Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 21 September 2012

~BERSATU LAH DEMI ISLAM MELAYU DAN RAJA~


Pemuda Umno pada Jumaat mengajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai parti itu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Pelawaan itu disuarakan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam ucapan ketika perhimpunan membantah penerbitan filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini.

Menurut Khairy, pelawaan itu memandangkan solidariti Pemuda Umno dan Pemuda PAS yang sedia terjalin membabitkan kecaman ke atas agama Islam.

Katanya, solidariti untuk perjuangan Islam ini mendapat pandangan berbeza dari rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP.

"Pemuda Umno-Barisan Nasional bersama sahabat dalam pemuda PAS bersolidariti memberi tumpuan ke atas kecaman terhadap agama kami...bukan seperti DAP.

"PAS tak payah bersama DAP, keluar dari Pakatan. Kita berjuang demi agama. Kita bukan mahu berpolitik tapi hal ini membakar semangat kita.

"Jangan sentuh agama, Rasulullah serta agama-agama lain," tegas Khairy.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas persoalan yang ditimbulkan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham di laman Twitternya pada Isnin lalu.

Ngeh mengatakan himpunan membantah penyiaran filem anti-Islam itu sebagai satu provokasi umat Islam sebagai reaksinya kepada kenyataan awal Khairy yang mahu bergabung dengan Dewan Pemuda PAS dalam mengadakan himpunan aman berkenaan.

"Jika inilah jenis pemimpin DAP seperti Ngeh, kita hantar mesej dalam pilihan raya akan datang supaya jangan buang masa dan kita sedia untuk buang mereka (DAP)," kata Khairy.

Perhimpunan berasingan turut diadakan oleh Dewan Pemuda PAS yang berarak dari Lembaga Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat. .

Terdahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyatakan hasrat mempelawa Nasrudin hadir pada majlis makan malam 'Cinta Rasul yang akan dianjurkan oleh Pemuda Umno.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat dan beliau berharap PAS akan sudi menyertai majlis berkenaan.



DIPETIK DARI BLOG SUNGAI RAPAT ONLINE ..DISINI

~TERKINI DI 2 LOKASI BERBEZA BAGI MEMBANTAH FILEM INNOCENCE OF MUSLIM SERTA MENENTANG KEBIADABBAN MENCACI ISLAM~

ALHAMDULILLAH SEKARANG DI MASJID KG BARU SERTA JLN MENUJU KE BANGUNAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT SESAK DENGAN LAUTAN ORANG ISLAM YANG BANGKIT MENENTANG FILEM INNOCENCE OF MUSLIM ...

GAMBAR TERKINI









DEMI ISLAM,DEMI MELAYU KITA BERSATU MENENTANG KEZALIMAN...

DAN YANG PALING DAP TAKUT APABILA SITUASI INI BERLAKU...


~PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 nk dkt dh ...~



KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan berlangsung dari 27 Nov hingga 1 Dis depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata perhimpunan lima hari itu akan dimulakan dengan taklimat presiden pada 27 Nov diikuti dengan perasmian perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam.
"Dari 28 Nov hingga 1 Dis pula akan berlangsung perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri manakala pada 29 Nov hingga 1 Dis ialah Perhimpunan Agung Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib juga berkata sehingga 18 Sept, sebanyak 176 bahagian Umno telah bermesyuarat manakala baki 15 bahagian lagi dijangka berbuat demikian pada hujung minggu ini.
Bagaimanapun, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno akan ditunda sekiranya kerajaan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.
"Mudah sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti biasa," katanya.
Ditanya sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung akan menyebabkan rakyat terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib secara berseloroh berkata biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara itu.
"Saya suka mereka buat spekulasi," katanya. - Bernama
dipetik dari laman ini

~SAUDARA SEMUA DIJEMPUT KE PROTES AMAN~


KEPADA SAUDARA SEAGAMA DAN SEBANGSA AYUH KITA BERSATU DEMI  ISLAM ,JANGAN BIARKAN KITA DI PIJAK SESUKA HATI...KITA ADA TANAH KITA...PERCAYALAH RAKAN 2 PERJUANGAN INSYALLAH ALLAH S.W.T BERSAMA KITA DALAM PERJUANGAN....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget