Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 8 April 2013

PANAS DAN TEGANG !!! DESAKKAN SEKUPANG DUA Tentang Kor Ming Di Pru 13 !!!

Terkini !!! Meletop Satu Perak Weyh... Kali ini bloggers Dari Perak Cyber Troopers yang terdiri daripada Anak Jati Malaya ,Merah Naga ,Boodak Benteng serta beberapa Ahli PCT yang lain mendesak agar Bloggers PCT iaitu Bloggers Sekupang Dua berentap di Parliement Taping  iaitu Nga Kor Ming sendiri.

Apa yang Anak Jati Lihat ,ini bukan satu gurauan malahan tugas blogger kini lebih daripada wakil rakyat.Siang malam mendedahkan semua kontroversi melibatkan Ahli-Ahli Parlimen tidak kira la Ahli-ahli dewan Undangan Negeri Kerajaan Negeri mahupun Pembangkang

Teman   Bagi pihak Blogger PCT mendesak Agar Bloggers Sekupang Dua bertanding di kerusi yang ditandingi Oleh Nga Kor Ming .Kali Ini kami bercakap atas dasar sayang kan negara.Bukan main-main atau gurauan dalam hal ini.

Teman dan yang lain yang terdiri daripada Bloggers Angkatan Pemikir, Budak Benteng,Kinta Menjerit ,Merah Naga, Parang Pedang, Aweks Bukit Gantang dan Yang lain mendesak sekeras-kerasnya agar Blogger Sekupang Dua dapat Bertangding Didalam Pilihan Raya Ke 13 Ini.

Apa Dah Jadi Dengan Budak Pakatan Ni?????


Apa dah jadi sebenarnya ni. Makin meroyan budak ni kan kekekk..Siap muka tak boleh blah lagi ...heheh

Tq Budak Benteng


Terkini !!! 32 Ditahan Bersama Senjata. 15 Mayat Akan Dibawa Keluar ???


Sejumlah 15 mayat yang ditemui di Kampung Tanduo hari ini dalam proses untuk dibawa keluar pada  petang ini - Pesuruhjaya Polis Sabah

Sebuah bot bersama 32 individu dari negara jiran telah ditahan oleh Pasukan Keselamatan. Turut dirampas beberapa senjata berbahaya di perairan Tambisan, Lahad Datu pada jam 2 pagi tadi.

Pasukan Askar Wataniah terdiri dari rakyat Sabah akan dibentuk untuk sertai Esszone dalam masa terdekat - Zahid Hamidi

Pasukan forensik polis hari ini mula mengeluarkan mayat-mayat pengganas Kiram yang mati dalam serangan pasukan keselamatan ketika Ops Daulat di Kampung Tanduo baru-baru ini.

Setakat pukul 4.25 petang ini, sebanyak lima mayat telah pun dikeluarkan daripada tiga lubang berasingan yang dijadikan kubur oleh kumpulan pengganas terbabit.

Kubur-kubur itu pernah ditemui pihak polis sebelum ini, namun mayat-mayat tersebut tidak dapat dikeluarkan selepas pasukan forensik diserang saki-baki pengganas ketika melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit sebelum ini.

Selain itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kapal dari Filipina itu ditahan ketika cuba memasuki perairan negara ini.

Anak Jati Malaya: Gempar !!! Dokumen Rancangan Pembangkang Bawa Peng...

Anak Jati Malaya: Gempar !!! Dokumen Rancangan Pembangkang Bawa Peng...: MyMassa harap UMNO Kelantan sedar tentang rancangan pihak lawan mengimport pengundi dari Thailand semasa hari pengundian. Apa yan...

Gempar !!! Dokumen Rancangan Pembangkang Bawa Pengundi Dari Siam Pada #PRU13 Didedahkan


MyMassa harap UMNO Kelantan sedar tentang rancangan pihak lawan mengimport pengundi dari Thailand semasa hari pengundian.

Apa yang berlaku sekarang adalah pembangkang seboleh-bolehnya merekayasakan fitnah bahawa yang bawa pengundi hantu ini adalah UMNO.

Cara mereka mudah. Tuduh dahulu, buktikan kemudian. Kali ini MyMassa nak berkongsi macam mana fitnah dari Naib Presiden PAS yang menuduh seorang rakyat Malaysia sebagai warganegara Myanmar.

Tukang kebun kesal didakwa warga Myanmar, jadi pengundi hantu ALOR SETAR, 7 April — Seorang tukang kebun kesal dengan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwanya sebagai warganegara Myanmar yang menerima kad pengenalan Malaysia dan menjadi mengundi hantu pada pilihan raya.

Sehubungan itu, Ramli Ahmad, 48, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada 11.44 malam semalam sejurus mengetahui perkara berkenaan.

"Saya terkejut apabila seorang lelaki Cina datang ke rumah dan menunjukkan sebuah akhbar Cina edisi malam yang memaparkan tentang saya sebagai seorang warganegara Myanmar yang datang ke Malaysia pada tahun 1993.

"Kalau saya warganegara Myanmar, macam mana saya boleh ada surat beranak dan kad pengenalan Malaysia yang jelas menunjukkan bahawa saya lahir di Pengkalan Kundor," katanya pada sidang akhbar di pejabat MCA di sini hari ini.

Beliau sudah tujuh tahun bertugas di Wisma Darul Aman dan pernah mengundi di Parlimen Kuala Perlis pada 2004 serta Parlimen Alor Setar pada 2008.

Ramli berkata punca pertikaian status kewarganegaraannya mungkin disebabkan beliau memiliki sijil pengesahan perakuan taraf kewarganegaraan yang dikeluarkan pada 22 Dis 1993.

"Saya mendapat sijil itu kerana sijil kelahiran asal telah hilang dalam satu kebakaran," katanya.

Ramli berkata laporan polis dibuat bagi membersihkan nama beliau kerana tuduhan yang dilempar itu bukan sahaja boleh menjatuhkan maruahnya dan keluarga malah boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Loh Eng Chong berkata selepas melihat kenyataan akhbar berkaitan perkara berkenaan, beliau terus membuat pemeriksaan sebelum ke rumah Ramli bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya ke rumah Ramli untuk memberitahu mengenai perkara ini dengan membawa surat khabar Cina edisi malam yang memaparkan Ramli adalah seorang pendatang asing dari Myanmar.

Ramli berada dalam keadaan terkejut kerana beliau tidak tahu bagaimana butiran peribadinya boleh berada dengan pihak berkenaan," katanya. — Bernama
Kesian En. Ramli. Tak pasal-pasal kena fitnah dengan Mahfuz. Jadi kepada pembaca MyMassa, harap boleh sedar taktik yang PAS gunakan iaitu PENCURI MENUDUH ORANG LAIN PENCURI UNTUK ELAKKAN DITANGKAP. Mereka tuduh orang lain bawa rakyat asing mengundi tetapi dalam masa yang sama mereka peruntukkan RM25,000 untuk membawa 1000 pengundi dari Thailand untuk mengundi.

*Sesuka hati mak bapak dia nak tuduh rakyat Malaysia sebagai pendatang!

Terkini !!! Lagi Rakyat Menyertai dan Sokong BN


Seramai 27 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari ranting Parit 4A di Kampung Sungai Manik Lama Kanan di sini keluar dari parti itu untuk menyertai Umno.

Wakil kumpulan itu, Mohd Tarmizi Abu Bakar menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Ketua Umno bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam satu majlis malam tadi. 

Mohd Tarmizi berkata mereka menyertai PKR selama tiga tahun dan mengambil keputusan keluar dari parti itu kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.

 "Kami keluar parti atas kerelaan kami sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak dan kami yakin parti Umno sahaja yang boleh membela nasib orang Melayu," katanya kepada pemberita. 

Sebelum ini seramai 402 anggota PKR dari kawasan berkenaan keluar dan menyertai Umno. 

Sementara itu Tajuddin berkata ramai lagi anggota PKR dijangka menyertai Umno dalam tempoh terdekat yang sekali gus membuktikan sokongan kepada PKR di Pasir Salak semakin merosot.

Sah !!! Papa Gomo Bertanding Pru Lawan Anwar Di Permatang Pauh .

Di Bawah adalah Ucapan Papa gomo:

Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia. 

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.

SUMBER Facebook PAPA Gomo

Mahasiswa Dihalau seperti Anjing Kurap


Manusia adalah makhluk yang istimewa. Dikurniakan akal fikiran untuk berfikir mana yang baik, mana yang buruk.

Namun bila akal yang dikurniakan tidak digunakan, maka insan yang bergelar mahasiswa pun layak di'bahasa'kan sebagai haiwan iaitu ANJING KURAP.Orang dah nasihat secara baik tapi tak nak dengar. Kan dah kena halau macam anjing kurap!

Kalau tengok video di atas, ternyata kumpulan yang mengaku sebagai suara mahasiswa sebenarnya ditolak oleh mahasiswa sendiri. Pembaca boleh lihat bagaimana hujah seorang mahasiswa UiTM tidak dapat dijawab oleh kumpulan yang diketuai oleh Khalid Ismath dan Safwan Anang.

Yang lawaknya dengan mahasiswa pun mereka gagal nak pengaruhi, ada hati nak cabar DS Najib kat Pekan.



Bongkar !!! Penurunan Harga Kereta ,Siapa Tiru Siapa ???


Gerombolan PR kata BN tiru idea depa, yang mirip satu-satunya tentang kereta lah. Sebenarnya tak tiru pun, AFTA yang dimeterai antara 6 negara ASEAN di Singapura telah diumumkan terlebih dahulu untuk penurunan cukai import, pengecualian kuantiti untuk kenderaan CBU, (Completely Built Up) dari Asean, meliberalisasi lesen pengeluaran melaui Dasar Automatif Negara, FTA dengan Jepun dan Australia (kenderaan 2.0L ke atas) dan dalam proses perbincangan dengan Eropah, Turki dan Bangladesh. Selain itu pengecualian cukai juga telah diumumkan PM dalam belanjawan 2012 untuk kereta hibrid. Cukai kereta menyumbang RM 7bilion pada negara dan digunakan untuk subsidi minyak dan barangan, infrastruktur dan keperluan lain.

Terdapat 3 jenis cukai kereta iaitu Cukai Eksais, Cukai Import, dan Cukai Jualan. Berbeza dengar PR, penurunan cukai secara berperingkat sehingga dari 20% sehingga 30% melibatkan cukai import adalah realistik dan selari dengan AFTA sebelum ini, turut disusuli dengan akujanji memperkasa daya saing kereta nasional tempatan yang melibatkan ribuan pekerja anak watan dan vendor tempatan selain penyumbang pada pembukaan bandar baru seperti Bandar Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam dan kerjasama strategik dengan IPTA seperti UTM, pengangkutan awam juga dipertingkat dengan extension LRT, MRT dan Rapid Bus disetiap bandar besar, keretapi laju ke Singapura yang memyumbang kepada bandar-bandar seperti Seremban, Muar, Batu pahat dll. Untuk rekod seramai 100 000 pekerja dalam industri Second-Hand dan Resale Car perlu juga diambil kira. 

Beza dengan ManifestoBukanJanji PR, dalam buku akujanji BN, menyatakan apa yg TELAH dilakukan, apa yg AKAN dilakukan dan komitmen dengan usaha-usaha mempertingkat hasil pelaburan negara kepada 1.3 trillion dengan kewujudan 3.3 Juta peluang pekerjaan.

Komen : Sebagai tambahan, ramai yang tidak tahu kelulusan akademik PM dan perancang utama selain Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Pakar-pakar industri dan lain-lain.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak : Ijazah Ekonomi Industri, University Notthingham
Menteri Kewangan Ke-2, DS Ahmad Husni : Ijazah Ekonomi, UM, Sijil Kewangan Islam, UIA.
Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek : PhD, Universiti Philadelphia
Menteri Perdagangan, DS Mustapha Mohamed : Ijazah Kelas Pertama Ekonomi di University of Melbourne, Australia dan Sarjana Pembangunan Ekonomi, Universiti Boston.

Sekurang-kurangnya mereka mengetahui bidang ni berbanding Wira PR yang sedap kita dengar 'sastera'nya itu. ManifestoBukanJanji PR yang bergantung pada Rafizi.

Terkini !!! LELAKI WARGA ASING BERSAMA DOKUMEN KESULTANAN SULU DITANGKAP ???




Lahad Datu, 7 April - Polis menahan dua lelaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam satu operasi di Tanjung Baru, Pulau Bumbum, Semporna awal pagi ini (semalam).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata suspek berumur lingkungan 50-an dan disahkan bukan warga tempatan. 

Beliau berkata satu fail putih mengandungi dua surat kesultanan Sulu dan beberapa senjata berbahaya turut dirampas dalam operasi 6.30 pagi itu.

"Tangkapan dan rampasan itu boleh mengaitkan mereka terlibat dalam kegiatan pengganas ini," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Unit Media Ops Daulat di sini.

Menurut SMS itu, statistik terkini tangkapan di bawah Sosma adalah 135 dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang.- BERNAMA

Terkini !!! ARAHAN TEMBAK KEPALA, PENGGANAS BENAR-BENAR 'KEBAL'.

LAHAD DATU 6 April – Pasukan keselamatan kini menyasarkan kepala musuh untuk ditembak jika berlaku sebarang pertempuran bagi memastikan mereka terbunuh.

Sumber memberitahu, tindakan itu diambil setelah menerima’pengajaran’ sebelum ini apabila kebanyakan pengganas termasuk wanita masih hidup biarpun beberapa kali ditembak pada anggota badan.

“Ada di antara mereka yang jatuh akibat ditembak di badan tetapi bangun semula dan melarikan diri. Ada pula yang langsung tidak jatuh dan mampu melarikan diri seperti biasa.

“Jalan terbaik untuk menghalang mereka daripada mara atau melepaskan diri ialah dengan menembak di kepala bagi memastikan mereka terus mati,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Beliau menambah, pernah berlaku seorang pengganas wanita langsung tidak tercedera biar pun ditembak berkali-kali ketika bersembunyi di salah sebuah rumah penduduk di situ.

“Bagaimanapun, disebabkan keadaannya yang lemah kerana tidak mempunyai makanan, wanita itu tidak dapat melarikan diri dan berjaya ditahan pasukan keselamatan,” ujarnya.

Sumber itu mendedahkan, pihak keselamatan turut giat mencari senjata disembunyikan pihak musuh selepas ada yang menyamar sebagai penduduk tempatan.

“Pengganas Kiram hanya menggunakan senjata lama seperti rifel garand dan senjata buatan sendiri. Begitu pun, senjata-senjata yang dibuat sendiri itu mempunyai ketepatan yang agak tinggi kerana mereka sebenarnya cukup mahir kerana lama terlibat dalam perang gerila sebelum ini.

“Apa pun anggota keselamatan kita tidak sedikit pun gentar. Kebanyakan pengganas ketika ini masih menjadikan kediaman penduduk di kawasan tertentu sebagai tempat persembunyian dan hanya mampu melarikan diri ke hutan atau ladang kelapa sawit sekiranya diserbu,” ujarnya.

Dalam pada itu, prihatin dengan nasib penduduk yang menjadi mangsa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram, Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membina penempatan sementara yang lebih selesa kepada penduduk yang terjejas teruk.

Pengarah Urusan 1MDB, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, penempatan itu diharap mampu memberi lebih keselesaan kepada penduduk berbanding pusat penempatan sementara sedia ada.

“Apabila bertemu dengan kebanyakan mangsa, perkara yang sering ditanya bagaimana nasib mereka yang kehilangan rumah? Kami amat bersimpati dan sedang memikirkan cara untuk menyediakan kehidupan lebih selesa.

“Sebagai contoh, mungkin kita boleh membina rumah panjang sementara rumah mereka dibina semula. Saya sendiri akan membawa perkara ini kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku penaung yayasan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mengiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman melawat kawasan yang terjejas ekoran pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di sini baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, Sukarti diberi penghormatan oleh 1MDB untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung dan anggota pasukan keselamatan bertugas.

Mengulas mengenai bantuan diberikan, Shamsul Anwar memberitahu, pihaknya membawa 3,000 kotak makanan berisi barangan makanan asas untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa pencerobohan.

Hot !!! Video Rakaman Sulit Nik Nazmi PKR Pula Tersebar !!!




Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ. 


Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.

Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.

Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.

Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.


Terkini !!! Gomo Akan Serang Anwar Di Ceramahnya !!!

Papagomo VS Anwar Ibrahim : Nampaknya apa yang dipanggil perjuangan oleh blogger Papagomo sendri tidak pernah padam walaupun ketika ini Papagomo berhadapan dengan dua tuntutan saman yang bernilai puluhan dan ratusan juta masing-masing daripada Anwar Ibrahim sendiri dan juga Husam Musa.

Perjuangannya selama ini untuk menyerang dan melemahkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah sasaran utamanya Anwar Ibrahim tidak hanya berhenti setakat……penyebaran beberapa siri video melibatkan Anwar Ibrahim sahaja yang didedahkannya sebelum ini.

Ini kerana yang menariknya kali ini, blogger Papagomo yang gah di laman blognya sehingga seringkali mendapat perhatian dan ruang menerusi hasil tulisannya di Buletin Utama TV3 dan Utusan Malaysia untuk dijadikan sumber rujukan berita mereka, Papagomo sendiri mengumumkan yang beliau akan bertanding menentang pimpinan NO.1 Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim di kubu kuat Ketua Pembangkang Malaysia itu dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kali ini.

Papagomo VS Anwar Ibrahim : PRU 13 Medan Kuburkan Anwar?

blogger papagomo

Papagomo VS Anwar Ibrahim : Kalah Sudah Pasti, Tapi Biar Anwar Senak!

Meneliti akaun Twitter blogger Papagomo, Papagomo sedar sebenarnya yang beliau akan kalah. Tetapi pelannya bertanding di Parlimen Permatang Pauh untuk “berkongsi bahan kempennya ” bersama -sama warga Permatang Pauh di sana sekaligus dengan harapan dapat memecahkan sedikit -sebanyak jumlah majoriti yag bakal dimenangi Anwar Ibrahim kelak.

Papagomo pilihanraya
Papagomo
Papagomo

Jikalau Anwar Ibrahim mungkin akan meneruskan agenda kempen seperti yang dipersetujui oleh pilipinan Pakatan Rakyat bagi membentangkan manifesto pakatan Rakyat (SEPERTI DI SINI) termasuklah hebahan agenda ekonomi kepada warga Permatang pauh amnya, apa pula agaknya bahan kempen yang bakal dihidangkan Papagomo untuk warga Permatang Pauh yang boleh mengganggu gugat dan memecahkan seberapa banyak jumlah majoriti yang pernah dimenangi Anwar Ibrahim semasa Pilihanraya kecil Permatang Pauh sejumlah 15,671 undi?

Adakah risalah kempen seperti dakwaan liwat terhadap Anwar Ibrahim ataupun juga beberapa lagi siri video lucah dan liwat yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim akan dipertontonkan Papagomo kepada rakyat Malaysia umumnya dan warga Permatang Pauh amnya sepanjang berlangsung kempen Pilihanraya Umum ke 13 kelak? 

PANAS!!!Tun M Dedah Cerita Sebenar Penubuhan PAS !!

Penubuhan asal Parti Islam Se-Malaysia (PAS) didorong oleh rasa kecewa pemimpin terdahulu parti tersebut yang mahukan jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara.

Mendedahkan perkara tersebut, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ulama-ulama Umno pada ketika itu kecewa apabila Tunku Abdul Rahman tidak melantik mereka dalam majlis legislatif dan majlis negeri.

Justeru katanya mereka berpendapat dengan menubuhkan parti sendiri akan mengatasi Umno selain menggunakan Islam sebagai daya tarikan di kalangan pengundi Melayu.

"Kecewa tidak dapat jawatan maka lahirnya PAS, bukan kerana Islam sebab sebenarnya dia boleh berjuang mengenai Islam dalam parti Umno dan memang pun apabila dia berada dalam Umno kita berjaya lawan British dan kita berjaya," katanya dalam satu wawancara bersama Mingguan Malaysia, hari ini.


PAS ditubuhkan dengan nama asal Persatuan Ulama Se-Malaya pada 1951 dan menyertai Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan.

Bagaimanapun pemimpin PAS ketika itu, Ahmad Fuad Hassan mendakwa kedudukan ulama ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan dan kemudiannya menubuhkan PAS.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata PAS kini dalam keadaan terdesak untuk memerintah negara berikutan kerjasama parti Islam itu bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan PAS itu ibarat 'menjilat ludah kembali' apabila mereka pernah mengeluarkan fatwa haram untuk bekerjasama dengan orang bukan Islam.

"Jadi sekarang kerana nak jadi pemerintah, mereka terpaksalah bekerjasama dengan orang bukan Islam. Inilah yang dikatakan kalau kamu kafirkan orang lain mungkin kafir itu kembali kepada kamu," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyelar tindakan politik kotor PAS yang cuba memecah belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Katanya, umat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar daripada negara Timur Tengah yang berpecah belah akibat menganut fahaman agama Sunni dan Syiah.

"Di sini kita semua ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi mengapa PAS timbulkan isu mengkafir ini sehingga memecah-belahkan orang Islam. Ini perbuatan yang berdosa," katanya lagi.

SUMBER

Pengerusi Surau Dulu Pas Kini Bersama BN !!!

Dulu beliau merupakan Ketua Cawangan Pas kawasan Kampung Pengkalan Gate tetapi kini bersama YB Dato Hamidah dan bersama Barisan Nasional.

Beliau adalah En Mohd Sarji yang memasuki Umno bersama 30 penganut Pas yang lain di Kampung Pengkalan Gate atas hasil usaha YB Dato Hamidah memujuk mereka supaya meninggalkan Parti Ajaran Sesat tersebut.

Sampai bila nak membiarkan Kalimah Allah dipergunakan oleh penganut Kristian didalam bible berbahasa Melayu. Sampai bila nak membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat. Sampai bila nak menyokong pemimpin LGBT. Sampai bila nak menyokong perkahwinan sejenis.

Mengambil kira semua di atas En Mohd Sarji yang juga pengerusi Surau Kampung Pengkalan Gate mengambil keputusan menyertai Umno.

Terkini !!! POLIS RAMPAS SURAT KESULTANAN SULU !!!

Lahad Datu, 7 April - Polis menahan dua lelaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam satu operasi di Tanjung Baru, Pulau Bumbum, Semporna awal pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata suspek berumur lingkungan 50-an dan disahkan bukan warga tempatan.

Beliau berkata satu fail putih mengandungi dua surat kesultanan Sulu dan beberapa senjata berbahaya turut dirampas dalam operasi 6.30 pagi itu.

"Tangkapan dan rampasan itu boleh mengaitkan mereka terlibat dalam kegiatan pengganas ini," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Unit Media Ops Daulat di sini.

Menurut SMS itu, statistik terkini tangkapan di bawah Sosma adalah 135 dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang.- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget