Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 2 December 2013

TERKINI !!! 3 BERANAK DIBUNUH KEJAM !!! APA SUDAH JADI ???



ALOR SETAR 1 Dis. - Apa sudah jadi dengan negara ini, apabila kanak-kanak yang tidak berdosa pun sanggup #dibunuh dengan #kejam.

Inilah yang berlaku kepada tiga beradik perempuan berusia tiga, 12 dan 14 tahun berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang semalam selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam, kelmarin.

Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang ini di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

 Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah mereka Jumaat lalu dengan menaiki motosikal Honda Wave milik bapanya untuk ke rumah rakan di Kampung Gelam dekat sini.

 Ibrahim memberitahu, walaupun hasil bedah siasat mendapati #kematian Nor Syafikah Nadia akibat lemas namun polis menyifatkan ia sebagai kes bunuh kerana kes lemas tersebut dianggap luar biasa.

Katanya, hasil bedah siasat mangsa pertama mendapati mangsa tidak dirogol dan hanya kesan calar dijumpai pada belakang badannya.

"Polis akan melakukan siasatan merangkumi segala aspek dan kita akan panggil ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa. Setakat ini polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Ahmad memberitahu, #mayat dua adik perempuan Nor Syafikah Nadia yang berusia 12 dan tiga tahun dijumpai lengkap berpakaian di dalam terusan, dalam keadaan terapung berhampiran kira-kira 200 meter antara satu sama lain di dalam terusan tersebut.

"Mayat dua mangsa masih belum disahkan punca kematian mereka. Bedah siasat akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca kematian dua kanak-kanak ini dan kaitannya dengan kes kematian mangsa pertama iaitu kakak mereka," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada alirannya bersambung dengan tali air di Alor Senibong, beliau memberitahu, kedua-duanya tidak bersambung dan terletak jauh antara satu sama lain.

"Tidak mungkin mangsa yang berumur 12 dan tiga tahun hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air ini tidak bersambung antara satu sama lain," jelasnya.

Ahmad memberitahu, polis turut menjumpai seluar berwarna hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu milik salah seorang mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pihaknya menemukan motosikal yang ditunggangi mangsa serta adiknya dalam keadaan baik dan berkunci di tepi jalan kira-kira satu kilometer dari rumahnya malam semalam.

"Siasatan masih dijalankan mengenai punca mangsa meninggalkan motosikalnya di situ," katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51, pula berkata, penduduk yang cuba menjejaki ketiga-tiga beradik itu menemui motosikal mangsa ditinggalkan berhampiran hentian bas.

"Motosikal itu kemudian dibawa pulang sebelum enjin terhenti secara tiba-tiba kerana kehabisan petrol sejurus sampai di rumah," katanya.

 Al-Fatihah dan salam takziah kepada ahli keluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas semua roh mereka.  Semoga Allah akan memberikan petunjuk dan mempermudahkan segalanya kepada PDRM  untuk menangkap pelaku pembunuhan itu untuk di bawa ke muka pengadilan....

PANAS DAN TERKINI !!! DRAMA HARAMJADAH TERBARU DARI ANWAR DAN AZMIN !!!



Kritikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak emasnya, Azmin Ali terhadap pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disifatkan sebagai 'drama minggu ini'.
 
Menurut Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, Anwar dan Azmin dilihat sengaja mahu menjadi hero dalam isu berkenaan apabila bukan sahaja melemparkan kritikan terbuka kepada Abdul Khalid, malah turut mengarahkan Menteri Besar menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji.

Selain itu beliau berkata, Anwar dan Azmin juga diyakini sengaja mahu mengeksploitasi isu kenaikan gaji tersebut kerana mereka melihat 'perang' berkenaan mampu mengalihkan perhatian rakyat terhadap insiden pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang bertindak keluar parti secara beramai- ramai Selasa lalu.

"TIBAI menganggap komen Anwar dan Azmin tidak ubah umpama drama minggu ini yang sedang memaparkan adegan retak menanti belah. Saya juga yakin Azmin marahkan Abdul Khalid kerana Menteri Besar itu tidak menaikkan gaji Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sehingga kekal dengan bayaran RM1.

"Namun, jika Abdul Khalid kekal dengan pendirian untuk melaksanakan kenaikan gaji itu tanpa mempedulikan bantahan pemimpin PKR agar ditangguhkan, ini membawa maksud bahawa Anwar sudah tidak laku dan perlu berundur sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Anwar dalam kritikannya terhadap kepemimpinan Abdul Khalid berkata, sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan cara untuk berkhidmat kepada rakyat dan beliau menyifatkan kenaikan gaji itu agak tinggi berbanding apa yang diuar-uarkan sebelum ini.

Azmin pula meminta kenaikan berkenaan ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar itu lebih munasabah dan mendesak kerajaan negeri Selangor memberi penjelasan kepada rakyat berhubungan pelaksanaan tersebut.



Bagaimanapun Abdul Khalid dalam reaksi segera kepada kritikan berkenaan menjawab; "Itu hak Azmin untuk tolak dan bantah. Beliau boleh ambil semua duit (gaji baharu) itu atau dermakan sebahagiannya untuk kerja amal".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget