Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 25 February 2013

Pencacai cube menabur Pasir didalam masakan Mamak??


Perhatikanlah cara pencacai Pas cuba menabur pasir kedalam periuk nasi para peniaga mamak negara kita. Benarkah artikel itu hanya semata2 untuk menceritakan keadaan yang sebenar ? Benarkah tidak ada kaitan dengan tindakan BOIKOT yang dicanangkan oleh para pencacai Pas ekoran berita ini ?


Hanya menggunakan sekeping gambar keadaan dapur yang kotor yang entah dari mana dia kutip..... mungkin saja dari dapur rumahnya sendiri, pencacai Pas ini tergamak menuduh KEBANYAKAN restoran mamak punya keadaan yang sama !

Amatlah tidak adil malah bagi saya ia satu tindakan yang KEJAM dipihak pencacai Pas itu.  Mungkin inilah hasil doktrinisasi tarbiah Islam ala Pas. Matlamat menghalalkan cara..... biarpun menzalimi PULUHAN RIBUAN mereka yang tidak bersalah. Dan berapa ramai pula dari mereka yang beragama Islam ? 

Tunku Aziz Bongkar Agenda Jahat DAP, Orang Melayu Wajib Baca


Tunku Abdul Aziz Ibrahim, menyertai DAP pada Ogos 2008, selepas itu beliau dilantik menjadi Naib Presiden DAP dan diberi jawatan senator oleh kerajaan Pulau Pinang.

Beliau dilantik Senator pada 2009, tetapi DAP tidak menyambung perkhidmatannya dipercayai akibat bantahan terbukanya terhadap perhimpunan BERSIH 3.0.

Pada Mei 2012, Tunku Aziz membuat keputusan meletakkan jawatannya dan keluar dari parti yang disertai kiran empat tahun itu.

Ikutilah ceramah penerangan beliau di Sepang, 15 Februari 2013 menceritakan suka duka bersama parti cauvanis Cina itu.


Ramai orang tanya, kenapa saya seorang Melayu masuk DAP?

Kawan saya, Datuk Zuraidah, hantar sms kepada saya, dalam bahasa Inggeris. Dia kata, “dah hilang fikiran ke (masuk DAP) ?.”

Masa saya masuk DAP dulu, saya bukan muda, (ketika itu) saya sudah berumur 74 tahun. Jadi, ramai orang hairan, bertanya, kenapa baru nak masuk parti politik?

Sebab masuk DAP

Saya masuk DAP ni, bukan kerana saya nak jadi ahli politik. Tetapi kerana Lim Kit Siang, seorang yang saya kenal, jemput saya masuk DAP. Dia kata, DAP ini adalah satu parti yang tidak ada rasuah. Itu kononnya. Tetapi, (bila) orang yang dah masuk (DAP), yang keluar itu, (mereka) sudah tahu (benarkah tiada rasuah).

Saya sudah lama jadi aktivis, nak mengurangkan rasuah di dalam negara kita, kerana saya sangat sayang negara saya.

Kalaulah betul saya ada cadangan nak jadi seorang ahli politik, saya sudah masuk UMNO semasa saya keluar dari universiti, semasa saya balik dari luar negara (dulu).

Seorang guru saya di Alor Setar, (Tan Sri) Hanafiah Hussain, dia jadi MP Yan, Kedah. Dia kata, Tunku mari masuk UMNO. Saya kata, tentang politik ini memang suka kerana masa di universiti dulu saya belajar tentang sains politik. Dia kata, belajar politik itu tidak sama dengan jadi ahli politik. Jadi, saya tak fikirlah saya ini boleh jadi seorang ahli politik.

Di dalam DAP, dia (Kit Siang) kata dia (akan) beri kepada saya satu platform. Katanya satu platform yang awak boleh teruskan kerja anti-kourpsi. Saya bertanya kepadanya, sebab masa dulu saya ada platform, saya Presiden Transparency International Malaysia dan juga Naib Presiden Transparency Worlwide.

Bila saya dah letak jawatan itu (Transparency International), saya sudah tidak ada lagi platform. Jadi, bila dia (Kit Siang) kata, “Okay, awak ada platform” , (maka) saya terima lah (masuk DAP). Bukanlah bererti saya minta pangkat ke apa dengan DAP, tidak.

Bila saya mula-mula masuk DAP (Ogos 2008), dalam masa dua hari, (saya) diberi jawatan Naib Pengerusi DAP. Lepas tu, tak lama selepas itu, dilantik jadi seorang Senator.Senator DAP pertama dari Pulau Pinang.

Pujukan Kit Siang & Guan Eng

Tetapi, bila saya masuk DAP dalam dua bulan sahaja, saya mula berfikir, saya masuk parti tak betul ini. Jadi, saya tulis surat kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP). Saya kata, saya nak letak jawatan lah. Dalam DAP ini, kalau kita tulis surat, tak kira pangkat kita pangkat bawah, pangkat atas, mereka tak jawab surat kita.

Kemudian, setahun lepas itu (2009), sekali lagi. saya tulis surat kepada Kit Siang (Penasihat DAP). Selepas itu, Kit Siang dan Guan Eng datang berjumpa saya. mereka pujuk saya, ‘Tolonglah, kalau Tunku keluar DAP akan banyak masalah’.

Saya ingat, kita (saya dengan Kit Siang) ini kawan lama, oklah saya tak jadi keluar. Namun, saya lihat perkara yang dibuat dalam DAP adalah perkara yang saya tak boleh terima. Kita kena ada prinsip.

Dalam DAP ini, masa bercakap cukup pandai. Kata tak ada rasuah, tapi rasuah dalam DAP ini, macam Encik Jafrei (Nordin), dia buat satu press conference di Pulau Pinang, cerita semua.

Agenda rahsia

Kononnya DAP ini satu parti multiracial (berbilang kaum). Tetapi cuba kita tengok, kalau mereka nak berbincang tentang polisi, mereka bersama-sama mereka sahaja. Yang kita ini (Melayu) hanya pelaksana keputusan umum, tetapi tentang agenda rahsia memang dia setuju. Dia tak kata dia setuju tapi kita fahamlah dia setuju.

Kita tengoklah orang Melayu, orang India dalam DAP, semua diketepikan.

Baru-baru ini, konvensyen DAP di Pulau Pinang, nak melantik CEC, jawatan paling tinggi dalam parti. Lapan calon Melayu (masuk bertanding), seorang pun tak terpilih, tak dilantik.

Maknanya, kepimpinan tertinggi DAP tak boleh terima (Melayu). Jadi, nak tunjuk juga DAP ini satu parti berbilang kaum, dia kata dia buat silap semasa proses pemilihan itu.

Jadi, budak nama Zairil, dia kata Zairil ni orang Melayu tetapi Zairil ni bukan orang Melayu. Zairil ni nama betul dia.. (Christopher Howard Lim).. Dia (Zairil) jadi anak angkat kepada Tan Sri Khir Johari. Khir Johari ni biasa dengan saya. Dia guru saya dulu di kolej. Saya kenal dia.

Kalau keturunan keluarga Zairil, bapa Cina, emak Cina, macam mana anak dia jadi Melayu ? Kalau dah masuk Islam tu, kita boleh terima dia sebagai seorang Islam tetapi jangan kata pula ini orang Melayu.

Kalau tak bersetuju, habis..

Dalam DAP ini, kalau kita tak bersetuju, habis. Saya masa masuk itu, ada seorang yang lama dengan DAP, saya tak boleh nak sebut nama dia, di Taiping. Dia kata, dalam DAP ini awak tidak boleh kritik Kit Siang dan Guan Eng. Jika awak kritik, cita-cita politik awak akan tamat. Maknanya, janganlah kita nak kata tak bersetuju.

Tapi saya, bukanlah saya nak minta sedekah dengan mereka ini. Mereka yang pelawa saya. Jadi, kalau benda tu tak betul, saya kata tak betul. Kalau benda itu betul, okay betul.

Sungguhpun saya dalam pembangkang, tetapi apa yang YAB Perdana Menteri lakukan itu, saya kata, kita kena sokong program transformasinya. Ini adalah satu program yang baik dan akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia, (saya) sokong. Mereka cukup marah dengan saya.

Kalau saya sebut 1Malaysia pun marah, sampai begitu.. Jadi, (DAP) ini satu parti yang khianat. mereka tanam sentimen benci, bukan satu parti yang macam 1Malaysia, tidak.

Kalau tengok dia punya cara mereka menulis di siber, baru kita tahu bahawa parti ini (DAP) satu parti yang tak boleh halang kerana mereka bukan peduli, kalau melanggar undang-undang. Sungguh pun mereka ini semua pembuat undang-undang, ahli parlimen.

Taja Demonstrasi jalanan

Saya keluar dari DAP semasa saya jadi Senator. Dalam Senat saya bangun dan saya kata, saya tak bersetuju dengan apa yang Bersih akan buat iaitu street demonstration (demonstrasi jalanan). DAP hantar banyak duit kepada semua, beratus-ratus, boleh kata beribu-ribu orang rakyat Malaysia, suruh mereka keluar hari itu, buat satu demonstrasi jalanan.

Jadi, saya kata, ini saya tak boleh sokong. Saya memang sokong pemilihan yang adil dan bersih. Siapa tak sokong, semua rakyat sokong. Tetapi saya tak boleh sokong kalau Datuk Ambiga mahu melanggar undang-undang.

Kerajaan dah kata, jalan Dataran Merdeka itu satu kawasan larangan. Maknanya kita tak boleh nak masuk ke situ. Tapi mereka dah masuk juga, mereka tak peduli.

Jadi berlaku konfrantasi saya dengan Lim Guan Eng. Saya kata, memang saya tak boleh sokong. Saya tak boleh bersetuju. Dia kata, orang lain semua setuju, kenapa Tunku tak boleh setuju. Saya kata, dia nak bersetuju dia setujulah tapi saya tak boleh nak terima ini (kerana) nak memecahkan dan melanggar undang-undang.

Kalau satu undang-undang itu yang tak baiklah katanya, kita ada kaedah dalam sistem kita. Sistem demokrasi dalam parlimen. Kita nak ubah, nak alih, kita mesti melalui Parlimen.

Civil disobedience

Jadi, dia (Guan Eng) ingat dia pandai. Dia kata semula kepada saya. Dia kata, ini bukan nak pecah undang-undang, ini hanya ‘civil disobedience‘ (penentangan masyarakat awam tanpa keganasan).

Ini Lim Guan Eng dia ingat dia pandai. Tetapi bagi saya, budak ini cukup bodoh. Dia tak faham apa itu civil disobedience

Civil disobedience ini adalah satu konsep, bukan konsep baru, tetapi konsep lama. Di Eropah dulu. berpuluh-puluh tahun dulu sebelum Mathma Ghandi (di India). Tetapi Ghandi, dia buat civil disobedient kerana apa ? kerana dia nak halau orang Inggeris keluar dari India.

Jadi, saya tanya Guan Eng, “Di Malaysia, siapa yang awak nak tendang keluar? Kita adalah negara merdeka. Siapa yang awak nak tendang keluar ?

Oh dia (Guan Eng) kata di Southern Amerika Syarikat (AS), Martin Luther (orang kulit hitam) kata, mengikut Guan Eng, kalau undang-undang itu zalim, kita tak payah ikut undang-undang itu. Itu pun satu orang, saya kira otak yang dah beku.

Di Southern AS, orang kulit hitam , tidak ada apa-apa hak, no right. Nak naik bas pun tak boleh bersama-sama dengan orang putih. Kalau ada pun pendaftaran perhimpunan, orang kulit hitam ini, bukan sebahagian daripada sistem mereka.

Kalau begitu (keadaannya) saya pun bersetuju (jika menentang), tetapi di Malaysia ini, mana ada kita kata, bas ini untuk orang Melayu, bas ini untuk orang Cina, bas ini untuk orang India…tidak, semua sekali (boleh naik). Yang ada dibuat itu asing itu keretapi. Yang ini gerabak untuk perempuan sahaja.

Perjumpaan empat mata

Lim Kit Siang datang ke rumah (saya) dua kali. Dua kali.

Dia kata, Anwar dan pemimpin-pemimpin pakatan lain marah dengan apa yang saya kata itu, (iaitu) saya tak bersetuju dengan Bersih.

Jadi, saya kata kepada dia.. “Kit Siang, saya bukan masuk PKR, saya masuk DAP. Patutnya DAP “.. Ini point penting, dengar betul-betul, “DAP namanya Democratic Action Party“. Tapi demokrasi ini bukan demokrasi yang kita faham.

Dia kata, mereka tak bersetujulah apa yang Tunku kata itu. Saya kata okaylah.

Dia kata, “giliran anda disambung kontrak tidak lama lagi,”. Bila dia kata begitu, saya berasa marah.

Saya kata kepada Kit Siang..Jika kemasukan saya dalam DAP menimbulkan masalah, apabila awak jumpa Guan Eng esok, awak habiskan, jangan sambung jawatan (senator) saya lagi, saya tak mahu.

Tetapi apabila Guan Eng buat pengumuman kononnya, dia kata, saya ‘menyerang’ dia, tetapi dia tak kata saya menyerang dia sebab dia nak melanggar undang-undang.

Jadi, yang undang-undang itu disorokkan. Diberitahu kepada semua orang bahawa saya menentang, menentang pilihanraya yang adil dan bebas. Itu kejahatan dia. Saya tak boleh jadi ahli parti yang begini, tipu menipu, macam-macam.

Malaysia Spring

Lagipun, dalam DAP, mereka bukan kira apa akan jadi kepada negara kita ini. Mereka kata, kami harap akan berlaku satu lagi Arab Spring (di Malaysia).

Seorang lagi, lelaki senior, dia kata, “saya harap demonstrasi ini (BERSIH) adalah permulaan untuk Malaysia Spring”. Maknanya, mereka tak peduli. Mereka tak peduli apa akan jadi kepada negara.

Saya sudah kata saya menentang demonstrasi jalanan. Kita tengok dengan mata sendiri dan baca. Semua demontrasi jalanan ini, mula-mula secara aman. Tipu lah kalau kata emonstrasi kononnya aman. Mana ada penganjur demonstrasi ini kata “demontrasi untuk keganasan, tidak. Dia akan kata ‘sangat aman’. Tetapi tengok apa jadi.

Apa yang saya kata tu bukanlah bererti saya pandai, tetapi dah orang tua, memang ada pengalaman sikit. Apa yang akan (diramalkan), terjadi.

Jadi, bila dah jadi begitu, siapa yang lari dulu…Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dan pembantunya itu lompat atas trak, lari keluar. Yang tinggal di situ Datuk Ambiga.

Datuk Ambiga menangis, minta maaf itu ini tapi dia sungguhpun seorang peguam tetapi bodoh juga kerana membenarkan Anwar, Kit Siang dan Guan Eng sabotaj demonstrasi anjurannya itu. Maknanya, ahli-ahli politik telah berjaya memanipulasi demonstrasi itu.

Apa respon mereka, apa yang mereka kata, “Oh ini (kerja) polis. Polis masukkan orang dia dalam tu buat kacau”.

Macam saya juga bila sudah keluar parti, apa mereka kata, “saya dah dibeli”. Dibeli oleh UMNO dan dibayar oleh MCA. MCA banyak duit daripada UMNO. UMNO beli MCA bayar.

Masa kita masuk dulu, lagi kita kritik UMNO, wah kita hero, tetapi jika anda tidak bersetuju (dengan parti sendiri), habis cerita. Inilah DAP.

Masa depan Melayu

Saya dalam DAP dekat empat tahun dan hampir dapat banyaklah pengalaman, tengok apa dia buat betul (dan) tak betul. Kita khususkan kepada orang Melayu, kita ambil contoh Pulau Pinang.

Kalau ikut Guan Eng semasa tahun 2008, dia kata, “Sekarang DAP akan buat satu program nak naikkan hak orang Melayu di Penang.” Tetapi masa sekarang, apa yang jadi. Apa pun tak jadi.

Jadi, janganlah sekali-kali kita percaya, janganlah harap, sungguh pun dia kata parti berbilang kaum. Parti ini (DAP) adalah satu parti chauvinis.

Kawan-kawan saya dari DAP dulu, mereka faham. Kerana pandangan mereka sama dengan kita di sini iaitu perkara yang paling penting adalah negara. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak cucu dan untuk semua rakyat Malaysia.

BN sudah memerintah kita dah berpuluh tahun, lebih daripada 50 tahun. Dalam masa ini kita tengok, negara kita cukup maju, rakyat kita boleh hidup dan kerjasama walaupun kadang-kadang ada tak setuju.

Masa British dulu, masa kita baru-baru merdeka dulu, orang Malaya masa itu apa pun tak ada. Kita tengok sekarang ini, bukanlah saya nak kata apa yang BN buat ini semuanya betul. Banyak juga yang tak betul tetapi kalau yang tak betul tu saya sendiri selalu kritik dia dalam majalah-majalah atau dalam surat khabar. Tetapi kalau perkara yang betul, patut kita kata bagus, patut kita sokong.

Saya pergi mana-mana pun saya kata, ini janganlah dengar parti pembangkang kata, “kita semua kena ubah.” Nak ubah apa kalau benda tu tak rosak, kita nak ubah apa. Jadi, dia kata ubah..ubah. Kita tak boleh ikut apa yang dikatakan oleh parti pembangkang.

Janji banyaklah. Kalau kita dengar Anwar Ibrahim, janji dia semua boleh buat tetapi kita tengok rekod dia. Janji itu hanya tinggal janji.


Anak Bekas Presiden Pas Syor UMNO PAS Bersatu




Anak kepada bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor menyarankan PAS dan Umno kembali mempertimbangkan untuk mengadakan kerjasama politik demi kepentingan Melayu dan Islam.

Ahmad Fauwaz Fadzil yang merupakan penceramah bebas berkata kedua-dua parti mempunyai matlamat yang sama iaitu menjaga kedaulatan agama dan kepentingan orang Melayu.Justeru katanya, PAS dan Umno harus bersatu dan berganding bahu menggalas amanah menjaga negara sebaik mungkin."Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan."Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.Lontaran cadangan dari Fauwaz itu dilihat bertitik tolak daripada beberapa insiden yang berlaku membabitkan kedaulatan agama Islam yang akhir-akhir ini sangat membimbangkan umat Islam di negara ini.

Sikap agresif parti pembangkang yang mahu 'merampas' hak esklusif umat Islam apabila menuntut kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.Lebih memburukkan keadaaan apabila terdapat segelintir pemimpin Islam menyokong tuntutan itu yang dilihat oleh penganalisis politik sebagai strategi mereka untuk memaut undi golongan bukan Islam terhadap mereka.

Pada 13 Januari, Majlis Syura Ulama PAS bersidang dan memutuskan kalimah itu tidak boleh digunakan dalam Bible kerana ia akan menimbulkan kekeliruan yang nyata.Namun ketetapan itu tidak didokong sepenuhnya oleh rakan kompenannya PKR dan seakan-akan ditolak sepenuhnya oleh DAP. Ia boleh dilihat menerusi reaksi Pengerusinya, Karpal Singh yang berkali-kali meminta PAS mengkaji semula keputusan yang dibuat itu.Terdahulu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan ahli akar umbi PAS mendesak parti Islam itu menarik diri daripada Pakatan Rakyat kerana prinsip PAS tidak diendahkan dan tidak dihormati dua rakan kompenannya yang lain.

Masyarakat China makin benci dengan...

Nik Aziz Memperlekeh Konsep Jariah Yang Dianjurkan Rasulullah SAW

sedekah-dalam-islam

Kecoh diperkatakan di dada-dada akhbar tentang Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mengeluarkan fatwa terbarunya yang menganggap penerima wang bantuan BR1M yang dihulurkan kerajaan Barisan Nasional seumpama “ayam” dan “lembu”.

Ekoran itu, Nik Aziz dihentam bertali arus atas keceluparan mulutnya yang ternyata menghina jutaan rakyat di negara ini yang berpusu-pusu mendapatkan BR1M bagi meringankan beban yang ditanggung dalam kehidupan seharian mereka.

Memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlepas cakap dan tak mampu undurkan lagi fatwanya itu, maka dia sekali lagi terpaksa mempertahankan penghinaan yang dia sengaja lemparkan untuk memperlekeh pahala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Katanya, kenyataannya itu bermaksud bahawa Kerajaan BN sengaja menjadikan rakyat sebagai “haiwan” dengan mendorong mereka bersikap seperti “haiwan” apabila menyerbu berbaris bagi mendapatkan bantuan wang ringgit.

Dalam jawapannya itu, dia cuba mengalihkan kesalahannya pada Kerajaan BN, seolah-oleh Kerajaan BN bertanggungjawab “menghaiwankan” rakyat yang menerima BR1M. Nampaknya dia cuba “spin” fakta menandakan seolah-olah dia tak faham bahasa…

Lagi:MYKMU

Kaum India Bawa Sepanduk Menjerit-Jerit di Port Dickson!! Kenapa ni???


Melampau!! memang melampau!! hari ni ribuan kaum india memenuhi segenap ruang jalan di Port Dickson mengangkat sepanduk dan menjerit-jerit meluahkan rasa hati mereka. 

Kalau kome nak tahu meh klik sini. [BACA SINI]

Sebab Utama mengapa perpaduan antara UMNO PAS sukar dibentuk??



Tiadanya rasa hormat dan musuh bersama menyebabkan kerjasama politik antara Pas dan Umno demi perpaduan ummah di negara ini sukar dibentuk, apatah lagi dalam keadaan sekarang.

Penganalisis Politik terkemuka tanahair Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, kedua-dua faktor itu menyebabkan Pas merasa tidak ada keperluan bagi mereka menjalin kerjasama politiknya dengan Umno.

"Kali ini memang susah. Dalam politik memang susah bagi orang Melayu untuk bergabung kerana parti cauvinis cina DAP sentiasa menjadi pemerhati kepada pergerakan Pas agar jangan bergabung dengan Umno.

"Kalau kita hendak bergabung dengan satu kumpulan, kita mesti hormat dia, dia juga hormat kita. Tetapi penghormatan mereka terhadap Umno itu tidak ada," katanya

Menurut Atory, sikap yang dipamerkan Pas menunjukkan parti itu merasa "selamat" dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat disamping cina DAP dan PKR yang dipimpin oleh pemimpin yang penuh masalah moral meskipun dahulu bermusuh dengan salah satu sekutunya dalam perikatan pembangkang itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget