Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 3 November 2012

~Cadangan Hadi Bertanding Cabar Najib Di Parlimen Pekan Sekadar Isu Lama: Zambry~






Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan cadangan  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanding di Parlimen Pekan bagi mencabar Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukanlah satu perkara baru sebaliknya telah dibangkitkan pada pilihan raya umum yang lalu.
Sambil menegaskan itu hanya taktik pembangkang untuk mencabar populariti Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata, kini terpulang kepada pimpinan tertinggi PAS untuk menentukan siapa calon yang bakal bertanding di Parlimen Pekan.
“Kalau mereka nak lawan, lawanlah dan biarlah kita lihat nanti siapa siapa yang lebih popular,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival JKR Perak di Dewan Jubli Perak, dekat Kuala Kangsar, hari ini.
Semalam, Abdul Hadi yang dipetik daripada BERNAMA berkata, terpulang kepada parti menentukan kerusi mana beliau bertanding termasuk kerusi Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika diminta berbuat demikian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Jika parti hendak suruh bertanding di (Parlimen) Pekan, saya bertandinglah di Pekan,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget