Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 18 February 2013

Pengantin lari dari berkahwin?


MAJLIS PERKAHWINAN TANPA KEHADIRAN PENGANTIN

Majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar kenduri doa selamat apabila pengantin perempuan menghilangkan diri tiga hari sebelum dinikahkan.

Norazlina Ismail, 23, sepatutnya diijab kabul dengan tunangnya tetapi terpaksa dibatalkan selepas dia gagal pulang ke rumah sejak Rabu lalu.

Ibunya, Salmiah Ahmad berkata, ketika kejadian dia dan suami, Ismail Saad, 60, tiada di rumah kerana pergi ke mahkamah di Jawi atas satu urusan dan kehilangan anak kelima daripada enam beradik itu disedari selepas dia gagal pulang ke rumah mereka di Taman Pekatra, Simpang Ampat, di sini.

Menurutnya, anaknya tiada masalah dengan keluarga atau tunangnya dan Norazlina mahu mengahwini lelaki itu kerana mereka sudah tiga tahun mengikat tali pertunangan.

"Ketika saya dan suami keluar rumah pagi itu (Rabu), dia (Norazlina) ada di rumah bersama anak bongsu (Norsyamira, 16). Tetapi, menurut Norsyamira, kakaknya meminta dia menghantarnya ke jalan besar di depan taman ini kerana mahu berjumpa kawan yang pernah bekerja kilang bersamanya untuk mengambil wang di Taman Pelangi".

“Kebiasaannya, kalau keluar dia akan pulang jam 1 tengah hari, tetapi sehingga hari ini dia tidak pulang. Saya menghubunginya jam 11 pagi pada hari kejadian bertanyakan mengenai komputer riba adiknya. Itu kali terakhir saya bercakap dengannya dan cubaan kedua menghubunginya gagal apabila talian telefonnya dimatikan,” katanya.

Makan Penadol muntah kahak biru?

Hiasan
Begini cerita sebenarnya Program bermula dengan ketibaan YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia dengan menunggang sendiri motorsikal antik bersama dengan konvoi sukarelawan MAYC di Pantai Saujana, Batu 4 Port Dickson. Ketibaan beliau telah disambut dengan paluan kompang daripada belia MAYC Kawasan Port Dickson.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Khairolnezam Shaari, Pengerusi MAYC Negeri Sembilan yang mengucapkan selamat datang kepada semua kontingen rombongan MAYC dari setiap negeri ke Negeri Sembilan.

Kemudian Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd Hasri Mohd Hadzir memberikan ucapan beliau. Presiden telah menegaskan bahawa seluruh ahli MAYC seluruh negara berdiri teguh dan menyokong penuh Barisan Nasional di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam PRU-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Seterusnya

Lagi Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu Ni?

gambar hiasan
Berita tergempar yang gua baru terima sebentar tadi.Betul ke beb gua ada dengar Sabtu ni bertarikh: 23 Februari 2013,bertempat: Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta Perak.Masa: 1.00 petang hingga 5.30 petang.Tak tahu lar menurut berita yang diterima ,3 pemimpin utama akan turut serta.

Moh kita turun wei..
KLIK SINI

Tergemparr :Pas kecundang di Tangan BN


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menggesa rakyat Kelantan supaya memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membawa kemajuan ke negeri itu demi masa depan generasi akan datang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau tidak mahu lagi melihat rakyatKelantan terpaksa berhijrah keluar dari negeri mereka demi mengecap kehidupan lebih baik, yang tidak mampu diberi kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang.

“Saya sedih dengar setengah juta orang Kelantan terpaksa berhijrah keluar. Saya tidak mahu ada sejuta lagi orang Kelantan berhijrah keluar. Orang Kelantan ini cekap, malah ramai tokoh di negara kita orang Kelantan seperti Panglima Angkatan Tentera Malaysia (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin).

“Saya percaya barisan ini (tokoh) mampu bantu kerajaan beri perubahan kepadaKelantan jika diberi mandat (memerintah Kelantan),” katanya ketika berucap merasmikan ‘Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate Di Perantauan 2013′ di StadiumPutra, Bukit Jalil di sini.

Turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 15,000 anak Kelantan itu ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Najib berkata, dalam memberi perubahan besar ‘gelombang merah’ kepada Kelantan, kerajaan BN berdiri teguh di atas dua prinsip penting iaitu Islam dan kemajuan.

“Kita nak Islam dan kita nak juga kemajuan. Islam ini agama kemajuan, maka prinsip inilah yang memastikan kejayaan kita memajukan Kelantan nanti. Kejayaan inilah yang akan dibawa ‘gelombang merah’ nanti.
“Kita tak mahu macam mana dia janji bulan, bintang, syurga dan nak pertahan Islam. Tetapi bila kalimah Allah dipersoal, di mana mereka? Sudah cukup, kita tukar, bo la wei (sudah-sudah lah tu),” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN akan memastikan hak rakyat Kelantan dalam isu tanah di negeri itu terbela dan pertanyaannya kepada hadirin siapa yang dapat tanah disambut jawapan, “DAP”.

“Setiap inci tanah Kelantan akan kita perjuangkan, hak tanah Kelantan akan kita perjuangkan, 10,000 ekar tanah (yang didakwa diperoleh pemimpin DAP) ini hak rakyat Kelantan. (Kerajaan negeri Kelantan) Dosanya tamak, tanah ini hak siapa kalau bukan rakyat Kelantan,” tegasnya.
Kerajaan BN, kata Najib, akan memperbetul segala kesalahan yang dibuat kerajaan negeri pimpinan PAS dalam isu tanah itu apabila diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Kelantan kelak.

Isu tanah itu timbul apabila sebuah blog, pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di negeri itu kepada Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming untuk menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata, tujuh janji BN kepada rakyat Kelantan yang diumumkan beliau bulan lepas di negeri itu akan dimasukkan sebagai manifesto BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Antara (janji itu) jika kita dapat laksanakan lebih awal, kita laksanakan untuk memberi keyakinan kepada rakyat Kelantan untuk tukar (kerajaan negeri).

“Kita lakukan perubahan yang besar, bumi Kelantan ini kita jadikan gelombang merah,” katanya.
Janji itu merupakan tujuh projek merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaankampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air. - BERNAMA


Penemuan Tergemparr rakyat tinggal didalam Kubur?



Amat pelik apabila Bratislav Stojanovic 43, seorang warga Serbia telah menjadikan kawasan perkuburan sebagai rumahnya sejak 15 tahun yang lalu. Beliua menjadikan salah satu liang lahat sebagai bilik tidunya.

Stojanovic membuat keputusan untuk tinggal di kawasan kubur akibat masalah hutang yang banyak. Liang lahat yang dijadikan bilik tidurnya bukan saja kering dan hangat tapi adalah lebih baik berbanding tidur di jalanan, menurutnya.

Awalnya beliau mengakui sukar untuk menyesuaikan diri, tapi akibat desakan hidup akhirnya dia berjaya hilangkan rasa takut untuk tidur bersama-sama orang yang mati.

Dia mengakui pada awalnya sangat sulit hidup di kompleks pemakaman seperti ini. Tetapi, Stojanovic menambahkan, kini rasa takutnya terhadap arwah orang mati sudah hilang. Selama tinggal di lubang kubur, beliau tidak pernah diganggu oleh sesiapa termasuklah pihak berkuasa.

Kabinet Bayangan dah keluar???


Apa komen anda wahai Rakyat Malaysia?

Pemimpin Hindraf Bagi Amaran?



Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin berisiko akan kehilangan sehingga 25 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak menerima sokongan daripada kumpulan pendesak tersebut.

Beliau juga mendakwa Hindraf boleh membantu untuk mengalihkan undi tersebut agar memihak kepada Pakatan Rakyat jika pakatan pembangkang bersama dengan pergerakan itu.

"Masyarakat India tidak berperang dengan kerajaan kerana kita ada pada tahun 2007 hinggan 2008.

"Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan kerja yang mengagumkan dari bawah dan jika mereka berjaya mendapatkan 55 peratus daripada jumlah pengundi India, Pakatan berkemungkinan untuk hadapi risiko di 25 kerusi Parlimen," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga meramalkan bahawa Kedah dan Selangor mungkin akan kecundang ke tangan BN dalam pilihan raya akan datang.

SUMBER

Pendedahan Tergemparr Blogger perbalahan Politik di..


Di khabarkan dari blogger Minah Brutal,beliau mendapat info tentang desas desus mengenai calon ADUN DAP kat Penang. Berita ni dikhabarkan oleh salah seorang kenalan Minah yang selalu mengikuti perkembangan politik di Penang. Khabar yang Minah terima adalah, 3 ADUN yang kini merupakan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan digugurkan sebagai calon. Dalam erti kata lain, 3 ADUN ni tak akan menjadi calon pilihan Lim Guan Eng.

Lebih Pendedahan tergempar rujuk SINI

Tilawah Bible yang cuba dibawa pihak tidak bertanggungjawab di Malaysia?


Di Indonesia sekarang fenomena Bacaan Bible yang sama iramanya dengan bacaan Al-Quran sedang cuba di manipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik.

Apakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan fenomena TILAWAH BIBLE dalam BAHASA ARAB pada masa hadapan? Apakah kita atau anak cucu kita akan dapat membezakan yang mana satu KALAMULLAH dan yang mana HASIL KERJA MANUSIA yang seringkali diatasnamakan sebagai GOD'S WORK?

Persoalan kita sekarang kenapa pihak pembangkang cube membawa propaganda politik yang mengetengahkan Kristian sebagai agama Rasmi??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...