Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 21 June 2012

~PAS DAN DAP HALANG PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PERAK~



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengingatkan pihak pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye supaya tidak memanipulasi isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya dibimbangi akan mengeruhkan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini.

Katanya, isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana majoriti penduduk yang tinggal di kawasan itu kaum Melayu dan beliau sendiri menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu bapa murid yang mahu anak mereka belajar di sebuah sekolah yang lebih selesa.

“Pembinaan SAR ini sebenarnya tiada masalah pun…kenapa pihak pembangkang nak kacau dan saya sendiri menerima SMS daripada ibu bapa murid sekolah ini yang mahu melihat anak mereka belajar dalam suasana yang lebih selesa.

“Oleh itu, saya minta Boon Chye jangan kacau isu pendidikan di kawasan itu kerana majoriti 85 peratus penduduk di situ adalah Melayu dan jika kaum Cina tidak suka kaum lain kacau pendidikan mereka, maka begitu juga kaum Melayu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Isu SAR Taman Desa Aman telah berlarutan hampir sebulan yang lepas dan ramai umat Islam di kawasan berdekatan dipercayai masih kurang faham dengan isu itu yang diputarbelitkan oleh pemimpin PAS dengan bantuan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Sebelum ini, sekolah itu terpaksa dipindahkan sekali lagi ke kawasan surau baru Taman Desa Aman bagi memberi laluan kepada pembersihan dewan orang ramai.

Ibubapa murid yang berkiblatkan PAS dan PKR telah memanipulasikan perpindahan ini sehingga membawa kepada kehadiran pemimpin pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP untuk meninjau keadaan pelajar yang belajar di bawah khemah dan seterusnya mereka jadikan isu kononnya pelajar dihalau oleh UMNO Taman Desa Aman kerana UMNO mahu menggunakan dewan sebagai bilik gerakan pilihanraya sedangkan semua itu adalah pembohongan semata-mata.

Sementara itu, Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman, berkata pada sesi dialog yang diadakan bersama penduduk Taman Desa Aman dan Taman Pegoh Aman pada 16 Jun lalu, timbul sedikit kekecohan apabila Boon Chye cuba mengganggu perjalanan majlis itu yang bertujuan memberi penjelasan sebenar berhubung isu terbabit.

“Bagi mengelak kejadian tidak diingini, saya telah menghubungi pihak polis agar sesi dialog bersama penduduk berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada pihak pembangkang,” katanya.

Pada 16 Jun lalu, majlis dialog diadakan bagi mengenalpasti sokongan atau bantahan ke atas sekolah itu yang dikhususkan untuk penduduk Taman Pegoh Aman dan Taman Aman sahaja.

Malangnya, PAS dan PKR telah membawa penyokong Cina dari Gopeng untuk menggagalkan program dialog tersebut.

Akibat gangguan itu, beberapa penduduk tempatan terpaksa balik untuk menghindar sebarang pergaduhan.

Pihak pembangkang termasuk PAS telah mengambil gambar yang dimuatnaik ke Youtube dan memutarbelitkan fakta bahawa Hamidah menghalau penduduk tempatan yang hendak berdialog.

Tetapi yang sebenarnya berlaku ialah penyokong yang datang bersama pemimpin PAS dan PKR adalah penduduk Cina yang tinggal di Lawan Kuda dan Kopisan berdekatan Gopeng.

~perlawanan persahabatan yang turut disertai oleh MB Perak Datuk Seri zambry bin Abd Kadir~

Bertempat di padang changkat Batu Gajah ,Perak telah berlangsung satu perlawanan persahabatanyang telah disertai sendiri oleh MB Perak Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir telah berlangsung dengan jayanya.Hadirin yang hadir tidak menyangkai pemain yang memakai baju jersey bola sepak yang bewarna biru bernombor 11 adalah MB peraksendiri.Hadirin yang hadir begitu tertarik dengan perlawanan yang telah disertai MB Perak.

Walaupon sibuk dengan urusan seharian selaku MB Perak,beliau masih sempat mendekatkan diri dengan rakyat dengan menyertai perlawanan persahabatan bola sepak yang telah berlangsung sebentar tadi.Penulis tidak menyangka MB sanggup datang dengan rombongan daripada kelab veterean dari tempat beliau sendiri iaitu Pulau Pangkor.Kumpulan kelab beliau berjaya megikat sebanyak dua jaringan gol.


MB Perak Yang memakai jersey bola sepak bernombor 11 



para hadirin yang hadir berpeluang mendekatkan diri dengan MB  untuk bersembang.
kelihatan hadirin gembira dengan MB.(gambar diambil selepas perlawanan).


ANAK JATI MALAYA:GEMBIRA MEMPUNYAI MB YANG AMAT MESRA DENGAN RAKYATNYA.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...