Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 19 October 2012

~Surat Pimpinan Cawangan PAS Kpd YB Ust Nasharudin~


Assalammualaikum,
Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.
Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.
Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.
Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam pas.
Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan.Namun tiada perkara yag boleh menggoyahkan sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.
Pertamanya bila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita. Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak berlaku.
Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah. Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu nanti.
Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini), di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia bernama Karpal Singh. Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan harbi sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan jutaan ummat Islam lain kononnya DAP telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.
Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu. Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.
Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini. Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.
Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan pas ini namun saya lah yang sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.
Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding pas.
Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu dap.
Amin Ya Rabbal Alamin.

~Anda kenal beliau!!Melayukah Zairil~

Zairil Khir Johari

Saya rasa tertarik untuk menulis tentang seorang "Melayu" (atau mungkin telah di"DAP"kan oleh LGE?) yang bernama Zairil Khir Johari, beliau adalah ahli politik DAP dan kini menjadi Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Mungkin ada sesuatu yang unik telah "menarik" saya untuk "study" tentang dirinya. Disini ada serba sedikit yang saya jumpa  dan boleh kongsikan tentang diri beliau. 
Beliau menyertai DAP pada 2010. Tindakan beliau menyertai DAP dianggap sebagai "derhaka" kepada bapanya ,  seorang pengasas UMNO. Zairil juga adalah anak kepada bekas Menteri Pelajaran dan Setiausaha Agung UMNO, Mohamed Khir Johari. Ibunya Puan Sri Cristine Lim Abdullah. Khir Johari mempunyai dua isteri dan mempunyai sembilan anak.
T.S Khir Johari dan P.S Christine Lim 
Orang orang lama di Kampung Kancut, Alor Setar memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari (Tan Sri Khir Johari) bersama sama Che Tom Abdul Rahman (Puan Sri Kelsom) berkahwin pada 1943 dan Che Tom meninggal pada 20hb September 1994. Umum juga mengetahui bahawa Che Tom dan Pak Khir mempunyai 7 orang anak. Zairil mengumumkan beliau mempunyai 9 adik beradik. Sembilan tolak 7, jadi 2. Mana datangnya selebihnya dua orang itu.Selepas peninggalan Che Tom, Pak Khir Johari berkahwin semula dengan Puan Sri Christine Lim (ibu kepada Zairil) pada Februari 1996. Jika Zairil dilahirkan pada 1996 atau 1997, sah dan jelas bahawa Zairil bukan anak kandung Pak Khir? Beliau adalah anak Christine Lim bersama bapak kandung asalnya yang berbangsa China? Atau pun Christine Lim tidak pernah berkahwin dengan sesiapa pun sebelum beliau berkhawin dengan Pak Khir?


Zairil dan isteri (Ulfah Zainal Abidin)
Di sini cuba kita kaji dan renungkan sedikit kesimpulan tentang seorang yang mengaku melayu tetapi seakan berjiwa DAP ini :

- Melihat kepada raut wajah Zairil Khir Johari yang agak kurang ke"Melayu"an dan ditambah lagi apabila beliau dilantik oleh Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Politik kepada Secretary General LGE,  orang yang paling tidak boleh dipercayai di Penang, maka seperti ada sesuatu yang tidak kena terhadap beliau.
- Zairil Khir Johari dikatakan "anak" kepada Tan Sri Khir Johari, bekas penjuang kuat UMNO. Kenapa beliau berjuang bersama Komunis DAP? Adakah Zairil anak sedarah sedaging TS Khir?
- Bertambah keraguan disebabkan pemikiran Zairil langsung tidak melambangkan semangat perjuangan seorang anak Melayu. Pandangan seperti ini bersepah-sepah di Singapura. Jelas Penang ber"kiblat"kan Singapura dan menuju kearah itu. Malah perlantikan beliau kedalam DAP hanyalah untuk menghapuskan pandangan yang Komunis DAP adalah anti-Melayu, walaupun tidak diakui oleh LGE.
- Orang orang lama di Kampung Kancut, Alor Setar memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari bersama sama Che Tom Abdul Rahman (Puan Sri Kelsom) berkhawin pada 1943 dan Che Tom meninggal pada 20hb September 1994. Umum juga mengetahui bahawa Che Tom dan Pak Khir mempunyai 7 orang anak.
- Zairil mengumumkan beliau mempunyai 9 adik beradik. Sembilan tolak 7, jadi 2. Mana datangnya selebihnya dua orang itu.
- Selepas peninggalan Che Tom, Pak Khir Johari berkhawin semula dengan Puan Sri Christine Lim pada February 1996. Jika Zairil dilahirkan pada 1996 atau 1997.
- Jelas bahawa Zairil bukan anak kandung Pak Khir. Beliau adalah anak Christine Lim bersama bapak kandung asalnya yang berbangsa Cina. Atau pun Christine Lim tidak pernah berkhawin dengan sesiapa pun sebelum beliau berkhawin dengan Pak Khir?
- Yang jelas dan secara ‘sah’, Zairil bukanlah anak kandung Pak Khir. Bermakna ada beberapa kemungkinan tentang diri Zairil :-                           * Adakah Zairil Berbangsa Cina?
* Ataupun Zairil Berbangsa Melayu (selepas masuk Islam, tutur Bahasa Melayu, ikut adat Melayu)?
         * Sekali lagi Lim Guan Eng Seorang Oportunis Yang Nampak
Peluang dan Mengambil Kesempatan?
        *  Mungkin Pak Khir juga biological father kepada beliau. Atau hanya Bapa Tiri?
        * Namanya Zairil Bin Khir Johari atau Zairil Khir Johari Bin Abdullah?

- Ramai juga bapa bapa zaman dahulu meng"bin"kan Anak Angkat dengan nama mereka sendiri.


Adakah sekarang jelas dan secara ‘sah’, Zairil bukanlah anak kandung Pak Khir??? Dan adakah Zairil seorang "MELAYU"???


Renung Renungkanlah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget