Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 25 March 2013

Terkini !!! @PapaGomo Menang Saman Pertama.



Tindakan Husam menyaman blogger PapaGomo nampaknya satu kerja yang sangat sia-sia. Hari ini Husam didapati menarik balik saman tersebut atas satu faktor yang cukup mudah.

Peguam yang mewakili blogger PapaGomo telah bertalu-talu bertanyakan apa agenda sebenar Husam Musa pergi ke negara China? Kerana bimbang segala skandal Husam di China terbongkar, maka Husam terpaksa menarik balik saman tersebut.

Kenapa Husam takut sangat nak bercerita kisah yang sebenar apa yang beliau lakukan di China dalam mahkamah? Hehehe.. Semuanya sudah ada dalam poket kami la bro.

Apapun, kalau aku jadi Husam... Memang malu besar la beb. Dah nak saman orang, pastu tersilap orang pula tu, kemudian takut skandal bocor.. Saman ditarik balik. Bukankah itu kerja bodoh?

Orang Kelantan tahu ker Husam antara kepala yang menguasai bijih besi di Kelantan? Mana semua bijih besi yang Husam rembat? Ke mana Husam jual? Mana royalti duit untuk rakyat hasil jualan bijih besi itu?

Tahniah PapaGomo. Husam Musa bukan lawan kamu la bro. Husam Jamnapari hanya padan lawan dengan Mat Sabu Normah jer. Buat malu Nik Ajiz jer kau ni Husam.

Satu masa kita akan londehkan semua skandal Husam Musa di China beb. Biar dia saman semua blogger kemudian dia tarik balik. Saman tarik saman tarik dan saman kemudia tarik.

Terkini !!! Jatuhnya Air Mata seorang Pejuang Negara Kerana Terkenangkan rakan seperjuangan..



Air mata gugur kerana terkenang rakan seperjuangan gugur dimedan perang kerana mempertahanankan kedaulatan negara. Inilah harga yang perlu dibayar oleh anggota keselamatan kita.Namun ada jugak politikus sanggup mengatakan ini semua drama.

Mungkin pada mereka nyawa itu tidak bernilai jika yang mati itu melayu. Contoh nyata apabila teoh beng hock mati mereka sanggup memaki anggota keselamatan kerana mempertahankan seorang yang berbangsa cina. Bukan MKP nak bermain sikap rasis akan tetapi semua ini terbukti dan kita semua tahu akan kisah kematian teoh beng hock dibela oleh DAP.

Sejarah pengorbanan ini perlu dikenang supaya generasi baru mengerti perjuangan dalam usaha mengekalkan ketenteraman menuntut harga yang amat mahal.

Peristiwa Bukit Kepong contohnya antara rentetan sejarah silam yang dikenang sebagai kisah keberanian dan kegigihan anggota PDRM dalam mendaulatkan ketenteraman negara.

Tanpa usaha yang sewajarnya peristiwa pengorbanan wira-wira yang tidak didendang ini pastinya akan terkubur.

Menyelami sejarah silam ini, antara peristiwa yang menarik untuk diingati, misalnya peristiwa pertempuran di Chan Wing Estate, Bekok, Johor pada 15 Oktober 1950, selepas tujuh bulan peristiwa Balai Polis Bukit Kepong diserang sekumpulan pengganas komunis yang diketuai Mat Indera pada 23 Februari 1950.

Dalam pertempuran itu, lapan anggota polis terkorban terdiri daripada seorang koperal, lima konstabel dan dua konstabel tambahan.

Dalam tempoh 12 tahun pengisytiharan darurat iaitu pada 12 Februari 1949, komunis menyerang Jelebu, Negeri Sembilan yang menyebabkan 15 anggota polis terkorban.

Serangan itu juga hampir menyamai kejadian di Jalan Kroh-Betong, Perak pada 17 Jun 1968 apabila 17 anggota polis yang masih baru dalam pasukan Batalion 1 pasukan Polis Hutan atau kini Pasukan Gerakan Am gugur akibat diserang hendap komunis

Baca Lagi Klik SINI

Terkini !!! Azzimudie Kiram Akan Hadapi Perbicaraan Atas Kesalahan Jenayah



Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Azzimudie Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Raja Muda Kesultanan Sulu akan berhadapan dengan perbicaraan di Malaysia kerana mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Februari lepas.

“Saya tidak kisah sekiranya (dia) rakyat Malaysia atau tidak... dia melakukan kesalahan dan dia akan didakwa,” katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Isnin.

Azzimudie, yang turut digelar Agbimuddin, dilaporkan telah meninggalkan negara dan pergi bersembunyi sejak 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi serangan ofensif untuk menyingkirkan 200 anggota pengganas bersenjata Sulu yang diketuainya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Pembangkang kemudiannya mendakwa bahawa terdapat maklumat yang mendakwa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai daerah di Sabah.

mStar

Terkini !!! 7 MAYAT LELAKI DIBUNUH KEJAM...!!!


Foto

Mexico : Foto mengejutkan ini menunjukkan bagaimana mayat tujuh lelaki yang ditemui atas kerusi plastik ditembak di kepala dengan mesej ancaman dipaku pada dada mereka menggunakan alat pemecah ais.

Satu pelekat pada satu mayat berkenaan yang ditemui pagi semalam di Uruapan, negeri Michoacan berbunyi: “Amaran! Inilah yang berlaku kepada pencuri, penculik, penyerang seks dan pemeras ugut.” Tujuh mayat yang mempunyai kesan kecederaan ditembak didudukkan di atas kerusi dekat bulatan jalan raya, kata pihak berkuasa tempatan. Pejabat pendakwa raya tidak memberikan motif pembunuhan itu.

Mayat berkenaan ditemui dengan kaki dan tangan terikat di luar kilang air minuman Pepsi. Kumpulan lelaki terbabit dipercayai berusia antara 15 hingga 40 tahun. Mayat ditemui kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan. Sementara itu, tujuh lagi orang dibunuh di bandar berjiran Guerrero, Mereka terdiri daripada empat orang awam dan tiga ejen persekutuan yang bercuti daripada bertugas.

Tiga ejen itu dikejar oleh kumpulan lelaki bersenjata ketika berjalan menuju ke sebuah bank dan dibunuh selepas cuba berlindung di hotel berhampiran, kata polis.

Kedua-dua negeri di pantai barat Mexico itu menyaksikan peningkatan keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ekoran kegiatan kartel dadah. Kira-kira 70,000 orang terbunuh dalam kejadian keganasan dikaitkan dengan dadah di Mexico sejak tujuh tahun lalu.

President Enrique Pena Nieto yang mula memerintah Disember lalu berikrar membendung keganasan yang mencemar imej negara itu sebagai destinasi pelancongan dan menghalang kehadiran pelabur asing. - Agensi

WAJAH BAYI MUNCUL PADA PERUT IBU MENGANDUNG |


 AYRSHIRE – Karen McMartin (25) mungkin tidak perlu lagi melakukan pemeriksaan USG, untuk melihat bentuk bakal bayinya itu. Hal ini disebabkan wajah si bayi telah muncul di perutnya yang sedang hamil 25 minggu.

“Saya sedang berada di ruang staf sewaktu berehat, dan mengusap perut saya. Kemudian, saya terkejut dan berkata, Oh Tuhan, saya boleh melihat sebuah wajah,” ujarnya seperti dipetilk Tribunnews.com dari The Sun, Sabtu (9/3/2013).

Lantas, Karen menangkap gambar penampakan wajah di perutnya itu, dan sejak dari itu menunjukkannya kepada orang ramai. Karen sebelum ini sudah memiliki seorang anak perempuan bernama Chloe (2), hasil perkahwinannya dengan si suami, David.

“Tidak ada yang percaya bagaimana jelasnya wajah itu. Anda bahkan dapat melihat hidung, mulut, mata, dan pipi,” kata Karen.

Monan (45), majikan Karen iaitu pemilik salon Kazmark di Irvine, Ayrshire, Scotland juga dapat merasakan benjolan pada perut Karen.

“Lalu, ia mengangkat kepalanya, dan tiba-tiba bentuk perutnya berubah, kemudian wajah itu muncul,” ucapnya.

Dr Carol Cooper, ahli perubatan menjelaskan, ‘wajah’ bayi di perut Karen kemungkinan hanya sebuah ilusi, hasil kombinasi dari pusat Karen, pembuluh darah, dan garis kedutan di perutnya.
“Kawasan pucat yang membentuk ‘wajah’, boleh jadi merupakan punggung si bayi,” tambahnya.

Terkini !!! Pendedahan Sulit Walaupun Ianya Memalukan UMNO telah didedahkan???


Anak Jati baru sahaja sebentar tadi mengusya blog Papa Gomo,dalam artikelnya yg bertajuk Pendedahan Sulit Walaupun Ianya Memalukan UMNO ,gomo telah mendedahkan satu rahsia. Rahsia yang sepatutnya tak patut di cakap tapi gomo terpaksa cakap coz nak sedarkan Rakyat Malaysia walaupun ianya memalukan UMNO.

SABAH merupakan kubu UMNO, UMNO kuat di Sabah pendek kata Tampa Sabah UMNO akan kehilangan kuasa besar terutama pada PRU 13 ini. Nak bunuh UMNO adalah dengan melenyapkan Sabah. Hilangnya Sabah bermakna UMNO tidak kuat dan akan hilang taringnya pada PRU13 ini.

Klik SINI berita Penuh

Ustaz Kazim Elias diugut bunuh?



Dia pendakwah, dia sahabat dan dia guru berjiwa masyarakat.. Itulah sikap seorang seorang pendakwah bebas merangkap pemilik sebuah institusi Agama Islam. Bertempat di Manjoi Ipoh, Perak... Pusat kegiatan dakwahnya telah berkembang maju dan menjadi tumpuan masyarakat Islam tempatan. 

Kita kenal dengan beliau yang suka berdendang lagu hindustan, lagu era 50'an, 60'an 70'an serta lagu balada masakini dalam usaha dakwahnya. Setiap bicara ilmiahnya sangat bermakna hinggakan program ceramahnya bersama gandingan Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus mendapat perhatian semua orang. 

Itulah dia insan yang bernama Ustaz Kazim Elias (UKE) , pengasas Baitul Mubaraqah. 

Tapi sayang bila ada khabar mengatakan bahawa beliau mungkin bakal menghentikan usaha dakwahnya ekoran wujud satu tindakan agresif individu tak bertanggungjawab yang memberikan amaran kepada beliau menerusi objek yang disahkan cuka getah atau asid dihadapan pintu masuk madrasah Baitul Mubaraqah. Apakah wujud cubaan menyekat usaha dakwah fisabilillah beliau? UKE, juga sebelum ini pernah digelar anjing UMNO oleh pembangkang bahkan ada yang menuduh beliau menyebarkan dahwah sesat. 

Lagi Berita Penuh klik SINI

Terkini !!! A.R Badul Teringin Nak Berperang ???



Filem Darah Satria dan Prebet Lapok cukup hebat suatu ketika dahulu. Paling terkesan filem Darah Satria yang mana memperlihatkan perjuangan tentera menentang komunis di hutan. Realitinya hari ini, ia dianggap lebih kurang sama dengan situasi yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelawak terkenal, AR Badul punyai seribu satu kenangan mengenai hidup ala tentera. Berkampung dalam tempoh lama bagi menyiapkan filem tersebut, sudah pasti Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie terasa terkesan apabila ada yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan kita di Sabah. Wartawan Sinar Harian, HASLI NA KAMALUDIN dan NOR FAIZAL GHAZALI bersama jurufoto ZULFADHLI ZAKI mendapatkan reaksi Badul mengenai insiden ini

Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan filem Darah Satria?

Idea ini bermula daripada produser ketika itu yang mahukan genre berbeza daripada cinta. Tetapi dalam masa sama, tidak meninggalkan terus elemen cinta dalam filem. Menerusi perbincangan, kami ambil keputusan untuk mengetengahkan kisah tentera. Mesejnya mudah, iaitu tugas sebagai tentera adalah lain daripada yang lain yang sedia berkorban diri untuk negara. Masih wujud unsur cinta tetapi dengan cara positif di mana tunang anggota tentera ini rela dan mendoakan orang tersayang pergi berjuang di medan perang. Selain berlakon, saya bertindak sebagai penolong pengarah, di samping Datuk Aziz Satar sebagai pengarah.
Bagaimana dengan pra-perfileman, memandangkan ia berkaitan tentera?

Kita sangat bertuah dan berterima kasih kepada Kementerian Pertahanan yang memberi sepenuh sokongan terhadap filem ini. Penggambaran dilakukan dalam kem dan di hutan Gombak. Pegawai tentera ketika itu memberi tunjuk ajar serta latihan kepada kami sebelum memulakan penggambaran. Kami juga dibenarkan menggunakan senjata, lokasi, pakaian sebenar seorang tentera. Kami juga direkrut pegawai khas sepanjang penggambaran.
Berapa kos filem dan berapa lama penggambaran di dalam hutan?

Untuk filem Darah Satria, kos filem mencecah RM100,000. Ia jumlah yang besar pada ketika itu dan merangkumi semuanya termasuk promosi. Kami berkampung selama dua minggu di hutan. Kami melalui kehidupan seperti tentera seperti mengalami sendiri pengalaman tidur dalam khemah, makanan dan semua perkara yang dilakukan tentera. Bukan senang kerana selain daripada pelakon tambahan yang ramai, kami juga menggunakan senjata sebenar. Berat dan kami perlu berhati-hati. Semua ini demi untuk memastikan filem ini sukses.
Apakah kesukaran dalam menyiapkan filem tersebut?

Kami diberi peluang untuk menggunakan helikopter dalam beberapa babak. Kebanyakan aksi dilakonkan pelakon sendiri. Aksi paling sukar adalah situasi di dalam helikopter. Pelakon perlu turun dari helikopter menggunakan tali. Bukan sahaja tinggi, malah angin yang kuat juga menambah kesukaran. Kami hanya diberi latihan terjun tiga hari. Tetapi segala-galanya berjalan lancar. Selain itu, memegang senjata sebenar juga adalah masalah besar buat kami. Kami risau takut perkara yang tidak diingini berlaku.

Adakah pada ketika itu mahu menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia?
Pada asalnya, kita hanya ingin tukar tajuk sahaja. Tapi, apabila ditayangkan, mendapat sambutan kerana genre berbeza, ia secara langsung memberi impak positif kepada penonton dan lebih patriotik daripada biasa.
Selain Darah Satria, anda turut terlibat dalam filem ala tentera iaitu Prebet Lapok.

Ya, filem Prebet Lapok, saya diberi peranan utama. Masih mengisahkan hidup ala tentera. Ia juga disampaikan secara ringan iaitu bagaimana kehidupan tentera di kem. Ada juga tentera keluar malam, masalah disiplin dan sebagainya. Filem ini berjaya menarik ramai anak muda ketika itu untuk menyertai tentera. Untuk jadi tentera, hanya perlu ada semangat, disiplin dan rela berkorban nyawa untuk agama, bangsa dan negara.   

Melihat situasi sebenar tentera berperang di Lahad Datu, apakah anda boleh digambarkan?
Pertama, ia mengingatkan kenangan saya berlakon di hutan dulu. Walaupun hanya berlakon, tetapi bukan mudah. Beg dan senjata yang berat. Kami perlu fokus. Melihat apa yang berlaku di depan mata kita ini membuatkan saya terasa ingin berjuang bersama mereka. Saya dapat rasakan betapa sukarnya mereka menjaga keamanan negara kita dan bagaimana mereka perlu berdepan dengan musuh sebenar. Semangat mereka ada dengan saya. Tapi, apa yang boleh, saya hanya doakan yang terbaik. Mereka adalah tentera terlatih. Saya bangga dengan mereka.

Khabarnya, ada antara ahli keluarga anda juga seorang tentera?

Ya, anak lelaki saya adalah komando VAT69. Dia juga dihantar ke Lahad Datu dan juga banyak misi di luar negara. Kerana itu, saya sangat faham perasaan keluarga tentera.
Apakah kewajaran untuk pengarah filem menghasilkan filem patriotik pada masa sekarang?

Kita sebenarnya tidak banyak sejarah perang, soal buat filem itu terserah kepada produser. Pada masa sekarang perlu buat filem yang melambangkan kedaulatan negara dan keperkasaan tentera kita. Jangan buat filem 'pak turut dan pak sangkut' saja yang akan merosakkan institusi Malaysia.

Apakah anda akan menghasilkan filem patriotik?
Kalau ada permintaan saya akan pertimbangkan untuk mengarah. 

Apa komen anda mengenai persepsi yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan di Lahad Datu?
Negara kita jarang berperang. Kerana itu, mereka seperti tidak ada perasaan kasih sayang. Sudah macam hilang akal dengan melemparkan pelbagai tohmah dan kata-kata negatif. Sedangkan kalau ada berlaku kemalangan jalan raya pun kita rasa simpati. Inikan pula tentera yang ingin mempertahankan kedaulatan negara. Seharusnya mendengar tentera perlu bertugas ke Lahad Datu itu pun kita sudah sugul dan sedih. Apabila kena tembak, mengapa tergamak mengatakan ini sandiwara. Mereka tidak fikir orang lain. Cuba kalau saudara mereka ditembak. Pasti sedih. Inilah yang berlaku apabila wujud pihak-pihak yang tidak pernah fikir perasaan orang. Seolah-olah dalam otak mereka ada 'cip' yang ikut sahaja cakap beberapa pihak yang mengaitkan isu ini dengan politik.

Apakah situasi tentera hari ini melawan Sulu lebih teruk daripada zaman melawan komunis dulu?

Bagi saya, Sulu ni komunis moden. Ada duit, kedudukan dan penyokong. Jika mereka berjaya, mereka akan dapat habuan dan bahagian tertentu. Komunis tidak kerana mereka ada fokus. Saya lihat Sulu tiada fokus. Kenapa mereka mahu Sabah? Mereka muncul tiba-tiba dalam keadaan dan saat sekarang (musim Pilihan Raya).

Bagaimanakah pandangan anda dengan moral rakyat Malaysia terhadap anggota keselamatan?

Pasukan keselamatan perlulah dihormati. Mereka ini harga yang tidak ternilai kepada negara. Sekiranya negara menghadapi perang, merekalah benteng utama, bukan bomba atau jururawat. Tanpa mereka habislah kita. Saya sangat bersimpati kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban. Masyarakat perlu menghargai jasa dan tanggungjawab mereka bukan menghina.

Apakah harapan anda terhadap insiden Lahad Datu ini?

Saya tahu ini adalah detik sukar untuk semua warga Malaysia dan pasukan keselamatan kita. Perkara ini sudah pasti memakan masa agak lama untuk berakhir. Tetapi, saya berharap tidak akan ada lagi kata-kata negatif terhadap pasukan keselamatan. saya berdoa perkara ini akan dapat ditamatkan dengan penuh diplomasi.

Perlukah kisah Lahad Datu difilemkan sebagai pengajaran kepada generasi akan datang?

Saya rasa ia tidak perlu menjadi filem. Lebih baik dijadikan dokumentari. Pada saya, siapa juga yang nak buat filem, ia tidak lari daripada nak dapat untung. Kalau dokumentari ia akan lebih diberi perhatian. Minta maaf cakap, filem hanya untuk untung.

Apakah pandangan mengenai seniman atau artis yang memilih politik?

Pada saya, mereka ini tidak jujurlah. Mereka kena tahu apa tujuan masuk politik? Tidak perlu hipokrit. Kalau artis itu mahu bersihkan diri dan dekatkan diri dengan agama, mereka tidak semestinya kena masuk politik. Sepatutnya mereka perlu belajar dulu. Bila mereka masuk platform politik, secara tidak langsung kita akan mengata orang juga, baik masuk pondok. Kita mahu berdakwah, kenalah sedar standard diri kita. Contohi Ustaz Akhil Hayy, belajar dulu betul-betul lepas itu bolehlah nak berceramah dan berdakwah.

Ada sesetengah pihak dilihat terlalu ekstrem dengan politik, bagaimana anda melihat situasi ini?

Pada saya kita tidak perlu terlalu ekstrem dalam hal politik. Mana yang elok kita turut, tak perlu ekstrem mana-mana parti politik. Siapa pun yang memerintah negara, saya tetap macam ini juga. Kita perlu terbuka, jangan terlalu terikut dengan apa yang orang cakap. Jadi kita ikut mana yang elok, mana yang kita rasa betul. Satu hal lagi, mengapa jika ada pihak yang menghina negara diberi muka? Kenapa kita terlalu berlembut? Minta maaf, paling tidak saman. Kalau orang minum air ketum kita lempang pula. Ini orang yang sah-sah hina negara.

Terbaru !!! Polis Pula Dihina


Agak-agak kome le kan !!! Apa yang kita boleh classify kan pada si pemilik Twitter ni???bagi aq dia ni jenis yang tak kenang jasa langsung polis.Teman cadangkan jika berlaku apa2 lepas ni.Janganla minta tolng pada Polis dah ye.??? Heee geram pulak Teman time2 ni.

Terpulanglah pada rakyat sendiri yang menilai. Bukti semua dah ada depan mata. Percaya atau tidak begitulah perangai sebenar pemimpin pakatan yang korang puja-puja tu. Fikirkanlah.

Lagi Klik Jawa Bernam

Lagi Budak Hingus Menghina Lagu Kebangsaan...


Entah le apa yang boleh digambarkan oleh kita tentang Pemilik FB accaount ni.Agak Pelik bila lagi dekat dengan PRU lagi mereka berani  sehingga tahap sebegini?Adakah mungkin selepas PRU ni Nasib orang melayu hanya boleh digambarkan sedemikan rupa oleh pelikik accaount tersebut.

Agak bengong bila pemilik accaount tersebut membuat kenyataan seperti itu.Tidak berfikir kah dia jika atuknya atau keluarganya yang lain merupakan orang yang berjuang mendapatkan negara n selamatkan negara dr tangan penjajah

Terkini !!! Tonton Video Kekejaman Penyangak Lahat Datu Disini



Sempena sambutan hari Polis ke 206 tahun ini didoakan semoga pasukan Polis kita akan terus tabah, gagah dan tangkas memikul amanah dalam menjaga keamanan dan kemakmuran negara.

Berikut 2 video nstonline berkaitan kekejaman Lanun pengganas tajaan Anwar yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan kita, semoga roh mereka ditempatkan disis roh para solihin..Amin

Al Fatihah...!

KLIK Mat Kilau Penang Untuk Tonton Video

CN Afghani Pernah Merancang ingin Bunuh Tun ??


PASIR PUTEH 25 Mac - Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - UTUSAN ONLINE


Bicara SMS berbaur 18 sx kepada VVIP !!! Pencerahan Abby diperukan Segera???


"U ulang i sama u ",Dengan tagline yang sering digunakan beliau didalam twitter adalah "Alahai"Sah kan SMS ni Boleh Tak Wahai Ustazah Exkpress

"yang 1 nak lagi... plss...setiap mlm terbayang ni...damai dlm dakapan sayang...terasa dampai skrg .."

Milik siapakah SMS ni....Bagai berkurun lama kesepian.... Heee geli gelenyor teman wei SMS ni.Dengar cerita pemilik SMS ni seorang Janda Anak Tiga.Bukan cik Ainon Janda Muda ye,kih kih kih .... Hahah Nak dikaitkan lagi SMS ni.Teman boleh simpulkan mungkin SMS ni setelah Skandal RM50 ribu Abby Abadi di London didedahkan <---KLIK le kalau kome nak tengok,tak tekan rugi gila woiii...

Kita belum mahu menuduh Abby dalam isu SMS ini. Cuma kalau boleh, kita hanya mahu Abby bagi penjelasan kepada kita samada ianya benar atau tidak? Apakah benar SMS tersebut juga ada kaitan dengan skandal 50 ribu di London?

Malas Nak tuduh lebih-lebih kan.Sekarang ni cume nak penjelasan je atau mungkin percerahan.

Polis Malaysia di Iktiraf Di mata dunia ...



Penyetarasan gaji dan gred anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penjawat awam merupakan antara langkah penting ke arah pelaksanaan strategi Kepolisian Kelas Dunia (WCP).

Strategi itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Dalam Negeri dan PDRM menyediakan orang ramai dengan perkhidmatan kepolisian lebih baik di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Ia juga merupakan penanda aras yang akan memantau input dan hasil PDRM berbanding dengan pasukan polis di negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan Hong Kong, dan berfungsi sebagai garis panduan untuk pegawai kanan polis dan pembuat dasar berkaitan perkara yang perlu diperbaiki dan bidang utama yang diberi keutamaan.

Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penyetaraan gaji dan gred PDRM dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), melibatkan 109,209 anggota dan pegawai polis, dilihat mampu menyuntik semangat dan kesiapsiagaan anggota PDRM dengan mendapat imbuhan setimpal tanggungjawab mereka.

Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Bukit Aman, Datuk Aishah Mohammad dalam temu bual dengan Bernama berkata selain penyetaraan gaji dan gred, PDRM juga akan mengkaji deskripsi tugas yang lebih mesra rakyat selari dengan visi dan misi menjadikan PDRM "agensi peneraju" dalam penguatkuasaan undang-undang.

Klik SINI untuk Berita Penuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...