Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 22 February 2013

Fam tidur lagi kut??


http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/fam-masih-belum-sedar-diri.html


Pentadbiran syok sendiri. FAM masih belum sedar diri. FAM masih tetap tidur dengan angan-angan menjadikan bola sepak Malaysia antara yang terbaik. Eksperimen 20 tahun? 30 tahun? 40 tahun? Berapa lama lagi mahu tunggu?

Prestasi pasukan Harimau Malaya tidak dinafikan bertambah baik. Jangan berlagak dengan mengatakan kejayaan itu dan ini. FAM masih belum sedar diri. Ada satu perkara yang amat penting FAM perlu tahu. Bola sepak adalah sukan no 1 di Malaysia. Kenapa no 1?

Bola sepak menjadi no 1 disebabkan peminat. Tiada peminat stadium kosong, kantung pasukan negeri kosong, kantung FAM pun kosong kerana tidak dapat menghukum pasukan negeri. Tugas FAM cuma berselindung dibawah Artikel 88. Kebal. Sangat kebal!

Apa yang paling mengecewakan, luahan peminat langsung diketepikan. Sentiasa pertahankan tindakan mereka. Bila pasukan berjaya bangga diri, bila merosot tak faham-faham nak undur diri. Hanya kambing hitam menanggung akibatnya. Perubahan yang dimahukan peminat hampa kerana terlalu kebal (Artikel 88)

Perdana Menteri Malaysia meminta rakyat memberi input kepada pembangunan negara. Tapi FAM bongkak. Sudah ramai peminat membicarakan tentang kekurangan sistem bola sepak di Malaysia. Tetapi FAM masih belum sedar diri. Sentiasa mencari peluang dan mengambil kesempatan terhadap pasukan negeri.

Perlukah demonstrasi besar-besarkan dilakukan AI (faham-faham je la ye) baru kehendak peminat dipenuhi? Perlukah pasukan negeri memboikot liga Malaysia baru FAM nampak dan sedar diri?

Sekurang-kurang dengarlah cadangan peminat dan komen orang ramai bagi menaikkan bersama kualiti bola sepak negara. Jangan ada perangai pangkah memangkah supaya kedudukan terjamin dalam FAM. Jangan laungkan slogan "Kami akan bekerja demi menaikkan mutu bola sepak negara". Bak kata Tun "Dah lama dah".

Entah bila FAM nak sedar diri. Asyik menghukum bagi menutup kelemahan sendiri. Mood peminat baru nak bernafas, jangan matikan minat peminat kepada Liga M dengan drama FAM. Sebab FAM masih belum sedar diri. Dengar! Dengar! Dengar! Bila peminat bercakap dengan kamu! Rombak FAM Malaysia!

Pembangkang Meroyan dengan Soal Jawab Ustaz Nasha???


Siaran rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’ yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

lagi :SINI
Psst: meroyan abis la depa kan abis semua nya dilondehkan amekkaw

Rakyat Malaysia yang murah hati.


Keletah adik Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad, bekas pesakit kanser tulang ternyata cukup menghiburkan apatah lagi dia kini sudah pulih 100 peratus daripada penyakit merbahaya itu yang dikesan ketika usianya baru mencecah tujuh tahun.

Segala mimpi ngeri yang menghantui keluarga bahagia dari Batu Gajah itu kini sudah berakhir apabila Wan Arif Ferdaus selamat menjalani pembedahan transplan tulang sum-sum dan kaki kirinya di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Julai tahun lalu.

Nak Ke lagi: Perak Today

Mufti Perak #TIBAI nik Aziz???



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat seperti haiwan sebagai keterlaluan.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan Menteri Besar Kelantan tersebut juga secara tidak langsung menghina golongan berpendapatan rendah yang menerima bantuan itu.

Tegas beliau, tidak salah jika sesebuah kerajaan mahu memberikan bantuan kepada rakyat dalam apa bentuk sekalipun termasuk wang ringgit kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan.

"Adakah apabila kita bersedekah kepada seseorang, orang itu juga seperti haiwan. Ini tidak betul. Jangan menghina mereka yang kurang berkemampuan.

"Lainlah kalau kerajaan hanya beri bantuan kepada orang tertentu. Baru salah. Ini terbukti semua rakyat dapat bantuan tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun 'warna baju'," tegasnya ketika dihubungi. ~ UM

Letak calun Melayu di kawasan Majoriti China??Rasis tu


Begini Ceritanya Di Malaysia, kalau calon-calon Melayu diletakkan di kawasan bermajoritikan Cina, ia akan dianggap sebagai PERKAUMAN dan cubaan Melayu untuk menunjukkan yang mereka tuan di negara ini. Tetapi kalau calon-calon Cina daripada parti-parti politik yang bertanding diletakkan di kawasan bermajoritikan Melayu, ianya akan dianggap muhibbah, toleransi dan terbuka.

Begitu jugalah, kalau ada peniaga atau penjaja Melayu yang tiba-tiba masuk berniaga di kawasan Petaling Street, sudah pasti akan adalah gerombolan Cina yang mengutuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana telah bertindak 'kejam' terhadap para peniaga Cina. Tetapi kalau peniaga Cina berniaga di kawasan penjaja Melayu, ia akan dianggap sebagai satu kebiasaan dan kebebasan yang menunjukkan 1Malaysia.

Hakikatnya, Melayu dan Bumiputera di negara ini seringkali cuba dipinggirkan dengan apa cara sekalipun. Mujurlah kerajaan yang memerintah sekarang, masih mampu mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera, biarpun pada masa yang sama, kerajaan yang sama jugalah terpaksa melonggarkan banyak sekatan bagi membolehkan negara ini terus bergerak maju terutama yang membabitkan hak Melayu-Bumiputera.

Artikel Penuh: SINI

Ribuan penjawat awam akan bertanding di Parlimen serta Dun???




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak menghalang penglibatan penjawat awam dalam parti politik namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata satu pekeliling telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai penglibatan kakitangan awam dalam mana-mana parti politik namun mereka tidak boleh melakukannya ketika waktu bekerja.

"Sekiranya wujud dakwaan, kita perlu ada laporan secara rasmi. Pihak JPA akan menyiasat terlebih dahulu sama ada ia mempunyai asas atau tidak.

"Kita tidak boleh bertindak hanya kerana ada seseorang mengatakan individu tertentu terlibat dengan politik pembangkang," katanya ketika sesi soal jawab pada Majlis Perhimpunan Khas Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Beliau berkata sekiranya ada laporan rasmi diterima ia akan disiasat secara telus dan adil tanpa sebarang diskriminasi. (mStar Online)

Esok Himpunan Rakyat ,Jangan Lupa !!


YOP DAN YONG, ESOK. TERUS JER KE KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU, ULU KINTA, DAFTAR DAN TEMUI KAMI DISANA, JANGAN LAMBAT SEMUA BERMULA JAM1.00 PETANG DAN TENTUNYA GEMPAK DAN KASI BAKOR KASI AMARAN PADA PAKATAN RAKYAT JANGAN MENABUR FITNAH LAGI...

Blogger beri nasihat pada menteri??


Pilihanraya semakin hampir. Hanya beberapa hari, minggu ataupun bulan sahaja lagi. Dato Sri presiden terus terusan menjelajah ke seluruh negara. Tidak ketinggalan juga Dato Sri Menteri Besar Perak yang tiada mengenal letih dan jemu, terus terusan mendekati rakyat.

Barisan Blogger blogger upahan dan sukarelawan umno juga tidak ketinggalan menjalankan tanggungjawab menepis setiap tohmahan pembangkang. Tanggungjawab ini terbeban di bahu setiap warganegara yang mahukan keamanan dan pastinya pilihan mereka ialah Barisan Nasional.

Artikel Penuh:Budak Benteng

Menggemparkan!!Najib Terjerit-jerit minta tolong?



Kali ini Najib mohon rakyat atau dalam bahasa kasarnya NAJIB MINTA TOLONG rakyat membuat pilihan yang tepat, lihatlah dasar2 kerajaan hari ini seperti yang rakyat MAHU...so..Bolehkah rakyat tunaikan permohonan beliau?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat membuat pilihan tepat bagi memastikan keamanan dan kestabilan dinikmati sekarang dapat diteruskan termasuk pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina di negara ini.


“Negara lain tidak dibuat pilihan (dalam sistem pendidikan)… di Malaysia kita amal sikap terbuka,” katanya semasa merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan bernilai RM6 juta di sini hari ini.

Beliau berkata, pilihan boleh dibuat sama ada untuk mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan atau SKJC, iaitu keistimewaan pendidikan di negara ini yang perlu dihargai semua rakyat.

Najib berkata, Malaysia adalah satu-satu negara di luar China dan Taiwan yang mempunyai sistem pendidikan Cina sekali gus membuktikan komitmen dan prihatin kerajaan terhadap masyarakat Cina di negara ini.

Beliau memberi jaminan SJKC di negara ini tidak akan diabaikan kerana ia sudah termaktub dalam sistem pendidikan negara melalui Akta Pendidikan 1996.

Perdana Menteri berkata, keamanan dan kestabilan negara ini juga menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara amat memberangsangkan dengan Bank Negara hari ini mengumumkan pertumbuhan ekonomi negara pada suku keempat pada tahun lepas meningkat 6.4 peratus iaitu antara kadar tertinggi di dunia.

Mengenai SJKC Chung Hua Tudan, beliau berkata penubuhan sekolah itu diluluskan semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan dan pada masa sama meluluskan penubuhan kampus luar Universiti Curtin di Miri.
Beliau memberi jaminan akan memberi peruntukan tambahan kepada SJKC Chung Hua Tudan untuk membina blok bangunan baru.

Terdahulu Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Chung Hua Tudan, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memohon bantuan kerajaan sebanyak RM1 juta untuk pembinaan blok bangunan baharu bagi menampung pertambahan murid. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget