Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 30 May 2013

Pembelian Tanah Di Bukit Kiara: Raja Nong Chik Buat Laporan Polis Terhadap Nurul Izzah !!!


Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara.

Beliau berkata ia bagi membolehkan pihak polis menyiasat kenyataan yang dilemparkan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah.

"Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen (pilihan raya) dan saman terhadap beliau (Nurul Izzah)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai pada kira-kira 3 petang ini.

Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pada PRU13 5 Mei lepas dengan majoriti 1,847 undi.

-Bernama

VIDEO PANAS !!! KANTOI webcam dengan bapak sendiri !!!


Gua Harap Bebeno jangan ada yang sampai terkantoi macam Ni ek


KEJAM GILER !!! PESARA GURU PECAH KEPALA DIPUKUL PENYAMUN !!!




Seorang pesara guru ditemui mati dipercayai dibunuh, selepas disamun dalam kejadian di rumahnya di Jalan Mewah Abu Samah, Kampung Sungai Jai, Beranang, semalam.

Mangsa, Khalijah Abu Samah, 74, ditemui dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah di bahagian ruang tamu berhampiran pintu dapur rumahnya.

Mangsa yang tinggal bersendirian ditemui oleh jirannya seorang warga Indonesia, Ahmad Zaini Kasmuri, 54, kira-kira jam 10 pagi.

Ahmad Zaini ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, dia yang berniaga sayur keluar rumah untuk ke pasar pada jam 7 pagi.

Menurutnya, apabila kembali semula ke rumahnya kira-kira tiga jam kemudian, dia mendapati rumah mangsa kosong.

Katanya, dia bagaimanapun melihat terdapat sebuah motosikal hitam jenis Yamaha 125Z diparkir berdekatan pagar laman rumah mangsa.

Ahmad Zaini berkata, dia kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk meletakkan barang, sebelum bergegas ke rumah mangsa untuk menjenguknya.

“Biasanya kalau saya balik setiap hari dari pasar, kakak (mangsa) akan duduk di luar rumah, tetapi hari ini (semalam) tiada.

“Saya rasa tak sedap hati dan terus pergi ke rumah kakak. Apabila saya tolak pintu dapur, nampak kakak sudah tertiarap tidak sedarkan diri di kawasan ruang tamu rumah,” katanya.

Kepala ditutupi tudung

Ahmad Zaini berkata, ketika ditemui kepala mangsa ditutup dengan tudung dan terdapat kesan darah yang banyak sehingga ke lantai.

Menurutnya, dia menarik tudung mangsa dan mendapati kepalanya pecah, selain banyak serpihan kaca bertaburan di atas lantai.

Ahmad Zaini berkata, dia sangat terkejut dan terus memaklumkan kepada jiran berdekatan tentang perkara tersebut.

“Salah seorang jiran terus buat laporan polis, manakala saya hubungi menantu mangsa memaklumkan perkara tersebut,” katanya yang sudah tiga tahun berjiran dengan mangsa.

Ketika ditanya berhubung motosikal yang dilihatnya sebelum itu, beliau berkata, motosikal itu sudah tiada ketika dia pergi ke rumah mangsa.

Menurutnya, dia berasa sedih dengan kejadian yang berlaku, kerana selama ini, dia dan isteri diamanahkan oleh tiga anak mangsa untuk menjaga dan menjenguk keadaannya kerana mereka tinggal berjauhan termasuk seorang di Arab Saudi.

“Selalu saya belikan dia barang atau makanan dan dia akan masak sendiri. Tapi tak sangka perkara sebegini menimpanya,” katanya.

Keluarga kerap datang melawat

Menantu mangsa, Zunfar Mohd Saad, 45, yang tinggal di Kajang berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas jirannya menghubungi melalui telefon kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, dia dan suami yang merupakan anak bongsu mangsa kerap datang melawat kerana mereka yang tinggal paling dekat dengan rumah mangsa.

“Kami memang selalu pesan pada jiran untuk tengok-tengokkan emak sebab dia tinggal seorang. Tapi tak sangka kejadian seperti ini boleh berlaku,” katanya.

Maut akibat dipukul objek tumpul

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan mangsa dibunuh antara jam 7.30 pagi ke 10 pagi semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal menunjukkan terdapat dua kesan kecederaan pada kepala mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Tiada sebarang senjata yang digunakan dalam kejadian ditemui dan premis juga tidak dipecah masuk.

“Keadaan rumah berselerak dipercayai digeledah suspek dan hanya barangan kemas mangsa dikenal pasti hilang. Setakat ini, kita percaya individu yang menyerang mangsa hanya seorang,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SUMBER

Panas!!! Mufti Perak Gelarkan Anwar Ibrahim Dan Konconya Sebagai Penderhaka Negara?!!!


SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

“Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.

“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Katanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.

“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya. -SH

SEBARKAN !!! Identiti Facebooker Pakatan Menghina PDRM Dengan Cara Yang Cukup Biadap Tersebar..



Facebooker Pakatan yang menggunakan nama samaran rakyat Anarki ini sering tampil dengan komen-komen pedas yang rutinnya mengutuk dan memgitnah kerajaan.


Terbaharu, Nuramin yang kelihatan lembut ini mencapai tahap melampau pabila secara terang-terangan 'menganjingkan' Polis DiRaja Malaysia dengan cara yang cukup melampau dan menghina.

Pesanan aku, jangan jadikan kebebasan dalam media sosial ini sebagai tiket untuk sesuka hati berkata apa saja tanpa ada hadnya..

Apa tunggu lagi, Anarki yang digambarkan ganas dan kasar sebnarnya serupa NYAH ini nantikanlah kunjungan polis ke kediamannya..

PANAS !!! (VIDEO PENJELASAN) Panas!!! Jawapan Pedas UAI Berhubung Kritikan Perkahwinannya Dengan Isteri Ketiga!!!


Perkahwinan ketiga pendakwah bebas terkemuka Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang berlangsung baru-baru ini telah menerima kritikan daripada segelintir peminatnya di laman Facebook.

Rata-ratanya dari golongan wanita yang tidak bersetuju dengan tindakannya berkahwin dengan gadis yang berumur 27 tahun yang dikenali sebagai Izyan itu.

Malah ada yang melontarkan pelbagai ‘persoalan’ berhubung tindakannya itu.

Soalan Peminat Yang Bengang Ustaz Azhar Kahwin 3-2

Dan sekarang ini tengah ‘viral’ dalam internet mengenai penjelasan Ustaz Azhar berhubung perkara tersebut.

Ini jawapan beliau;

294789_378450212263516_1733889541_n
SUMBER : Mynewshub.my
Jom kita ikuti sedutan- sedutan video di bawah:


PANAS !!! 30 Ditahan Berbogel,Dalam Upacara Memuja Syaitan!!


Riyadh: Polis agama Arab Saudi, menahan 30 orang termasuk warga asing dan tempatan selepas mereka ditangkap kerana mengadakan satu majlis bersuka-ria, bercampur lelaki dan perempuan, menghisap dadah, berbogel, minum arak dan mengadakan upacara memuja syaitan lapor sebuah akhbar, semalam. 

Anggota Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar, menyerbu sebuah perkhemahan waktu malam di luar ibu kota ini yang diterangi obor berinspirasikan filem dan menahan 30 orang dari 11 negara dengan sebahagian mereka sedang berbogel. 

Gambar Hiasan

Seks bebas 

Akhbar Sabq yang memetik kenyataan seorang anggota suruhanjaya itu melaporkan tiga lelaki ditangkap sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di dalam sebuah khemah. 

Sementara itu yang lain ditahan sedang mengambil dadah, termasuk seorang daripadanya warga Amerika Syarikat. 

“Mereka menghisap dadah dan minum arak, sebahagian yang lain sedang menari dengan cara aneh ketika diserbu. 

“Kebanyakan mereka menari di sekeliling api sebagai sebahagian upacara syaitan mereka. Malangnya, ada diantara mereka warga warga Arab Saudi sendiri,” katanya. 
Menurut laporan akhbar terbabit, mereka yang ditahan berasal dari Amerika Syarikat, Eropah, Arab Saudi dan negara Arab lain. - Bernama

GAMBAR INI MEMBUATKAN PEGUAM #BLACKOUT505 MEROYAN!!!


Gambar diatas menunjukan sikap yang ditunjukan oleh Peguam pembangkang yang bersikap biadap terhadap anggota PDRM. Itulah sikap yang kurang bertamadun oleh Peguam yang belajar bolah dikatakan pandai akan tetapi bodoh. Bagi MKP agak mudah jika kita menghormati orang lain sudah pasti orang lain akan menghormati kita.

Jika tingkah-laku begini yang ditunjukkan oleh Peguam bodoh ini bakal memberikan tanggapan yang kurang baik bagi semua Peguam yang ada di Malaysia. Budaya sebegini tak patut disuburkan di Malaysia.

Baca Lagi SINI

Caj Parking Naik 60 Sen Sejam Di Shah Alam!! Terima Kasih Pakatan Rakyat!!

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, kenaikan itu wajar dilakukan memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenalkan sejak 1998 dan kadar baharu itu akan berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.

"Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa dan status Shah Alam sebagai bandar raya," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini hari ini.

Beliau berkata MBSA juga akan mengadakan program kutipan kompaun tempat letak kereta yang menawarkan potongan 80 peratus, bermula 10 Julai hingga 7 Ogos depan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, tunggakan kompaun letak kereta kini berjumlah RM9 juta dengan tiga kawasan mencatat jumlah tertinggi iaitu Seksyen 9, Seksyen 13 dan Seksyen 25.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...