Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 10 March 2013

Terkini !!! Pengganas Sulu Terkepung Tunggu Masa Untuk Ditembak!!



LAHAD DATU - Kumpulan pengganas Sulu yang tertekan selepas terperangkap dengan operasi besar-besaran pasukan keselamatan kini menukar kepada taktik gerila dengan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi menyelamatkan diri.

Nasib mereka kini ibarat telur di hujung tanduk setelah pasukan keselamatan menggandakan kekuatan dengan penambahan anggota zon operasi bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada pengganas berkenaan sekali gus menamatkan konflik.

Ops Daulat di Lahad Datu yang masuk hari kelima semalam menyaksikan seorang lagi pengganas Sulu mati dibunuh di Kampung Tanduo menjadikan jumlah keseluruhan pengganas yang maut 53 orang.

Selain itu, 27 lelaki yang mendakwa sebagai nelayan turut ditahan menjadikan jumlah tahanan akibat konflik tersebut kini 106 orang. Ini termasuk lapan lagi tali barut yang ditahan semalam. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin memberitahu, kumpulan pengganas Sulu kini telah berpecah dan bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Beliau menambah, risikan yang dibuat pasukannya mendapati kumpulan tersebut kini telah terkepung sepenuhnya dan hanya bergerak antara Kampung Tanjung Batu dan Tanduo.

"Kawasan kepungan kita di Kampung Tanduo adalah sekitar empat kilometer
dan begitu juga di Tanjung Batu.

"Ketika ini, pasukan kita telah mengepung kedua-dua kawasan tersebut menyebabkan mereka hanya bergerak antara kedua-dua kampung.

"Pasukan kita juga telah mengesan seorang daripada mereka yang cuba keluar daripada kepungan dan berjaya menembak mati musuh tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya lagi, operasi menggeledah dan mencari kini tertumpu di kawasan Kampung Tanduo selepas mendapati musuh telah bergerak ke Tanjung Batu.
"Selesai kita bersihkan Tanduo, kita akan masuk ke Kampung Tanjung Batu dan adalah mustahil untuk mereka melepasi kepungan ini.

"Musuh yang tidak dapat lari bersembunyi di Kampung Tanduo bukan di rumah-rumah tetapi di semak dan hutan tebal yang terdapat di kawasan tersebut," katanya.

Tambahnya lagi, permukaan bumi yang berpaya dan sebagainya di antara kedua-dua kampung turut dikawal ketat pasukan keselamatan.

Dalam pada itu, kor bantuan tempur dari Kuching, Sarawak berlepas ke Lahad Datu semalam bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu.

Beliau berkata, kawasan Felda Sahabat turut bergegar dengan beberapa bunyi dentuman bom dari kawasan zon merah pada pukul 1 pagi dan 7.30 pagi dengan bunyi pesawat dan helikopter berlegar di ruang udara kawasan ground zero itu. Bernama

[Wajib Baca]DAP PERAK Bergaduh Sesama Sendiri !!!


Naib Presiden DAP Pusat, M Kulasegaran, semalam di dalam mesej di laman sosial Twitter beliau mendakwa Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya yang juga sepupunya,  Nga Kor Ming meminggirkan beliau, masyarakat India dan berterusan dengan amalan rasuah. Tindakan Kulasegaran yang dilihat cuba melepaskan kemarahan beliau kepada Nga-Ngeh bersaudara melalui laman sosial Twitter, menunjukkan keadaan yang semakin parah dan masalah berpuak-puak di dalam DAP Perak.


Umum mengetahui di Perak, Kulasegaran membawa satu puak DAP manakala Nga-Ngeh bersaudara pula membawa satu puak yang lain. Ngeh yang merupakan Ahli Parlimen Beruas dan ADUN Sitiawan dan Nga  sebagai Ahli Parlimen Taiping dan dan ADUN Pantai Remis dilihat sealiran dengan Setiausaha Agung DAP Tokong Joseph Lim Guan Eng.

Di dalam siri mesej di Twitter beliau, Kulasegaran mendakwa dipinggirkan di dalam sessi ceramah perdana yang diadakan pada 8 Mac di dalam kawasan parlimennya. Sebagai Ahli Parlimen Ipoh Barat dan juga "tuan rumah", Kulasegaran tidak dipanggil ke sessi ceramah berkenaan, sebaliknya, sessi ceramah berkenaan dimonopoli oleh Nga-Ngeh bersaudara.

Sesi ceramah telah diadakan bersempena dengan kemenangan Pakatan Haram yang berjaya megambilalih lima negeri dan menafikan majoriti 2/3 parti pemerintah Barisan Nasional pada PRU-12, lima tahun lalu. Sesi ceramah itu turut dihadiri oleh Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Pusat yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Gobind, yang juga anak Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

SUMBER:Budak Sri Kinta

Terkini !!!Rakyat Kelantan mengamuk dengan Nik Aziz???


Semalam anak Jati berkesempatan turun ke bumi Kelantan .Anak Jati mengikut program Perkasa atas jemputan perkasa Perak sendiri.Setibanya di sana,Anak Jati terkejut dengan gambar diatas .Apa maksud ayat tersebut?Adakah rakyat Kelantan marah dengan kerajaan Negeri Kelantan yang sedia ada?






gadis2





ketibaan TUN


































































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...