Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 23 November 2012

~3 USUL BAKAL DIBAHASKAN DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012~


PUTRAJAYA 22 Nov - Tiga usul penting bakal dibahaskan menerusi Perhimpunan Agong UMNO ke-66 yang berlangsung bermula 27 Nov. ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Naib Presiden UMNO Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain agenda utama Ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa perbahasan dari para perwakilan akan membicarakan usul merangkumi aspek Ekonomi, Pendidikan, dan Agama.

"Kita akan lihat Ucapan Perasmian  Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan mesyuarat sayap parti dan yang paling penting ucapan dasar Presiden serta usul ekonomi, usul pendidikan dan usul agama. Saya rasa ketiga-tiga usul ini ada kaitan dengan perjuangan keamanan yang kita lihat hari ini.

"Jurucakap bagi sesi perbahasan tersebut telah dikenalpasti bagi (membentangkan) tiga usul ini. Oleh itu, saya rasa tidak ada masalah untuk mereka membawa isu ini dalam perbahasan nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Tabung Kecemasan Gaza di sini hari ini.

Menurutnya lagi, kemungkinan isu kekejaman Israel turut menjadi salah satu intipati perbahasan dari para perwakilan di seluruh Negara.

"Saya percaya jurucakap-jurucakap kita daripada sayap, negeri dan parti induk tidak boleh elak daripada membahaskannya. Ini merupakan sesuatu yang dekat dengan hati kita semua, pejuang-pejuang parti daripada dulu lagi," katanya.

Beliau juga berharap Perhimpunan terbesar UMNO itu bakal menjadi platform setiap perwakilan bagi menyuarakan pandangan dan kritikan berasaskan kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan.

"Harapan saya ialah agar kita sedar tidak ada perkara yang begitu berat dan mustahil kalau kita betul-betul jujur dalam perjuangan kita untuk menjayakannya.

"Walaubagaimanapun, sekiranya kita ikhlas dan jujur, suara kita akan kedengaran. Perpaduan kesatuan pembelaan kepada agenda yang lebih besar tidak hanya melihat kepada politik kebencian," tegasnya.

~GEMPAR!!HAIRIE OSMAN PERTIKAI PAS~



Tuan Brahim Tuan Man kata UMNO takut dengan doa yang dibaca oleh Nik Razi. Tuan Brahim kata UMNO yang hebat mengecam doa Nik Razi tu sambil membidas kononnya media pro-kerajaan yang banyak membuat liputan melibatkan isu doa tersebut berbanding dasar parti semasa Muktamar PAS ke-58 lalu.
He...he...he...Tuan Brahim, bukan UMNO aje yang terkedu dengan doa Nik Razi yang tak beradab tu, ko tengok apa kata Hairie yang baru disunatkan oleh PAS tu. Kalau Hairie yang tembak, bukan tembak sembarangan tau, dia tu leftenan!

~Bila orang Islam sokong murtad~


Kenyataan ahli parlimen Melayu ultra kiasu mengenai orang Melayu bebas memilih agama, terus mendapat sokongan. Selain daripada sokongan rakan politik sepakatan, seperti yang dijangka, pertubuhan yang dianggotai sekumpulan wanita Islam tetapi anti-Islam, turut memberikan sokongan. Mereka mempertikaikan kenapa ‘masuk Islam boleh, keluar tidak boleh’? ‘Islam mesti ada jalan keluar, bukan satu hala sahaja’. Jarangkan sekali pertubuhan ini bersuara, jika sesuatu isu tidak berpihak kepadanya. Tiba-tiba mereka begitu lantang bersuara menyokong ahli parlimen tersebut.

Apakah makna semuanya ini? Masihkah kita masih buta? Terutama, pimpinan tertinggi PAS yang pada awalnya, bertindak berdiam diri, kini tampil menyokong dan mempertahankan ahli parlimen tersebut. Ramai pakar dalam PAS yang fasih berbahasa Inggeris, terjemahkanlah apa yang diucapkan dengan ikhlas kepada pimpinan mereka.

Saya mendengar satu persatu apa yang diperkatakan dalamyou tube. Kenyataan beliau tidak diputar belitkan. Apa yang dilaporkan oleh akhbar tempatan dan laman web ultra kiasu,malaysiakini, memang benar. Kenapa kita masih berdolak-dalik? Kita sepatutnya bertindak mempertahankan kebenaran dan menolak kebatilan. Ini tidak, kita bertindak melihat dia geng kita atau tidak. Ini beginilah cara kita bertindak, kepada siapakah kita harapkan untuk menjaga agama, bangsa dan negara ini.

Pertubuhan wanita jahil Islam ini berkata kebebasan beragama termasuk kebebasan menukar agama jika sudah tidak dipercayai adalah dibenarkan dalam Islam. Memaksa seseorang berpegang kepada agama adalah hipokrasi. Ingin saya bertanya, apakah sandaran yang digunakan untuk berhujah? Paling tidakpun, perincikan apa yang diperkatakan. Ya, tidak dinafikan ada jalan keluar untuk mereka yang mahu murtad atau tidak lagi percaya kepada Islam. Namun, mereka tidak bolehlah boleh murtad sewenang-wenangnya kerana agama Islam bukan agama kedai kopi, suka masuk, tak suka keluar.

Kita semua tertakluk kepada undang-undang, proses dan prosedur. Misalnya, mesti ada proses seperti kaunseling, bertaubat, pujuk, rayu dan sebagainya. Setelah pelbagai usaha dilakukan, tetapi masih berdegil, ketika itu, tanggungjawab kita mungkin telah selesai. Tetapi melepaskan seseorang untuk terus murtad, tidak boleh diterima sama sekali.

PAS sepatutnya tampil ke hadapan memperincikan lagi ‘prosedur murtad’ kepada orang Islam. Bukannya terus menyokong dengan menuding jari, “ini adalah permainan politik kotor UMNO”. Sikit-sikit UMNO. Bezakanlah identiti PAS dengan PKR. Pendek kata, jika ada berita yang disensasikan, mesti kerja UMNO. Letih melihat politik sebegini. Tidakkah sebenarnya peranan kita sebagai pertubuhan Islam menjernihkan yang keruh. Kenapa asyik menuding jari?

Terlalu banyak terbuang kerana menuding jari daripada membincangkan idea dan masa depan agama. Teringat kepada kata-kata barat, great mind discuss idea, average mind discuss event, small mind discuss people. Kita terlalu banyak memperkatakan ‘orang’ daripada perkara asas (idea) itu sendiri sehingga minda menjadi kerdil. Tidak hairan, kita tidak banyak berubah. Masa banyak terbuang memperkatakan orang daripada memberi dan membincangkan idea. Sejarah membuktikan bahawa, kebanyakan negara-negara yang telah mencapai tahap maju, adalah disebabkan mereka banyak menfokuskan idea daripada menuding jari kepada orang.

Idea daripada kawan dan lawan digunakan untuk membangunkan negara. Belajarlah daripada kekalahan Romney kepada Obama. Romney menerima kekalahannya dan akan menyokong membantu pentadbiran Obama dengan menyumbang idea-idea bernas meskipun melalui kritikan. Sikap inilah yang perlu ada pada kita hari ini.

Banyakkan membincangkan idea daripada orang. Misalnya, kenyataan ahli Lembah Pantai itu. Apa yang saya faham, ayat tidak ada paksaan dalam beragama, dalam surah al-Baqarah: 256, adalah ditujukan kepada orang bukan Islam, walaupun semua ayat dalam al-Quran ditujukan kepada manusia. Kita tidak boleh paksa bukan Islam memeluk Islam, kecuali atas kerelaan mereka.

Misalnya, dahulu saya tidak Islam, walaupun saya cenderung terhadap Islam, orang Islam masih tidak boleh paksa saya memeluk Islam, kecuali atas kerelaan saya sendiri. Bila ada kerelaan dan keikhlasan, ketika itu, orang Islam boleh membantu untuk proses pengIslaman seterusnya. Pendek kata, tidak ada unsur paksaan, kecuali dalam kes-kes tertentu dalam zaman dahulu.

Perlu diingat, setelah saya memeluk Islam atas kerelaan sendiri, maka saya tidak boleh keluar daripada Islam atau murtad sewenang-wenang kerana saya telah memilih Islam. Islam terlalu suci dan mulia, sebab itu kita tidak boleh menyalahkan Islam dan keluar Islam, setelah memeluk Islam. Islam bukan agama kedai kopi, keluar masuk sesuka hati, bila ‘dirasakan’ sukar untuk diamalkan.

Soalan sebeginilah yang selalu dipertanyakan, kenapa agama Islam begitu rigid dan tidak adil? Boleh masuk Islam tetapi tidak boleh keluar?  Kenapa tidak ikut seperti Indonesia atau India, tidak perlu memeluk Islam untuk mengahwini bukan Islam?

Perlu saya jelaskan, selain daripada tidak boleh mempermainkan agama Islam seperti kedai kopi, orang (agama) Islam turut dilindungi oleh perlembagaan. Baca Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3, 11 dan Perkara 160 (2), makna Melayu, yang membawa erti, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu. Bermakna, orang Melayu mesti beragama Islam. Jika keluar Islam, maka, sudah tidak Melayu lagi namanya. Kebebasan menukar agama tidak terpakai kepada orang Melayu (Islam).

Kita mungkin mendengar ada Arab Kristian atau Arab Yahudi dan sebagainya. Tetapi di Malaysia, bila disebut Melayu, mereka mesti menerima Islam sebagai cara hidup, kecuali mereka murtad tanpa pengetahuan seperti yang berlaku dalam beberapa kes.  Inilah perlindungan dalam perlembagaan yang tidak dalam negara lain hatta dalam negara majoriti Islam. Sebab itulah, saya agak sukar untuk menerima pendapat jahil yang mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.

Ternyata ultra kiasu Melayu tersebut tidak sensitif atau tidak faham budaya politik negara ini. Mungkin dia baru setahun jagung menceburi bidang politik sehingga menyebabkan beliau mudah atau sengaja tersasul. Kadang-kadang terlalu berlagak pandaipun tidak boleh juga. Tidak mengapa, kita nampak bodoh seketika, asalkan tidak merugikan Islam. Saya amat bimbang dengan umat Islam hari ini, masing-masing hendak menunjukkan pandai. Mereka tidak sedar bahawa ‘kepandaian’ mereka itu sebenarnya boleh menjahanamkan Islam sehingga Islam dianggap sama dengan agama lain atau pluralisme. Kita boleh berkongsi nilai-nilai agama yang mulia, tetapi kita tidak berkongsi agama, kerana akidah berbeza.

Oleh kerana ahli parlimen ini bukan kelulusan agama atau undang-undang, lebih baik jangan terlalu obsess dalam membincang isu-isu ini, kerana boleh membahayakan diri sendiri. Inilah akibatnya apabila kita terlalu ghairah untuk berkuasa. Bila bercakap, tidak fikir implikasinya terhadap agama suci murni ini.

sumber rasmi...blog ustaz Ridhuan Tee

~KJ : Tangisan Gaza~


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 .

Khutbah Jumaat : “Tangisan Gaza”                                


.
.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT  dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “ TANGISAN GAZA”.
.
.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ketika umat Islam bergembira dengan kedatangan awal Muharam, sekali lagi dunia di gegarkan dengan kekejaman manusia yang tidak bertamadun rejim Israel. Operasi yang dinamakan “Pillar of Defence ini telah membunuh orang awam yang tidak berdosa. Sebenarnya kezaliman dan keganasan yang telah dilakukan oleh mereka semenjak berpuluh-puluh tahun dulu telah menyaksikan isu-isu kemanusian sering ditimbulkan dan mereka tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita atau orang biasa. Mereka akan membunuh tanpa rasa belas kasihan dan hak.
Keganasan mereka ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 157:
Maksudnya: Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka menbunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar dan mereka berkata: hati kami tertutup. Bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja diantaranya. “
.
Persoalan besar timbul ialah mengapa bangsa Yahudi berterusan menjadi ganas dan kejam tanpa ada rasa peri kemanusiaan?. Ini disebabkan mereka terlalu taksub dengan bangsanya yang dianggap sebagai pilihan Tuhan, bangsa yang disayangi tuhan, halal membunuh orang yang bukan sebangsa Yahudi, mendapat sokongan kuat daripada negara kuasa besar dan beberapa negara Eropah serta negara Islam yang bersekongkol dengan mereka. Mimbar merasa kesal dengan beberapa negara yang lantang menyuarakan dan mempertahankan hak-hak asasi manusia, demokrasi dan sebagainya, tetapi tidak berlaku adil dan berlepas tangan apabila berlaku pencabulan hak asasi rakyat Palestin. Penubuhan negara Israel secara haram diiktiraf sah oleh pihak barat tetapi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin di negara mereka sendiri.
.
.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Quran. Menurut pandangan seorang ulama  apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi.
Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya ‘Israel fi al-Qur’an wa as-Sunnah’, bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, Semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.
Sifat keji bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:

 لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا مِن بَنِي إِسْرَ‌ائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْ‌يَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿٧٨

Maksudnya: Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”
.
.
Muslimin Yang DiMuliakan Allah,
Mimbar amat kesal dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Semasa Perang. Mimbar mengecam sekeras-kerasnya serangan ini dan berpendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sebarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza. Adalah satu hakikat bahawa Islam dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120:

وَلَن تَرْ‌ضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَ‌ىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ‌ ﴿١٢٠

Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”
.
.
Muslimin Yang DiMuliakan Allah,
Islam mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela. Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita, tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara seagama  kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama umat Islam. Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili merupakan ulama terkemuka dunia menegaskan bahawa umat Islam wajib membantu saudaranya yang kesusahan dalam pelbagai aspek yang diperlukan walaupun terpaksa mengikat perut.
.
Justeru itu, mimbar yang mulia ini menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan mereka. Bantuan kepada mereka boleh dimulakan dengan berdoa kepada Allah SWT sehinggalah memberi tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan rejim Israel dihalau keluar daripada negara Palestin. Sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa mempedulikan perbezaan latar belakang, ekonomi, miskin atau kaya, berbeza latar belakang fahaman atau politik. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. lebih-lebih lagi dalam menangani isu yang membabitkan agama dan masa depan umat Islam. Kita ketepikan segala perbezaan-perbezaan tersebut atas dasar persaudaraan dan umat seagama kita.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْ‌حَمُونَ ﴿١٠

Maksudnya: Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.
.
Mungkin sekali imbas amat sukar untuk kita mengalahkan Israel dan sekutunya, kerana mereka kerajaan yang kebal, berada di atas undang-undang antarabangsa dan boleh bertindak sesuka hati kerana ia dinaungi oleh kuasa barat. Mereka juga memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat, namun sebagai orang yang beriman, kita mesti percaya bahawa dengan kuasa Allah SWT mengatasi segalanya.Berdasarkan pedoman sejarah Islam, tentera Islam pernah berjaya menewaskan kubu kuat  puak Yahudi dalam peperangan Khaibar pada tahun 7 Hijrah. Dalam peperangan itu Rasulullah SAW memimpin tentera Islam seramai 1,400 orang tentera mengepung selama 10 hari. Tentera Islam diketuai Saidina Ali berjaya menewaskan pertahanan Yahudi dan mereka menyerah kalah.
.
Oleh itu, mimbar yang mulia pada hari ini, menyeru para jemaah dan seluruh umat Islam di negara ini untuk mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan keselamatan dan keamanan kepada rakyat Palestin, diberikan kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel. Jangan kita biarkan bumi Palestin dinodai. rakyat Palestin berhujankan peluru, bermandikan darah dan jangan kita biarkan tangisan Gaza ini berpanjangan. Semuga Allah SWT merestui segala usaha yang  kita  lakukan.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah Ali- Imran ayat 160:

إِن يَنصُرْ‌كُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُ‌كُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠

Maksudnya: “Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.”
.
.
.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“Tangisan Gaza”                                
(23 November 2012 / 9 Muharam 1434H)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

~Tiket dan Jersi Percuma ~



Salam 1Malaysia!


Piala Suzuki AFF 2012, satu pertandingan dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kini menjelang! Selaku pemenang pada tahun 2010, Malaysia akan mempertahankan kejuaraannya bermula 25 November 2012 dalam peringkat kumpulan bertemu dengan Singapura, Laos dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.


YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah bertemu dengan pemain negara dan memberi kata-kata semangat beliau kepada mereka. Kini giliran anda pula melakukan perkara sama!


Bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada skuad kebangsaan, anda sebagai penyokong Harimau Malaya dijemput untuk menghantar mesej pembakar semangat kepada pemain-pemain negara di Twitter.

Mesej terpilih yang paling bersemangat dan kreatif akan memenangi tiket terhad untuk menyaksikan perlawanan ini. Mulakan mesej berkenaan dengan:


#DemiHarimauMalaya, saya akan ….......”

Seorang daripada pemenang tiket bertuah setiap perlawanan juga berpeluang untuk memenangi jersi Harimau Malaya terbaharu!


Peraduan ini akan bermula pada pukul 8 malam, 21 November hingga 9 pagi, 30 November 2012. Sebarkannya dan marilah kita sama-sama menyokong usaha pasukan kita untuk mencapai kemenangan!



terima kasih gegak gempita

~PARLIMEN BELIA SATU PENDEKATAN AKTIF KERAJAAN UNTUK GOLOGAN BELIA~


Nampaknya kita semakin lama semakin maju dalam bidang teknologi maklumat, apa tidaknya jika kita lihat satu lagi portal untuk para belia sertai telah dilancarkan.

PBM atau Parlimen Belia Malaysia wujud setelah beberapa kajian dibuat untuk pembangunan dan menaik taraf status belia didalam Malaysia. Beberapa kriteria untuk menjadi ahli PBM telah ditetapkan bagi memperolehi sejumlah belia yang berkualiti untuk mengisi portal ini.

Generasi masa kini perlu mengorak langkah ke hadapan sebagai persediaan menjadi pelapis kepada barisan kepimpinan negara. Dengan wujudnya Parlimen Belia Malaysia, kelompok generasi Y akan mempunyai satu platform untuk menyampaikan mesej mereka ke arah pembangunan negara.

Berita selanjutnya boleh dilihat dibawah ini.


Pbm


sila klik http://interaktif.kbs.gov.my/parlimenbelia/
.....................................................................................................................................................



PUTRAJAYA — Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semalam telah melancarkan portal khas untuk Parlimen Belia Malaysia (PBM) sebagai medium utama pendaftaran pemilih, pendaftaran calon dan pengundian calon.

Hari ini, portal tersebut telah dibuka kepada umum dengan membuka sistem pendaftaran daftar pemilih yang mana belia yang berumur 18 hingga 30 tahun adalah layak untuk mendaftar.

Bagi belia yang berminat untuk menjadi ahli PBM pula, mereka perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti :-

 1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 30 tahun.

2. Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah.

3. Tidak muflis.

4. Mendapat sokongan minimum 50 orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dari kawasan yang diwakili.

5. Mempunyai seorang pencadang daripada pemimpin-pemimpin pertubuhan belia atau pertubuhan bukan kerajaan yang sah berdaftar dari kawasan yang hendak diwakili.

PBM bakal dianggotai oleh seramai 222 wakil belia bagi setiap kawasan parlimen yang mana mereka ini akan dipilih secara atas talian oleh pengundi yang telah berdaftar di portal tersebut.

PBM dilaksanakan hasil daripada inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia dalam menjadikan Generasi-Y sebagai fokus utama pembangunan belia negara malah bagi negara-negara luar seperti Australia, Parlimen Belia dianggap sebagai suatu sistem yang penting dalam pembangunan belia.

Untuk capaian portal tersebut, sila klik http://interaktif.kbs.gov.my/parlimenbelia/

~LIDAH KITA TENTUKAN KEMANA KITA PERGI~

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.


Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.
Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.
Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.
Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.
Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.
Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...