Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 10 January 2013

GAMBAR TERBARU NEELOFA SEKSI MELAMPAU


Perghhh!!! Tersentap jantung gua beb bila tengok gambar Neelofa yang seksi terlampau dalam Instagram tu.. Nasib baik bukan bulan puasa, kalau tak dah tentu batal puasa gua..

Gua dapat gambar ni dalam sebuah forum.. Kata dorang, gambar Neelofa tu diambil dalam Instagram.. Tapi gua nampak macam ada benda yang tak kena je dengan gambar diatas tu beb..

Walaupun selama ni Neelofa memang selalu berpakaian seksi, tapi gua tak percaya Neelofa sanggup beraksi terlampau sampai macam dalam gambar tu..

Dan setelah gua buat 'siasatan'.., rupanya gambar Neelofa tersebut telah diphotoshop oleh individu-individu yang tak bertanggungjawab..

Korang tengoklah sendiri gambar sebenar dibawah ni.. Entah awek korea mana punya gambar yang dorang cilok beb...

Tak pasal-pasal je beliau 'difitnah' didalam forum tersebut tanpa pengetahuannya sendiri..

Read more: http://wancikgumuzik.blogspot.com/2012/09/gambar-terbaru-neelofa-seksi-melampau.html#ixzz2HX2NKDmj




[xklusif] Mengucap satu jalan pintas kaut untung !!! Aduhai dunia-dunia .

pix_topright

Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.

Keluarga itu terdiri daripada seorang wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.

Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman.

Foto


WANITA terbabit bersama dua anak perempuannya.


Satu daripada surau yang dikunjungi lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu.

HMETRO


Budak Merana, Kakinya Tersepit Kulitnya Disiat Di Eskalator



JOHOR BAHRU  –  “Mama, papa, kaki Fathur tersepit ni!“ jerit seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang patah tulang jari kaki kirinya manakala kulit bahagian berkenaan tersiat selepas tersepit di eskalator sebuah pasar raya di Kota Tinggi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa, Muhamad Fathur Rahman Fadhel tersepit kakinya ketika menuruni eskalator terbabit bersama ibu bapa dan adik perempuannya berusia lima tahun. Lebih mengerikan, bapanya, Fadhel Ahmad, 32, terpaksa menarik kaki mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik bagi menyelamatkannya.

Menceritakan detik cemas itu, ibu mangsa, Nor Fadilah Anuar, 32, berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga ke pasar raya terbabit untuk menghantar stok bekalan makanan yang diletakkan di sebuah kedai di situ.

“Selepas selesai menghantar stok makanan, kami berempat menuruni aras satu pasar raya berkenaan sebelum Fathur tiba-tiba menjerit sekuat hati mengatakan kakinya tersepit.

“Kami panik sebelum suami memberanikan diri menarik kaki kiri Fathur yang tersepit itu,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan, di sini, semalam.

Menurut Nor Fadilah, dia semakin panik selepas ternampak tulang selain kulit kaki anaknya tersiat.
Katanya, ketika itu, dia melihat Muhamad Fathur Rahman yang juga murid Sekolah Kebangsaan Pasak, Kota Tinggi menahan kesakitan sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT).

“Kakitangan HKT mendapati kaki Fathur patah menyebabkan dia dirujuk ke HSI untuk dibedah.
“Saya dan keluarga berjumpa dengan pengurusan pasar raya terbabit tengah hari semalam bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan kejadian,” katanya.

Menurut Nor Fadilah, ketika kejadian, tiada seorang pun wakil pengurusan pasar raya terbabit yang membantu mereka sekeluarga.

Katanya, lebih mengejutkan, dia dimaklumkan kejadian itu tidak diberitahu kepada pengurusan.
“Ketika kejadian, ada lima pengawal keselamatan berada di luar bangunan pasar raya itu dan tidak logik sekiranya mereka hanya mendiamkan diri serta tidak memaklumkan kejadian kepada pihak atasan.
“Kami sekeluarga berharap keadaan Fathur bertambah baik selepas pembedahan dilakukan malam tadi,” katanya.

Menurut Nor Fadilah, kejadian itu memberi tamparan hebat buatnya serta suami dan mereka akan lebih berhati-hati selepas ini bagi mengelak kejadian sama berulang.

Wakil pengurusan pasar raya itu ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah melawat Muhamad Fathur Rahman di HSI untuk melihat sendiri keadaan kanak-kanak berkenaan.

“Ada sedikit salah faham berkaitan kejadian ini dan kami akan berbincang dengan keluarga kanak-kanak itu bagi mencari penyelesaian,” katanya enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.  – Harian Metro

mudah diperdaya Ajaran Sesat Panji Langit!!!


70 terpedaya ajaran sesat Panji Langit
banglo tmpat kegiatan
BANDARAYA MELAKA - Seorang bomoh yang mengaku dirinya perantara malaikat Jibrail berjaya memperdaya 70 pesakit yang datang berubat dengan mengikuti ajaran sesat dikenali sebagai Panji Langit.

Bomoh berusia 46 tahun yang juga mendakwa dia boleh mentafsir dosa pesakitnya itu dikatakan turut berjaya mempengaruhi seorang imam di Melaka Tengah untuk menjadi pengikutnya sejak penyebaran ajaran itu setahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani berkata, sejak mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut, pihaknya telah mula memantau kegiatan lelaki yang berasal dari Muar, Johor itu.

“Ajaran Panji Langit difatwakan sebagai ajaran sesat pada 4 Disember tahun lalu selepas dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.

“Ajaran dibawa bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu mengaku sebagai perantara kepada malaikat Jibrail, selain berupaya mentafsir dosa-dosa pesakitnya,” katanya.

Rahimin berkata, pengikut ajaran Panji Langit juga diminta beriman kepadanya selain mengaku dirinya sebagai utusan untuk menghapuskan dajal dan juga pemegang takbir pembinasa dajal.

“Dia yang mengaku dirinya sempurna, mendakwa imam dan ustaz sedia ada tidak boleh dipercayai dan meminta pengikutnya supaya beriman kepadanya.

“Dia juga mengaku sebagai peringatan terakhir kepada alam ini dan hari kiamat berlaku pada 21 Disember 2012,” katanya.

SETERUSNYA

HIBURAN :PENANGAN 5 JEJAKA !!!

One Direction semakin digilai

Sememangnya populariti yang dimiliki kumpulan ini memberi impak terhadap karier nyanyian mereka yang boleh dikatakan masih setahun jagung. Menariknya, perjalanan karier nyanyian mereka dilihat begitu memberangsangkan apabila ke semua anggota bersepakat menandatangani kontrak bernilai kira-kira RM9.72 juta bersama syarikat rakaman milik penerbit The X Factor, Simon Cowell iaitu Syco Music.

Menurut sumber Dalam sekelip mata, menerusi album pertama Up All Night, kumpulan ini berjaya mencipta nama mereka di seluruh dunia. Lagu popular, What Makes You Beautiful antara pencapaian terbaik mereka sepanjang melibatkan diri dalam industri nyanyian.

Malah lagu tersebut berjaya berada di tangga teratas beberapa carta lagu di peringkat antarabangsa antaranya Billboard Hot 100 dan UK Singles Chart. Tidak hanya itu, lagu hit itu juga turut diangkat sebagai video pop terbaik dalam majlis penganugerahan  MTV Video Music Awards mengalahkan penyanyi popular seperti Rihanna dan Justin Bieber.

MAHASISWA:HURU -HARA BUKAN JALAN BAIK UTK BELA NASIB RAKYAT !!!



KUALA LUMPUR 10 Jan. - Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman.

Beliau berkata, ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga.

"Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa ala "Arab Springs", Azraful berkata, ia sangat keterlaluan kerana keadaan di negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang dilanda "Arab Springs", termasuk Syria.

Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika "Arab Springs" menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang. - BERNAMA


'BABI' Masuk Mahkamah !!! hahaha


Babi 'masuk' Mahkamah Majistret, kejar anggota JPAM dan orang awam

ALOR GAJAH - Suasana pekarangan tempat letak kenderaan Mahkamah Majistret di sini, kecoh seketika apabila muncul seekor babi jantan yang sesat dipercayai dari hutan berhampiran.

Kejadian itu disedari beberapa pekerja mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi semalam, apabila melihat seekor haiwan berwarna kelabu gelap berlari sambil menyondol pagar kawat.

Saksi yang juga pelawat mahkamah, Ahmad Harun, 52, berkata, sebaik tiba di bangunan mahkamah, dia ternampak babi itu sedang tidur dalam longkang di hadapan bangunan mahkamah sebelum bangkit dan keluar.

“Ketika naik ke tingkat satu, saya terkejut melihat babi itu sedang tidur dalam longkang berdekatan bangunan dan keluar beberapa minit kemudian sebelum memanjat tebing pagar kawat.

“Kemudian saya lihat babi itu berlari di sepanjang tepi pagar sambil menyondol untuk mencari laluan keluar, namun gagal sebelum berpatah semula sehingga disedari pekerja kantin mahkamah," katanya.

Menurutnya, keadaan agak kecoh kerana pekerja kantin dan orang awam bimbang akan disondol babi  itu yang mengganas sebelum seorang kakitangan mahkamah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Perhilitan.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Ismail Zulkefeli Ahmad berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, babi itu masih berlari di tepi pagar.

Menurutnya, babi itu mula mengejar anggota JPAM dan orang awam, namun tergelincir tetapi berjaya bangun sebelum naik ke atas tebing pagar berkenaan.

"Pergerakan babi itu mula perlahan mungkin disebabkan kepenatan selepas berlari untuk mencari jalan keluar dan anggota mengambil meletakkan sangkar di atas tebing yang menjadi laluannya.

“Namun selepas melihat pergerakan babi itu kembali berlari laju, anggota JPAM meletakkan sangkar di hadapannya dan berjaya memerangkapnya, namun babi itu meronta sehingga sangkar terbalik sebelum jatuh ke bawah," katanya.

Katanya, disebabkan rontaan kuat, besi penutup sangkar tercabut sehingga memberi ruang kepada babi  itu keluar dan mengejar anggota sebelum naik ke tebing di tepi pagar.

Sementara itu, anggota Perhilitan, Mohd Razak Sadikon berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau melihat babi itu semakin agresif sehingga memaksa pihaknya menembak kaki haiwan berkenaan.

“Tembakan pertama mengena di bahagian badan dan kaki babi itu mengakibatkannya terjatuh ke bawah sebelum tembakan kedua dilepaskan ke bahagian kepalanya,” katanya.

Katanya, akibat tembakan itu, babi berkenaan mati.

SINAR HARIAN

Tiada Lagi Ubat Percuma !! Apa hal ni !!

ubat 1

Tak tahulah apa nak jadi dengan para pemimpin pembangkang di negara ini sehingga terdesak menakut-nakutkan rakyat dengan laporan-laporan berita yang mengelirukan dan berbaur fitnah terhadap pihak kerajaan.

Baru-baru ini Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri menuduh Kementerian Kesihatan sedang merangka satu dasar yang zalim dengan menghentikan dasar memberi ubat-ubatan percuma kepada rakyat di negara ini.

Yahya memberitahu sebuah laman portal pembangkang kononnya kita tidak lagi berpeluang untuk menikmati ubat-ubatan percuma dari klinik dan hospital kerajaan sebagaimana sekarang, sebaliknya terpaksa menanggung semua kos perubatan tersebut.

Pelik betul! Angin tak ada, ribut tidak ada, tiba-tiba saja dia memfitnah dasar kebajikan Kerajaan BN yang selama ini memperuntukkan berbilion ringgit untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan perubatan dan ubat-ubatan percuma.

Saya tahulah Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 makin hampir, tapi takkanlah terlalu terdesak sehingga sanggup memfitnah dan mengada-adakan perkara yang tidak pernah ada, bukan?

SETERUSNYA

UGUT PISAU.NET !!! 1 Laporan Polis dibuat !!!


Satu laporan POLIS di IPK Ipoh kira- kira jam 4.30 petang terhadap posting di facebook Adun Pantai Remis Nga yang menggunakan bahasa Cina seolah-olah ditujukan kepada samseng Cina yang disedari oleh pelapornya Sdr  Amir Izwan Abdul Razak dan Sdr Salim yang juga merupakan pengguna Facebook yang menyedari posting dalam FB pemimin Dap ini  pada 9hb Januari, jam 11.00 pagi tadi

Menurut kedua-dua pelapor tersebut beliau mendapatkan khidmat seorang rakan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan bila ayat tersebut didakwa tidak boleh dialih bahasa (Transfer) dengan Alat terjemahan di internet yang sedia ada, melihat pada kesulitan untuk menterjemahkan dan memahami ayat yang terkandung dalam catatan FB Ngah tersebut beliau merasakan sebagai ayat-ayat   yang digunakan boleh mengancam serta membahayakan blogger Pisau.net

Beliau juga merasakan ayat berkenaan menjadikan blogger pisau.net sebagai buruan yang boleh membahayakan keselamatan beliau serta keluarganya, merasakan kesedaran ini beliau membuat Laporan Polis agar kenyataan yang berbaur ancaman yang dinyatakan oleh YB Nga dilaman FB nya disiasat oleh pihak POLIS.



SETERUSNYA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget