Agak-agak kome lar kan siapa sebenarnya artis yang hidung tinggi ni sebenarnya.Cube kome agak siapa dia?Menurut Metro rakan SS meluahkan pe-rasaan kecewanya terhadap seorang artis baru yang meningkat naik tetapi tiada perasaan hormat terhadap pihak media.
Kata rakan itu, dia yang menghadiri satu majlis hiburan mahu bersua dengan artis itu untuk menda-patkan tandatangan dan ucapan tahun baru, namun artis terbabit yang ketika itu dilihat hanya berbual-bual kosong dengan rakan-rakannya langsung tidak mengendahkan permintaan rakan SS berkenaan. Malah, tindakan pengurusnya yang ketika itu mahu membantu rakan SS pun tidak dipedulikan dan dibiarkan begitu saja.
Melihatkan sikap artis itu yang memang tiada keinginan untuk memberi kerjasama, rakan SS terus meninggalkan majlis berkenaan. Apapun, sebagai artis baru, dia tidak sepatutnya bersikap begitu.
Jika enggan memberi kerjasama sekali pun, tidak bolehkah artis itu bertemu dengan rakan SS dan meminta maaf kerana tidak boleh berbuat demikian. Bukan apa, kata rakan SS itu, agak lama juga dia menunggu dan kesudahannya dikecewakan begitu saja.
Kata rakan SS lagi, bukan dia mahu bergambar bersama pun tetapi cukuplah sekadar mendapatkan tandatangan dan ucapan artis itu sempena tahun baru kepada peminatnya. Lagi pun, ia juga bukan satu paksaan.
Artis itu hanya perlu kata ya atau tidak untuk memberikan kerjasama. Apapun, itulah ragam manusia. Ia sukar dijangka dan ada kalanya mampu membuatkan orang lain sakit hati.
Kepada artis baru ini, SS harap ubah sikap anda. Dalam industri hiburan ini atau mana-mana bidang kerja sekali pun, sikap hormat dan timbang rasa itu penting. Justeru, kalau sukar sangat nak bagi kerjasama dalam urusan yang kecil macam itu pun, tak perlulah berangan jadi artis terkenal.
No comments:
Post a Comment