Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 28 December 2012

KISAH KEMATIAN



Seorang isteri menangis-nangis ingin mandikan jenazah suami dia.. Bapak mertua dgn polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku. Sebagai seorang isteri, aku redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Moga kita semua dikurniakan sebaik-baik pasangan dunia dan akhirat.

HOT!!!Gambar Neelofa Di Zaman Persekolahan. Comel!


Gambar Neelofa Di Zaman Persekolahan. Comel!
Siapakah nama pelakon dan pengacara yang sedang meletop ketika ini? Tidak lain tidak bukan tentulah ia milik Neelofa.
Pembaca sering saja melihat Neelofa berpakaian cantik kerana dia sudah dewasa dan pandai bergaya.
Tapi jika kita lihat dia pada zaman persekolahan.
Cantik dan pandai bergaya tak?
Enjoy gambar ini. Comel jugak kan?

Rebat telefon: 1.5 juta layak, guna konsep 'siapa cepat dia dapat'


KUALA LUMPUR -  Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.

Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Jan), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Beliau berkata, usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya. - Bernama

KERAJAAN TERUS BANTU MANGSA BANJIR!!!TAHNIAH

 Muhyiddin  memegang tangan kanak-kanak ketika melawat pusat pemindahan banjir di  Sekolah Menengah  Bukit Mentok. Hadir sama  Menteri Belia dan Sukan,  Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - Foto Aswadi Alias

Memang betul dekat pantai timur sekarang sedang berlaku bah besar.Bermacam rangka strategi kerajaan pusat telah lakukan untuk membantu mangsa banjir.Mungkin kita nampak dari sudut bantuan hanya sedikit tetapi dapat meringankan beban mangsa di sana.

Menurut laporan BERITA HARIAN ONLINE Setiap keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan rasmi akibat banjir akan diberikan bantuan RM500 oleh Kerajaan Pusat tanpa mengira latar belakang mereka termasuk fahaman politik. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata ia adalah komitmen kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat selain menepati janji mendahulukan rakyat.

Alhamdulillah bantuan demi bantuan disampai pada mangsa banjir antaranya ialah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera menyediakan bantuan ini sebaik mangsa kembali ke rumah masing-masing apabila keadaan pulih sepenuhnya nanti. Bantuan jangan lama (lambat) sangat, seminggu dua harus sampai kepada mangsa terbabit

Malah juga,Bila mangsa balik ke rumah, bukan saja badan sukarela, pemimpin politik BN, ahli parti perlu turun bantu bersihkan rumah mereka, tolong baiki kerosakan. Kita bantu mereka yang perlukan bantuan, ini komitmen kerajaan untuk bantu, tiada pilih bulu, tiada pilih kasih, bantuan untuk pastikan semua mangsa selamat

TERIMA KASIH KERAJAAN

LUAR NEGARA:Justin Bieber Mula Berani Hisap Ganja!!!

Kenapa sampai macam tu ye...Mungkin kerana selalu diberi muka kot itu yang jadi begini.Balik lah kepangkal jalan sementara masih ramai yang menyukai kamu.Ingat.


AKHIR-AKHIR ini, tingkah laku Justin Bieber semakin tidak terkawal apabila dia mula berani mengambil dadah jenis ganja sehingga membuatkan orang di sekelilingnya tidak senang duduk.

Menurut laporan Contactmusic, Justin dikatakan enggan mengambil peduli dengan nasihat orang sekeliling yang berusaha menjaga nama bersihnya.

"Justin seolah-olah tidak peduli bahawa tabiatnya itu dapat mengancam karier nyanyiannya.

"Dia melakukan apa yang diinginkan dan tidak mahu mendengar nasihat sesiapapun," kata sumber.

Tambah sumber itu, Justin sering dikelilingi oleh orang yang suka memanjakannya dan sentiasa memenuhi apa sahaja kehendak penyanyi berusia 18 tahun itu.

Perkara tersebut membuatkan tingkah laku Justin menjadi rosak gara-gara terlalu diberi muka.

SERANGAN KINI BERALIH PADA KJ

Betul Tak apa yang Anak Jati Tulis Aritu di Entri yang bertajuk UMNO parti yang kuat,kukuh.Tak percaya kome boleh bukak.Ala takkan dah lupa kot.Ok takpa bior teman ingatkan kome semua tentang strategi yang mereka akan lakukan jika cuba hendak menjatuhkan satu tampuk organisasi atau parti politik

Dalam entri yang lepas anak Jati Malaya dah citerkan pada kome semua ,bagaimana strategi mereka,dari mereka melakukan serangan pada Presiden Parti ,lepas tu Ketua Wanita dan paling terbaru adalah cubaan mereka hendak menjatuhkan Career Ketua Pemuda UMNO.KLIK SINI

Berbagai macam mereka timbulkan ,bukan apa bila dah tak berjaya ,mereka akan cuba menjatuhkan org disekeliling presiden parti termasuk Isteri Pemimpin itu sendiri.Anak Jati Malaya tidak hairan dah nama pon dunia politik memang ragamnya kita tidak boleh tahu jejaknya

Tumbang Le Lepas Nih!!





Insyallah lepas ni Kelantan akan berubah pentadbiran...Insyallah


Hampir 4,000 rakyat dari seluruh negeri ini berkumpul secara aman di perkarangan bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini bagi menyatakan bantahan dan menuntut janji-janji yang dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dengan kerjasama Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Profesional Kelantan (Kelpro) dan Minda Pondok itu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Peserta perhimpunan tersebut juga membawa pelbagai sepanduk untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Pas yang telah memerintah negeri ini selama 22 tahun.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget