Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 24 January 2013

Edar Bible Kepada Pelajar Penang - Bukti Sudah Ada, Dakwa Saja !


GEORGETOWN - Polis mengesahkan semua Bible yang dirampas dicetak dalam Bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah ALLAH seperti yang didakwa. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini, lima naskah Bible diserahkan kepada polis dan langsung tidak mengandungi kalimah ALLAH atau sebarang terjemahan Bahasa Melayu atau Jawi. 

Beliau berkata, tujuh laporan polis diterima dalam kes ini iaitu empat laporan daripada pelajar sekolah yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun dan selebihnya daripada orang awam. 

“Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Bible itu ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tiada kalimah ALLAH,”

 Menurutnya, lima naskah Bible itu bersaiz poket, berwarna biru dan mengandungi 633 muka surat.
  
“Di muka depan tertulis ‘New Testament Psalms Proverb’. Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Hari ini (semalam), beberapa arahan lanjut diterima untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya. 

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati, prejudis berdasarkan agama SINAR

Dua Komen saya -

1 - Perlu diingat, adalah menjadi satu kesalahan jika ada usaha mengembangkan agama selain Islam kepada orang Islam dinegara ini. Bible Melayu bukan satu2nya isu dalam kes ini. Bukankah 5 bible bersaiz poket itu merupakan BUKTI yang boleh didakwa mengikut undang2 sedia ada ? 

Undang2 dah ada ..... NAK KUATKUASAKAN ATAU TIDAK ? 

2 - Boleh pulak orang Kristian gunakan Bible omputeh yang TIDAK ADA kalimah Allah ! 

Selama ini itu yang mereka gunakan .... jadi kalau nak buat Bible Melayu, terjemah sajalah dan kekalkan nama Tuhan sebagaimana yang ada dalam Bible omputeh tu.

Jika ia boleh diterjemahkan bermakna ia adalah satu gantinama. Nama Khas kekal dalam apajua bahasa. 

Jika Bible Omputeh sudah lama menggunakan Allah sebagai Tuhan mereka maka bolehlah dikatakan itu sebagai Nama Khas dan nama itu kekal dalam apajua terjemahan bahasa. Seperti contoh nama Ahmad, terjemahlah ayat yang mengandungi nama Ahmad itu dalam bahasa apapun, ia tetap akan menggunakan nama Ahmad sebab ia Nama Khas yang tidak boleh digantikan.

ALLAH adalah Nama Khas bagi Tuhan agama Islam dan tidak boleh diterjemah. TUHAN adalah gantinama yang boleh diterjemah.

Jelas disini tuntutan Tokong Lim Guan Eng yang menjadi proksi pihak gereja yang mahukan keizinan menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible Melayu punya maksud tersirat yang semua orang tahu tapi tak mungkin mereka akui - Untuk menyenangkan kerja2 mengembangkan agama Kristian dikalangan orang Islam.

Daripada tidak ada kalimah ALLAH dalam Bible, hendak di adakan dan mereka bermati2an mahu menggunakannya dalam versi Bible Melayu - tidakkah itu sudah menunjukkan satu niat untuk SALAHGUNA kalimah Allah ? 

Misteri Duit RM50,000 Lisa Surihani hampir terlerai


PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani, 26, bersyukur apabila pihak pihak polis berjaya menahan individu yang menceroboh akaunnya pada 11 Januari lalu sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000.

Akhbar Harian Metro melaporkan, Lisa telah dimaklumkan mengenai tahanan tersebut dan diminta menunggu tindakan susulan daripada pihak polis.

"Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai," katanya.

Pada Selasa, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.

Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.

Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, hasil siasatan awal, wanita terbabit memang berkeupayaan untuk melakukan pemalsuan dokumen artis itu kerana sememangnya bekerja dengan bank berkenaan sebelum membuat kad ATM baru untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.

Dalam pada itu, Lisa berkata, insiden terburuk sejak bergelar artis itu turut memberi pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.

Lisa sebelum ini dilaporkan kehilangan RM50,000 sejurus kehilangan kad pengeluaran wang automatik (ATM), namun hanya disedarinya ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, ketika ingin membuat pengeluaran di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ibu pelakon berkenaan membuat semakan baki dan mendapati wang simpanan berkurangan.

Hasil rujukan di bank, mereka dimaklumkan kad ATM terbabit tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuan.

Rakyat Sentiasa Ingin kan penyatuan Pas UMNO



Tahniah dan syabas buat YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ustaz Nasharudin kerana kerjasama yang sudah dibuktikan ini merupakan tindakan yang paling baik khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia.aku suka menyatakan inilah sebenarnya IKON kepada kemakmuran seluruh Malaysia bahkan juga kepada agama Islam.

Di saat pihak pembangkang begitu asyik menghentam kerajaan dalam apa jua keadaan Najib dan Nasharudin membuktikan mereka berada di kelas tersendiri dan mampu bekerjasama dalam misi melibatkan negara dan kerajaan.

Pertamanya Najib sebagai Perdana Menteri dilihat berlapang dada dan dalam keadaan ini mengambil pendekatan yang cukup luar biasa apabila boleh bekerjasama dengan pemimpin pembangkang khususnya melibatkan urusan negara dan kerajaan.

Manakala Nasharudin pula merupakan seorang pemimpin pembangkang yang dilihat sudah memahami konsep menjadi pembangkang profesional.

Rakyat perlu difahamkan bahawa menjadi pembangkang dalam satu-satu kerajaan bukanlah bererti membangkang segala-galanya dan melakukan pula tindakan untuk merampas kerajaan dengan cara yang tidak mengikut undang-undang.

Pembangkang yang baik sebenarnya mempunyai hubungan dan jaringan yang baik dengan pihak kerajaan supaya segala perancangan untuk kebaikan negara dan rakyat dapat dipikul bersama khususnya dalam memberikan kefahaman kepada rakyat bukannya dengan melakukan fitnah dan berbohong sana sini.

Aku hormat kepada tindakan Nasharudin kerana beliau sudah membuktikan kepada mereka di luar sana bahawa kerjasama sesama kita selagi ianya benar,ikhlas dan jujur harus diteruskan.


Soal permainan politik diketepikan kerana kini Nasharudin tahu gerak kerja yang baik dan kerjasama bersama merupakan titik tolak kepada satu perubahan besar yang mungkin akan berlaku dalam sedikit masa lagi.

Kepada juak-juak Pakatan Haprak khususnya yang berbangsa Melayu dan mengaku Islam belajarlah untuk fahami tindakan berdasarkan nafsu dan dendam tidak akan membawa kamu ke mana.Malah kesan daripada tindak tanduk kamu sebelum ini sudah cukup untuk menyesatkan sebahagian daripada kita.

Alangkah ruginya bangsa dan agama kita kerana kita sentiasa berbalah sesama sendiri dan paling menyedihkan ada dikalangan mereka yang kini tunduk dan layu dengan bukan Islam atau dalam bahasa mudahnya sanggup menjadi pencacai kepada DAPigs.

Kawan2 aku kini sedang menantikan respon daripada juak-juak PAS berkenaan kehadiran Nasharudin bersama PM di GAZA.Tindakan dan kenyataan mereka bakal menentukan segala-galanya.Sama-sama kita nantikan.



Ahli Akar Umbi PAS Pulau Pinang Mengamuk ???

PAS PIJAK DAP

Demonstrasi di Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar, bersama kumpulannya mencabar Karpal supaya melangkah mayat mereka dulu dalam mempertahankan fatwa Majlis Syura PAS.

Selain Karpal, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut “dibalun” habis-habisan oleh kumpulan tersebut dan mereka meWAJIBkan pucuk pimpinan PAS supaya bertindak keluar dari gabungan pembangkang serta merta.

Menurut mereka, akar umbi PAS di seluruh negara sudah tidak tahan lagi “diperguna”, “diperlekeh”, dan “dibisukan” sehingga mereka dilihat seolah-olah pengecut yang takut kepada DAP dan PKR sejak bergabung di dalam Pakatan Haram.

Turut dikutuk kumpulan itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang dilihat “selesa berkerusi empuk” di sebelah Lim Guan Eng yang mencetus kemarahan umat Islam berhubung isu berkenaan.

Melihat kemarahan akar umbi PAS tersebut, saya tertanya-tanya, apakah respon balas yang bakal diambil oleh pucuk pimpinan PAS?

Apakah mereka masih lagi tidak sedar-sedar diri diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR yang selama ini menjadi “sahabat syaitan” PAS untuk menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Malaysia yang diketuai oleh saudara seagamanya?

Apakah Abdul Hadi dan Nik Aziz masih lagi mahu mempertahankan hubungan “terlarang” mereka dengan DAP dan PKR? Sedangkan akar umbinya kini terlalu malu dengan kedudukan PAS yang sangat hina dipermainkan “sahabat-sahabat syaitan” mereka itu!

Sudah hampir lima tahun para penyokong dan akar umbi PAS menahan sabar dan memendam rasa malu mereka melihat PAS “dikeldaikan” DAP dan PKR.

Mereka sangat malu bila PAS tunduk pada desakan DAP dan PKR yang mahu parti mereka menggugurkan perjuangan menubuhkan Kerajaan Islam serta perlaksanaan hukum hudud yang dimansuhkan secara aib.

Boleh dikatakan hampir setiap hari para penyokong PAS di akar umbi menahan malu bila rakan-rakan mengusik mereka dengan sindiran pedih membayangkan PAS yang kini huru-hara, caca merba dan hilang arah tuju sejak “bersahabat dengan syaitan”.

Mungkin Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu dan pucuk pimpinan PAS sanggup bermuka tembok kerana dijanjikan jawatan oleh Anwar Ibrahim. Mungkin kerana jawatan tinggi di dalam medan politik menjadi keutamaan para pemimpin PAS…

Tapi apa yang akar umbi PAS dapat? Mereka hanya dapat melihat bagaimana maruah diri mereka dan Islam dipijak-pijak oleh DAP dan PKR? Maruah diri yang tergadai, rasa malu yang amat sangat dan hilang kehormatan yang menghantui akar umbi PAS, bukan?

Mahukah pucuk pimpinan PAS mendengar suara akar umbi mereka yang sudah hilang sabar? Mahukah para pemimpin PAS keluar dari Pakatan Haram? Atau mereka lebih selesa untuk terus menjadi “keldai tunggangan” DAP dan PKR selamanya..? - Media Kedah

#HB1M untuk semua???apa itu??


Alhamdulillah Anak Jati berasa begitu bersyukur sangat dengan kehadiran Maulidur Rasul Hari ini,Sebenarnya sebelum terlambat Anak Jati ingin ucapkan pada semua muslimin dan muslimat Salam Maulidurrasul khas utk semua.

Ce kome tengok banner yang diatas ni ,ce kome perati betul2 apa benda.Hah sebenarnya Anak Jati nak ceritakan pada semua tentang Himpunan Yang akan diadakan tidak lama lagi iaitu Himpunan Barisan 1Malaysia yang akan berlangsung di Dewan Sri Perdana ,Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu kinta,Perak pada 23 Februari 2013 .Majlis yang dijadualkan akan bermula seawal jam 1 petang dan akan berakhir pada jam 6.00 petang itu juga.

Boleh klik sini untuk lebih info berkaitan dengan program ini.Kehadiran anda sangat2 dialukan.Insyallah kita akan berjumpa disana.

Najib rela mati ditangan Yahudi


Menurut sumber jam 4 petang semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor selamat sampai ke Gaza melalui sempadan Rafah.


Kedatangan Najib disambut dengan penuh hormat oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh di pintu masuk sempadan antara kedua-dua negara.



Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu mencetuskan satu detik bersejarah antara kedua-dua negara Islam.



Bergema lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Palestin dan diikuti pemeriksaan perbarisan anggota keselamatan Palestin.



Team PerakToday.com di Gaza melihat, detik bersejarah itu bukan sahaja mendapat liputan dikalangan media Malaysia malah turut mendapat liputan luar biasa media di Palestin.



Apa tidaknya, antara banyak-banyak pemimpin negara Islam di dunia ini, Najib dan Rosmah merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang sanggup bergadai nyawa untuk turun dan melihat sendiri keperitan rakyat Palastin di Gaza.



Dan atas dasar tersebutlah, kedatangan Najib mendapat liputan luar biasa media di sana dan disiarkan secara langsung oleh stesen tv dan radio tempatan.



Rata-rata, kedatangan Najib dan Rosmah bukan sahaja dikagumi oleh pemimpin dan rakyat Gaza malahan lawatan itu membuktikan bahawa pemimpin Malaysia mengamalkan sememangnya prihatin dalam membantu umat Islam di seluruh dunia.



Rakyat Palestin yang ditemui menyifatkan kedatangan pasangan suami isteri itu sebagai lawatan yang unik kerana Najib dan Rosmah adalah satu-satunya ketua negara dari rantau Asia yakni dari luar negara Arab yang pertama sanggup memasuki Gaza tanpa sebarang jaminan keselamatan.



Inilah bukti keprihatinan dan keberanian pemimpin Malaysia, dalam memperjuangkan nasib rakyat di negara sendiri malahan turut membela nasib umat Islam di seluruh dunia.



Kalau pihak pembangkang kononnya nak memperjuangkan nasib rakyat Gaza, apa buktinya. Asyik melaungkan kononnya mereka berani dan memperjuangkan umat Islam di Gaza tetapi tidak pula ada inisiatif untuk turun ke Palestin sendiri bagi melihat sendiri kesusahan rakyat di sana.



Najib dijadual mengunjungi sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baru untuk Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.



Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.



Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Hamas.



Kemudian, Najib akan melawat Universiti Al-Aqsa, di mana beliau akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.



Turut serta dalam delegasi itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut berada di Gaza sepanjang lawatan itu.

BR1M akn mula diagih 1 Februari



Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang pembayarannya akan dilakukan bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, jumlah itu melibatkan 4.1 juta isi keluarga yang menerima BR1M tahun lepas dan bakinya adalah pemohon baru yang melibatkan orang bujang kira-kira 1.7 juta selain isi keluarga yang baru memohon. 
"Sebanyak 4.1 juta penerima BR1M tahun lepas kita bawa ke tahun ini (tanpa perlu mendaftar semula). Kita jangkakan lebih enam juta penerima BRM1 tahun ini. LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) perlu mengesahkan semua pemohon baharu sebelum pembayaran dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya, di sini, hari ini. 

Katanya pembayaran akan dilakukan mulai 1 Feb hingga 28 Feb dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkannya pada 2 Feb.


"BR1M ini akan dikendalikan pejabat daerah atau pegawai pembangunan zon. Mereka akan uruskan dan memastikan penyampaian dilakukan sehingga semua yang layak menerima bayaran," katanya.


Ahmad Husni berkata bayaran pada bulan depan hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar sehingga 31 Dis 2012. 

"Kita tidak tutup lagi permohonan, kita beri masa buat permohonan. Bagi permohonan selepas 31 Dis, mereka mungkin dapat selepas Februari. Ini kerana kita perlu masa untuk proses. Polisi Perdana Menteri semua yang layak akan dapat," katanya. 

Katanya pembayaran BR1M tahun ini dijangka melibatkan peruntukan RM3 bilion.

Ucapan PM Najib Semperna Maulidur Rasul 1434



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saudara dan Saudari sekalian,

Sesungguhnya kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia. Maka pada 12 Rabiulawal 1434 Hijriah bersamaan dengan 24 Januari 2013 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini di negara kita.

Rasulullah SAW merupakan pemimpin terunggul ummah yang begitu menyayangi umatnya dengan meninggalkan Al-Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk kehidupan manusia sepanjang zaman. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 15 yang bermaksud :



“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”

Rasulullah SAW adalah qudwah yang mengamalkan wasatiyyah dalam hidupnya. Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, kita melihat konsep wasatiyyah yang baginda tunjukkan telah melahirkan kesatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia. 

Kesederhanaan yang diamalkan oleh baginda telah membawa kepada momentum dalam memacu kemajuan setiap bangsa dan negara di dunia ini.

Justeru, momentum ini perlu diteruskan untuk memastikan misi kita untuk membina negara maju dan berdaya saing mampu untuk dicapai. Sememangnya keyakinan mengenai kemampuan Malaysia dalam merapatkan hubungan antara barat dan Islam sepertimana yang diutarakan oleh bekas Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN (Dr. Surin Pitsuwan) adalah contoh kejayaan pendekatan wasatiyyah yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu dan konflik di rantau ini. 

Kita yakin amalan kesederhanaan yang diamalkan Malaysia menjadi contoh terbaik kepada negara Islam lain bagi menyelesaikan isu serantau. Kejayaan negara sebagai mediator dalam krisis selatan Filipina membuktikan Malaysia dihormati bukan saja dalam kalangan negara Islam, bahkan negara Barat.


Saya sendiri telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Negara Palestin bagi menunjukkan sokongan penuh kita terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis di Gaza dan kita percaya pembentukan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah merupakan kunci kepada kejayaan perjuangan masyarakat Palestin. Malaysia bersedia membantu ke arah ini. 

Hakikatnya dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai suara pendamai yang penting. Makanya, kita perlu mengekalkan negara kita sebagai kerajaan yang berwibawa dan dihormati pada peringkat antarabangsa.


Mengakhiri perutusan, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam kepada baginda Rasullullah SAW sebagai tanda kasih dan sayang kita terhadap baginda. Sesungguhya Rasulullah SAW merupakan insan yang paling unggul dan hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. 

Saya mendoakan, agar sambutan Maulidur Rasul kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Insya-Allah.


Wabillahi Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Gambar sekitar "bersihkan Majlis Peguam"





Peraarakan telah bermula seawal jam 8.30 pagi lagi ,Perarakan bermula dari masjid wilayah ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta

Antara Tuntutan Majlis Peguam...

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.


8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Majlis Peguam yang sedang mendapat sokongan daripada orangIslam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini.

SUMBER


Tuntutan ibu tunggal: Permohonan Selangor, MB ditolak



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu.

Tuntutan itu ialah berhubung kegagalan kerajaan negeri  dan Khalid melaksanakan janji untuk memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu atas alasan permohonan plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan.

Artis kurang ajar Hina ibu sendiri? #MeleTOP



Baru baru ini adik salah seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio terkenal telah melangsungkan perkahwinan di sebuah tempat terkemuka sekitar Kuala Lumpur.

Secara umumnya memang tak salah untuk melangsungkan perkahwinan, akan tetapi apa yang menjadi masalah besar di sini difahamkan si selebriti ini dengan adiknya sudah lama tidak bertegur sapa dan sewaktu majlis berlangsung dia langsung tidak hadir ke majlis tersebut.

Sudahlah tidak hadir, lepas itu boleh pula dia menghebohkan cerita kononnya majlis perkahwinan adiknya itu mendatang bala dan menceritakan perkara-perkara yang tidak elok di laman sosial miliknya.

Pada mulanya memang agak pelik juga, bala apakah yang menimpa majlis perkahwinan adiknya itu? Setelah diselidik dengan teliti rupa-rupanya sewaktu majlis berlangsung ibu selebriti ini difahamkan telah mengalami kecederaan parah apabila terjatuh di rumah selepas selesai majlis perkahwinan dan akibat daripada insiden tersebut si ibu mengalami kecederaan di bahagian kepala, lalu dimasukkan ke hospital.

Apa yang mengecewakan di sini apabila si selebriti yang tak kenang dek budi ini dikatakan sampai sekarang masih lagi belum bertanya khabar atau melawat ibunya yang sedang terlantar di hospital. Lagi bertambah sadis apabila dia tidak habis-habis memperlekehkan perkahwinan adik perempuannya dan seolah-olah mentertawakan ibunya yang sedang ditimpa musibah.

Hmm..tak tahulah anak jenis apa selebriti ini sampai tidak mengambil berat dan mengaku ahli keluarga sendiri. Mungkin suatu hari nanti Allah akan beri pertunjuk pada selebriti ini. Sama-samalah kita doakan semoga dia sedar dengan kesilapannya.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget