Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 14 March 2013

Terkini!!! cikgu yang menghina wira Lahad Datu sudah ditangkap !!!


Polis memburu seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih, dipercayai sedang bersembunyi.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.

“Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.

“Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

TERKINI! :

Tergempar dan Panas!!!!! Gambar cikgu yang menghina Pihak keselamatan di Lahad Dahu dan meroyan di dalam FB dan memburukkan anggota keselamatan negara...

Sudah ditangkap pun ~
Alhamdulillah...

[Video] Potong Tangan Bukan Anggota Keselamatan ??


Polis berkata video yang tersebar secara di media sosial dan Youtube bagaimana seorang lelaki diseksa bukan anggota keselamatan Malaysia. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki dipotong tangan dan kemudian kepalanya dipenggal.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sangkal kesahihan video tersebut dan bertegas ia bukan anggota keselamatan Malaysia.

“Daripada penelitian kami mendapati video berkenaan sebenarnya melibatkan seorang lelaki dari negara asing. Insiden itu berlaku di luar negara. Lelaki dalam video itu memang pasti bukan anggota keselamatan pasukan kami. Tambahan pula, lelaki dalam video itu tidak memakai pakaian seragam anggota keselamatan Malaysia,” katanya kepada mStar.

Beliau juga berkata polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan video tersebut kerana ia boleh melemahkan anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Maksudnya insiden penggal kepala anggota keselamatan Malaysia sememangnya wujud seperti mana yang disebut Zahid Hamidi di atas cuma video tersebut kesahihannya disangkal. - Sumber

Syahid hanya akan sah jika menjadi ahli PAS???



Negara kehilangan ramai anggota keselamatan apabila terkorban bertempur menentang musuh negara. Ada yang dibunuh dengan kejam hingga kepala dipenggal,mata dicungkil keluar,otak dikeluarkan dan ada ditembak dibahagian muka.

Anggota keselamatan ini berjuang mempertahankan kedaulatan negara demi bangsa,agama dan negara,Sehingga sekarang tidak ada seekor pun khawarij PAS tampil kehadapan menyatakan kematian para pejuang ini adalah syahid.

Apa yang menariknya,Nik Aziz mursidol Am memerangkap wali besar PAS awal awal lagi mengistiharkan ahli PAS yang pangkah sudah dijanjikan tempat mereka di syurga nanti. Dengan hanya bermodalkan kertas undi sesiapa pun layak untuk menjadi penghuni syurga asalkan pangkah kepada PAS DAP atau PKR.

Begitu juga dengan amanat Hadi, beliau sehingga sekarang masih berpegang teguh dengan amanat yang diberikan kepada ahli PAS hinggakan masih ada beranggapan lawan Umno adalah satu tuntutan agama . Hingga tercetusnya insiden Memali kesemuanya diistiharkan syahid walaupun pada ketika itu mereka menentang kerajaan.

Adakah syahid hanya akan sah jika menjadi ahli PAS atau penjilat tegar DAP?? Kenapa Nik Aziz tak berani beri fatwa anggota keselamatan yang gugur terkorban adalah syahid? Adakah ini semua diambil perkiraan politik?

Nik Aziz dan khawarij PAS awal awal lagi angkat Mat Indera sebegai pejuang kemerdekaan bersama sekumpulan komunis. Kumpulan komunis yang tidak ada agama juga diberikan tempat yang cukup mulia dihati PAS. Habis dijaja diseluruh negara berkempen Komunis pejuang kemerdekaan. Berkarung karung duit di kutip sambil bertakbir.

Dari blog pisau.net

[EKSKLUSIF] : MAT BOM DALANG PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU DIKEHENDAKI !!!


LAHAD DATU – Mat Bom!!! Itulah nama yang sering meniti di bibir para penduduk yang ditemui di Felda Sahabat apabila diminta bercakap mengenai ‘dalang’ di sebalik pencerobohan pengganas militan Sulu ke atas penempatan mereka.

Rata-rata percaya, Mat Bom orang yang paling bertanggung jawab dalam ‘menyambut’ pengganas militan Sulu ke sini hingga menyebabkan 10 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkenaan.

Baca Lagi DISINI

gempar !!! VIDEO: Wajah Talibarut Pengganas Sulu Terbongkar!



Tu dia! Video perancangan pengganas Sulu untuk menyerang Sabah kini terbongkar. Punya celakanye pengganas ini. Tengok muka-muka laknat ni. Mohon sebar-sebarkan supaya anggota keselamatan dapat kenalpasti sekor-sekor pengganas yang mungkin sedang menyamar sebagai orang awam di Lahad Datu..

Ikuti terjemahan perbualan pengganas Sulu dalam video ini

Di awal perbualan...


"bang kamu awn pustu/pusu (kurang jelas awal perbualan)

klu kmu ada pusu (pusu=pengangkutan jenis laut yg mampu menampung 20-30 org)

manjari kumandan = boleh pinjam

yang tua keparat yang menanggalkan topinya....


berkata "kita tak boleh ke lahad datau buat je la panggilan suruh mereka ke lahad datu di sana PUSU kita"


TERKINI !!! KOMEN IMAM BESAR MEKAH TENTANG ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERKORBAN DI SABAH.



Pakatan pembangkang juga menerima satu lagi tamparan hebat yang pasti memalukan seluruh kepimpinan parti itu apabila membaca laporan di bawah tentang isu 'kalimah Allah' dan 'parti PAS jamin ke syurga'.

Sila baca :
Imam Besar Masjid Aba'ah, Makkah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani al-hafiz berkata anggota pasukan keselamatan Malaysia yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara mati syahid.
Katanya umat Islam wajib mempertahankan negaranya daripada pencerobohan asing dan mati dalam peperangan kerana ia adalah syahid fisabilillah dan Allah SWT akan memberi syafaat kepada mereka.
Beliau yang ditanya mengenai pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah berkata: "Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid."

Baca Lagi DISINI

Kronologi pada hari kesembilan insiden Lahad Datu !!!



Tersungkur jua akhirnya tak kira perempuan atau lelaki pengganas tetap pengganas. Kronologi pada hari kesembilan semalam adalah seperti berikut....

Hari ke sembilan Ops Daulat menyaksikan penemuan dua lagi mayat penceroboh Sulu yang terlibat dalam pertempuran yang berlangsung semalam. Berikut adalah peristiwa yang berlaku pada hari ini:-

- Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail yang terbunuh dalam pertempuran dengan pengganas semasa Ops Daulat di Lahad Datu semalam selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas tengahari tadi.

- Jenazah Koperal Ahmad Farhan Ruslan yang terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas menguruskan logistik untuk anggota keselamatan yang terlibat dalam Ops Daulat juga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Tumbuh.

- Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dua anggota tentera yang terkorban itu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh.

- Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib Ahmad Farhan bukanlah pemandu trak yang terlibat dalam kemalangan, tetapi penumpang. Sebelum ini laporan media mengatakan beliau adalah pemandu trak itu.

- Hamza juga percaya ketua kumpulan penceroboh militan Agbimuddin Kiram masih terkepung di kawasan operasi.

- Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dua lagi mayat pengganas Sulu yang bertempur dengan pasukan keselamatan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu semalam ditemui hari ini.Beliau berkata turut ditemui di kawasan itu ialah selaras senapang jenis M1 Garand dan sepucuk pistol Colt.45.

- Selain itu juga, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membawa masuk beberapa aset-aset pertahan mereka dalam mengukuhkan pertahanan di kawasan yang terlibat termasuk helikopter dari Pasukan Udara Tentera Darat dan 12 kereta perisai (Armoured Personnel Carrier).

- Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menggembleng guna tenaga semua keanggotaannya dalam pasukan itu untuk ditambahkan lagi dalam usaha Operasi Daulati.

- Ismail berkata beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah dan setiap ketua polis daerah di Sabah untuk menambahkan lagi kehadiran polis terutama di kawasan operasi.

- Beliau juga berkata kawalan polis di kawasan kawalan pesisiran pantai dan lokasi tertentu di daerah Lahad Datu hingga ke kawasan operasi akan dipertingkat dimana kita berkehendakan lokasi-lokasi strategi dapat ditumpukan.

- Ismail berkata guna tenaga polis ini tidak hanya tertumpu kepada anggota polis dari penugasan tugas-tugas am sahaja malah ianya akan merangkumi anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Narkotik dan juga Logistik.

- Dalam perkembangan berkaitan, Ismail menjelaskan seorang remaja berumur 12 tahun yang ditembak oleh pihak keselamatan di sebuah belukar di Tanjung Batu tempoh hari mempunyai pertalian dengan salah seorang lelaki yang ditahan beramai-ramai di sekitar kawasan itu.

- Manakala, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sudah bersiap sedia untuk menerima lebih banyak mayat pengganas di Hospital Lahad Datu untuk ditempatkan bagi tujuan siasatan forensik sebelum dikebumikan.

- Liow  berkata, pihaknya sudah menyediakan empat kontena untuk menempatkan mayat-mayat berkenaan.

- Ketua kumpulan penceroboh, Jamalul Kiram III pada Rabu telah menolak kemungkinan pengikutnya akan meninggalkan Sabah tidak lama lagi.

SUMBER

Terkini!!! Senarai Terakhir Calon Perak di...


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua pihak tidak membuat spekulasi tentang calon Barisan Nasional (BN) negeri yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU-13).  
Katanya, senarai calon BN yang bakal bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) kini diperingkat terakhir.
Beliau juga mengesahkan bahawa perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan dari semasa ke semasa bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.
Dr Zambry berkata, UMNO dan BN Perak akan melakukan perubahan dari segi penyenaraian  calon-calon yang dikategorikan calon muda.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan calon-calon yang berusia akan turut dipertimbangkan.
Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Perak juga enggan mengulas mengenai anggota Exco Dato’ Ramly Zahari yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar digugurkan bagi diberi laluan kepada calon muda.
Menurut beliau, mana-mana calon yang berusia tidak semestinya digugurkan dan semua ini  bergantung kepada Perdana Menteri,  pernilaian dan sokongan rakyat.
"Kalau rakyat mahukan mereka kita akan pertimbangkan kerana yang penting kerana rakyat mahukan wakil rakyat yang mewakili mereka,’’ katanya kepada pemberi di Program Hari Bertemu Pelanggan di Bangunan Serbaguna Bangunan SUK, Ipoh hari ini.

Kisah Menyayat Hati Teman Wanita Wira Negara Koperal Ahmad Hurairah ...


"Dia pergi kerana negara dan saya tahu semua rakyat berbangga dengannya.

"Apakan daya ALLAH lebih menyayangi dia dan saya terima dengan penuh keredaan bahawa insan yang saya sayang telah pergi buat selama-lamanya,"

Ungkapan sayu teman wanita wira negara Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah, 24, yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas di Sungai Nyamuk Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah semalam. Teman pun rasa sayu. Menurut laporan Bernama, kedua-duanya  berhasrat untuk bertunang dan melangsungkan perkahwinan secara serentak sebaik pulang selepas menamatkan misi di Lahad Datu. Apa kan daya, Allah lebih menyayanginya..

Nordiana Kamaruddin, 23, yang ditemui di kediaman Allahyarham di Kampung Bayu Lalang di sini, berkata kali terakhir dia menerima khimat pesanan ringkas (SMS) daripada Allahyarham tiga hari lepas yang memintanya menjaga diri dengan baik.

Jenazah Ahmad Hurairah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang di sini dalam penuh istiadat ketenteraan pada 12 tengah hari.


Terkini!!Bekas Timbalan Panglima Kene Balun !!!



Hek eleh!!! Tak best lansung. Nama je gah. Tapi kena tenyeh jugak rupanya. Ingatkan bila dia bercakap, pandai sangat pasal Ketenteraan.

Rupa - rupanya, dia sendiri pun tak tahu penuh pasal misi yang dilaksanakan. Sama ada dia tak tahu atau saja - saja buat tak tahu, tak pasti la pulak kan. Tapi, apa yang pasti, asal nama je pengikut Parti Angguk Saja, memang Bonggok!!!
KUALA LUMPUR 13 Mac - Kementerian Pertahanan hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam" ketika Ops Darurat.

Ghafir membuat dakwaan itu ketika berucap pada Forum T anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di Jalan Maharajalela di sini semalam.

Berikut kenyataan penuh Kementerian Pertahanan kepada Utusan Online berhubung peranan ATM di Lahad Datu:

1. Misi yang diberikan adalah jelas mengikut peringkat strategik iaitu membantu PDRM mengawal situasi keselamatan sekiranya rundingan dengan penceroboh tersebut gagal.
Di peringkat operational dan taktikal, pasukan diberikan misi yang lebih spesifik mengikut tugasan yang dilaksanakan seperti operasi mengepung dan mencari, penggeledahan, pembersihan, sekatan dan lain-lain berdasarkan perisikan yang diterima.
Ianya hanya diberikan kepada pasukan yang melaksanakan tugas dan tidak dihebahkan kepada pihak umum untuk mengekalkan kerahsiaan.

2. Pelaksanaan sesuatu tugas operasi seperti yang dinyatakan sebelum ini, memerlukan pasukan diaturgerakkan di perkampungan, di kawasan atau di tempat yang sukar.
Tugasan ini akan dilaksanakan asalkan misi yang ditetapkan tercapai.

3. Dalam konteks perisikan ianya dilaksanakan secara kolektif diperingkat stategik, operational dan taktikal yang melibatkan ATM, PDRM dan agensi keselamatan yang lain.
Proses risikan ini memerlukan maklumat yang diterima ditapis dan dinilai mengikut keutamaan serta disahkan sebelum sebarang ketetetapan operasi dilaksanakan.
Harus diingatkan sebarang maklumat perisikan yang diterima mestilah tepat.
Perisikan yang tidak lengkap dan dibuat secara tergesa-gesa boleh menjejaskan perlaksanaan operasi dan dikhuatiri menimbulkan spekulasi serta boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab."

SUMBER

Terkini !! mayat Pengganas Sulu Bergaya dengan tali pinggang hijau fluorecsent tersebar


Wajah terbaru 2 mayat pengganas Sulu yang ditembak mati semalam. Minta pihak Atm kasi hancur je depa ni sorang demi sorang. Jangan dibiarkan masuk walau seincipun di bumi berdaulat ini.

Hargailah dan kita doakan yang terbaik untuk pejuang kita dalam melawan musuh. Aku juga harapkan si Tian Chua lahanat dijatuhkan hukuman seberat-beratnya atas kenyataan hasutan biadap dan melampau yang telah dia ungkapkan.

[Beita Wajib Baca] Kediaman MB Perak Di Gegar Kaum China !!!


Apa Dah jadi Tempoh hati beb dekat rumah Menteri Besar Perak Beb Tempoh hari.Teman ada mendapat info dari seorang blogger yang mengatakan Rumah Menteri Besar Perak diserang oleh Kaum China.Apa ka ini satu kebangkitan rakyat Kaum China Di Negeri Perak

Kalau mengkome nak tahu apa cerita meh klik tajuk yang dekat sebelah ni.Ini tajuknya Kaum Cina SERANG KEDIAMAN Menteri Besar Semalam!!.Klik jangan tak klik k.

UPDATE:Perisai Pertahanan Negara Diperkuattkan Dengan...


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata sekurang-kurangnya 12 kereta perisai berantai (MBT) PT-91M akan tiba dalam tempoh beberapa hari bagi meningkatkan kekuatan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

Kereta kebal ini mempunyai kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 milimeter buatan Slovakia dengan peningkatan ketepatan tembakan sehingga 23 peratus berbanding meriam asal. Ia mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal yang ada di dunia pada hari ini sehingga jarak lima kilometer.

Kegagahan PT-91M bukan hanya terletak pada meriam utamanya tetapi turut disokong dengan sistem navigasi SIGMA 30 dan blok armor reaktif ERAWA-2 pada bahagian hadapan, bumbung dan sisi hadapan. Ia bertujuan mengurangkan impak hentaman daripada sistem peluru berpandu anti-armor dan juga perobek armor.

Katanya, disamping kereta kebal pendekar ini,beberapa unit helikopter dari Unit Udara Tentera Darat juga akan tiba esok.

"Langkah menambah aset ini adalah untuk memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kita mampu menewaskan musuh," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget