Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 16 April 2013

PANAS DARI BUMI CIK SITI WAN KEMBANG !!Kes Hina Azan:Bergaduh Ketika Azan !!!




Astaghfirullah Al Azim.... BB Mengucap Panjang-panjang selepas melihat video ini. Bergaduh sampai tak ingat dunia sampai menampakkan benda yang tak sepatutnya. Laungan Azan yang berkumandang langsung tidak dihirau, apatah lagi dihormati. Dan kalau melihat kepada tarikh video ini di upload, nampaknya peristiwa ini macam masih baru berlaku.




Dan sebagai seorang yang bergelar seorang bapa, BB amat sedih dengan apa yang berlaku. Adakah fenomena buli, gengsterisme dan bergaduh seperti ini semakin menjadi ikutan atau amalan di sekolah-sekolah!!

Apa yang lebih menyedihkan, terdapat pula segelintir pelajar yang lain seolah-olah mengambil "kesempatan" di atas pergaduhan ini dengan mengambil gambar atau video menggunakan telefon bimbit mereka. Bukan seorang, tetapi tiga orang. Apa dah Jadi?

BB bukan hendak mencari salah siapa dalam fenomena ini, tetapi semua pihak samada ibu bapa, pihak sekolah seperti guru atau warden dan rakan sebaya memainkan peranan penting bagi mengelak perkara ini daripada terus berlaku atau menjadi lebih teruk!!!

Panas Suam-Suam !!! Calon BN Pendang Yakin Org Pendang Tolak Mat Sabu !!!


Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul yakin mampu memberi saingan hebat kepada lawannya yang juga Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di kawasan tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Othman yang juga Naib Presiden Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) memberitahu, sebagai anak tempatan beliau tidak pernah jemu menabur bakti kepada masyarakat di kawasan tersebut berbanding Mat Sabu yang disifatnya sebagai suka melompat kawasan.

"Saya percaya akan ada satu perkembangan yang mengejutkan di Pendang termasuk di Tokai yang dianggap kubu kuat orang Pas. Daripada reaksi yang saya dengar orang Pendang termasuk di Tokai sudah lama mengeluh kerana tiada apa pembaharuan yang dilakukan Pas di kawasan itu sehingga kini.

"Mat Sabu pula dilihat suka melompat kerusi dan kalah di banyak kerusi yang ditandinginya. Sekarang dia nak cari jalan selamat tanding di Pendang," katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon BN Kedah oleh Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di sini hari ini.

Othman, 62, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal sejak 1986, menyifatkan pencalonannya itu dalam PRU-13 sebagai comeback. - UTUSAN ONLINE




Bior Betul !!! KERAJAAN SINGAPURA HANTAR BANTUAN KEPADA DAP UNTUK PILIHANRAYA MALAYSIA !!! CILAKA....

Senarai Syarikat DAP/PAP Yang Beri Cuti Kepada Kakitangan Malaysia Yang Nak Mengundi PR


Jangan perkecil bila orang bisnes di Singapura mula bertindak untuk membantu rakyat Malaysia balik mengundi. Anwar sangat gembira bila DAP menyerahkan senarai syarikat yang dikatakan akan membantu memberi cuti kepada kakitangan Malaysia. PKR HQ setakat ini merasakan apa yang dilakukan DAP ini sangat membantu untuk PRU13.Cuti 2 hari dan perkhidmatan bas disediakan demi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam.



AUTOMOBILE IMPORTER & EXPORTER ASSOCIATION (SINGAPORE)

988 INTERNET BROADCASTING PTE LTD AVOCENT ASIA PACIFIC PTE LTD

BIZ CONSULT BOLD ENTERPRISE PTE LTD

CG ALLIANCE DART HOLDINGS PTE LTD

EILUMINA RESOURCES PTE LTD

ENERCON SYSTEMS INTERNATIONAL, LLC HEATEC JIETONG PTE LTD

J. HANG INVESTMENT PTE LTD

KORDAMENTHA FORENSIC PTE LTD

MAZ ENERGY PTE LTD

MICROLOGIC SOLUTIONS LLP

PRICE CUT PTE LTD

S P SETIA INTERNATIONAL (S) PTE LTD

SOLAR SHIPPING SINGAPORE PTE LTD

TEIAN CONSULTING INTERNATIONAL PTE LTD

TMF SINGAPORE H PTE LTD

WARTSILA SINGAPORE PTE LTD YANMAR ASIA (SINGAPORE) CORPORATION PTE LTDSINGAPORE CANVAS, CHAIRS & TABLES HIRE SERVICE ASSOCIATION

BBQ BOX PTE LTDBONVO TRAVEL (SINGAPORE) PTE LTD C S PARTNERS PTE LTD CAPITAL GROWTH PTE LTD

CHUN CHENG FISHERY ENTERPRISE PTE LTD

DISENO ADVERTISING PTE LTD

DRILLING FLUIDS AUSTRALIA (SINGAPORE) PTE LTD

ENLIGHTEN FURNITURE DECORATION CO PTE LTD

FAR EAST GROUP LIMITED GIANA TRADE GOOGLE ASIA PACIFIC PTE LTD

HY BUILDING & MAINTENANCE SERVICES PTE LTD

JAY-TECH MARINE & PROJECTS PTE LTD

JONES LANG LASALLE RESIDENTIAL PTE LTD

KENG HUP HIN CO (PTE) LTD

KEYSER TECHNOLOGIES PTE LTD

KOONG YEE RENOVATION WORKS PTE LTD

LIFE IN SINGAPORE PTE LTD LIFESKILLS ENRICHMENT PTE LTD LTS ENGINEERING & MARINE SERVICES PTE LTD MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

MESO RESOURCES INTERNATIONAL PTE LTD

ONESTOP CREATIVE ASSOCIATE PTE LTD

SENBA FOODS (SINGAPORE) PTE LTD

SKYTIME HUPKEE FOODSTUFF PTE LTD

SOLIDHEAT INDUSTRIES PTE LTD

SQUIREGROUP PTE LTD

UNIQULUS FURNISHING DESIGN PTE LTD

YUDO WANCO PTE LTD

Jangan cuba-cuba perjudikan nasib diri...


Habis !! Penyokong Zulkifli Noordin Mula Gigit Ibu Jari Kaki ??? Kenapa Nih?



Apabila nama Datuk Zulkifli Nordin diumumkan sebagai calon yang mewakili BN di Parlimen Shah Alam, bermacam-macam tanggapan timbul kerana bekas Ahli Parlimen Kulim/Bandar Bahru itu bukan ahli mana-mana parti komponen, sebaliknya sekadar orang 'bebas' yang mesra BN.

Yang paling sibuk memperkatakannya dah tentulah macai-macai pembangkang yang 'cerebral cortex'nya berada di dalam tempurung lutut bukannya di kepala macam kita semua. Kata mereka, pemilihan Zul sebagai calon adalah bukti BN ketandusan pemimpin...

Puak mangkaq ni sebenarnya lupa kut satu perkara, yang dulu PAS (Parti Angkut Sampah...mcm Mat Taib dan Tamrin) tu bagi Ibrahim Ali bertanding di atas tiket PAS di Pasir Mas, apa cerita?

Tapi biasalah, melihat calar orang lain dan memejamkan mata terhadap badan sendiri yang berulat dah menjadi adat resam puak Pakatan Rosak tu.

Apa-apa hal pun, pertembungan Zul dengan Khalid tu memang menarik perhatian umum kerana ia bukan setakat pertembungan antara calon BN dengan calon PAS kesayangan DAP, tetapi juga antara seorang yang bermati-matian mempertahankan kalimah Allah dengan seorang yang......(anda isi sendiri la tempat kosong ni).

Dan melihat pada 'garangnya' Zul Nordin serta pengalamannya bersama PKR dan PAS dahulu, ada sebab kenapa macai-macai puak guna tempurung lutut tu menyondol tanah bila dia dicalonkan oleh BN...

Gempar !! Rangka misteri 600 tahun dijumpai ???

Daily Mail


Ahli arkeologi Ireland Utara menemui rangka seorang remaja perempuan yang mungkin menjadi mangsa pembunuhan misteri kira-kira 600 tahun lalu di sebuah tapak pembinaan jalan di Enniskillen, Fermanagh, baru-baru ini.

Selain rangka gadis itu, ahli arkeologi turut menemukan kira-kira 4,000 artifak dipercayai daripada zaman pertengahan di lokasi yang pernah menjadi sebuah kawasan penempatan purba tersebut.

Rangka remaja perempuan itu yang dipercayai meninggal dunia pada abad ke-15 atau ke-16, tidak dikebumikan di tanah perkuburan yang disediakan dan tidak dilakukan mengikut adat tradisi masyarakat pada zaman itu.

Ini membuatkan ahli arkeologi berpendapat berlakunya perbuatan khianat terhadap remaja itu.

Sementara itu, Pengarah Tapak Penggalian, Dr. Nora Bermingham berkata, penemuan tapak itu merupakan kemuncak kepada kariernya.

"Saya percaya, pekerja penggalian juga tahu mereka sedang melakukan perkara yang luar biasa yang mungkin tidak akan dijumpai lagi selepas ini,'' katanya hari ini.

Daily Mail

Antara barang lain yang ditemukan adalah satu permainan papan zaman pertengahan, sebentuk cincin emas, mangkuk yang mempunyai ukiran, kasut kulit dan pakaian daripada pin logam yang dihias dengan baik.

Lebih 2,000 pengunjung telah melawat pusat penggalian itu dalam tempoh tiga hari ia dibuka kepada umum.

Kawasan bersejarah itu kini sedang dibangunkan untuk pembinaan jalan raya di Ireland Utara.

Bagi tempoh 10 bulan yang lalu, mesin jengkaut telah menemukan pelbagai jenis barangan di kawasan itu yang akan disimpan dan diharap, ia akan dipamerkan kepada orang ramai satu hari nanti.

Bagaimanapun, di sebalik penemuan itu, jentera berat dijangka akan kembali ke kawasan penemuan artifak esok bagi meletakkan konkrit di kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan raya baharu bersempena sidang kemuncak G8 di Fermanagh, Jun ini.

Sejak penemuan artifak dan mayat tersebut, pembinaan jalan raya baharu itu mendapat bantahan keras daripada penduduk.

Mereka menganggap penempatan yang digelar Drumclay Crannog kira-kira 1,400 tahun lalu bersama peninggalannya, merupakan satu sejarah yang perlu dikekalkan. - AGENSI

Kejam!!! Ibu Berhatikan Binatang Sanggup Bunuh Anak ??

Foto
Port Dickson: Seorang remaja perempuan bukan saja bertindak kejam dengan membuang bayi dipercayai baru dilahirkannya ke dalam lubang tandas, malah cuba melemaskan insan kecil itu dengan membuka paip air dalam kejadian di Dataran Sri Kemang, dekat sini, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek dikatakan bersahaja keluar dari tandas awam dan sempat menoleh ke arah penjaga tandas yang menegurnya sama ada dia dalam haid selepas melihat seluarnya berdarah.
Mujur seorang wanita yang menggunakan tandas bersebelahan menyedari kejadian itu selepas melakukan pemeriksaan sejurus mendengar tangisan bayi berkenaan.

Wanita itu kemudian memaklumkan penemuan bayi berkenaan kepada suaminya sebelum mereka membuat laporan polis.

TANDAS tempat bayi perempuan ditemui, semalam.

Penjaga tandas, Norfiah Norman, 46, berkata, dia dimaklumkan oleh wanita berusia 30-an itu mengenai penemuan seorang bayi perempuan di dalam lubang tandas dan hampir kelemasan.

PANAS DAN TERKINI !!! FATHUL BARI BERENTAP DI PERLIS !!



Ustaz Fathul Bari dinamakan sebagai calon BN untuk kerusi Dun Sanglang, Perlis.
Dato' Seri Shahidan pula bakal berlawan dengan Haron Din di Arau.
Manakala MB Perlis umum tidak lagi bertanding atas faktor usia...


SUMBER

PANAS TERIK !!! Ust Jamil Khir Tercalon Di Jerai Buat Pembangkang TerCungap2 ???? Kenapa Nih???







TAHNIAH KEPADA DATO SERI JAMIL KHIR ATAS PENCALONAN SEBAGAI CALON PARLIMEN JERAI !!!

PASTIKAN KITA TAWAN PARLIMEN JERAI !!!

Org Giler Seks Mengganas Di Parlimen Batu Gajah???Apa Yang Anda Buat Wahai Wakil Rakyat Batu Gajah !!!


Batu Gajah: Seorang kerani wanita hanya mampu menjerit meminta tolong selepas seorang remaja ‘gila seks’ meramas punggungnya berulang kali berhampiran kawasan sunyi di Lorong Dewangsa 1, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.15 petang, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat insurans di pekan ini dalam perjalanan ke tempat letak keretanya sebelum didatangi suspek yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa meletakkan kenderaan di lorong di belakang kedai dan sunyi.

“Suspek datang dari belakang dengan menghimpit mangsa sebelum berlalu pergi. Bagaimanapun, suspek berpatah balik dan cuba menghimpit mangsa sekali lagi.

“Suspek meraba dan meramas punggung mangsa berulang kali, menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong,” katanya.

Menurutnya, jeritan mangsa didengar dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan itu.

“Suspek yang cuba melarikan diri ditahan berhampiran tempat kejadian,” katanya.

PANAS Berapi!! Pembayar Wanita Dalam Video Klip #STOPAALI telah Didedahkan !!!


Pendedahan mengenai parti politik negara jiran, iaitu People’s Action Party (PAP), Singapura membantu pembangkang Malaysia bukanlah perkara baru.   

Oleh itu, apabila media mendedahkan bantuan DAP secara tersusun terhadap PR dalam menghadapi PRU-13, ramai yang tidak terkejut lagi. 

Namun, bantuan PAP terhadap PR, khasnya DAP kali ini lebih hebat dan terbuka sehingga ke tahap di mana Kerajaan Singapura memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin bersempena dengan pengundian pada 5 Mei, Ahad.

Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas kepada warganya yang terlibat membantu PR dalam PRU di Malaysia. Pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Jangan sekali-kali kita lupa bahawa 2 dari pengasas PAP, masih terus menerajui DAP sejak 1967 iaitu Lim Kita Siang dan Devan Nair (Ahli Parlimen Bangsar) sekali gus membawa erti yang roh dan jiwa PAP dan DAP adalah sama sahaja.

PAP terbentuk dari semangat kiasu, rasis dan kebencian yang meluap terhadap Melayu.  Jika dikaji sejarah Singapura, kita akan dapati bahawa sebab musabab utama ia keluar dari Malaysia hanyalah kerana enggan menerima pemerintahan Melayu Islam...!

Dari situlah maka agenda rasis PAP dalam membantu DAP dalam PRU-13 di Malaysia terserlah apabila keistimewaan cuti dan pulang mengundi bagi warganegara Malaysia di negara itu hanya  diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina sahaja, dengan harapan mereka semua akan mengundi DAP.

Tidak cukup dengan itu, 7 buah bas telah disediakan oleh salah seorang taikun besar negara itu bagi membantu mereka yang tiada kenderaan untuk pulang. 

Keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor juga dilihat mempunyai agenda tertentu sebagai mengatur langkah yang lebih berkesan untuk ‘mendekatkan’ Malaysia kepada Singapura. 

Sebelum ini pun, PAP telah pun didedahkan terlibat dalam BERSIH dan juga demonstrasi menentang Lynas. Pendek kata, negara jiran itu tidak pernah senang melihat Malaysia senang dan apa saja yang mampu menggugat kestabilan dan kekuatan Malaysia akan menarik minat mereka. 

Cita-cita Lee Kwan Yew untuk menakluk Malaysia tidak pernah padam, dan Malaysia juga tidak pernah lupa akan cita-cita beliau itu.  Walaupun pada zahirnya, Malaysia seolah-olah alpa, tetapi hakikatnya, Malaysia punya cara tersendiri untuk menanganinya.... 

Singapura telah beberapa kali dikesan menceroboh ruang udara Malaysia, namun sebagai jiran yang matang, bijak dan berfikir panjang, Malaysia tidak pernah terburu-buru mengambil tindakan terhadap mereka.

Walaupun Singapura terkenal dengan sifat kiasu ekstrem iaitu tidak malu dan tidak mungkin mengaku salah sekiranya bersalah dan juga tidak akan sekali-kali bertolak ansur atau meletakkan nilai kemanusiaan, kejiranan dan persahabatan mengatasi ego dan keangkuhan, tetapi Malaysia tetap mengambil sikap sabar dan tenang dalam menangani karenah jiran yang satu ini. 

Ini kerana kita cukup kenal siapa Singapura, iaitu sebuah negara diterajui oleh rasis Cina yang merasakan diri mereka setanding barat. Mentaliti ‘dijajah’ mereka begitu kuat iaitu cukup bangga jika dikaitkan dengan barat apatah lagi mendapat kepercayaan menjadi ‘agen’ barat di rantau ini. 

Lebih dari itu, sikap iri hati, tamak dan kiasu pemimpinnya menjadikan negara kecil itu sentiasa mendendami Malaysia yang dianggap mereka sebagai ‘bodoh’ kerana diterajui oleh bangsa Melayu....

Selain dendam peribadi Lee Kwan Yew yang tidak berasas terhadap bangsa Melayu, Malaysia juga sentiasa berada di bawah pemerhatian Singapura kerana potensinya dari segi ekonomi dan pelaburan.

Seperti juga bangsa-bangsa di barat, entah kenapa Singapura turut melihat Islam di Malaysia sebagai masalah, kalaupun bukan ancaman. 

Walau apapun, pilihan memilih kerajaan berada di tangan kita, bukan Singapura. Setakat ini, kita sudah menyaksikan bahawa DAP tidak sebijak mana, malah bodoh sehinggakan tidak tahu mengira dan menipu juga terkantoi semuanya.

Maka, yakinlah bahawa PAP yang angkuh itu juga sama saja, iaitu tidaklah sebijak mana. Sesungguhnya PAP belum cukup matang untuk memahami bahawa ada yang lebih penting di dalam dunia ini selain kekayaan negara, iaitu keamanan, kestabilan dan kemanusiaan. 

Oleh itu, biarlah mereka perasan hebat dan bertungkus lumus cuba menjajah kita dengan apa jua cara, kita tidak rugi di mana-mana kerana orang bijak tidak perlu menunjuk-nunjuk bijak dan orang yang benar hebat tidak akan sekali-kali bersifat angkuh.

Orang yang bijak pasti tahu bahawa keangkuhan seringkali membawa kepada kejatuhan.... 

SUMBER MIK

Terkini !!! Lagi Scandal Politik Didedahkan !!!


MARI KITA FIKIRKAN BERSAMA..... :

Mari kita ingat pasal DP Vijandran, Tan Sri Rahim Thamby Chik, S. Assamaley, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek.

Siapa mereka? Mereka semua dikaitkan dengan skandal seks dan karier politik mereka berkubur kemudiannya. Ya, ramai diantara kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, kerana kita mahu mereka disebat, direjam dan kemudian diseret telanjang bulat di khalayak ramai sebab mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral, kata kita

Kita desak pelbagai suruhanjaya. Kita desak pelbagai siasatan dan kita desak mereka dihukum.
Kes skandal rakaman video aksi seks DP Vijandran menjadi hangat pada tahun 1989. Vijandran yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan  bekas Setiausaha Agung MIC kemudian melepaskan semua jawatannya sebelum dijatuh hukuman pada 1996. Vijandran merayu dan menang tetapi karier politiknya berakhir.

Tan Sri Rahim Thamby Chik pula disabitkan kesalahan kerana kononnya mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur. Gadis itu membuat laporan polis terhadap 25 orang lelaki dan 11 daripada mereka di dapati bersalah. Pada tahun 1994, Rahim disahkan bebas dari sebarang pertuduhan seperti yang dihebahkan tetapi karier politiknya berakhir.

Tan Sri Abu Hassan Omar ketika menjadi Menteri Besar Selangor telah berdepan dengan khabar angin yang mengatakan beliau mempunyai anak luar nikah dengan kakak iparnya. Berita itu tersebar menerusi satu artikel dari tabloid di Indonesia. Abu Hassan meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan karier politiknya berakhir.

Terkini !!! Calon Barisan Nasional Perak Didedahkan !!


GERIK DATO' HASBULLAH OSMAN

N.01 PENGKALAN HULU AZNIL IBRAHIM

N.02 TEMENGGOR SALBIAH MOHAMED


LENGGONG DATO' SHAMSUL ANUAR NASARAH

N.03 KENERING DATO MOHD TARMIZI HJ IDRIS

N.04 KOTA TAMPAN DATO' SAARANI MOHAMAD


LARUT DATO' HAMZAH ZAINUDDIN

N.05 SELAMA DATO' MOHD DAUD MOHD YUSOF

N.06 KUBU GAJAH HASBULLAH ALIAS

N.07 BATU KURAU DR MOHD AMIN ZAKARIA


PARIT BUNTAR MOHD GHADAFFI

N.08 TITI SERONG ABU BAKAR MAT ALI

N.09 KUALA KURAU MOHD SALLEH MAT DISA


BAGAN SERAI DR NOR AZMI GHAZALI

N.10 ALOR PONGSU DATO' SHAM MAT SAAD

N.11 GUNUNG SEMANGGOL ZULKARNAIN BIN ISMAIL

N.12 SELINSING SHAHARUDDIN BIN AHMAD


BUKIT GANTANG DATO' ISMAIL SAFIAN

N.13 KUALA SEPETANG LOH SWEE ENG

N.14 CHANGKAT JERING DATO' ROSLI HUSIN

N.15 TRONG DR ZABRY ABDUL WAHID


TAIPING DATO' TAN LIAN HOE

N.16 KAMUNTING DATO' MOHD ZAHIR BIN ABDUL TALIB

N.17 POKOK ASAM DATO' HO CHENG WANG

N.18 AULONG SOO KAY PENG


PADANG RENGAS DATO' SERI MOHD NAZRI ABDUL AZIZ

N.19 CHENDEROH ZAINON MOHD NOOR

N.20 LUBUK MERBAU DATO' SITI SALMAH MAT SUJAK


SUNGAI SIPUT DATO' SK DEVAMANY

N.21 LINTANG DATO' DZULKIFLY HJ HARUN

N.22 JALONG LIEW YEU AW


TAMBUN DATO' SERI AHMADHUSNI HANADZLAH

N.23 MANJOI MOHD ZIAD DATO HJ MOHD

N.24 HULU KINTA DATO' AMINUDDIN HJ MAT HANAFIAH


IPOH TIMOR CATLINE WONG MEI YEN

N.25 CANNING CYLIN TEI WEI LONG

N.26 TEBING TINGGI TONY FOO BON CHEW

N.27 PASIR PINJI DATO' KONG FAH CHONG


IPOH BARAT DR. CHENG WEI YEE

N.28 BERCHAM LIEW WEI SHANG

N.29 KEPAYANG CHANG KONG ONG

N.30 BUNTONG SILVARAJ A/L CHANDRAN


BATU GAJAH LOH TENG TAK

N.31 MORGAN AL/ SUBRAMANIAM

N.32 MENGLEMBU LOW GAH YAN

N.33 TRONOH LIP TZE CHAI


KUALA KANGSAR DATO' WAN MOHD KHAI-RIL

N.34 BUKIT CHANDAN MASLIN SHAM RAZMAN

N.35 MANONG MOHD KAMIL DATO SHAFIE


BERUAS DATO' CHANG KO YOUN

N.36 PENGKALAN BAHARU DATO' ABDUL MANAF YASSIN

N.37 PANTAI REMIS FOH SIOW YUN


PARIT DATO' MOHD ZAIM ABU HASSAN

N.38 BELANJA MOHD NIZAR ZAKARIA

N.39 BOTA DATO' NASARUDDIN HASHIM


KAMPAR DATO' LEE CHEE LEONG

N.40 MALIM NAWAR CHANG BO CHIANG

N.41 KERANJI DANIEL WA WAI HOU

N.42 TUALANG SEKAH NOLEE ASHILIN DATO' MOHD RADZI


GOPENG DATO' TAN CHI MENG

N.43 SUNGAI RAPAT DATO' HAMIDAH OSMAN

N.44 SIMPANG PULAI DATO' CHANG KO YUN

N.45 TEJA YUE SAW KAM


TAPAH DATO' M. SARAVANAN

N.46 CHENDERIANG DATO' DR MAH HAN SON

N.47 AYER KUNING DATO' SHAMSUDDIN ABU HASAN


PASIR SALAK DATO' TAJUDDIN ABDUL RAHMAN

N.48 SUNGAI MANIK DATO' ZAINOL FADLI PAHARUDDIN

N.49 KAMPUNG GAJAH ABDULLAH FAUZI AHMAD RAZALI


LUMUT DATO' SERI KONG CHONG HA

N.50 SITIAWAN TIM KAI FOOK

N.51 PASIR PANJANG RASHIDI IBRAHIM

N.52 PANGKOR DATO' SERI ZAMBRY ABDUL KADIR


BAGAN DATOH DATO' SERI ZAHID HAMIDI

N.53 RUNGKUP DATO' SHAHROL ZAMAN YAHYA

N.54 HUTAN MELINTANG SUBRAMANIAM A/L RAMANI


TELUK INTAN DATO' MAH SEW KEONG

N.55 PASIR BEDAMAR DATO' M. KEYVEAS

N.56 CHANGKAT JONG MOHD AZHAR JAMALUDDIN


TANJUNG MALIM DATO' ONG KA CHUAN

N.57 SUNGKAI GOH KIM SWEE

N.58 SLIM DATO' KHUSHAIRI ABDUL TALIB

N.59 BEHRANG DATO' RUSNAH KASSIM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...