Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 7 March 2013

Pemfitnah Najib Dtangkap !!!


Kuala Lumpur – Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman petang tadi.“Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka ,” kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau http://www.facebook.com/sofea.hana.9selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.“Dia telah menggodam lebih dari 10 website kerajaan malaysia atas dasar politik. Terdahulu beliau telah mengupload video pendakwah bebas, Ustaz azhar idrus atas dasar politik,” tambah ketua polis tersebut.Wanita itu Ditahan di lokasi kediaman beliau petang tadi.. – AFP

Kematian Pejuang Bumi Malaysia dihina Teruk!!!


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya adalah peribahasa yang paling sesuai apabila kita membicarakan tentang keceluparan mulut pemimpin pakatan pembangkang.

Di bawah adalah kenyataan keluarga Allahyarham Koperal Sabarudin Daud yang sangat kecewa dengan keceluparan pakatan pembangkang.
SHAH ALAM - "Saya sanggup mati demi menuntut bela atas kematian adik dan tidak rela kematiannya dihina sebegini rupa," kata Che Azni Ahmadun, 49, sepupu kepada Koperal Sabarudin Daud, 46, yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah baru-baru ini. 
Sebelum itu, Che Azni membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 3 petang semalam, sebelum keluar kira-kira setengah jam kemudian. 
Ketika ditemui, beliau berkata, laporan dibuat kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli DAP, Jonathan Lin yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab berhubung insiden terbabit. 
 Jonathan Lin - contoh keceluparan penyokong DAP.
Pesara tentera itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan Jonathan mengenai anggota terkorban juga sangat melampau dan dilihat sebagai cuba mengambil kesempatan untuk mengeksploitasikan isu tersebut. 
Che Azni berkata, beliau sangat kecewa kerana pengorbanan mangsa yang terkorban tidak dihargai. 
"Saya pernah berkhidmat sebagai anggota keselamatan dan tahu macam mana pengorbanan yang dicurahkan untuk negara. 
"Jika dipanggil semula untuk berkhidmat, saya rela angkat senjata untuk menuntut bela atas kematian Sabarudin dan anggota lain yang terkorban," katanya. 
Menurutnya, dia berharap polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat, selain mahu membetulkan keadaan agar jasa anggota keselamatan yang terkorban dipandang tinggi. - SH
Anda lihat juga video YB Zulkifli Noordin yang menempelak mulut celupar Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghina pasukan polis yang berkorban nyawa mempertahankan nyawa di Lahad Datu.

LAPORAN TERKINI KRISIS PENCEROBOHAN LAHAD DATU 7 Mac 2013??


2.20 ptg - Heli Nuri yang Membawa PM DS Najib Razak



2.10 ptg - PM dibawa melawat lokasi krisi dengan kenderaan pacuan 4 roda







2.00 ptg - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan - Anggota keselamatan (Beragama Islam) yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah tergolong dalam SYAHID AKHIRAT!!!!

- AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.


1.35 ptg - PM DS NAJIB RAZAK tiba di Felda Sahabat Residence sebentar tadi. Sedang diberi taklimat oleh KPN, PAT dan Menteri berhubung genjatan senjata Sultan Sulu.


1.15 ptg - Keluarga Kiram Turut memohon Kerajaan Malaysia Mengambil Tindakan yang sama bagi mengelakkan lagi pertumpahan darah.

Mereka bersedia mengambil pulang ahli keluarga sekiranya diterima Malaysia


1.00 ptg - Jamalul Kiram (Sultan Sulu) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (waktu Malaysia).





12.40 tgh hari - Lagi gambar-gambar amatur dari lokasi










12.30 tgh hari - Pihak media menanti-nantikan ketibaan YAB PM

- Gambar oleh jurugambar amatur / orang awam sekitar kawasan operasi












Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata Sebelah Pihak!!


Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.

"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.

Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa."
Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.

Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

mStar

Amerika keluar Kenyataan tentang Ketengangan di Lahad Datu !!!



Britain, Amerika Syarikat dan Australia telah mengeluarkan kenyataan tentang ketenganan yang berlaku di negeri Sabah. 


Laporan kenyataan pihak US :
On 1 March, the Embassy of the United States in Kuala Lumpur stated that "U.S. citizens are advised to avoid the Lahad Datu area for the foreseeable future, and monitor media reports regarding possible continued violence." 
[Observers have speculated MNLF members were behind the offensive because they feared a peace deal being finalised between the Philippine government and another Muslim separatist group would marginalise them.

Lagi Berita Penuh [SINI] 

Jet Pejuang Dilihat Berlegar-Legar Di Udara



Beberapa jet pejuang dilihat terbang di sekitar Felda Sahabat kira-kira pukul 8.35 pagi Khamis.
Pesawat dipercayai menuju ke arah Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di mana lelaki bersenjata Sulu telah terbabit dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

mStar

Update Lahad Datu : LAUTAN DAN DARAT DIKEPUNG SEKAT


Kuala Lumpur, 7 Mac - Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.

"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.

"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini hari ini.

Penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu yang berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu dikepung pihak keselamatan negara sejak 12 Feb dalam usaha kerajaan menyelesaikannya secara aman.

Namun, pada 1 Mac kumpulan terbabit menyerang pihak keselamatan yang mengorbankan dua anggota polis komando VAT 69 dan sehari selepas itu enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap di sebuah perkampungan di Semporna, juga angkara kumpulan penceroboh.

Mengenai kumpulan penceroboh yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan.

"Kalau ada jalan keluar pun, 'the only way out' ialah ikut jalan laut. Bagaimanapun, saya tidak menafikan (wujud cabaran) kerana kita berhadapan dengan manusia, jadi masing-masing ada tipu helah," katanya.

Berhubung penahanan empat suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, Hamza berkata polis masih menyiasat sejauh mana penglibatan suspek dengan kumpulan berkenaan.- BERNAMA

Gambar Orang Sulu yang menyamar Orang Awam di Tangkap!!


Inilah dia diantara makhluk makhluk yang terlibat menceroboh tanahair kita sehinggakan menyaksikan 8 orang anggota keselamatan negara ini terkorban...! 

Siapa Dalang sebenar Pencerobohan Di Sabah ??




tanya sama nuar
apa sebab goyang
nanti jawap nuar
aku lah dalanggggg..

saya sudah bilang
jangan ulang ulang
 kalau u all ulangg

i saman u orang...

( ulangi korus ramai-ramai )

Mana Datangnya asal Orang Sulu??[Click Here]



RAMAI yang tidak tahu asal-usul orang Tausug ini termasuk orang-orang Tausug sendiri. Siapakah mereka dan dari mana mereka datang?

Kaum Tausug atau Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).

Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

Artikel Penuh [SINI]

[Gempar] Ketua Lanun Sulu Guna Bomoh ??


Inilah Islam cara Ketua Lanun Sulu Al-Bahalolil Kiram III mata sepet sebelah..main2 asap mohon bantuan Jin Afraid, Jin Tanah, Jin Tongcit & Hantu Pari..patutla puak2 dia mati katak

PANAS!!!Ahli PAS Buat Laporan Polis Terhadap Tian Chua



Weh! Apa cerita nih! Ahli PAS sendiri buat laporan polis terhadap Tian Chua Celaka berkaitan dengan kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO turut menimbulkan kemarahan ahli Pas.

Menurut sumber berita Utusan Online,  seramai enam orang ahli parti tersebut tampil membuat laporan di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) Kepala Batas. Menurut laporan tersebut, ahli PAS malu dengan kenyataan Tian Chua tersebut dan menyeru supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Nampak gayanya ahli-ahli PAS sendiri pun tak puas hati dengan Tian Chua ni. Tapi kalau dah pemimpin PAS sendiri yang buat-buat tak tahu kerana keinginan mencapai cita-cita untuk menawan Putrajaya. Pandangan Ahli parti sendiri sanggup diabaikan.

Jurugambar cedera ketika cuba rakam aksi penahanan!!!



Tindakan anggota keselamatan menahan seorang pemandu bot di pantai berhampiran Felda Residence Sahabat, dekat sini menarik perhatian media yang berada di kawasan tetersebut.

Bot yang dinaiki seorang lelaki ditahan pihak keselamatan yang mengawal perairan di sekitar Kampung Tanduo.

Aksi penahanan tersebut ternyata menarik minat pihak media yang bertindak menyerbu ke arah perairan pantai.

Namun begitu, malang buat salah seorang daripada kumpulan media itu apabila jurugambar tersebut jatuh ketika berlari bagi merakam aksi yang jarang diperoleh itu.

Jurugambar tersebut difahamkan terkehel di bahagian lutut dan menerima bantuan perubatan daripada pihak pengurusan Felda Residence Sahabat.


TERKINI!! FOTO KUBUR PENCEROBOH LAHAD DATU DITEMUI!!





Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...