Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 3 March 2013

Terkini:Penceroboh Lahad Datu Dipukul Sehingga Mati Penduduk Sempurna


Salah masuk kampung... itulah yang terjadi dengan seorang lelaki dipercayai  penceroboh Sulu selepas dia dibelasah beramai-ramai oleh penduduk sebuah kampung di Semporna pagi ini.

Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Bernama melaporkan dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP PENGKHIANAT NEGARA OLEH UMNO BAHAGIAN TAIPING!!!



UMNO Bahagian Taiping memulakan langkah pertama dengan membuat laporan polis berhubung kenyataan biadap Tian Chua yang cuba mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah dengan konspirasi terancang kerajaan Barisan Nasional untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

Laporan Polis telah dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Taiping, YBhg Datuk Hj Ahmad Shalimin Bin Shafie yang juga Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Perak yang diiringi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahgian Taiping, En. Ton Zailani Hj. Mat Darus, Setiausaha UMNO Taiping En Abdul Hadi Shaari.

Rombongan Datuk Shalimin dengan kekuatan hampir 200 orang pelbagai kaum dimulakan dngan perkumpulan di Pejabat UMNO BahagianTaiping dan berarak sejauh hampir 200 meter ke IPD Taiping. Turut hadir bersama Ketua Pemuda MIC Negeri Perak, Sdr Veeran.

Syabas KC ucapkan kepada UMNO Bahagian Taiping kerana memulakan langkah awal dan amat diharapkan semua UMNO Bahagian khususnya di Perak ini akan turut mengambilkan langkah yang sama.

Kenyataan Tian Chua ini bukan sahaja biadap tetapi mengambarkan seorang yang rendah akhlak dan mentaliti tahap pemikiran yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin. TUKAR SEKARANG!!!



Terkini:Batu Gajah, Perak Jadi sasaran?


Gempar!! Apa yang kecoh-kecoh ni Kat Batu Gajah,Perak.Hah yang sebenarnya bukan apa kehadiran Menteri Besar Perak Ke Batu Gajah bagi menjalankan walk abaout sekitar negeri Perak.Menurut info Ds ke  Batu Gajah adalah bertujuan merasmikan pecah tanah untuk pembinaan Pintu Gerbang disebuah Tokong China Batu Gajah.Didalam ucapannya tadi beliau mengumumkan peruntukkan RM20,000 tambahan kepada Tokong berkenaan














YDP MDBG:DATOK JUMRY











Lahad Datu:Inspektor Heliza Akan Ke Lahad Datu?

Lahad Datu : DUA ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN DI SERANG HENDAP??


Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.

Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

Lahad Datu:Sesebok manapon urursan negara,Pejuang Negara tidak lupakan tanggungjawab pada Agama


Ya Allah Ya Tuhanku...
Lindungilah pejuang2 yang mempertahan umatmu dia Lahad Datu & mana2 tempat yang di serang...
Lindungi jua penduduk2 di kwasan yang terlibat...
Kami memanjatkan doa PadaMu Ya Allah...
Semoga diperkenankan & semoga di lindungi mereka yang berjuang & mana2 pihak yang terlibat...
Amin...Amin...Amin Ya Rabbal Alamin...

Insiden Lahad Datu merebak ke Semporna!!Media PDRM



0130-PJ Sabah Sahkan Seorang Anggota Polis Terbunuh dan 2 Cedera dalam kejadian tembak-menembak di Semporna Sabah.


========================================================================


KPN sahkan tembak-menembak di Semporna berkait pencerobohan di Lahad Datu


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ.

"Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

"Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya.

Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.

Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.

Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan.

Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab.


========================================================================
Serangan terbaharu di Sabah, seorang lagi anggota polis terbunuh


SEMPORNA 2 Mac - Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi.


Utusan difahamkan kumpulan penyerang adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.


Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing. - UTUSAN

========================================================================

PDRM

Tiada Perintah Berkurung di Semporna



Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Hamza bin Taib, menafikan khabar angin mengenai perintah berkurung di Semporna. Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang khabar angin melalui mana-mana plaform komunikasi termasuk media sosial, sms dan sebagainya. Perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan.


========================================================================

YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.


Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.


Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Lahad Datu:Manila post melaporkan Anwar dalang pencerobohan kumpulan sultan sulu ???

\\

Nur Misuari adalah ketua dan pengasas pembebasan Bangsa Moro (MNLF) yang diketahui umum berjuang secara gerila menentang kerajaan Filipina untuk mendapatkan luasa autonomi bagi Bangsa Moro. Namun, setelah perjanjian damai antara Bangsa Moro dan kerajaan Filipina tercapai hasil usaha Malaysia, ketua Bangsa Moro yang diiktraf adalah Murad. Nur Misuari merasa kecewa kerana tdak diangkat menjadi pemimpin Bangsa Moro setelah oerjanjian damai tersebut.

Beliau memang diketahui tidak berpuas hati atas perjanjian damai tersebut dan berdendam degan kerajaan malaysia. Gambar di atas sebagai bukti dua orang pengkhianat bersekongkol dengan seorang ahli politik Sabah yang dikenali sebagai sekutu rapat anwar ibrahim. Ahli politik Sabah tersebut telah berjanji untuk memberikan kuasa autonomi kepada sultan sulu seandainya Pakatan Pembangkang memerintah Malaysia.

Inilah yang menyebabkan rakyat sulu menuntut Sabah. Memang diketahu Bangsa Moro dan Kesultanan sulu adalah bangsa serumpun dan berkait rapat. Maklumat ini disahkan oleh perisikan Filipina dan boleh disemak melalui akhbar ManilaPost dan Inquirer News.(Rujuk Manila Post diatas)


Lahad Datu:Darah pejuang bukan Lakonan Atau sandiwara?


Renungkan Ayat diatas...Jangan baca dalam keadaan marah sebaliknya baca dalam keadaan releks.


Lahad Datu:Ketua Pengganas Lahad Datu amal LGBT?



Mangkuk ayun kat atas ni macam pondan dan bapuk siam la .Heee geram betul dengan mamat kat atas ni.Dengar citer dia ni amal kan LGBT.??Tak tahu la betul ke tak.Menurut Sumber semalam beliau dikesan  mewawancara ke dalam FBnya sebuah tajuk " SULU HEROES AGAINST MALAYSIAN INTERLOPERS". (Wira Sulu menentang penceroboh Malaysia). Rujuk Gambar di bawah.


Raden dalam kenyataannya menulis kononnya terdapat seramai 80 anggota keselamatan Malaysia telah terbunuh di dalam pertempuran sengit itu dan Hospital Bukit Garam di Lahad Datu kononnya telah penuh dengan pelbagai kes kecemasan. Katanya lagi kebenaran kisah ini telahpun ditukar dan dimanipulasi berita antarabangsa yang lain.

Aku tak heran la tapi Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan jantina mangkok taik ni, Jika mangkok taik ni merupakan shemale ataupun gay jamban..Aku berharap seorang lagi pemimpin GAY di Malaysia ini tidak ada kaitan dengan beliau.

Rujuk SINI



Lahad Datu:Ketua Polis Buat kenyataan Rasmi tentang insiden?



Dibawah merupakan laporan kenyataan rasmi daripada KP Negara:
YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi. 

Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang. Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa. - FB PDRM

Laporan terbaru ialah seorang lagi anggota keselamatn terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Kak Midah Buat Kejutan bantu Koperasi Pas Pengkalan Pegoh


Walaupun dihambur dengan kata-kata kesat, apatah lagi untuk mengundi YB Dato Hamidah namun itu tidak melemahkan semangat YB Dato Hamidah membantu koperasi yang baru seperti koperasi Al-Barakah.

Agak tertarik dengan ucapan pengerusi Jawatankuasa Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Al Barakah Dr. Hj. Ahmad Husni Bin Hj Hassan dengan membaca Surah Al Hujurat, Ayat 10:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat". 
Mengambil pendekatan itu YB Dato Hamidah turun melihat sendiri kedai runcit koperasi Al-Barakah yang berada dibangunan yang sama dengan Markas Pas Kampung Pengkalan Pegoh dengan niat untuk membantu sesama Islam.

Menurut YB Dato Hamidah, "walaupun saya tahu koperasi ini daripada pengerusinya hingga ke ahli-ahlinya adalah penyokong kuat parti Pas namun saya turun pada hari ini sebagai seorang Islam untuk membantu umat Islam yang lain"

"Jika saya fikir ini sebagai agenda politik, saya pasti tidak akan turun pada hari ini kerana hampir kesemua ahli-ahlinya tidak pernah menyokong saya", kata YB Dato Hamidah lagi.

Oleh itu saya berharap setelah kita sudah lafaz semua umat Islam adalah bersaudara, sepatutnya tidak perlu mengkafirkan umat Islam yang lain sewenang-wenangnya, tidak memaki hamun umat Islam yang lain semudah itu.

Koperasi Al-Barakah ini telah dibantu dengan pinjaman mudah sejumlah RM60,000.00 untuk ubahsuai dan barangan runcit.

Lahad Datu:Konsep Al-maunah cuba diguna kembali dalam Insiden Lahad Datu



Di bawah adalah jawapan kepada pelbagai soalan bodoh yang diungkitkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dan penyokong-penyokong mereka.

Malangnya mereka bukan bertanya tetapi lebih kepada menghina, mengutuk dan berlagak pandai tentang protokol sebenarnya.


Persoalan Kenapa guna polis tak tentera? 
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU. 

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita. 
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protokol antarabangsa. 
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna : 
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang. 

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya) 

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang. 

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini?

Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu. 

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana.

Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil) 

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan) 

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. 

Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu? 

Nota Tambaham. 
Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh combatant Perang. Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya.

Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. 
Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan) -

SEORANG PEGAWAI RISIK PDRM DIBUNUH, TIGA YANG LAIN DITAWAN DAN DIKHUATIRI JUGA TELAH DIBUNUH!!!



BERNAMA baru melaporkan, seorang anggota keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Kampung Selamat, Semporna jam 8 malam tadi.

Seorang pegawai polis yang dikatakan berpangkat Supritendan dan bernama Ibrahim dari Bukit Aman telah dibunuh. Manakala tiga anggota yang lain telah dijadikan tebusan dan dikhuatiri juga telah dibunuh oleh lanun-lanun Sulu.

Kampung Selamat, Semporna lokasi insiden terletak 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad DAtu di mana lanun-lanun Sulu sedang dikepung.

Menurut maklumat, lanun-lanun Sulu itu telah menyerang pasukan risikan di atas sebatang titi.

Setakat ini, Ketua Polis Negara sekadar membuat pengumuman tentang tembak-menembak di Semporna tetapi tidak memberikan sebarang details.

Insiden Lahad Datu:Video menyayat hati :(







2 Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46. 


 Di bawah adalah rakaman video suasana pilu semasa keluarga Allahyarham menunggu ketibaan jenazah.


Jenazah Allahyarham Zulkifli dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu. 

Jenazah Allahyarham Sabarudin dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget