Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label mustafa ali. Show all posts
Showing posts with label mustafa ali. Show all posts

Tuesday, 16 April 2013

PANAS Berapi!! Pembayar Wanita Dalam Video Klip #STOPAALI telah Didedahkan !!!


Pendedahan mengenai parti politik negara jiran, iaitu People’s Action Party (PAP), Singapura membantu pembangkang Malaysia bukanlah perkara baru.   

Oleh itu, apabila media mendedahkan bantuan DAP secara tersusun terhadap PR dalam menghadapi PRU-13, ramai yang tidak terkejut lagi. 

Namun, bantuan PAP terhadap PR, khasnya DAP kali ini lebih hebat dan terbuka sehingga ke tahap di mana Kerajaan Singapura memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin bersempena dengan pengundian pada 5 Mei, Ahad.

Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas kepada warganya yang terlibat membantu PR dalam PRU di Malaysia. Pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Jangan sekali-kali kita lupa bahawa 2 dari pengasas PAP, masih terus menerajui DAP sejak 1967 iaitu Lim Kita Siang dan Devan Nair (Ahli Parlimen Bangsar) sekali gus membawa erti yang roh dan jiwa PAP dan DAP adalah sama sahaja.

PAP terbentuk dari semangat kiasu, rasis dan kebencian yang meluap terhadap Melayu.  Jika dikaji sejarah Singapura, kita akan dapati bahawa sebab musabab utama ia keluar dari Malaysia hanyalah kerana enggan menerima pemerintahan Melayu Islam...!

Dari situlah maka agenda rasis PAP dalam membantu DAP dalam PRU-13 di Malaysia terserlah apabila keistimewaan cuti dan pulang mengundi bagi warganegara Malaysia di negara itu hanya  diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina sahaja, dengan harapan mereka semua akan mengundi DAP.

Tidak cukup dengan itu, 7 buah bas telah disediakan oleh salah seorang taikun besar negara itu bagi membantu mereka yang tiada kenderaan untuk pulang. 

Keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor juga dilihat mempunyai agenda tertentu sebagai mengatur langkah yang lebih berkesan untuk ‘mendekatkan’ Malaysia kepada Singapura. 

Sebelum ini pun, PAP telah pun didedahkan terlibat dalam BERSIH dan juga demonstrasi menentang Lynas. Pendek kata, negara jiran itu tidak pernah senang melihat Malaysia senang dan apa saja yang mampu menggugat kestabilan dan kekuatan Malaysia akan menarik minat mereka. 

Cita-cita Lee Kwan Yew untuk menakluk Malaysia tidak pernah padam, dan Malaysia juga tidak pernah lupa akan cita-cita beliau itu.  Walaupun pada zahirnya, Malaysia seolah-olah alpa, tetapi hakikatnya, Malaysia punya cara tersendiri untuk menanganinya.... 

Singapura telah beberapa kali dikesan menceroboh ruang udara Malaysia, namun sebagai jiran yang matang, bijak dan berfikir panjang, Malaysia tidak pernah terburu-buru mengambil tindakan terhadap mereka.

Walaupun Singapura terkenal dengan sifat kiasu ekstrem iaitu tidak malu dan tidak mungkin mengaku salah sekiranya bersalah dan juga tidak akan sekali-kali bertolak ansur atau meletakkan nilai kemanusiaan, kejiranan dan persahabatan mengatasi ego dan keangkuhan, tetapi Malaysia tetap mengambil sikap sabar dan tenang dalam menangani karenah jiran yang satu ini. 

Ini kerana kita cukup kenal siapa Singapura, iaitu sebuah negara diterajui oleh rasis Cina yang merasakan diri mereka setanding barat. Mentaliti ‘dijajah’ mereka begitu kuat iaitu cukup bangga jika dikaitkan dengan barat apatah lagi mendapat kepercayaan menjadi ‘agen’ barat di rantau ini. 

Lebih dari itu, sikap iri hati, tamak dan kiasu pemimpinnya menjadikan negara kecil itu sentiasa mendendami Malaysia yang dianggap mereka sebagai ‘bodoh’ kerana diterajui oleh bangsa Melayu....

Selain dendam peribadi Lee Kwan Yew yang tidak berasas terhadap bangsa Melayu, Malaysia juga sentiasa berada di bawah pemerhatian Singapura kerana potensinya dari segi ekonomi dan pelaburan.

Seperti juga bangsa-bangsa di barat, entah kenapa Singapura turut melihat Islam di Malaysia sebagai masalah, kalaupun bukan ancaman. 

Walau apapun, pilihan memilih kerajaan berada di tangan kita, bukan Singapura. Setakat ini, kita sudah menyaksikan bahawa DAP tidak sebijak mana, malah bodoh sehinggakan tidak tahu mengira dan menipu juga terkantoi semuanya.

Maka, yakinlah bahawa PAP yang angkuh itu juga sama saja, iaitu tidaklah sebijak mana. Sesungguhnya PAP belum cukup matang untuk memahami bahawa ada yang lebih penting di dalam dunia ini selain kekayaan negara, iaitu keamanan, kestabilan dan kemanusiaan. 

Oleh itu, biarlah mereka perasan hebat dan bertungkus lumus cuba menjajah kita dengan apa jua cara, kita tidak rugi di mana-mana kerana orang bijak tidak perlu menunjuk-nunjuk bijak dan orang yang benar hebat tidak akan sekali-kali bersifat angkuh.

Orang yang bijak pasti tahu bahawa keangkuhan seringkali membawa kepada kejatuhan.... 

SUMBER MIK

Monday, 15 April 2013

PANAS TERIK!! TERKINI ! DR ASRI SOKONG AKSI TERLAMPAU STOPA ALI??



Nampaknya, bukan setakat pemimpin Pas je yang tak percaya Stopa Ali mengentot dengan sorang pompuan di bilik hotel.., bekas mufti Perlis yang gila glamer ni pun nak tumpang sekaki jugak beb..

Sepatutnya, Asri nasihatkan Stopa supaya menjelaskan keadaan sebenar tentang penyebaran video aksi terlampau tu.., bukannya merapu meraban tak tentu hala..

Sebagai sorang bekas mufti negeri, lagi bagus kalau Asri komen tentang isu ni dari sudut agama.. Tak payah la Asri nak cuba berpolitik untuk cari publisiti murahan macam ni..

Lagipun, Asri bukannya ahlul politik untuk menentukan sapa yang betul atau salah dalam isu video Stopa tu beb.. 

So.., rasanya Asri lagi baik diam dari keluarkan statement yang tak ada faedah macam dalam twitter dia tu..

Bukankah diam tu lagi baik daripada buat kenyataan merapu sampai memalukan diri sendiri.. Betul tak?


Sunday, 14 April 2013

PANAS BERAPI !!! Siapa Sebenarnya Wanita Ini yang Bersama #STOPAALI !!!???


'NO COMMENT1'

Itu yang ditegaskan oleh Cikgu Pa apabila ditanya berhubung video lucah membabitkan dirinya dengan seorang wanita di bilik hotel. Sebaliknya kes tersebut diserahkan kepada peguamnya, Awi Asmuni untuk sebarang tindakan undang-undang.

Walaupun terdapat berita yang mengatakan Cikgu Pa telah mengakui bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah dirinya manakala wanita seksi bertubuh 'sedap dipeluk' itu pula adalah isteri mudanya, namun berita yang sama menunjukkan kemarahan Cikgu Pa terhadap PKR dan AMK.

Di sebalik tuduhan beberapa pihak bahawa UMNO-BN adalah dalang sebenar pembikinan dan pengedaran vcd lucah Cikgu Pa, namun berdasarkan sejarah, UMNO-BN terlalu BEBAL untuk tindakan sebegitu rupa. Yang pandai dan hebat dalam bidang perang saraf dan perang siber adalah PKR dan PAS sendiri!

Cikgu Pa dikatakan sedar dan mengetahui, ada di kalangan orang Pakatan Rakyat yang tidak sependapat dengan cadangan-cadangan yang dikeluarkannya, lantas mengambil jalan singkat dengan memalukannya di mata masyarakat awam.

Ada yang cuba menimbulkan persoalan, mengapa Cikgu Pa merahsiakan kehadiran isteri barunya dan mengapa pula menjadikan bilik hotel untuk melepaskan bebanan nafsu syahwatnya!

Jawapan untuk persoalan itu sebenarnya amat mudah, bukan semua perkara akan dan boleh dikongsi dengan ahli-ahli keluarga. Ada perkara yang boleh, dan ada perkara yang tidak boleh, terutama apabila ianya membabitkan poligami.

Benar atau tidak pengakuan Cikgu Pa seperti maklumat yang sampai kepada kami, itu tidak penting lagi. Sebaliknya yang terlebih penting ialah, apa yang berlaku kepada Cikgu Pa, menunjukkan dengan jelas kebusukan akal fikiran dan niat songsang PKR yang begitu tamak dan serakah dalam usaha mereka untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


PANAS TERIK !!! NASIB #STOPAALI Terkini DIdedahkan !!



Apakah nasib Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas ini berikutan tersebar video seks mirip beliau dalam internet?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak berikutan tercetus desas-desus bahawa kepimpinan Pas mula menghadapi tekanan daripada peringkat akar umbi agar beliau meletakkan jawatan.

Difahamkan, walaupun enggan membuat sebarang ulasan berhubung penyebaran video itu, Mustafa sendiri dikatakan mungkin tidak mampu menghadapi tekanan agar beliau berundur bagi menjaga imej Pas.
Ini memandangkan di peringkat akar umbi, mereka mahu melihat kepimpinan Pas tegas dalam soal tersebut kerana menyentuh maruah dan kredibiliti parti itu.

''Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, ahli-ahli Pas akar umbi sememangnya terkejut dengan pendedahan video berkenaan dan mereka mahu kepimpinan Pas memandang serius isu ini.

''Kita tidak kata individu berkenaan Mustafa tetapi ramai mengaitkan beliau,'' kata satu sumber itu ketika dihubungi di sini, hari ini.
Hari ini, ketika diminta mengulas video tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap video seks itu tohmahan dan fitnah yang tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.

Mustafa pula enggan mengulas dan menyerahkan perkara berkenaan kepada peguamnya.
Diminta mengulas lanjut situasi di dalam Pas berikutan penyebaran video itu, sumber tersebut berkata, apa yang ahli-ahli parti berkenaan mahu ialah agar Mustafa meletakkan jawatan.

''Saya percaya Mustafa juga memahami sentimen ini kerana Pas adalah parti yang jauh lebih bermaruah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),'' katanya.
Ditanya apakah maksud hujah tersebut, sumber itu berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, mana-mana pemimpin Pas tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kontroversi apatah lagi melibatkan soal seks.

''Kalau PKR tidak apa kerana parti itu dilihat liberal, sebab itulah biar pun ada video atau gambar melibatkan pemimpin mereka, pemimpin berkenaan tidak meletakkan jawatan.

''Tetapi dalam Pas tidak boleh sebab ahli-ahli parti itu akan berasa tertekan apatah lagi dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13,'' kata sumber itu lagi.

Saturday, 13 April 2013

Isu Video Seks Stopa Ali: Hadi Akan Lakukan Sembahyang Hajat Khas Sendirian !!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat khas secara sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Beliau turut kesal dengan amalan politik fitnah sebagai kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerana rakyat perlu ditampilkan dengan pilihan politik sihat serta hujah-hujah politik rasional.

Beliau akan memohon kepada Allah supaya memberi petunjuk kepada pemfitnah atau kepada Stopa Ali jika beliau benar-benar melakukannya.

Menolak keras budaya buruk itu, Abdul Hadi berkata, perkara seumpama itu bukan sahaja tidak elok dan juga berdosa, malah bukan salah satu cara yang diajarkan dalam Islam.

Sebelum ini semasa PRK Permatang Pasir pada tahun 2010 Haji Hadi pernah meminta jentera Pas agar mendedahkan aib calon Barisan Nasional supaya rakyat mengetahui keadaan sebenar pemimpin yang mereka akan undi.

Kini bila kena pada batang hidung sendiri lagu Haji Hadi berbunyi lain pula dan fatwa sesatnya pun sudah berbunyi lain.

PANAS BERAPI BEB !!! Mustafa Ali lari dari beri jawapan,tuduh UMNO fitnah.



Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair. Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.


 "Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya. Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

 Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu. "Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.

 "Saya hidup lagi ni, (masih) setiausaha agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya. Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen." Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...