Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 11 April 2013

Terkini dan Gegor !!! Umno saman Tian Chua .Berhubung Isu Lahad Datu !!!


Post Pic Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Chua Tian Chiang atau Tian Chua dan dua yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, baru-baru ini.
    
Selain Tian Chua, Ab Rauf turut menamakan Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey sebagai defendan.
    
Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Mac lepas.
    
Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas kes itu disebut di hadapan Hakim Rosilah Yop di dalam kamarnya.
    
Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, yang mewakili Ab. Rauf memberitahu pemberita mahkamah menetapkan 23 April ini untuk Tian Chua memfailkan pembelaan dan tarikh yang sama ditetapkan untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.
   
Ab Rauf mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah dan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu selain mendakwa Umno adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah.
    
Beliau berkata notis tuntutan bertarikh 4 Mac lepas telah dihantar kepada Tian Chua supaya membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik kenyataan berunsur fitnah itu, tetapi Tian Chua tidak memberikan jawapannya.
    
Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Ab Rauf mendakwa reputasi Umno terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif kerana mengakibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang telah diisytiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama.
    
Ab Rauf memohon satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan kenyataan fitnah itu terhadapnya sama ada secara lisan, media cetak atau internet.
    
Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain- lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

HOT !!!Aksi Panas Neelofa,Rakam Aksi Pramugari !!!


Dalam video yang berdurasi 0:31 saat tersebut menyaksikan Neelofa bersama tiga orang rakannya sedang merakamkan aksi mereka di pilot cafe. Menyangkakan Neelofa mengambil gambar, lantas mereka cuba beraksi sepontan, tetapi setelah dimaklumkan ianya rakaman video, lantas rakan-rakannya cuba berdialog.

Paling menarik, rakannya dibelakang sekali, dari suara halus tiba-tiba bertukar intonasi ketika cuba menggayakan aksi pramugari terlampau sambil memegang payudaranya yang entah kami kurang pasti keasliannya... 



Gempar !!! Hal Kematian POn Mereka Mainkan ,Inikan Pula Hak Rakyat Malaysia !!!


Demi meraih simpati daripada rakyat,mereka sanggup memfitnah yang Tun M Telah meninggal.Sampai bila-bila aq tak maafkan si pelaku yang bermain dalam hal ini

Malah turut dikhabarkan negara akan berkabung selama 2 hari selepas Tun M dikatakan rebah serangan jantung di Perhimpunan UMNO Negeri Johor.

Begitulah jahatnya pembangkang yang amat sial sekali.Demi nak raih undi menjelang PRU13 ini, sanggup mereka memfitnah hingga ke tahap memalsukan berita kematian negarawan ulung kesayangan rakyat Malaysia.

Nampak sangat terdesaknya pembangkang !!!Dek kerana tidak mampu meraih kepercayaan rakyat, sanggup mereka fitnah berita melibatkan kematian.Eh... Pembangkang ni apsal tolol sangat haa...!!!

SUMBER

Gempar !!! Tektik Kekecohan PRU13 A-Z Didedahkan ???


PENDEDAHAN YANG MENGATAKAN PKR MERANCANG KEKECOHAN PADA HARI MENGUNDI OLEH TUNKU AZIZ, HARUS DI AMBIL SERIUS OLEH PIHAK BERKUASA.

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini tampil mengemukakan bukti wujudnya perancangan untuk menimbulkan kekacauan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dikatakan akan didalangi oleh PKR dan BERSIH.

Menurut beliau, maklumat serta dokumen yang diterimanya menunjukkan terdapatnya satu strategi licik untuk menggangu kelancaran pilihan raya dengan mencetuskan kekacauan yang akan menjejaskan imej dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di mata umum.

"Kami telah menerima maklumat gangguan tertentu dan dokumen berkaitan yang menunjukkan terdapat rancangan jahat pihak tertentu pada hari mengundi PRU13 yang akan datang.

"Maklumat dan dokumen ini mendedahkan suatu strategi licik untuk mengganggu PRU13 dengan mencetuskan kekacauan dan akibatnya merosakkan imej SPR untuk melemahkan keyakinan umum terhadap integriti proses pengundian demokrasi kita," katanya pada satu sidang media di Hotel Eastin, Petaling Jaya.

Tunku Aziz berkata pihaknya difahamkan terdapat agen-agen yang menerima latihan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Tindak Malaysia untuk mencetuskan kekecohan itu.

"Kami difahamkan yang sesi latihan telah diberikan kepada Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/Barong, dikenali sebagai PACABA, oleh sebuah NGO digelar Tindak Malaysia.

"Salah satu aspek khas sesi latihan ini ialah berkaitan dengan mengajar pengundi bagaimana untuk menjaga kesulitan undi mereka iaitu dengan memohon supaya kertas undi mereka ditukar kepada kertas yang lain," ujarnya lagi.

Jika permintaan pengundi itu ditolak oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM), agen undi yang bertugas pada hari tersebut diajar untuk menyokong permintaan tersebut dan memberikan tekanan terhadap KTM.

"Orang yang menghadiri latihan tersebut diajar untuk menjadi lebih vokal dan berani untuk mencabar kerani yang bertugas dan juga KTM dengan menyatakan ianya satu kesalahan pilihan raya sekiranya mereka enggan melayan permintaan pengundi.

"Agen undi yang bertugas itu juga telah dilatih untuk menyokong permintaan seumpama ini oleh pengundi dan membuat bantahan terhadap KTM yang akan membantu memberi tekanan kepada KTM," jelas beliau.

Semua ini kata Tunku Aziz, direka semata-mata untuk mencipta pandangan negatif terhadap SPR dengan membangkitkan kemarahan umum.

Tunku Aziz turut menampilkan bersamanya satu dokumen berkepala surat PKR bertarikh 15 Disember 2012 yang menyenaraikan pelbagai langkah untuk mencetuskan kekecohan dan ketidakpuasan terhadap SPR pada hari pengundian.

Langkah-langkah yang dinyatakan di dalam dokumen tersebut adalah seperti berikut:

- Wujudkan kekecohan di Pusat Mengundi. Cuba dengan sebaik mungkin untuk orang ramai berasa kurang senang dan kecewa dengan kelemahan pengurusan.

- Wujudkan kumpulan pengundi yang melakukan kekecohan. Protes sebanyak mungkin walaupun nampak remeh, tetapi wujudkan rasa benci pengundi kepada SPR.

- Ejen kita di dalam tempat mengundi juga perlu melakukan protes sejak awal pagi.

- Pastikan barisan mengundi menjadi panjang dan tidak terkawal.

- Beri tekanan berterusan kepada KTM (mereka hanyalah kalangan guru yang bekerja sementara untuk SPR – sebahagian besar adalah penyokong kuat kita).

Kawasan Parlimen yang ditumpukan untuk kekecohan ialah Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam di mana unit media baru mereka akan membangkitkan kemarahan menggunakan media baru.

Sehubungan itu, Tunku Aziz mencabar pemimpin-pemimpin setiap parti politik di negara ini menandatangani deklarasi umum menyatakan ikrar mereka untuk tidak akan terlibat dengan sebarang kekecohan semasa PRU13 berlangsung 5 Mei depan.

"Kami mencabar semua parti politik yang bakal menyertai pilihanraya untuk menandatangani deklarasi umum bahawa mereka tidak akan dalam sebarang keadaan sama ada secara langsung atau tidak terlibat dalam sebarang tindakan untuk mengganggu proses pengundian pada hari mengundi.

"Hari ini kami akan menghantar jemputan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) atau wakil beliau, Presiden PAS atau wakil beliau, Pengerusi DAP atau wakil beliau dan Presiden PKR atau wakil beliau untuk upacara menandatangani deklarasi tersebut pada hari Sabtu, 13 April pada pukul 11 pagi di Eastin Hotel, Petaling Jaya," katanya.

Gila Bab*** !!! Siapkan Projek Bernilai RM1 Bilion Dalam Masa 8 Hari !!! Apa Kes



Apa yang berlaku yang kami akan dedahkan dibawah ini sungguh mengejutkan. Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim menghalang pusat daripada membina Loji Langat 2, tetapi dalam masa yang sama meluluskan sebuah projek solar yang dinamakan SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.

Umum mengetahui di Selangor hari ini rakyat menghadapi masalah air yang lebih serius berbanding dengan masalah bekalan eletrik. Tetapi kenapa pula beliau menghalang kerajaan pusat menyelesaikan masalah air , tetapi beliau pula meluluskan projek solar ?

Projek ‘direct nego’ yang bernilai RM 1 bilion yang kami akan dedahkan ini melibatkan DAP, dimana Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP,Kok Chee Keong mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Yayasan Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah yang bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup murah.

Tanah kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan dianggarkan 40-50 ekar.

Pada 14 Disember 2011 , Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di Zhuhai, China, untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT di atas kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun.

Apa yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama , tetapi dalam surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut, “we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project”.

Syarikat berkenaan menggunakan ayat begitu kerana dalam perbincangan awal antara mereka dengan Teresa Kok mereka telah diajar supaya menulis begitu kerana Teresa akan terselamat jika apa-apa yang boleh menyangkutkannya.

Dalam masa lapan hari sahaja , iaitu pada 22 Disembar 2011 Yayasan selangor telah mengeluarkan ‘letter of intent’ (LOI) kepada syarikat berkenaan yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah. Apa yang mengejutkan, bagaimana projek yang mencecah RM 1 bilion dalam masa 8 hari sahaja boleh dikeluarkan LOI ?

Pada 27 Disember 2011 satu mesyuarat telah diadakan melibatkan Yayasan Selangor dengan Goldsino Investment Development Limited, yang mana dalam mesyuarat itu Yayasan Selangor diwakili lapan orang , manakala syarikat berkenaan hanya diwakili oleh, Kok Chee Keong selaku proksi Teresa Kok.

Pada 28 Disember 2011 satu majlis telah diadakan untuk menyerahkan LOI secara rasmi kepada syarikat berkenaan.

Persoalan yang besar di sini ialah bagaimana sebuah projek yang bernilai RM 1 bilion boleh dikeluarkan surat niat dalam masa 14 hari ? Semuanya kerana campur tangan menteri besar dan Teresa Kok. Mereka semua telah mengeluarkan arahan secara verbal kepada kepada Yayasan Selangor supaya LOI dipercepatkan.

Jelas di sini kita boleh melihat bagaimana Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor dalam pendidikan telah dijadikan ‘vihicle’ oleh DAP untuk mereka mengaut keuntungan. Lima tahun mereka memerintah Selangor kita dapat melihat bagaimana rakusnya DAP dalam menjahanamkan negeri Selangor. Dalam masa 14 hari dua keping tanah Yayasan Selangor melayang kerana kelicikan DAP yang dibantu oleh seorang MB puppet. Rujuk untuk bukti detail disini

Siapa Papa Gomo Yang Sebenarnya !!! CALON BEBAS PARLIMEN PERMATANG PAUH BAKAL DEDAHKAN DIRI PRU13 INI!!




SHAH ALAM - “Bukan saya yang akan bertanding.. Itu bukan saya... Itu Papa Gomo,” demikian kata individu yang dikaitkan sebagai Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris.


Beliau berkata, sebaik Papa Gomo membuat pengumuman telah pun mengambil borang pencalonan dan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau dihujani panggilan telefon.

“Pagi ini (semalam) sahaja sudah empat orang telefon, semalam lagi sudah beberapa orang telefon minta komen saya.

“Sekarang ni mereka (pembangkang) kata saya Papa Gomo, sedangkan saya bukan Papa Gomo,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

PKR mendakwa Papa Gomo tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan rekod jenayah beliau sebelum ini.

Naib Presidennya, N Surendran berkata, menurut Fasal 48 Perlembagaan, Papa Gomo tidak boleh bertanding.

Menurut Wan Muhammad lagi, bukan hanya pihak media cuba mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan itu, malahan beberapa kenalannya juga ada berbuat demikian.

“Kawan saya sendiri ada hubungi saya mengenai hasrat untuk bertanding, saya pun sudah nafikan perkara itu.

"Sebelum ini pembangkang mendakwa Wan Muhammad Azri ini sebagai Papa Gomo. Macam mana nak sahkan yang saya ini Papa Gomo? Siapa Papa Gomo ini pun kita tak tentu lagi,” katanya lagi.

Wan Muhammad juga berkata, “kita tunggu sahajalah kemunculan Papa Gomo pada hari penamaan calon. Saya rasa itu lebih sesuai,” katanya.

Penamaan calon akan diadakan pada 20 April. - SinarHarian

Terkini !!! Situasi Terkini Kawasan Terlibat Krisis Pencerobohan Pengganas !!!



Setelah Ops Daulat berjaya menggempur penceroboh-penceroboh Sulu di Sabah, keadaan di Sabah mula kembali normal dan keselamatan rakyat di daerah-daerah yang terlibat mula terjamin semula.




Antaranya :

Kita boleh lihat Sekolah-sekolah kembali dibuka.
Pembinaan semula rumah yang musnah di Lahad Datu oleh Kerajaan
Penubuhan ESSZONE bagi menjamin keselamatan Sabah & Malaysia pada masa hadapan.
Rakyat di daerah-daerah terlibat Ops Daulat mula kembali semula ke rumah masing-masing.

Lagi Situasi dan Keadaan Terkini di Sekitar Lahad Datu dan Semporna :
Lagi SINI

Gila Bab* !!! Marah Beno Blogger Ni Pada Si Nizar ???

Kalau tengokkan ayat yang digunakan oleh blogger ni memang agak biadap bila dia menggelar Nizar sebagai monyet tapi bila di tengok tengokkan kembali Nizar yang suka berposing sakan didepan kamera sambil melambai lambai memang ada la jugak iras iras... Tapi tak baik la gelarkan orang lain sebagai monyet walaupun perangainya kengkadang memang macam monyet terutama sekali bila berada di sidang DUN...

Korang baca je kat bawah ni...
Pasal Monyet tu korang klik sini

Pasal mantan MB ni korang boleh klik sini untuk cerita lanjut


SUMBER :Budak Benteng

[TAULADAN ] BALASAN ALLAH KEPADA ORANG YANG MENGHINA KEKASIHNYA , ATTARTUK MENGHINA NABI !!!



Sedang dia berada di hotel Park yg berhadapan dgn masjid , muazzin telah mengumandangkn azan. Lantas dia berkata kepada org yg disekelilingnya ( dgn nada menghina ) : “ siapa yg kata kita ni terkenal?? Kita tak terkenal pon. Kalian lihatlah kepada Lelaki ini ( Nabi SAW ) . Macam mana dia tak terkenal kalau dah namanya diulang diseluruh penjuru alam? Hancurkan jer menara masjid tu !! “


BALASAN SU'UL KHATIMAH DAN BALA YANG MENIMPANYA

Akan tetapi dia mendapat Su’ul Khatimah.
Ataturk sangat takut akan kesihatan dirinya maka oleh sebab itu dia telah mengarahkan para doktor yang pakar-pakar untuk merawatnya .Lebih menyedihkan lagi dia tidak tidak menyedari bahawa dirinya telah mengidap penyakit hati sehinggalah ia mencapai tahap yang sangat kritikal . Ini bala yang pertama tetapi sangat azab dirasakannya. 
Tidak cukup dengan itu Allah menghinakan lagi dengan penyakit siflis hasil dari tabiat terkenalnya yang suka berzina.

Dan ketika matinya Allah membalakan dia dengan serangga kecil yang tak dapat dilihat dengn mata yang menyebabkan dia gatal-gatal satu badan dan kerja menggaru jer dansetelah dikaji , semut aneh dan berbisa ini tidak wujud melainkan hanya di China . Lihatlah bagaimana Allah menghantar semut yang Di China ke Turki untuk menghinakan musuhnya. Dan beliau menderita seperti itu selama 2 tahun sehingga akhir ajalnya!!!

Sadis !!! Luahan Seorang Penjawat Awam Jika Pakatan Memerintah !!!




Gempar !!! Banjir Besar Melanda KL


Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Klang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.

"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya. 

Sehingga ini, katanya, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berwaspada dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. HM

Terkini !!! PERKEMBANGAN SEMASA Lahad Datu


15 warga Filipina dan seorang Koperal polis yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau Jumaat ini. 

Lapan daripada mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong. 

Ia adalah kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000. 

Selain itu tujuh lagi tertuduh menghadapi pelbagai tuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas, melindungi pengganas serta merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas. 

Seorang anggota polis warga tempatan pula didakwa tidak memberi maklumat mengenai tindakan pengganas. 

Kesemua mereka sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu. 

Pada prosiding Jumaat ini, pengakuan tertuduh akan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi P Ravinthran. 

Pada 21 Mac lalu, lapan warga Filipina iaitu Atik Hussin Abu Bakar, Basad Manuel, Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili, Timhar Hadir, Kadir Uyung dan Lating Tiong tidak diwakili peguam hingga Ravinthran memutuskan supaya pengakuan mereka tidak direkodkan demi memberi keadilan kepada tertuduh. 

Selain itu pertuduhan terhadap lapan lagi tertuduh termasuk Koperal Hassan Ali Basri yang didakwa awal April, akan dibacakan semula kerana kes mereka baru sahaja dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. 

Bagi pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas menurut Seksyen 130KA kanun sama, membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda. 

Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas pula membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda manakala Seksyen 130K diperuntukkan bagi kesalahan melindungi pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda. 

Sementara itu, bagi kesalahan mengikut Seksyen 130M iaitu sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas, ia boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Kesemua tertuduh ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 yang tidak membenarkan mereka diikat jamin. 

Pada prosiding lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai barisan pendakwaan berkata, pada Jumaat ini beliau akan memberitahu mahkamah mengenai perkembangan perbincangan dengan Persatuan Undang-undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat peguam untuk kesemua tertuduh. 

Dalam pada itu, keadaan di kawasan krisis sudah kembali normal. Semua sekolah sudah dibuka dan sebahagian besar penduduk telah kembali ke rumah masing-masing. 

Kedai-kedai dan pusat pelancongan di Samporna dan Lahad Datu telah dibuka dan penduduk di sana melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Namun, pihak keselamatan masih berkawal di beberapa buah kampung yang terlibat dengan pertempuran sebelum ini.

Kerajaan telah berjanji akan menyegerakan pembinaan rumah penduduk yang rosak akibat pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas

Terkini !! VIDEO SEDIH TRIBUTE LAHAD DATU didedahkan !!!




Bumi Malaysia yang aman damai setelah era komunis berakhir kembali tegang dengan pencerobohan sekumpulan militan Sulu yang datang secara keras mendakwa Sabah milik mereka. Kepala militan ini adalah seorang lelaki tua yang mengaku Sabah adalah miliknya kerana dia adalah pewaris kesultanan Sulu. 

Keganasan mereka memaksa pihak berkuasa melancarkan serangan untuk menghalang mereka ini dari terus mengganas dibumi orang. Pihak keselamatan Malaysia telah mengadakan Ops Daulat dalam usaha memastikan pengganas militan Sulu ini lumpuh.

Setelah Ops Daulat berjaya menggempur penceroboh-penceroboh Sulu di Sabah, keadaan di Sabah mula kembali normal dan keselamatan rakyat di daerah-daerah yang terlibat mula terjamin semula.

Video dibawah adalah pengorbanan pejuang-pejuang Malaysia yang terkorban semasa menentang militan ganas dari Filipina ini. Jasa mereka terus dikenang sampai bila-bila

Klik SINI untuk Tonton

HOT DAN TERKINI !!! Siti Nurhaliza Akan Bertanding PRU???



Dato Siti Nurhaliza isteri kepada Datuk K juga seorang penyanyi tersohor tanahair kini dilihat sudah mula bertudung. 

Alhamdulillah, pintu hati beliau sudah terbuka dan sama-sama kita doakan orang lain untuk sama-sama mengikut jejak langkah beliau.Adakah apabila beliau bertudung beliau akan memulakan karier politik beliau dan menyandang status ustazah??sepertimana rakan-rakan artisnya yang lain. 

Atau mungkin Siti akan menjadi salah seorang calon dalam PRU 13 ini?Pun tidak mustahil.Tetapi apa yang nak MW sampaikan di sini, Siti cukup terkenal dengan sikap dan sifat yang baik walaupun sepanjang beliau bergelar penyanyi bermula era 90-an sehingga kini dan ketika beliau belum bertudung. 

Siti menarik minat dan menjadi kegilaan anak-anak gadis ,anak-anak muda malah pakcik-makcik dan selalu dinobatkan sebagai Penyanyi Paling Popular serta Bintang Paling popular sebelum ini sehingga beliau menarik diri dari sebarang pertandingan berasaskan undian tersebut.

MW juga melihat ramai rakan artis beliau yang bertudung (tidak semua) tapi terus melompat dan masuk politik pakatan pembangkang. Dan dalam masa sama terus boleh bercakap tentang agama,islam,hukum dan setaraf dengan ustazah-ustazah lain di luar sana. 

Gelaran Ustazah ini mungkin diberikan oleh masyrakat luar walaupun bukan oleh mana-mana institusi, akan tetapi MW melihat kenapa ia berlaku dan terjadi sebegini??Adakah dengan anda bertudung, maka anda bercakap seolah-olah anda seorang yang tinggi ilmu agamanya.

MW tidak menidakkan bahawa bercakap tentang soal mengajak orang untuk membuat kebaikan itu salah, mengajak orang ramai ke arah Islam itu salah, tetapi terlalu taksub dan kadang-kadang menjatuhkan hukum kepada orang lain pula. ISHk

Selanjutnya di Tok Guru

Perhatian !!! Pengacau Pilihanraya Akan Dihumban Dalam Gaung ??


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang cuba mengacau proses pengundian pada pilihan raya umum ini.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mempunyai maklumat mengenai kumpulan yang dikenali ”MATA” dipercayai akan menghalang pengundi daripada menjalankan tanggungjawab mereka pada hari mengundi 5 Mei depan.

“Kita sudah kenal pasti maklumat yang dikemukakan oleh kawan-kawan kita (Polis Diraja Malaysia) mengenai kumpulan MATA ini. Saya menasihatkan mereka yang terlibat supaya insaf dan hentikan niat untuk mengganggu pada hari mengundi sebelum pihak polis bertindak.

“Mereka perlu tahu tindakan menghalang pengundi untuk mengundi adalah salah,” katanya menerusi Program khas bertajuk ”Landskap PRU-13” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 malam tadi.

Beliau turut mendedahkan modus operandi kumpulan itu yang antaranya membuat kacau berhubung dakwat kekal dan mendakwa kononnya nombor siri kertas undi boleh menyebabkan pengundinya dikenal pasti kelak.

“Modus operandi kumpulan itu ialah mereka akan mencalitkan dakwat pada jari seseorang pengundi dan kemudian mereka akan membuat bantahan kononnya pengundi itu sudah mengundi.

“Satu lagi taktik mereka membuat kacau dengan meminta kertas undi lain daripada apa yang diberikan oleh petugas pilihan raya kononnya mendakwa kertas undi yang mempunyai nombor siri akan membolehkan pengundi dikesan kelak,” kata Abdul Aziz.

Abdul Aziz berkata, SPR juga tidak menggalakkan calon membawa ramai penyokong ke pusat penamaan pada 20 April nanti kerana boleh mengganggu tugas polis untuk mengawal keselamatan awam.

“Calon dinasihatkan tiba awal di pusat penamaan calon, tidak membawa ramai penyokong parti kerana akan menyusahkan polis untuk kawal keselamatan awam. SPR juga tidak menyediakan khemah serta membekalkan makanan pada hari tersebut.

“Ramai penyokong hadir pada hari tersebut tidak memberi jaminan calon itu akan menang,” katanya

Hangat!!!! FLAT Ashby Ipoh Barat Kecoh

Tadi gua sempat berkunjung ke flat ashby ipoh barat.Kecoh giler beb aq pon tak paham apa yg berlaku tadi kat flat ashby

Sebenarnya apa yg berlaku adalah ceramah oleh ketua wira perkasa Malaysia.

Beliau dalam ceramahnya ada menyebut soal isu ambiga serta soal moral ketua pembangkang

Gempar !!! Dap Johor Berpecah Lagi !! Tak Percaya ke???


KULAIJAYA - Perpecahan dalam kalangan ahli DAP Negeri Johor di bawah pimpinan Pengerusinya, Dr. Boo Cheng Hau sememangnya berlaku pada masa ini.

Perkara itu disahkan sendiri Naib Pengerusinya, Ong Kow Meng.

Sehubungan itu, beliau meminta Cheng Hau mengotakan janjinya mahu melepaskan jawatan Pengerusi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuatnya pada Mesyuarat Jawatankuasa Negeri pada 7 April lalu.

Jika Cheng Hau gagal berbuat demikian, Kow Meng tidak teragak-agak menyeru ahli parti supaya tidak mencalonkan Pengerusi DAP negeri itu daripada bertanding pada pemilihan pemimpin DAP Johor, Oktober depan.

"Dalam negeri ini, memang berlaku pecah-belah dan ia harus diperbaiki. Justeru, kita berharap boleh dapat Pengerusi baru yang fleksibel dan bertolak ansur," katanya kepada pemberita di sini hari ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget