Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 23 April 2013

DAH TERANG LAGI BERSULUH PON TAK NAMPAK LAGI KE???? CALON PENGEDAR PIL KUDA !!!




Saat ini heboh dalam media perdana dan juga media baru tentang kenyataan Haji Hadi yang mendakwa punca berlakunya pertindihan calon antara PAS dan PKR di kerusi yang sama disebabkan PKR meletak pengedar Pil Kuda sebagai calon mereka.

Tetapi tidak ramai yang tahu, pada malam yang sama di Lumut Perak, Anwar Ibrahim telah membuat tuduhan palsu ke atas UMNO. Anwar Ibrahim menuduh UMNO mendakwa Nik Aziz makan dadah pil kuda.

Apakah ini suratan atau kebetulan? Kita tidak menolak semua ini berlaku dengan kekuasaan Allah SWT. Pada waktu dan hari yang sama, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi boleh berdebat dari tempat yang berbeza.

Allah maka kuasa. Tidak ada yang mustahil bagi Allah SWT. Sikap segelintir PAS dan PKR yang mengadaikan kalimah suci Allah kepada orang Kristian mungkin akan dibalas setimpal oleh Allah yang satu.


APAKAH NASIB 61 Orang BN Yang Bertanding BEBAS !!!



61 ahli UMNO hari ini dipecat serta-merta kerana bertanding sebagai calon bebas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13.


Bekas Naib Ketua Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim adalah antara yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Turut dipecat, Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Pemecatan itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO melalui pengerusinya, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen.

Keputusan itu diambil selaras dengan Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan anggota UMNO yang bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

Surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terbabit.

Nama lain yang dipecat adalah - Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding Kerusi Parlimen Sepang.

Datuk Suhaimi adalah antara tiga calon yang menentang penyandang Parlimen Sepang, Datuk Seri Md Zin Mohamed.

Turut dipecat, Datu Badaruddin Tun Mustapha kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.

Dan Fadzil Hanafi - Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah yang juga Bekas ADUN BN selama dua penggal di DUN Alor Mengkudu.

Selain itu, tiga ahli UMNO akan dipanggil minggu ini bagi menjawab tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap merekakerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon sabtu lalu.

Untuk video KLIK SINI...

PANAS !!DR. JUANDA SARAN BUAT KENYATAAN KONTOVERSI!!!


BERITA yang mungkin membuatkan si Anwar dan puak-puak pakatan yang selama ini beranggapan Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis tidak menyokong kepimpinan Barisan Nasional ternyata meleset. Tentu puak-puak ni dah hilang semangat kerana rupanya ramai cendikiawan Islam yang menyokong kepimpinan DS Najib yang terus-menerus secara konsisten menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Kenapa perlu ubah kerajaan yang sedia ada jika mereka konsisten dalam memperjuangkan Islam?

PAS belum lagi dapat membuktikan yang mereka memperjuangkan syiar Islam. Belum lagi terbukti yang PAS mampu menegakkan Islam. Hukum hudud yang dicanang setiap kali menjelang pilihanraya hanyalah omong kosong para pemimpin yang dilabelkan sebagai wali. Kelantan, Kedah telah diperintah oleh PAS namun sehingga ke saat ini hukum hudud yang dikatakan tidak pernah terwujud di dua buah negeri PAS ini.

Kerajaan negeri melalui Menteri Besarnya mempunyai kuasa penuh dalam melaksanakan hukum tersebut kerana hukum syariah dan juga mahkamah syariah adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kenapa kena tunggu dapat Malaysia dahulu baru nak laksanakan?

Jika benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan ingin mewujudkan hukum hudud, sejak dari awal 2008 setelah mereka menang kerusi DUN mereka sudah boleh merangka hukum hudud. Rasanya Sultan Kedah dan Sultan Kelantan tiada halangan dalam meluluskan hukum hudud yang disyarakkan dalam Islam tersebut. 

Ternyata yang hukum hudud hanyalah mainan PAS untuk menarik sokongan rakyat terutama yang beragama Islam supaya menyokong mereka. Dr. Juanda juga menyeru supaya rakyat memilih kerajaan yang benar-benar ikhlas dalam mentadbir kerajaan Islam ini. Berhati-hati dalam memilih kerajaan kerana bukti nyata telah sedia ada bersandarkan prestasi kerajaan PAS Kelantan yang tidak pernah membina masjid untuk umat Islam di sana. Tetapi patung Buddha tinggi melebihi kubah masjid boleh pula dibina tanpa meminta derma dari orang ramai. Kerajaan Islam macam mana tu?

Parti PAS bukan Parti Islam. PAS bukan agama. 

PANAS TERIK !!! PENDEDAHAN AKJR TENTANG PENJUALAN SIJIL CUTI SAKIT MACAM JUAL GULA-GULA WOO AKAN MENGGEMPARKAN BOX OFFICE !!!


Gila Babi aq pon terkejut gak dengan pendedahan yang telah dilakukan oleh blogger tersohor Malaysia iaitu AKJR tentang pendedahan beliau tentang Surat Sijil Cuti Sakit yang boleh dibeli macam gula-gula dipasar raya.. Hahah Naik pening pon ada woo.Punya la nak senang sanggup buat macam ni.

Ikuti pendedahan beliau dibawah

AKJR : CUTI sakit kerap dijadikan alasan oleh segelintir kakitangan perkhidmatan awam mahupun swasta untuk ponteng kerja. Sijil cuti sakit boleh didapati dengan mudah di klinik tertentu ‘yang popular’ kerana mudah memberi cuti sakit. Dengan bertemu doktor dan minta dibekalkan pil vitamin atau pil sakit kepala, pelanggan boleh mendapat sijil cuti sakit. Sijil itu kemudian dikemukakan kepada ketua jabatan atau majikan untuk dijadikan alasan ketidakhadiran ke pejabat atau mengelak daripada melakukan tugasan luar daerah, menghadiri mesyuarat atau menyertai perkumpulan yang menyebabkan mereka meninggalkan keluarga. 

Hasil maklumat orang ramai, Di Tapah ada sebuah klinik yang menawarkan perkhidmatan menjual Sijil sakit (MC) tersebut. Klinik tersebut adalah Poliklinik Dr Radzi iaitu Calon PAS bagi DUN N47 Ayer Kuning, Tapah. Sijil Sakit diklinik beliau dijual dengan mudah serendah RM 12.00 bagi setiap satu sijil yang diminta oleh pelanggan. 

HAHAHAHA... Dari sini kita boleh lihat  dengan jelas kredibilti beliau sebagai Doktor pun sudah tercalar, dimana dengan mudah beliau mengurusniaga dan menyalahgunakan sijil-sijil sakit untuk pelanggan tetap dan orang ramai. Sekarang pula beliau menjadi calon DUN N47 Ayer Kuning dalam PRU 13, adakah beliau layak menjadi Wakil Rakyat di DUN tersebut?? Sudah Pasti TIDAKKK!!!


AKJr menasihatkan orang ramai khasnya disekitar Tapah supaya tidak bersekongkol dengan aktiviti ini kerana ianya satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kepada diri sendiri dan majikan. Demi keuntungan segera, beliau sanggup menjual sijil sakit tersebut, sekiranya beliau menang sebagai wakil rakyat kelak adalah amat malang bagi penduduk sekitar Tapah kerana mendapat Wakil Rakyat yang tidak amanah dan tiada langsung integriti.

Tetapi jangan khuatir penduduk Tapah, kita masih lagi ada masa untuk menyekat beliau dari menjadi ADUN bagi kawasan Ayer Kuning dalam PRU13 pada 05 Mei 2013 nanti. Pastikan kita semua menolak Calon ini dari memimpin kita pada masa hadapan. Nama saja Doktor!! tetapi hamPASSSS!!!

Psssttt... AKJr : Seorang bergelar Doktor yang orang ramai selalu percayakannya tetapi sekarang dia terang-terang telah menipu, menyalahgunakan kuasanya sebagai Doktor demi keuntungan mudah bagi diri sendiri.. Orang seperti ini TIDAK LAYAK menjadi Doktor mahupun pemimpin.

SIAPA DALANG YANG MENENTANG PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA DI DUN SG RAPAT YANG SEBENARNYA???




Masih ingat kah kome tentang satu peristiwa seorang yang dianggap berpelajaran tetapi sanggup bersekongkol dengan DAP Kafir Harbi menentang sekeras-kerasnya pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Penggalan Pegoh.


Masih Ingat kah kau wahai penganut-penganut PAS siapa yang membantu rakyat di Penggalan Pegoh untuk mendapat kan sebuah sekolah agama yang lebih selesa untuk anak-anak mempelajari ilmu-ilmu agama sebagai bekalan mereka di dewasa Klak.

Masih ingat kah kau siapa yang membantah sekeras-kerasnya pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Penggalan Pegoh.Jangan kau butakan hati wahai penganut-penganut PAS.

Aku secara kerasnya berasa begitu hiba dengan sikap beliau iaitu Radzi Zainon tentang sikap beliau yang sanggup menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini.

Sepatutnya beliau dalam hal ini perlu berkeras untuk mempertahan kan pembinaan sekolah agama Rakyat Di Penggalan Pegoh,ketepikan politik kerana dalam hal ini melibatkan ilmu-ilmu agama untuk anak-anak tempatan menuntut ilmu.

Sebentar tadi Anak Jati Malaya sempat menghubungi Dato Hamidah untuk memberi komen tentang tindakkan Radzi Zainon yang juga merupakan calon Dun Sg Rapat.Dalam temubual bersama Dato Hamidah,Beliau berkata "Rakyat perlu Ingat Jika Kita Mengundi Pas bermakna kita mengundi PAS,mengundi PAS ibarat menyokong Kenyataan Karpal Sigh tentang langkah mayatnya dulu sebelum nak tubuhkan negara Islam dan menyokong PAS bermakna menyokong dap untuk penggunanaan Khalimah ALLAH dalambible" Katanya.

PANAS !!!! Teknik Tak Menjadi Nak Tarik Pendengar ??? Kah Kah Kah


Biasanya kalau ceramah Pakatan Pembangkang sudah pasti akan dihadiri oleh ramai pengunjung untuk mendengar celoteh pembohongan pemimpin mereka menghentam Barisan Nasional, namun pada pilihanraya kali ini ianya hambar.

Mungkin sudah ramai yang mulai sedar dengan segala kepincangan dalam Pakatan Pembangkang yang selama ini hanya pandai menabur janji janji palsu untuk mengaburi mata para pengundi.

Mereka hanya menjadikan alasan demi alasan untuk menjadi benteng pertahana mereka selama ini dan perkara ini boleh dilihat daripada apa yang terjadi di beberapa buah negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang semenjak PRU12.

Mereka berjanji itu dan ini, memberikan menifesto yang menjadi penawar kepada hati rakyat, tetapi semuanya tidak terlaksana hingga kini.

Ini membuatkan para pengikut mereka berasa amat malu kerana telah bersungguh sungguh berkempen dalam PRU12 yang lalu dan apabila ianya tidak terlaksana, mereka ini ditempelak oleh rakyat serta para pengundi.

Satu kesilapan yang dilakukan oleh rakyat semasa PRU12 ialah dengan memberi kepercayaan penuh kepada pakatan pembaangkang dan kepercayaan itu telah dikhianati oleh pakatan pembangkang dengan menidakkan hak mereka yang menuntut janji.

Negeri negeri dibawah pakatan pembangkang kini amat menyedihkan dimana semasa kepimpinan diterajui oleh Barisan Nasional ianya boleh dikataakan mewah dan penuh dengan pembangunan namun janji penambahbaikan oleh pakatan pembangkang telah mengaburi mata rakyat dan sekaraang kita dapat melihat beberapa negeri mengalami kemerosotan ekonomi walaupun pihak pembangkang cuba untuk menutup segala permasaalahan tersebut dengan menunjukkan prestasi mereka yang sebenarnya adalah palsu.

Seperti negeri Selangor, kerajaan pakatan pembangkang mengatakan bahawa ekonomi negeri tersebut berada ditahap yang tinggi tetapi apa yang sebenarnya terjadi ialah pengurangan aset yang dilakukan oleh kerajaan pakatan pembangkang.

Seperti contoh, pakatan pembangkang mencairkan aset yang ada dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, siapa pun tidaak tahu dengan penjualan penjualan tanah serta bangunan milik perbadanan tersebut digantikan dengan tunai yang menampakkan bahawa ekonomi negeri tersebut perkembang pesat.

Ibarat kata pepatah 'Korek lubang tutup lubang' itulah yang dilakukan oleh kerajaan di negeri tersebut.

Begitu juga dengan Pulau Pinang dan negeri negeri lain.

Pembangkang akan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri mengalamai defisit melebihi 500 billion tetapi ianya diambil dari tahun 2009 yang mana ianya dicampurkan kesemuanya sekali tanpa ditolak dari pengurangan setiap tahun.

Ini adalah caara pembangkang untuk menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak cekap dalam melaksanakan pemerintahan negara, dan jika dihitung semula daripada mula pakatan pembangkang memerintah di beberapa buah negeri jika tidak ditolak setiap tahun, ianya juga akan mejadi lebihan malah lebih teruk daripada apa yang mereka perkatakan.

Inilah cara pakatan untuk berbohong kepada rakyat dalam usaha mereka untuk menjadi kerajaan.

PANAS !!! Nak UBAH APA LAGI !!! UBAH DULU PEMIMPIN KORANG TU???BENGONG BETUL


Penyokong pembangkang gemar melaungkan “Ubah” namun sebenarnya merekalah yang patut ubah sikap sendiri kerana sering bertindak fanatik tanpa berfikir secara waras.

Baru-baru ini penyokong-penyokong PR telah bertindak melampaui batas-batas kemanusiaan apabila mengugut untuk merogol dan membunuh seorang gadis yang pro-BN.

Selain itu, pemimpin-pemimpin pembangkang juga sering bertindak bongkak. Khalid Samad berlagak pada hari penamaan calon Sabtu lepas, dan juga Ong Kian Ming dari DAP menyuruh pemberita memanggil beliau dengan gelaran “Doktor” kerana memiliki PhD.



MACAM NI UBAH ?? SINILAH 

SINIPUN ADA !!! BELAGAK !!!

PANAS TERIK!! Jurukamera RTM Dipukul Sampai Mati Oleh Penyokong PAS. #TolakPAS #GE13.

Jurukamera yang pernah dipukul oleh perusuh BERSIH
Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !

Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.


Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.



TAK ABIS KANTOI??? APA YANG KANTOI-Kantoi NI???

 
Asyik Kantoi je. HMMMM Pening-Pening ???

MACAM SIAL..! Anak Calon DUN Port Dickson N33 Terlibat Kes Samun !!!

Pendedahan dan pembongkaran sudah dibuat....

TETAPI pihak PKR memang suka memilih calon yang punyai masalah moral sebab Bapak kepada segala masalah moral berasal dari parti ini..!

Ayuh kita baca kisahnya di SINI

Terkini !!! APA SUDAH JADI DENGAN ABU BAKAR Hussain Ni???

Abu Bakar bin Haji Hussian atau dikenali sebagai Ustaz Abu Bakar oleh penyokong PAS. Beliau didalam parti PAS memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri. Dalam pilihanraya yang ke 13 akan datang beliau dilihat akan bertanding di DUN Titi Serong (N.08). DUN Titi Serong sekarang disandang oleh calon dari PAS juga iaitu Khalil Idham Lim Abdullah.
Penglibatan Abu Bakar dalam polemik politik banyak menampakkan sifat *********  yang mana membuat keputusan tanpa mempedulikan parti sekutunya. Ini berikutan dari laporan yang mengatakan,

"Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussian dalam ceramah di Air Kuning, di sini malam tadi mengumumkan Mohammad Nizar akan bertanding di Changkat Jering, sekali gus mengesahkan spekulasi pemimpin tersebut tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.

Walau bagaimanapun, ceramah itu tidak dihadiri mana-mana pemimpin PKR."
 
UNTUK BERITA PENUH,BACA LAGI SINI

PANAS !!! APA LAGI KAK MIDAH KECOH2 NI???

Jadual berkempen Dato Hamidah yang baru memasuki hari kedua terus padat dan semalam sahaja lebih 20 kawasan telah dilawati oleh beliau untuk berkempen.

Kempen dimulakan dengan program sarapan pagi di Kampung Pisang dan seterusnya Dato Hamidah ke Taman Desa Aman untuk memberikan bantuan peribadi kepada mangsa-mangsa ribut di Taman Desan Aman.

Seterusnya beliau menziarahi kematian di Kampung Rapat Jaya, Rapat Jaya Tambahan dan Taman Song Choon.






 

Surat APA YANG DIBAWA UMMI HAFILDA NI??? Macam PELIK JE !!!

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan kilang cetak Syarikat Prema membayar RM50,000 bagi ganti rugi am kepada usahawan wanita Ummi Hafilda Ali kerana fitnah.

Datuk Sulaiman Daud yang mengetuai panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan syarikat itu.

Panel itu yang terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan syarikat itu bertanggungjawab memfitnah Umi Hafilda.

Namun, mahkamah membenarkan rayuan Syarikat Prema untuk mengurangkan jumlah bayaran ganti rugi daripada RM100,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk dibayar kepada Umi Hafilda kepada RM50,000 beserta faedah dan kos.

Hakim Sulaiman berkata mahkamah berpendapat jumlah RM100,000 yang dianugerahkan Mahkamah Tinggi adalah keterlaluan.

Pada 7 Jun 2006, Mahkamah Tinggi memerintahkan PAS, Halim Arshat yang juga bekas setiausaha agung PAS dan pemegang permit penerbitan Harakah ketika itu, bekas ketua pengarang Harakah, Datuk Mustafa Ali untuk membayar sejumlah RM100,000 sebagai ganti rugi am kepada Ummi Hafilda.

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Syarikat Prema untuk membayar RM100,000 kepada Ummi Hafilda, yang dikenali ramai semasa perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan faedah sebanyak 8 peratus ditambah kepada jumlah yang diperintahkan bermula dari tarikh pemfailan writ pada 30 April 1999 sehingga ia direalisasikan dan satu injunksi bagi menghalang responden daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

PAS, Halim dan Mustafa tidak mengemukakan rayuan. Ummi Hafilda, 46, menyaman PAS, Halim, Mustafa dan Sabri Zain, penulis akhbar tabloid yang diterbitkan dua kali seminggu berhubung dengan penyiaran artikel bertajuk “Malaysia Sweeps 10 Oscars” (Malaysia Memenangi 10 Oscar) yang disiarkan pada isu 29 Mac 1999 Harakah yang mengandungi beberapa gambaran negatif mengenai dirinya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Umi Hafilda berkata dia mengalami kesan dahsyat akibat penerbitan artikel berunsur fitnah itu, reputasi dan imej dirinya tercemar dan kehilangan pendapatan perniagaannya serta berhadapan dengan skandal awam, kebencian dan hinaan.

Ummi Hafilda turut memperoleh penghakiman ingkar terhadap Sabri pada 22 Nov 1999 tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan terhadap Sabari yang tidak dapat dikesan.
SUMBER

PANAS !!! BAPA ALTANTUYA BERCERAMAH DENGAN NADA MENGGERUNKAN !!!





Haaa... Baru ada akal!

Masa buat fitnah tak sedar diri. Konon-kononnya semua orang bodoh dan boleh termakan fitnah yang dilemparkan dengan begitu mudah. Konon-kononnya dia sajalah yang pandai dan tiada sesiapa pun yang dapat melawannya.

Anehnya, segala cakap-cakapnya diterima bulat-bulat tanpa sebarang kesangsian.

Antara cerita yang paling sadis dan paling tidak masuk akal dihebahkan adalah berkenaan kematian kekasih Abdul Razak Baginda yang kemudian dikaitkan dengan Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan pembelian dua buah kapal selam untuk TLDM dari Perancis.

Walaupun semuanya tidak berkait, tetapi kaitan telah dibuat dengan jayanya menggunakan pelbagai kemahiran dan penguasaan termasuklah media, sama ada media konvensional mahupun media sosial. Menariknya, kerana sudah terlalu lama dibiarkan, kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim cukup percaya dengan apa yang ditaburkan buat mereka. Bahkan mereka memanjangkan lagi bicara tersebut dan percaya bahawa fitnah yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim adalah KISAH BENAR.

Sangkaan Anwar Ibrahim, dan para penyokongnya, bapa Altantuya tidak akan masuk campur dan tidak akan sama sekali membantu Najib Abdul Razak untuk menerangkan perkara sebenarnya.

Ternyata, mereka hanya mampu merancang sedangkan perancangan Allah Taala jauh lebih baik berbanding mereka!

Setev Shiiribu, bapa si mati sebelum ini telah menolak sama sekali cubaan Anwar Ibrahim yang memujuknya agar menfitnah Najib Abdul Razak. Bahkan dengan tegas, dia menolak konspirasi yang diaturkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dngan menyatakan bahawa kematian anak perempuannya itu tidak ada kena-mengena langsung dengan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Sudah kedengaran, Anwar Ibrahim sedang menggelupur sakan dan mencari-cari jalan untuk menghalang bapa Altantuya daripada datang ke Malaysia dan berceramah di atas pentas Barisan Nasional menerangkan perkara sebenar.

Cubaan menfitnah Setev Shiiribu kononnya dia telah dibayar oleh Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia agar membersihkan nama Perdana Menteri Malaysia itu dan isterinya, juga telah gagal memandangkan Anwar Ibrahim dan konco-konconya sentiasa gagal menunjukkan bukti daripada tuduhan mereka.

Apakah Anwar Ibrahim akan menampilkan klon Setev Shiiribu di Permatang Pauh untuk bercakap menurut kehendaknya?

Atau barangkali Anwar Ibrahim telah mengerahkan pembunuh-pembunuh upahannya untuk mencari Setev Shiiribu dan menamatkan riwayat bapa Altantuya itu sebelum sempat dia menjejakkan kaki ke Malaysia dan berucap di atas pentas Barisan Nasional?

Segala-galanya berkemungkinan apabila ianya membabitkan Anwar Ibrahim!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...