Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 6 June 2013

Cina Nak Apa, Yang Kita (UMNO) Pulak Nak Apa Lagi?



logo umno
DALAM sibuk-sibuk kita persoalkan cina nak apa dalam pilihanraya umum ke-14 akan datang, penulis perasan di sana sini pun orang UMNO macam ada yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran sekarang.  Ini dapat dilihat dari tindakan kelompok-kelompok tertentu dalam parti yang cuba memecah belahkan UMNO dengan menghasut supaya diadakan pemilihan peringkat tertinggi parti.

Penulis sendiri tak nampak apa keperluannya mengadakan pemilihan di peringkat tertinggi parti UMNO di kala UMNO berjaya meningkatkan prestasi, termasuk mengambil alih Kedah semula dalam pilihanraya umum yang lepas.

Rata-rata penulis lihat, membandingkan jumlah kerusi yang berjaya dimenangi BN dalam pilihanraya umum yang lepas, dimana menurut mereka merosot dari pencapaian pada 2008.  Yang mereka terlupa nak lihat ialah, perbandingan prestasi BN pada 2004 dibanding dengan 2008.

Pada 2004, BN menang 198 kerusi parlimen dari 212 kerusi dan hanya kekurangan 1 negeri (Kelantan).  Sementara pada 2008, kerusi BN merosot kepada 140 kerusi dari 222 kerusi parlimen, termasuk kehilangan tambahan 4 negeri lagi.

UMNO sahaja pada waktu itu (2008) kehilangan 30 kerusi parlimen, daripada 109 kepada hanya 79 kerusi.
Justeru, dimana yang dikatakan prestasi UMNO dibawah pimpinan Najib kali ini merosot sehingga perlu ada perubahan di peringkat tertinggi bila mana jumlah kerusi parlimen UMNO sahaja kurang 1 berbanding jumlah keseluruhan kerusi Parlimen pembangkang?

MCA dan Gerakan yang jelas lebih teruk pencapaiannya itu pun, tidak begitu kecoh untuk menukar pemimpin masing-masing, begitu juga dengan pembangkang, pun begitu juga.  Anwar gagal buat kesekian kalinya untuk menawan Putrajaya, malah jumlah kerusi partinya sendiri, PKR berkurangan berbanding 2008 pun, tidak ada desakan supaya dia berundur.

Seharusnya dalam keadaan sekarang, semua ahli UMNO dan pemimpinnya mengukuhkan lagi parti keramat orang Melayu ini agar UMNO terus kekal relevan sebagai parti utama yang memimpin Barisan Nasional dalam mendepani cabaran-cabaran di masa hadapan.

Bukan memecah belahkan parti ini supaya orang Melayu bertambah lemah dan orang asing berjaya mengambil alih negara ini.

MASALAH PELAJAR IPG: KEMENTERIAN PELAJARAN SILA AMBIL PERHATIAN DENGAN MASALAH PENUNTUT IPG YANG TIDAK DIJAMIN POSTING!!!

Memang panas sekarang ni . DIKATAKAN  penuntut IPG di seluruh negara telah memberi reaksi tentang kenyataan Timb Menteri Idris Jusoh yg telah mengatakan tiada jaminan posting buat penuntut IPG. Apa ko ingat ko menteri boleh bg sesuka hati kenyataan ke. Baca SINI dulu. Ada sedikit kupasan oleh menteri Syok Sendiri.

Sebelum aku menulis aku nak kongsi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Menteri yang baru ni...
Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). 
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah. 
"Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia. 
"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini, Isnin. 
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain. 
"Di Finland misalnya hanya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya. 
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana. 
Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing. - BERNAMA

IPG merupakan salah satu induk untuk penempatan pelajar yang diletakkan sebagai satu medan untuk pelajar sebelum diletakkan atau diposting mwbgikut kesesuaian subjek dan matapelajaran.
Menurut akhbar kosmo yg lepas yg bertajuk ' tiada jaminan posting' seorang penuntut salah sebuah Institut Pendidikan Guru telah melahirkan dukacitanya pada penulis tentang dasar terbaru kerajaan melalui kementerian Pendidikan.

Menurutnya , Ipg yang merupakan satu institusi pengajian telah melaksanakan sistem 'open market' yang bermaksud semua penuntut mahasiswa yang telah mendapat pointer tinggi sahaja boleh menjadi guru tidak kira daripada IPG dan IPTA serta swasta.

Menurutnya lagi " kalau semua penuntut yang cemerlang sahaja diberi peluang utk posting bagaimana pula mahasiswa IPG yang mendapat pointer yang kurang cemerlang (3.80 dan kebawah) untuk posting, walhal sebelum ini semua penuntut IPG yang grade sudah dijamin kemana tempat akan di posting kan."katanya
" Andai kata hendak dilaksanakan open market ,IPG mesti lah setaraf dengan Ipta Dari segi kemudahan dan insfrastruktur ,hal ini kerana kebanyakkan IPG tidak mendapat kemudahan yang mencukupi " .

Katanya lagi semasa perjanjian sebelum belajar di IPG , penuntut IPG tidak dibenarkan untuk menarik diri daripada program perguruan setelah mengisi program pengajian,Oleh itu sekiranya tidak dijamin posting adakah ada syarikat yang akan mengambil mahasiswa yang berijazahkan perguruan untuk bekerja di syarikat mereka ?!!

ORANG UMNO WAJIB BACA !!! Pemimpin Umno Usah Bongkak Dan Riak Jika Mahu Menang PRU14


Pemimpin UMNO dulu memang cukup hebat, hebat kerana mereka berjuang habis- habisan demi nama Islam dan bangsa Melayu. Kerana UMNO lah juga lahirnya orang Melayu ataupun keturunan Melayu itu maka Islam agamanya. Itu perjuangan pemimpin UMNO terdahulu dalam memartabatkan Islam dan juga Melayu. Pemimpin UMNO hari ini?

Cakap cakap ramai orang terutamanya politik cerita kedai kopi lebih kepada perihal orang UMNO yang masuk UMNO demi meraih projek dan jawatan. Tidak lagi seperti pemimpin UMNO terdahulu yang menyertai UMNO demi membela Islam dan Melayu. Bukan sahaja orang tua yang bercakap perihal ini malah diwaktu ini juga ramai anak muda muak dengan sikap orang UMNO yang kejar projek berbanding membela Islam dan Melayu. Relevan lagi kah parti UMNO ini untuk menjadi dahan buat orang Melayu berpahut?


Menurut blog kelab Che Det:

Kenapa UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair? UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. 

Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.

Pada Tahun 2008 sejumlah 3000 ahli telah dibuang oleh individu tertentu daripada senarai ahli Umno kerana dikhuatiri tidak menyokong beberapa ketua bahagian di kawasan masing-masing.Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.
Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan berbanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.
Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

Jika kita lihat waktu sekarang ketua-ketua cawangan dan Bahagian adalah terdiri daripada mereka yang menjangkau umur 60 tahun.Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.
Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

Saya katakan UMNO sememangnya Relevan yang tidak relevan adalah parasit didalam parti yang merosakan imej parti dengan sikap ego dan hipokrit mereka. UMNO adalah sebuah parti dan pemimpinya datang dan pergi. Gugurnya pemimpin maka lahir lah pemimpin baru bagi mnggalas tugas yang menjadi amanah buat orang Melayu namun waktu ini amat sedikit pemimpin UMNO yang benar benar membela Melayu. 

Pemimpin UMNO yang ada perlu kembali kepada landasan perjuangan yang sebenar. Perlu kembali kepada asas perjuangan iaitu Islam dan Melayu dan bukannya mahu menjadi jaguh kepada bangsa lain berbanding bangsa Melayu sendiri. Kembali kepada pekara pokok iaitu Melayu itu keutamaannya. Apakah pemimpin UMNO lupa bahawa duduk mereka dikerusi empok adalah kerana ehsan orang Melayu sendiri?

Keputusan Pilihanraya ke 13 lalu menyaksikan UMNO kekal berkuasa kerana undi dari orang Melayu dan juga Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Bagaimana Pilihanraya ke 14 kelak jika undi Melayu tidak pergi kepada UMNO? Berubahlah sebelum rebah wahai pemimpin UMNO yang masih lagi selesa dengan watak bongkak dan sombong.

Dipetik daripada blog Kelab Chedet 

PANAS !!! MENGAPA CINA TAKUT MELAYU MENONTON FILEM TANDA PUTERA ???






Kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan menjadikan filem Tanda Putera yang akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Ogos ini sebagai filem wajib tonton dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. 


Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, filem yang mengisahkan pengorbanan dua tokoh negara itu mampu memberi kesan positif kepada seluruh anak muda di negara ini yang dilihat buta sejarah berkenaan isu tersebut.

"Kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu memastikan filem ini ditayangkan di sekolah, universiti serta kem-kem latihan khidmat negara selepas tempoh tayangannya di pawagam tamat.

"Selalunya filem berlatarbelakangkan sejarah pasti bosan tetapi berlainan dengan filem ini yang disampaikan dengan berkesan oleh Pengarahnya, Datuk Paduka Shuhaimi Baba kerana beliau berjaya menghidupkan sejarah dengan begitu baik dan saya berkeyakinan ia pasti menimbulkan kesedaran kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam berkata, sudah tiba masanya filem mengisahkan perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 ditayangkan kepada umum.

Tambahnya, pihak pembangkang terutamanya DAP takut jika filem itu ditayangkan di seluruh negara kerana sedikit sebanyak akan membongkar kebenaran serta topeng perjuangan sebenar parti cauvinis tersebut.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Mohd. Rosli berpendapat, pengaruh kontroversi yang dikaitkan dengan filem berkonsepkan kenegaraan tersebut bakal memberi daya tarikan positif kepada masyarakat untuk menontonnya.

"Keyakinan saya ini berasaskan kepada publisiti meluas diberikan oleh media massa selama ini.


"Di samping itu, pihak terbabit yang terlibat secara langsung dengan filem ini perlu mempromosi secara berterusan bagi memastikan mesej filem yang menceritakan keadaan sebenar ketika peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 ini sampai kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda hari ini," katanya.

Terbaru !!! KEMALANGAN NGERI DI LEBUHRAYA SUNGKAI !!!

Oleh Budak Sri Kinta
Kemalangan ini berlaku di lebuhraya utara selatan berdekatan dengan sungkai perak semalam pada pukul 3 petang. Kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu kereta proton saga berwarna biru yang merempuh di belakang lori 3 tan milik pertubuhan peladang negeri perak yang sedang menukar tayar di tepi jalan. Pemandu proton saga memandu dengan laju sehingga tidak dapat melihat kon penanda yang di letakkan oleh pihak PLUS di tepi jalan tersebut.

Menurut pemandu lori tersebut Jawaris bin mohd sarip, "saya terkejut apabila tiba-tiba sebuah kereta melanggar belakang lori saya. Saya hampir-hampir tercedera akibat kemalangan ini kerana kedudukan saya dengan tempat pelanggaran amat hampir sekali. Saya bersyukur kerana ALLAH masih melindungi diri saya, saya nampak mayat seorang perempuan cina tercampak keluar dari kenderaan".

 Didalam kemalangan ini, seorang perempuan cina terbunuh serta merta, seorang cedera parah, seorang cedera di muka dan seorang kanak-kanak di dalam kereta tidak mengalami kecederaan.











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget