PUTRAJAYA 22 Nov - Tiga usul penting bakal dibahaskan menerusi Perhimpunan Agong UMNO ke-66 yang berlangsung bermula 27 Nov. ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Naib Presiden UMNO Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain agenda utama Ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa perbahasan dari para perwakilan akan membicarakan usul merangkumi aspek Ekonomi, Pendidikan, dan Agama.
"Kita akan lihat Ucapan Perasmian Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan mesyuarat sayap parti dan yang paling penting ucapan dasar Presiden serta usul ekonomi, usul pendidikan dan usul agama. Saya rasa ketiga-tiga usul ini ada kaitan dengan perjuangan keamanan yang kita lihat hari ini.
"Jurucakap bagi sesi perbahasan tersebut telah dikenalpasti bagi (membentangkan) tiga usul ini. Oleh itu, saya rasa tidak ada masalah untuk mereka membawa isu ini dalam perbahasan nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Tabung Kecemasan Gaza di sini hari ini.
Menurutnya lagi, kemungkinan isu kekejaman Israel turut menjadi salah satu intipati perbahasan dari para perwakilan di seluruh Negara.
"Saya percaya jurucakap-jurucakap kita daripada sayap, negeri dan parti induk tidak boleh elak daripada membahaskannya. Ini merupakan sesuatu yang dekat dengan hati kita semua, pejuang-pejuang parti daripada dulu lagi," katanya.

Beliau juga berharap Perhimpunan terbesar UMNO itu bakal menjadi platform setiap perwakilan bagi menyuarakan pandangan dan kritikan berasaskan kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan.
"Harapan saya ialah agar kita sedar tidak ada perkara yang begitu berat dan mustahil kalau kita betul-betul jujur dalam perjuangan kita untuk menjayakannya.
"Walaubagaimanapun, sekiranya kita ikhlas dan jujur, suara kita akan kedengaran. Perpaduan kesatuan pembelaan kepada agenda yang lebih besar tidak hanya melihat kepada politik kebencian," tegasnya.

No comments:
Post a Comment