Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 12 January 2013

Aksi Video Guru Wanita #Bogel Ketika Mengajar Tersebar


Sebuah video klip yang memaparkan seorang jurucakap wanita berbangsa Russia membuka pakaiannya ketika mengajar bahasa Mandarin telah tersebar di internet.


Pengacara berambut perang itu berdiri di hadapan kamera dengan memakai pakaian yang mempunyai potongan luas dibahagian dada, skirt yang ketat dan berkasut tumit tinggi.


Ketika beliau menerangkan Mandarin ke bahasa Rusia, skrin dibelakangnya menunjukkan gambar seekor panda gergasi.


Semuanya nampak biasa sahaja pada ketika itu.


Tetapi, setelah skrin dibelakangnya itu menunjukkan beberapa karakter bahasa Cina, "Gantung kepala kucing tetapi jual daging beruang' - beliau kemudiannya menanggalkan pakaiannya.


Beliau dalam keadaan sedemikian sehinggalah skrin dibelakangnya memaparkan karakter bahasa Cina yang berbunyi: "Melukis gambar beruang tetapi nampak macam kucing. Panggil beruang sebagai kucing."


Frasa-frasa Cina tersebut adalah peribahasa popular.

Tahniah Pada Peserta HKR #kl112

 #KL112: Tahniah semua!

Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat diberikan kepada semua.

Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.

Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilang peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang.

Nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tenang dan aman.

Komen-komen blog mikro yang ditinjau menunjukkan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah atas 'kejayaan' hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "+100 RT "@dinogombak: tahniah boss @HishammuddinH2O dan syabas pada @PDRMsia ada yang tak tidur dari semalam... #Salute."

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menulis, "Tahniah! RT "@dinogombak: boss @HishammuddinH2O dah boleh relaks minum kopi !!"

Hishammuddin pula membalas mesej Twitter dengan menulis: "Terima kasih, ia tidak mudah @DrFathirAlhadad: #KL112 #HKR112 @HamdanMSalleh dengar khabar @PDRMsia semakin matang bersama masyarakt madani... Kudos H2O."

SETERUSNYA

Hampir berjaya utk kristian kn Malaysia !!


Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan. Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus.

Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang.

Masih ramai di kalangan umat Melayu yang mudah terpedaya dengan momokan bahawa ini semua hanyalah propaganda UMNO.

Kebanyakan mereka sukar menerima soal ‘agama’ menjadi agenda utama DAP kerana setakat yang mereka tahu, kaum Cina tidak begitu ekstrem dalam beragama. Malah, ramai di antara mereka tidak mengamalkan pun ajaran agama mereka, seperti bersembahyang. Selain itu, masyarakat Malaysia juga masih lagi cenderung mengaitkan kaum Cina dengan agama Buddha sepertimana India dengan Hindu.

Seterusnya

FFOOLLLLLL Report: HKR #kl112


Inilah hakikat yang sebenar bila anak kecil dijadikan alat untuk kepentingan politik. Berdemo secara ganas dan menggugat ketenteraman awam dengan membawa anak kecil adalah tidak lain dan tidak bukan berniat untuk membunuh anak kecil itu. 



10.00 pagi : Keadaan sekitar luar kawasan stadium. Terdapat gerai-gerai jualan dan pergerakan masuk peserta yang memasuki kawasan stadium masih perlahan.


11:15 pagi : Jln dihadapan Masjid negara mula sesak apabila peserta himpunan mula berhimpunan dgn anggaran 1,000 org.

11:05 pagi : Lalu lintas sekitar di sekitar Stadium Merdeka nampak lancar.


11:40 pagi : Perakaran pertama masuk dari arah Masjid Negara mula masuk ke Stadium Merdeka.


12:30 tengah hari : Keadaan di Stadium Merdeka masih terkawal dan masih byk ruang yg kelihatan.


1:18 petang : Antara peserta yang berada disekitar Stadium Merdeka. Kanak-kanak turut dibawa bersama.


1:28 petang : Peserta mula memasuki Stadium Merdeka


1:33 petang : Suasana di dalam Stadium Merdeka 30 minit sebelum program bermula. Masih banyak ruang kosong. Kapasiti maksimum di dalam Stadium adalah 30,000 orang


1:36 petang : Helikopter PDRM membuat tinjaun dari udara.


1:40 petang : Hanya sebilangan yang menunaikan solat zohor diluar perkarangan Stadium.


1:43 petang : Peserta bersolat Zohor di padang Stadium Merdeka. ada 3 kumpulan yang solat secara berjemaah namun menyedihkan apabila ketiga-tiganya menghadap qiblat yang berbeza


1:50 petang : Stadium masih kosong walaupun program akan bermula lagi 10 minit.


1:55 petang : Warga asing kelihatan turut sertai perhimpunan ini.


2:15 petang : Satu kumpulan berarak di jalan raya dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka. Kesesakan berlaku dari kedua-dua arah jalan berkenaan.


2:35 petang : Stadium Merdeka dipenuhi oleh peserta perhimpunan. Kehadiran mereka berjumlah 30,000 di dalam stadium manakala 5,000 lagi disekitar stadium.

3:25 petang : Mat Sabu menyampaikan ucapan serta melancarkan tabung derma #KL112 #HKR112

3:35 petang : Lim Guan Eng pula berdiri menyampaikan ucapan

3:45 petang : Kini Hj Hadi Awang pula menyampaikan ucapan

4:15 petang : Kemuncak ucapan disampikan oleh Anwar Ibrahim.

4:55 petang : Peserta mula meninggalkan Stadium Merdeka


Credit To: Suara Generasi Baru

Monyet !!! join HKR #kl112


kih kih kih..Apa hal agknya mereka bawak monyet ni ke himpunan ye?ada sapa boleh habaq kat aq ap sebabnya..

Berita Terkini!!: Rosmah Mansor Bakal Bertanding Di Pahang


Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Najib Razak dipercayai sedang mengintai salah satu kerusi Parlimen yang sesuai di Pahang untuk ditandinginya dalam pilihanraya umum akan datang ini.

Meskipun Rosmah berasal dari Negeri Sembilan, tetapi kedudukan politik di negeri itu yang agak bergelora serta persepsi rakyat yang berbagai terhadap dirinya menyebabkan tiada kawasan yang dirasakan selamat untuknya di negeri kelahirannya itu. Berbeza dengan Pahang yang masih kuat kedudukan UMNOnya serta penerimaan rakyat yang lebih positif, Rosmah diyakini lebih mudah menang jika bertanding di salah satu kerusi Parlimen di negeri itu.

Kedudukan Najib sebagai PM yang berasal dari Pahang juga turut membantu penerimaan yang positif terhadap kemungkinan Rosmah bakal menjadi salah seorang calon Parlimen mewakili BN di negeri itu.

Sumber-sumber yang dekat dengan pimpinan UMNO bagaimanapun menyebut, kedudukan isteri PM itu masih lagi di peringkat penilaian ketika itu. Ada pihak yang menyokong dan ada pula yang kurang senang dengan perkhabaran itu.

Meskipun agak janggal bagi seorang isteri PM bertanding dalam pilihanraya umum tetapi kemasukan Rosmah sebagai Ahli Parlimen dan kemungkinan dilantik menganggotai kabinet dipercayai mampu menambah kukuh kedudukan Najib jika BN sekadar memperolehi kemenangan tipis dalam pilihanraya umum nanti.

Membawa Rosmah dalam kancah yang lebih luas dalam politik dan pentadbiran juga dilihat sebagai persiapan Najib untuk menghadapi masalah dalaman UMNO selepas piliharaya nanti terutama jika BN sekadar mampu menang tipis sahaja iaitu menyekat kemaraan Muhyiddin Yassin yang mungkin menggunakan kaedah sama seperti yang dialami oleh Pak Lah selepas pilihanraya 2008 lalu.

LIVE!!! SUASANA TERKINI DI #HKR 112KL




HKR 112 .. laporan kawasan pudu menara maybank .. jam 8 pagi .. tenang dan sudah mula berkumpul



12 Ribu Rakyat Kedah Bangkit tentang Kezaliman !!!


Kira-kira 12,000 orang berkumpul di Charok Genting Bunga, Padang Terap, dekat sini bagi membantah tindakan kerajaan Pas Kedah melakukan aktiviti pembalakan di kawasan seluas 400 hektar di hutan simpan Tasik Pedu bagi projek taman agro pelancongan.

Perhimpunan membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Kedah berlangsung secara aman selama hampir tiga jam selepas solat Jumaat.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata banyak lagi tanah terbiar di negeri ini boleh dibangunkan untuk dijadikan ladang buah-buahan tanpa menyentuh kawasan hutan berhampiran kawasan tadahan air.

"Semua ini bohong sahaja, hari ini kita bawa rakyat negeri ini datang ke kawasan ini untuk melihat hutan yang telah digondolkan oleh kerajaan Pas Kedah dan ini bukan fitnah dan rakyat boleh menilai," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Katanya Perkasa Kedah diminta membuat satu surat aku janji kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri agar tidak mengganggu hutan simpanan kekal sekiranya mereka dapat menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.





Peserta dapat token join KHR #KL112


So, tak pelik la gambar ni. Hanya yang tongong dan bengong je percaya yang datang perhimpunan ni kerana marahkan Kerajaan BN.

#KL112 :Pencetus Rusuhan mula merusuh


Penyokong tegar Pakatan pembangkang waktu ini sudah mula membanjiri sekitar Kuala Lumpur untuk berdemo dan mencetuskan huru hara bagi mengugat ketenteraman awam.

Gomo nasihatkan agar rakyat Malaysia yang cerdik dapat menjauhi perbuatan tak berakal yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang ini. Kita negara Demokrasi dan jangan jadikan negara Malaysia ini sama seperti Mesir, Libya, Iraq, Syria dan negara negara lain yang huru hara sehingga kini akibat protes jalanan.

Tq PAPAGOMO

Neelofa bikin Kontroversi lagi.. !!!


Korang semua tentu tahu cerita-cerita kontroversi yang dikaitkan dengan Neelofa pada tahun lepas..

Rasanya, tahun 2013 ni pun sama je sebab awal-awal lagi nama mek kelate tu dah dikaitkan dengan kontroversi baru..

Semuanya bermula bila nama Neelofa dicalonkan untuk 3 kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012..

Gua pun heran..., dalam 3 kategori yang dipertandingkan tu.., macam mana Neelofa boleh tercalon dalam 5 finalis ABPBH2012 ?

Untuk pengetahuan korang, Neelofa dicalonkan dalam 5 finalis untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.

Ramai peminat seni tanahair tak puas hati sebab dorang rasa lakonan Neelofa tu tak lah hebat manapun untuk dijadikan finalis Pelakon filem popular..

Malah, dalam drama di TV pun beliau jarang sangat pegang watak utama beb.

Kalau nak kata Neelofa pandai mengacara, tipu sangat lah kan..

Mutu pengacaraan anak kelahiran Kelantan tu banyak dikritik oleh peminat dalam rancangan Nona dan Meletop..

Jadi.., memang pelik la kalau Neelofa masuk finalis bagi 3 kategori tu kann..

Ada komen yang gua baca dalam portal hiburan mendakwa, Neelofa mengundi diri sendiri bagi tersenarai sebagai finalis..

Betul atau tak spekulasi yang dorang timbulkan tu, tak tahulah gua.. Tapi kalau tak ada angin, takkan pokok goyang sendiri kannn..

Apapun.., gua setuju kalau korang nak kata Neelofa tercalon sebagai finalis sebab kontroversi dan seksi..

Kalau bab bakat tu, errrr..., korang pun tahu kan jawapannya..

#KL112 : CIA dikesan menyertai rusuhan jalanan!


Gandingan yang mantap. Cina Komunis DAP tolong tunjuk jalan kepada agen CIA untuk buat kucar-kacir di negara Islam.

Gambar di atas sebenarnya mengesahkan lagi berita yang pernah dikeluarkan AIDC suatu ketika dahulu. Kami cukup tidak faham bagaimana PAS yang konon-kononnya memperjuangkan Islam boleh bersekongkol dengan Zionis ini!



mymassa

Bukti kuat Umeno bayo Perkasa utk menangis !!!


Wahai Ibrahim Ali berapa UMNO Kedah bayaq kat hang suruh menangis kat Pedu tue.Nampak macam tak berapa ikhlas aje menangis atas nama Islam..Betul atau air mata diletakkan Eye-mo..huhuhu

Perkasa semalam telah membawa lebih 12ribu ahli yang telah dikutip diseluruh negeri dikawasan utara untuk hadir berdemo di Pedu, Kedah Darul Aman..

Rasanya Ahli Perkasa dikawasan utara tak sampai kot banyak tue?agak aje lah mana tahu kot-kot silap...? Tapi yang hadir tue sudah tentu telah diberi serba sedikit duit poket dan habuan untuk kesana.Kalau tak bagi mustahil dapat kumpul seramai ini...

Pak Berahim nie berlakon aje der nie semuanya kerana bajet pilihanraya!!!! Nak tunjuk kekuatan lepas nie boleh la claim banyak pasal dah cipta rekod perhimpunan terbesar di Kedah...

12 ribu kalau seorang rm 100 kali 12 ribu fuhh 120 ribu telah hangus untuk program tak sampai beberapa jam aje...Dahsyat Perkasa nie belanja duit.....Sape yang kasi ek? Video dibawah



MatKilau Penang

Himpunan karipap shamsidar #KL112 Dibatalkan Sebab PKR/Pas/DAP Tiada Kata Sepakat...


SEmalam teman ada menerima mesej ni...Betul lar kut depa nak batalkan prgram ni...dgr citer tk dpt sambutan...hahha..padan muka??kat bawah ni mesej yg anak jati dapat semalam

TERKINI/LATEST: Perhimpunan Shamsidar yg di jadual esok 12hb anjuran Azmin,Tin Chua dan Hishamudin Rais di batalkan atas sebab2 tidak ada kata sepakat dan timbul pertelingkahan di kalangan pkr,dap dan pas.(The Shamsidar gathering suppose to be held 2moro has been cancelled due to many reasons.pls inform and forward to friends)..tq/t.kaseh..rosli.. pkr.

[live] HIMPUNAN SELAMATKAN SHAMSIDAR SUDAH PUN BERMULA !!!


Himpunan Selamat Shamsidar sudah pun bermula. Penyokong Pas terdiri daripada tok-tok lebai sudah tidak tahan untuk membuat demonstrasi walaupun pemimpin mereka tidak bersepakat dalam merancang lokasi demonstrasi.

Tok-tok Lebai yang sampai lebih awal terus membuat kekecohan di beberapa lokasi dengan tijian untuk menaikkan semangat penyokong mereka yang baru datang dari kampung.

Difahamkan beberapa buah bas dari beberapa lokasi di Ipoh masih lagi belum memulakan perjalanan kerana kekurangan orang untuk pergi berdemonstrasi demi mempertahankan Shamsidar.


Ini pula banner yang dipasang di sebuah taman perumahan di ibu negara bagi mempromosikan perhimpunan Shamsidar anjuran pakatan pembangkang memaparkan lokasi berlainan daripada Stadium Merdeka yang telah diluluskan, sebaliknya menyatakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan.

Sungai Rapat online


Askar HKR KL112 sedia tempur pihak penguasa !!!



Dengar citer semalam mereka dah siap jual yang menghalang penyedut gas.Apa ke heinya...nak rempuh polis ke...




*Fikir-fikirkanlah....

sumber

gempar !!! Artis Hidung Tinggi !!!


Agak-agak kome lar kan siapa sebenarnya artis yang hidung tinggi ni sebenarnya.Cube kome agak siapa dia?Menurut Metro rakan SS meluahkan pe-rasaan kecewanya terhadap seorang artis baru yang meningkat naik tetapi tiada perasaan hormat terhadap pihak media.

Kata rakan itu, dia yang menghadiri satu majlis hiburan mahu bersua dengan artis itu untuk menda-patkan tandatangan dan ucapan tahun baru, namun artis terbabit yang ketika itu dilihat hanya berbual-bual kosong dengan rakan-rakannya langsung tidak mengendahkan permintaan rakan SS berkenaan. Malah, tindakan pengurusnya yang ketika itu mahu membantu rakan SS pun tidak dipedulikan dan dibiarkan begitu saja. 
Melihatkan sikap artis itu yang memang tiada keinginan untuk memberi kerjasama, rakan SS terus meninggalkan majlis berkenaan. Apapun, sebagai artis baru, dia tidak sepatutnya bersikap begitu. 

Jika enggan memberi kerjasama sekali pun, tidak bolehkah artis itu bertemu dengan rakan SS dan meminta maaf kerana tidak boleh berbuat demikian. Bukan apa, kata rakan SS itu, agak lama juga dia menunggu dan kesudahannya dikecewakan begitu saja.

Kata rakan SS lagi, bukan dia mahu bergambar bersama pun tetapi cukuplah sekadar mendapatkan tandatangan dan ucapan artis itu sempena tahun baru kepada peminatnya. Lagi pun, ia juga bukan satu paksaan.

Artis itu hanya perlu kata ya atau tidak untuk memberikan kerjasama. Apapun, itulah ragam manusia. Ia sukar dijangka dan ada kalanya mampu membuatkan orang lain sakit hati. 

Kepada artis baru ini, SS harap ubah sikap anda. Dalam industri hiburan ini atau mana-mana bidang kerja sekali pun, sikap hormat dan timbang rasa itu penting. Justeru, kalau sukar sangat nak bagi kerjasama dalam urusan yang kecil macam itu pun, tak perlulah berangan jadi artis terkenal. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget