksa dan Pengelola Kongres Majlis Wilayah Bodoland, kemudian dipukul berulang kali oleh penduduk kampung itu yang menanggalkan pakaiannya, sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Menteri Assam, Tarun Gogoi berkata, sesiapa yang didapati bersalah berhubung jenayah kejam itu tidak terlepas daripada dakwaan, tidak kira sama ada dia merupakan ahli politik Kongres atau tidak.

Pemimpin parti itu, Digvijay Singh berkata, sekiranya Brahma didapati bersalah, dia akan dipecat daripada parti.

Sementara itu, lima lelaki yang dituduh melakukan rogol berkumpulan terhadap pelajar berusia 23 tahun di New Delhi dibawa keluar dari mahkamah berikutan kebimbangan diserang penunjuk perasaan yang marah dengan mereka.

Semalam, suspek keenam yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu, mengaku menarik keluar usus mangsa menggunakan tangannya, dedah kertas pertuduhan polis.

Suspek itu, dipercayai masih bawah umur dijangka akan dibicarakan secara berasingan, menjadi perogol paling kejam di antara kesemua suspek, termasuk mencadangkan gadis itu dicampak keluar dari bas tersebut selepas dirogol. - AGENSI

http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130105/lu_02/Ahli-politik-ditangkap-selepas-merogol

'Saya disuruh ceraikan isteri'kerana politik sempit!!


DUNGUN 4 Jan. - Che Rokeman Musa, 39, menempuh saat paling mencabar kesabarannya apabila berulang kali didesak oleh mentuanya supaya menceraikan isterinya setelah dia meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO pada 2008.

Bapa kepada tujuh orang anak itu yang menetap di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini, menceritakan jika tidak kerana salah seorang anak kecilnya yang manja sentiasa menyejukkan hatinya dia tidak tahu bagaimana keadaan keluarga kini.

"Isteri saya menangis setiap kali mendengar gesaan keluarganya. Dia dalam keadaan tersepit apatah lagi hubungan kami mesra biarpun saya tidak boleh berikan kemewahan kepadanya. Mentua melihat saya tidak lagi layak menjadi suami kepada anaknya kesan gejala mengkafirkan UMNO.

"Syukurlah keluarga kami bertahan dan kekal bersama anak-anak," ujar Che Rokeman yang bertugas sebagai operator jentera berat kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Che Rokemen, dia adalah salah seorang penyokong kuat Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang dan menjadi Setiausaha Pemuda Pas cawangan di kampungnya pada 1991 hingga 1999.

Katanya, semasa dalam Pas dia berasakan dipandang tinggi mentua apatah lagi dengan banyak peranan yang dilakukan untuk kepentingan parti.

"Seluruh ahli keluarga saya sejak datuk saya lagi penyokong Pas dan saya mewarisinya. Malah, tapak surau yang kemudiannya turut dijadikan markas Pas di kampung adalah tanah pemberian keluarga milik emak," ujarnya.

Che Rokeman memberitahu, sejak kecil lagi dia dididik menyokong perjuangan Islam dan setelah berperanan di dalam Pas, dia ingin melihat parti itu terus kuat dan kukuh supaya syiar Islam dapat berkembang.

Tetapi katanya, setelah ditakdirkan Pas memerintah Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 1999, beberapa tindakan para pemimpin atasan dan jentera parti di akar umbi menjadi keterlaluan dan dibiarkan dalam keadaan tidak menentu.

"Kejadian menghalau kanak-kanak di tadika Kemas beransur mengikis keyakinan saya, walaupun awalnya saya rasa itu sekadar mainan akhbar seperti Utusan Malaysia.

"Tetapi apabila kejadian itu turut berlaku berhampiran kampung saya, saya menitiskan air mata, kesal dan sedih. Biarpun bangunan itu milik kerajaan tetapi mengapa tergamak menghalau kanak-kanak," ujarnya.

Dalam masa sama, katanya, dia tertarik dengan kesederhanaan pemimpin UMNO di daerah ini yang tidak bersikap memusuhi malah sedia membantu jika diminta biarpun untuk kepentingan kumpulan penyokong Pas dan akhirnya menyertai parti itu menjelang Pilihan Raya Umum 2008.

SUMBER

WALAU ZAIRIL BERJAYA KE CEC DAP NAMUN MELAYU MASIH TIADA WAKIL!!


HARAP para pembaca dan pendengar berita yang disiarkan oleh media-media elektrik dan elektronik tidak terpedaya dengan segala pembohongan yang dibuat. Semalam TV3 menyiarkan yang Zairil Khir Johari telah terpilih menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP kerana kesilapan teknikal yang baru disedari.

Oleh kerana kesilapan teknikal terbabit, Pengarah Pilihanraya DAP terpaksa meletakkan jawatan untuk membersihkan nama DAP yang sedikit tercemar dalam insiden ini. Persoalan yang kerap bermain difikiran aku sejak semalam adalah, kenapa baru sekarang? Sudah lebih 2 minggu persidangan DAP di Pulau Pinang berakhir tapi kenapa baru sekarang timbul isu kesilapan teknikal? Di mana kredibiliti DAP dalam menjalankan pilihanraya dan berani pula meminta tuntutan pilihanraya bersih dan adil?

Yang sebenarnya, CEC DAP masih tiada calon Melayu di dalamnya walaupun Zairil yang berlagak umpama Melayu telah menang dengan kesilapan teknikal. Zairil hanyalah anak angkat kepada Khir Johari dan darah keturunan beliau adalah Cina. Mana mungkin seorang anak muda Cina yang hanya berkeluarga angkatkan seorang tokoh Melayu diangkat menjadi pembela Melayu dalam DAP? 

Apa yang dia boleh buat tentang hak dan kehendak ahli Melayu dalam DAP? Jangan jadi bodohlah. Ternyata yang DAP itu rasis dan tidak menghiraukan sedikit pun tentang peranan Melayu dalam parti itu.

Lagi satu yang aku nampak adalah Guan Eng cuba mengalihkan isu yang boleh menjatuhkan reputasi teruk terhadap DAP iaitu berkenaan kes Nga dan Ngeh yang memiliki syarikat pembalakan yang diambil dari Kelantan. Memang ada yang tak kena pasal kontrak pembalakan yang diberikan oleh Nik Aziz kepada pemimpin DAP Perak ini. Harap jangan jauh terpesong.

Teruskan membongkar bersama sehingga Nga dan Ngeh terlingkup sekaligus berjaya membuktikan yang DAP bukanlah sebuah parti bersih yang digembar-gemburkan. Guan Eng cuba menutup bangkai gajah dengan daun pisang. Kes Nga dan Ngeh lebih besar dari kesilapan teknikal dalam CEC DAP.

Jangan tersilap congak nanti kita yang rugi. Jangan terlalu bongkar kenapa Zairil berjaya naik atas kesilapan teknikal kerana mereka cuba lari dari isu besar yang boleh menjatuhkan mereka. Fikirkan.

BUKTI-BUKTI KBS tidak pernah Pinggir Mana2 Kaum


Semalam dalam sibuk -sibuk membuat artikel semalam tetiba anak Jati Malaya terlekat dengan satu artikel portal The Kuala Lumpur Post yang mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah meminggirkan golongan belia India dan Menteri pula hanya mementingkan sektor sukan berbanding pembangunan belia. Dakwaan ini jelas hanya merupakan satu dakwaan kosong sahaja tanpa bersandarkan pada fakta sebenar. Untuk rujuak sila klik http://www.kualalumpurpost.net/shabery-cheek-dan-razali-ibrahim-tidak-sanggup-menolong-belia-india-malaysia-kenapa/.

 Memang tak patut lar kata macam tu kan.Bukan apa ,mungkin dia tak nampak atau sengaja2 buat tak nampak.Hee aduyai bagi teman sendiri lar Kementerian melalui kementerian Belia Dan Sukan mana ada pernah meminggirkan kaum lain,sebaliknya telah mencari alternatif sendiri bagi membantu rakyat dalam isu ini

Sebagai contoh peruntukan bagi pembangunan belia juga harus dilihat daripada peruntukan kerajaan keseluruhannya kepada lebih 12 kementerian dan agensi yang turut bertanggungjawab dalam pembangunan belia seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan Malaysia melalui program PLKN, dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Mengenai dakwaan bahawa Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengabaikan golongan belia India, program-program yang dianjurkan oleh KBS adalah terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama dan ia sememangnya bermatlamatkan untuk membentuk integrasi antara kaum

18SXX!! Skandal remaja 18 tahun dengan Abang Ipar di Kedah..



Seorang wanita menjalin hubungan sulit dengan rakan baik bekas suaminya manakala bekas suaminya itu pula mempunyai hubungan dengan adik iparnya dan lebih mengejutkan apabila kedua-dua pasangan itu tinggal serumah.

Bagaimanapun onar yang dicipta mereka terbongkar apabila rumah mereka diami di Kampung Sanglang, dekat sini, diserbu Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) pada awal pagi semalam.

Lebih mengejutkan lagi apabila janda terbabit melahirkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan hasil hubungan sulitnya dengan rakan bekas suaminya itu.

Difahamkan, janda terbabit bersama bekas suaminya tinggal bersama di rumah itu bersama teman lelakinya serta adik perempuan wanita itu yang berusia 18 tahun.

Adik wanita itu dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan abang iparnya sendiri yang berusia 39 tahun sejak beberapa bulan lalu selepas kakaknya bercerai dengan abang iparnya itu. - myMetro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...