Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 14 December 2012

~ARTIS BERGADUH SALAH SIAPA~



Industri hiburan tanah air tiba-tiba hangat lain macam (walaupun hari hujan). Semuanya gara-gara tercetusnya perang di antara pelakon Zed Zaidi dan pelakon seksi, Julia Perez @ Jupe dilaman Twitter masing-masing.

Di blog-blog hiburan tempatan dua hari lalu menyiarkan status Jupe yang mengutuk kualiti drama Malaysia di laman Twitter miliknya. 

Ekoran status tersebut, Zed Zaidi telah naik berang lalu berhasrat untuk menyiasat sama ada cara kemasukan Julia Perez ke dalam industri Malaysia secara berpermit ataupun tidak. Julia Perez datang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran filem Sumpahan Malam Pertama arahan Murali Abdullah.




Sementara itu, mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Zed Zaidi memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap penglibatan Julia Perez ke dalam industri filem tempatan dan sekaligus menyiasat juga pihak produksi yang terlibat mengambil wanita tersebut berlakon di negara ini.


“Sekarang ini saya nak siasat macam mana dia (Julia Perez) boleh lepas untuk berlakon dalam filem Malaysia dan tindakan selanjutnya akan diambil.”

“Saya pun sedang siasat produksi arahan Murali Abdullah dan ingin tahu adakah dia mengambil Jupe berlakon secara berpermit ataupun tidak.”

“Kalau sebelum ini Malaysia pernah halang Eryka Badu masuk negara kita sebab ada tatu di bahagian badan, tapi kenapa untuk kes Jupe ini tidak? Jupe pun ada tatu di bahagian belakang badan dan tatu tersebut bermotifkan kalimah Al-Quran.”

“Dalam hal macam ini kita kena tengok juga fakta dan juga garis panduan sebelum mengambil sesuatu tindakan tegas,” ujar Zed Zaidi kepada blog hiburan OhBulan.com.

Dalam pada itu, Presiden Seniman ini turut akui isu sebegini merupakan tanggungjawab dirinya untuk membela dan mempertahankan industri hiburan negara.

“Sebagai Presiden, saya kena jalankan tanggungjawab dan kena bangkit untuk mempertahankan industri kita. Tindakan Julia Perez mengutuk industri merupakan satu hinaan yang cukup terang dan ia tidak seharusnya berlaku.”

“Pengambilan artis luar berlakon di negara ini seolah-olah menunjukkan kita memperjudikan industri seni kita sendiri.”

“Pihak penerbit pun satu, mereka ambil artis-artis luar sebab untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri dan senang-senang bagi peluang artis luar masuk ke negara kita. Kalau artis kita nak masuk negara mereka cukup punya susah, macam-macam prosuder kita kena ikut.” katanya.

~KISAH MALAM JUMAAT~


Seorang Bos di sebuah syarikat telah melakukan gangguan seksual kepada setiausahanya sendiri dan tindakan ini telah di beritahu kepada isterinya sendiri. Berikut adalah cerita kejadian ini:

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL… Pada suatu hari tu… Bos ni memanggil la dia punya setiausaha masuk ke ofisnya… seperti biasa setiausahanya pun masukla…
Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client…Si Bos ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya…biasa la Bos… malas nak tulis… cakap punya cakap… Boss ni pun bangun…dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar…10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis… sisetiausaha pun mula bersuara…
Setiausaha: Bos… pagi tadi kan… masa saya nak datang ke Ofis…saya nampak pintu garage bos terbuka…
Bos : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke… tak apa, nanti saya call rumah… terima kasih…
Si setiausaha pun blah balik ke meja dia… dan si Bos pun call rumah dia tanya wife dia…
Bos : Yang… tolong tengokkan garage rumah kita… pintu dia terbuka la…
Bini : Tak la bang… baru tadi saya tengok… mana ada terbuka…
Bos : Iye… terbuka.. cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup… saya tahu la bang…
Bos : Pergi la tengok.. kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????
Bini : Okay la… okay la…
Setelah setengah jam kemudian… masa Bos ni tengah relek-relek…baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka… (dah memang perangai dia tak suka pakai underware… ) maka nampaklah…mengelabahlah si Bos ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu…dan petang yang sama juga…
Bos : Errr… tadi pagi masa you nampak garage I terbuka… ada tak you nampak BMW kat dalam tu?
Setiausaha : Tak… yang I nampak cuma ada ‘Mini Cooper’ dengan dua tayar depannya pancit!!!!!.
Kisah ni aku Copy Paste jer....
P/S :  Moral dalam cerita ini, janganlah lupa nak tutup zip seluar kalau tak, tak tahulah kereja apa pulak yang keluar lepas ini

~CERAMAH ILMU UST KAZIM DI ARENA SQUARE BT.GJH~




SEMPERNA HARI JUMAAT YANG MULIA HARI INI,DIJEMPUT SEMUA KE CERAMAH USTAZ KAZIM YANG AKAN BERLANGSUNG JAM 9:00 MALAM INI BERTEMPAT DI ARENA SQUARE BATU GAJAH,PERAK...MOH KOME SEMUA WEI...INSYALLAH SAMA-SAMA KITA MANFAATKAN..

MOHON TLG HEBAHKAN..

~AES berjaya kantoikan aksi seks~



Ini bukan gambar tipu.... bukan gambar edit....
Milik siapakah kenderaan MPV yang berjaya di rakam oleh kamera AES dengan menunjukkan aksi pemandunya sedang meramas buah dada penumpang di sebelahnya itu..?
Mungkinkah beliau adalah orang kenamaan...? Ahli politik.... pembangkang, kerajaan? 
Hello, beb!!!.. AES tidak mengenal siapa pemandu dan pemilik kereta ketika 'menjalankan tugasnya'. 

Di lalauan manakah aksi tersebut di rakam......?

Seorang pemandu mengancam mengenakan tindakan undang-undang ke atas polis trafik tempatan selepas kamera perangkap laju (AES) didakwa merakamnya memandu melebihi had laju di lebuh raya di Wilayah Sichuan,China sambil meramas payudara penumpang wanita di sebelahnya.

 Ahli perniagaan Jialin Deng telah didenda £20 kerana memandu hampir 60mph dalam zon had laju 50mph, tetapi bukan itu yang dibimbangkannya. Beliau mendakwa imej memalukan yang telah disiarkan oleh media tempatan lalu dipaparkan dalam forum internet, adalah manipulasi digital. Dia mengancam untuk menyaman polis trafik tempatan, kerana membocorkan gambar orang awam adalah melanggar hak peribadi.

 Gambar tersebut menunjukkan Deng memandu kenderaan 4WD Nissan di lebuh raya antara santai dan Shehong di Wilayah Sichuan,China. Wanita dalam gambar itu bukan isterinya tetapi seorang pelajar universiti tempatan. Deng menegaskan dia memandu seorang diri, imej tersebut adalah palsu dan mengancam untuk menyaman Biro Trafik Mianyang. Pegawai Trafik telah berjanji untuk menyiasat kejadian itu dan berkata mereka akan mengkaji semula dasar untuk melindungi privasi orang ramai-


sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget