Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 8 July 2012

~Apabila Terlalu Ghairah Nak Ke Putrajaya!~



KOTA BHARU 6 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud kesal dengan sikap kebanyakan pimpinan dan ahli Pas yang ghairah untuk ke Putrajaya sedangkan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, orang Pas sepatutnya memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan, bukannya merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.


Beliau berkata, lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.
"Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya.


"Kalau kita tinggalkan agenda masjid dan hanya fikir mahukan Putrajaya, jika kita berkuasa kelak, orang jenis macam mana yang kita hendak lantik menjadi duta misalnya? Adakah orang yang tidak pernah bersolat di masjid?
"Saya sedih lihat keadaan banyak masjid sekarang sudah mati, di mana orang kita yang sepatutnya datang penuhkan masjid? Padahal kalau masjid sudah hidup barulah kita sebenarnya boleh perintah negara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.


Mohamed menambah, beliau amat berharap semua pihak sedar mengenai perkara ini dan melakukan tindakan segera. - Utusan Malaysia

~amanat YB KJ~



Ipoh:Bertempat di Bangunan UMNO di Ipoh,satu upacara telah berlangsung dengan jayanya iaitu Majlis Perasmian Perwakilan Puteri Dan Pemuda UMNO Ipoh Barat yang telah di hadiri sendiri oleh YB Khairy Jamaluddin


Antara yang beliau tekankan dalam meraih kemenangan demi PilihanRaya 13 beliau telah menggaris beberapa aspek iaitu dengan PRU-13 UMNO boleh tebus maruah,perjuangan bangsa agama dan Negara akan diteruskan bagi bersama meraih kemenangan demi PRU-13.

Kemudian beliau turut menyentuh soal peranan orang muda untuk menentukan kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya.Dalam Kata2nya “pengundi baru bersamaan dengan 20 juta,daripada 80% adalah golongan pengundi muda yang berumur dibawah lingkungan umur 40 tahun kebawah yang akan mengundi buant kali pertamanya.”katanya lagi.

Beliau juga turut menekankan soal isu pengundi muda yang akan menilai sendiri dari segi aspek calon yang mewakili suara rakyat,manifesto serta menepati cita rasa orang muda.Selain itu,beliau turut menggesa putera dan puteri didalam ucapannya iaitu “kita perlu mengenali mereka dan dekati mereka,kita juga perlu mencari dan menigkatkan keyakinan orang muda terhadap UMNO/BN dan akhirnya member peluang sendiri kepada orang muda untuk menggalas tugas,tanggungjawab”kata YB KJ.

Bukan itu sahaja,YB KJ turut menyentuh soal perpaduan.Dalam ucapannya beliau berpesan kepada sayap puteri dan putera harus bersatu hati tanpa mengira latar belakang dan yang paling penting jangan penting diri demi untuk kemenangan UMNO/BN”yb kj.Katanya lagi dalam ucapannya turut menekankan soal bersatu demi perpaduan UMNO dan menjaga kesatuan demi bangsa , agama, dan Negara

Dalam ucapannya juga turut menyentuh soal budaya buruk yang ditekankan oleh pihak pembangkang kepada penyokongnya iaitu tidak perlu berterima kasih kepada orang yang berbudi pada yang bermaksud tidak perlu menghargai orang yang member pembangunan pada Negara,dendam dan dengki kepada Umno/BN dan yang paling teruk iaitu tidak perlu bayar hutang kepada sesiapa pon.

Pada akhir ucapan YB KJ beliau turut menyentuh isu yang dibawa sendiri oleh ketua pembangkang iaitu Anwar Ibrahim sendiri.Dalam Janji anwar Ibrahim beliau telah berjanji kepada rakyat sekiranya diberi mandat beliau akan menurunkan harga minyak,menghapuskan ptptnb@pendidikan secara percuma sebanyak 18 billion,air percuma,pendapatan RM4000 sebulan bagi setiap keluarga yang melibatkan peruntukkan sebanyak 90 billion .Beliau turut menceritakan semasa krisis kewangan semasa tahun 1998 Anwar sendiri selaku Menteri Kewangan hampir minta pinjaman daripada IMF sewaktu DR Mahathir bercuti selama 3 bulan,nasib baiklah pada ketika itu Tun M mengambil inisiatif sendiri iaitu dengan mengenalkan dasar ekonomi Malaysia yang meyelamatkan kembali ekonomi Malaysia @AJM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...