Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 4 April 2013

Gempar !!! Esok SPR Jangka Umum Rahsia Besar PRU???



Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan selewat-lewatnya esok untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tarikh mesyuarat khas akan diadakan.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sehingga kini SPR belum menerima surat pemakluman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Selain itu, katanya, seramai 6,298 pengundi luar negara telah mendaftar sebagai pengundi pos sehingga tarikh tutup pada pukul 12 tengah malam tadi. - Utusan

Misteri Cincin Berlian Rosmah 24 juta Terbongkar Lagi !!!


Apa yang dikupaskan oleh Sahabat Blogger,  RBF Online, amat menarik dan amat berguna walaupun bagi para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya puak-puak yang mengamalkan sikap HALALKU WA HARAMMU akan membutakan mata, memekakkan telinga dan menyongketkan bibir sambil beriktikad, fitnah yang mereka dengar selama ini tanpa sebarang bukti, adalah DALIL SAH.


Agak menarik, mengapa seorang blogger boleh mencari bukti-bukti ini dengan lengkap dan lebih meyakinkan berbanding Chegu Bard yang hanya menggunakan Borang Kemasukan Item Kastam yang kemudian dijaja-jaja kononnya, Rosmah Mansor memiliki cincin berkenaan?

Bahkan paling menarik, mengapa agaknya TOK IMAM-TOK IMAM MURAKKAB PAS yang tidak menjalankan tugas agama, sebaliknya hanya bertopengkan agama, terus memanjangkan fitnah Chegu Bard sekalipun tidak mempunyai sebarang bukti nyata?

Lebih menarik lagi ialah apabila ada pula PECACAI PAKATAN yang mempersoalkan, mengapa cincin tersebut boleh keluar masuk Kastam dengan mudah hanya semata-mata untuk dilihat oleh Rosmah Mansor!

Walhal segala butiran telah diberikan oleh BLOGGER RBF secara terperinci. Maka timbullah tandatanya mengapa pula perincian sebegitu rupa, masih tidak difahami oleh PECACAI PAKATAN yang masih mengeluarkan pertanyaan bodoh. Adakah kerana dia tidak faham, tidak membaca, atau sememangnya manusia seperti PECACAI PAKATAN yang mengeluarkan pertanyaan sebegitu rupa, tergolong daripada mereka yang telah DIBUTAKAN MATA, DIPEKAKKAN TELINGA DAN DIHIJAB HATI MEREKA?

Anda baca sendiri apa yang didedahkan dan diterangkan oleh RBF DI SINI... kalau anda masih juga berpendirian dan masih mengulang-ulang serta mempercayai bahawa cincin berkenaan merupakan milik Rosmah Mansor, sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan otak anda.

Atau barangkali cuba anda uji dengan MENGUCAP SYAHADAH... barangkali ada sattah, syaddah, kasroh, atau dummah mahupun huruf yang tertinggal di mana-mana sehinggakan Allah Taala menarik kembali kewarasan dan keupayaan otak untuk mengadaptasi penjelasan dan perincian sehingga terselindung daripada kebenaran serta realiti semasa.

Terkini !! Aksi Provokasi Lucah Blogger Wanita.


Ya..pastinya kita masih ingat pasangan haramjadah Alvin dan Vivian yang bukan sahaja memalukan keluarganya, malam masyarakat Malaysia secara umumnya apabila memuatnaik gambar serta video seks mereka ke internet pada tahun lepas.

Semalam, si betina Vivian ini memuatnaik gambar lucahnya ke laman Facebook dengan merentangkan bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya dengan caption 'Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!'

Tindakan jijik betina ini difahamkan bertujuan untuk menjatuhkan maruah BN kerana sering dikaitkan dengan pembongkaran video salah laku beberapa pemimpin PR yang lebih kurang juga perangainya dengan pasangan ini.

Tindakan beliau mengajak peminatnya mengundi BN juga adalah hanya cubaan menyindir dan sudah difahami oleh pengujung laman FBnya. Ramai pengunjung lebih cenderung mengutuk dan tidak senang dengan tindakan betina ini...

Wajib Tonton :Sebelum pangkah PAS, tonton Video ini dahulu!



1. Mereka(Ahli PAS) sanggup membenarkan orang kafir mempergunakan ayat Al-Quran demi kepentingan politik untuk menarik undi dari kalangan orang-orang islam.

2. Mereka(Ahli PAS) dengan selamba gelak dan tawa bersama bila org kafir mempersendakan laungan takbir "Allahuakbar" dan "Alhamdulillah"

3. Mereka(Org KAFIR) mengambil kesempatan terhadap ahli-ahli PAS yang kononnya memperjuangkan agama islam dengan mempergunakan ayat Al-Quran untuk menarik undi dari kalangan orang-orang islam. Lantas orang-orang islam yang dengar akan bercakap "wahhh!..ini cina kafir pun pandai tafsir Al-Quran, kita mesti ikot dia"


SUMBER YOUTUBE

#PRU13 : KJ Luah Sesuatu Menjelang PRU 13???


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini meminta pemimpin-pemimpin Pemuda agar tidak merajuk dan bertindak mensabotaj parti jika tidak dipilih sebagai calon dalam piliharaya (PRU13).

Sebaliknya, para pemimpin pemuda perlu muhasabah diri dengan keputusan Presiden parti dan tidak mematahkan semangat juang mereka dalam memperjuangkan parti khususnya dalam memenangi PRU13 kali ini.

Beliau dengan rendah diri akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Pemuda mendahului parti bukan diri... Khairy komitmen untuk memastikan kemenangan BN yang tidak berbelah bagi tak kira lah menjadi calon atau tidak. Beliau berharap para pemimpin pemuda turut berpegang kepada prisnsip yang sama.

Petikan dari Facebook KJ (https://www.facebook.com/Khairykj) - Salam kepada semua rakan FB. Minta maaf tidak ada banyak update di FB. Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak.

Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13. Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.

Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned. Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga.

Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.

Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prisnsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon. Kita sentiasa berucap tentang perpaduan dan kesetiaan dalam parti, inilah masa untuk kita membuktikannya melalui amalan dan tindakan.

Mungkin pengalaman saya boleh menjadi teladan. Saya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pangkat Naib Presiden UMNO. Namun saya tidak dilantik dalam Kabinet. Perkara ini dijadikan bahan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya. Walaupun begitu, saya tak pernah erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk. Selama empat tahun jadi Ketua Pemuda saya terus berjuang dan melaksanakan tugas sebaik mungkin. Sebab bagi saya yang penting bukan jawatan, tetapi niat kita untuk berkhidmat demi rakyat dan keberkesanan kita untuk membawa kebaikkan kepada rakyat. 

Marilah sama-sama kita gerak sebagai satu pasukan. Saya yakin sekiranya barisan kita ampuh, rakyat jua akan lebih yakin untuk memberi mandat besar kepada Barisan Nasional dalam PRU13!

Terkini !!! Tun Musa Hitam Sokong Pakatan Rakyat ???


Teman tak rasa heran .Teman tahu yang kebanyyakkan nya jadi macam ni sebab terlampau manja sangat dulu time duk Dalam UMNO .Nak Apa sahaja semua dapat.Sekarang biler dah bersara meroyan sakan le.Apa jenis manusia entah.Tak cukup2 ke .Heee

Menurut sumber Apple Bru Mungkinkah ini langkah terdesak bagi meraih undi?Sebentar tadi, Billboard tentang kenyataan Tun Musa Hitam di Dialog Survival Ekonomi Melayu anjuran Sinar Harian dipasang di persimpangan Bukit Minyak Bukit Mertajam. Nampak sangat la dah ketakutan Negeri Pulau Pinang akan terlepas dari genggaman. Tapi kan..kan..teman nak tanya, Billboard ini dah dapat kebenaran dan permit dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ke tak? Tak nampak pun ada cop kebenaran dan permit MPSP. Apa cerita? Di Penanti, MPSP sapu bersih cabut bendera BN tempohari. Katanya, arahan Ahli Majlis MPSP? Yang ini tak ada arahan apa-apa ke?Heeeee..


Terkini !!! Kisah Tragis Unit Gempur Marin didedahkan???


“Walaupun ditembak berulang kali dan perutnya sudah ditembusi berbelas tembakan, namun dirinya masih gagah menyerang anggota keselamatan yang sudah tidak bermaya itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Kepulangan Wira Negara Op Daulat, di Markas Pasukan Polis Marin, Wilayah 3, dekat sini, kelmarin.

Katanya, lelaki terbabit bersama isterinya mengunci rumah dari luar dan bertindak ketika Unit Tindakan Khas (UTK) menggeledah rumah dengan menyerang di sebalik pintu.

Katanya, anggota yang lain hanya bersiap sedia jika muncul lagi pengganas di sebalik rumah itu.

Peluang bertugas dalam Op Daulat bersama perwira lain di Lahad datu Sabah adalah pengalaman baru bagi Konstabel Kuan Gin Ching, 35, anggota Unit Gempur Marin (UNGERIN) Pasukan Polis Marin, Wilayah 3.

Beliau berkongsi suka dukanya di bumi bergolak itu selepas hampir sebulan berada di Kampung Tanduo dan Kampung Simunul.

Menurutnya, masih terbayang di matanya ketika menyaksikan pengganas menetak anggota keselamatan dan ditembak sehingga perut terburai tetapi masih gagah menyerang anggota terbabit.

Bagaimanapun, katanya, peristiwa itu langsung tidak mematahkan semangatnya malah semakin bersedia untuk ke sana semula selagi Op Daulat belum berakhir.

Pada awalnya Gin Ching mengakui gentar sebaik tiba di tanah yang dipenuhi bekas perang itu tambahan pula melihat kelongsong peluru bertaburan di atas jalan raya dan letupan serta tembakan di sekeliling kawasan itu.

“Berada kira-kira 400 meter dari lokasi pengganas Sulu menjadikan kami bersiap-sedia sepanjang masa,” katanya yang menjadikan pengalaman itu satu cabaran dan kekuatan diri untuk terus menjaga keamanan negara.

Katanya, dia turut ditugaskan bersama anggota UNGERIN dari wilayah lain bukan untuk mengawal keadaan di darat malah membantu pasukan keselamatan di laut bagi mengelakkan penceroboh bertindak menyelamatkan diri melalui jalan air.

Menurutnya, kawasan perkampungan di atas air itu bersimpang-siur dengan keadaan struktur binaan rumah yang sama mengelirukan anggota bertugas.

“Memang sukar untuk keluar masuk di situ dan seolah-olah seperti perangkap kepada anggota keselamatan. Sekiranya kita tersilap langkah memijak di atas jeti atau jambatan menghubungkan perumahan, pasti terjatuh ke dalam air,” katanya.

Terkini !!! Manifesto Selaras Janji akan Diumumkan ???


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul KadirIPOH -  Barisan Nasional Perak akan melancarkan manifesto khusus untuk negeri ini dalam menghadapi pilihan raya umum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Manifesto peringkat negeri akan selaras dengan janji yang dibuat di peringkat kebangsaan. Kami akan memberi penekanan kepada semua aspek kepentingan rakyat," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula berkata parti itu bersedia dari segi kempen, strategi dan kewangan untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

Katanya pembahagian kerusi untuk ditandingi oleh pakatan pembangkang di Perak sudah 98 peratus siap dan beliau menyifatkan peluang mereka sebagai 60:40 untuk mengambil tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi Perak, Datuk Dr Mohd Nor Manuty berkata, parti itu dijangka bertanding di 20 kerusi parlimen dan Dun di Perak dengan penampilan 60 peratus muka baharu termasuk kemungkinan bekas pegawai tinggi tentera.

Perak mempunyai 59 kerusi Dun dengan 28 kerusi dikuasai BN, 27 kerusi diwakili pembangkang manakala empat lagi kerusi diwakili calon bebas yang mesra BN sebelum pembubarannya hari ini.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata BN negeri itu bukan sekadar bersedia malah yakin dapat mengambil kembali dua kerusi Dun kawasan Simpang Empat dan Sanglang daripada Pas pada pilihan raya kali ini. - Bernama

Gempar !!! Calon Paling Tertua sah Bertanding PRU 13 !!!




KUALA TERENGGANU 4 April - Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ini merupakan PRU kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada PRU yang lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi.

Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi.

Dijangkakan, Tok Mun sekali lagi akan menjadi calon tertua pada PRU kali ini. - UTUSAN ONLINE



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget