Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 24 January 2013

Artis kurang ajar Hina ibu sendiri? #MeleTOP



Baru baru ini adik salah seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio terkenal telah melangsungkan perkahwinan di sebuah tempat terkemuka sekitar Kuala Lumpur.

Secara umumnya memang tak salah untuk melangsungkan perkahwinan, akan tetapi apa yang menjadi masalah besar di sini difahamkan si selebriti ini dengan adiknya sudah lama tidak bertegur sapa dan sewaktu majlis berlangsung dia langsung tidak hadir ke majlis tersebut.

Sudahlah tidak hadir, lepas itu boleh pula dia menghebohkan cerita kononnya majlis perkahwinan adiknya itu mendatang bala dan menceritakan perkara-perkara yang tidak elok di laman sosial miliknya.

Pada mulanya memang agak pelik juga, bala apakah yang menimpa majlis perkahwinan adiknya itu? Setelah diselidik dengan teliti rupa-rupanya sewaktu majlis berlangsung ibu selebriti ini difahamkan telah mengalami kecederaan parah apabila terjatuh di rumah selepas selesai majlis perkahwinan dan akibat daripada insiden tersebut si ibu mengalami kecederaan di bahagian kepala, lalu dimasukkan ke hospital.

Apa yang mengecewakan di sini apabila si selebriti yang tak kenang dek budi ini dikatakan sampai sekarang masih lagi belum bertanya khabar atau melawat ibunya yang sedang terlantar di hospital. Lagi bertambah sadis apabila dia tidak habis-habis memperlekehkan perkahwinan adik perempuannya dan seolah-olah mentertawakan ibunya yang sedang ditimpa musibah.

Hmm..tak tahulah anak jenis apa selebriti ini sampai tidak mengambil berat dan mengaku ahli keluarga sendiri. Mungkin suatu hari nanti Allah akan beri pertunjuk pada selebriti ini. Sama-samalah kita doakan semoga dia sedar dengan kesilapannya.

Sumber

1 comment:

  1. berasa kasihan kepada beliau kerana terlalu angkuh dan sombong terhadap ibu kandungnya sendiri.

    Dari al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya.

    Riwayat: (Bukhari)

    Sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith/beberapa-larangan-rasulullah-saw

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...