Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 6 April 2013

Pelakon Malaysia terkejut gambarnya tidak berbaju di laman web gay !!!


Pelakon, Aeril Zafrel terkejut apabila mengetahui gambarnya yang tidak berbaju dan hanya mengenakan tuala tersebar di sebuah laman web porno.

Aeril bagaimanapun berkata, dia tidak peduli dengan penyebaran gambar tersebut memandangkan ia diambil daripada salah satu adegan dalam filem lakonannya, "Hanya Aku Cinta Kau Seorang" (HACKS) tahun lalu.

"Memang pada mulanya saya agak terkejut apabila dimaklumkan ada gambar saya di letakkan di sebuah laman web gay. Apa sudah jadi ni? Bila saya lihat, ia adalah gambar dari filem lakonan saya sendiri, saya ketawa sahaja.

"Persoalannya, kenapa orang yang menyebar gambar itu perlu sampai ke situ? Ini memang kerja orang yang 'terlebih masa' dan tidak mempunyai akal serta sikap yang sempurna," ulas pelakon kacak berusia 25 tahun itu.

Pelakon itu mengakui sebelum ini dia banyak merakamkan gambar dalam keadaan tidak berbaju tetapi kini sudah menginsafi diri dan berusaha menjadi insan yang lebih baik.

"Saya tidak perlu merasa bimbang mengenai penyebaran itu. Lagipun saya sudah banyak berhijrah ke arah yang lebih baik, selain kesal dengan dosa-dosa yang dilakukan ketika berada dalam zaman kejahilan dulu.

"Memang dulu banyak gambar saya tidak berbaju tetapi kini saya sudah buang dari laman peribadi saya dan gambar yang disebar itu bukan dari koleksi peribadi saya," kata pelakon yang kini sibuk dengan penggambaran telefilem "Mungkin Itu Kasihmu" yang bakal disiarkan di RTM dan "Hafiz Tahfiz" menerusi TV AlHijrah.

Justeru menurut Aeril lagi, filem HACKS itu akan menjadi medium terakhir beliau tampil dengan adegan buka baju.

"Inilah filem pertama dan terakhir saya mendedahkan sebahagian tubuh. Selepas ini tidak akan ada lagi," katanya. - UTUSAN ONLINE

Gempar !!! Samy Vellu Meroyan Tidak Dicalonkan ???


Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu melahirkan rasa marah dengan Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berhubung isu 'calon boleh menang'.

Beliau percaya, mereka salah faham dengan kenyatannya pada Rabu, sehari selepas Parlimen dibubarkan apabila menyatakan bahawa beliau merupakan calon boleh menang untuk kawasan Parlimen Sungai Siput, sebagai jawapan kepada soalan pemberita.

Samy Vellu berkata, beliau tidak meminta Palanivel untuk beliau (Samy Vellu) dicalon bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sebagai respon kepada kenyataan Palanivel terdahulu, semalam bahawa Samy Vellu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.

"Palanivel dan Dr. Subramaniam salah faham kenyataan saya semasa sidang akhbar majlis penyerahan sumbangan di Bukit Aman kepada keluarga para wira yang terkorban di Lahad Datu, Sabah.

"Memang benar saya memberitahu pemberita bahawa saya yakin saya adalah calon boleh menang. Tetapi tidak bermaksud saya meminta kepada Palanivel yang saya mahu bertanding semula di Sungai Siput," tambahnya.

Samy Vellu berkata, beliau sedih dengan kenyataan mereka yang tidak menggambarkan maksud beliau sebenarnya.

"Mereka (Palanivel dan Dr Subramaniam) perlu menghubungi saya dahulu untuk mengetahui apa yang berlaku di sidang media (di Bukit Aman) sebelum membuka mulut," katanya dan menambah kedua-kedua mereka menunjuk ketidakmatangan dalam politik.

Samy Vellu merupakan Anggota Parlimen Sungai Siput lebih tiga dekad sejak 1974 sehinggalah beliau kalah kepada Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti 1,821 undi pada Pilihan Raya Umum 2008. - BERNAMA


Gempar !!! Hot News Minyak Akan Habis 2 Hari Sebelum PRU ???


Maklumat Terkini dari Geng-Geng Pemilik Station Minyak..Kemungkinan Mereka Tidak akan Refill tangki-tangki simpanan Sehari sebelum PRU13.

Ini disebabkan Mereka tidak Mahu Rugi sekiranya Pakatan haram jadah mengambil alih Kuasa dan mengumumkan harga minyak turun. Mereka tidak mahu peristiwa paklah turunkan harga minyak yang menyebabkan mereka rugi banyak terjadi kembali..

Tapi ini hanya spekulasi saja. Jangan korang percaya pula dengan membuat pembelian panik.

InsyaAllah, Pakatan takkan menang dalam Pru kali ni disebabkan banyak perkara. Semuanya hanya mimpi dan angan mat jenin saja. Majority rakyat masih sayangkan Umno Barisan Nasional yang terbukti mampu mentadbir negara dengan cemerlang.

Pakatan haram perintah muflis negara, dengan Petronas pun sekali akan bankrap.

Gempar !!! ABBY Meroyan Tak Tentu Pasal Soal Calon Dalam Twitternya ??



Memang meluat dan naik menyampah dengan sikap ABBY semakin kritikal perangainya.1 M hanya untuk beritahu siapa sebenarnya ABBY ini..selepas menyertai parti PAS..rasanya apa yang dibuatnya rakyat Malaysia boleh menerima kritiknya pada BN dan UMNO...Jenis manusia yang tak tahu bersyukur dengan apa yang ada disekelilingnya. 

Bongkar !!! Surat Cinta Terhadap Penyokong Mazlan Aliman Didedahkan ???


Salam, Saya merupakan warisan atau generasi ke 3 peneroka Felda dan amat bersyukur kerana datuk dan nenek saya terpilih menjadi peneroka Felda.. Sehingga kini, saya telah meniti pelbagai kejayaan kerana berkat hasil jualan getah dari ladang nenek saya. Malah selama 20 tahun saya membesar di Felda, banyak perkara yang telah menyedarkan saya betapa beruntungya mereka-mereka yang terpilih menjadi penghuni kepada tanah rancangan tersebut.

Percayalah, Felda merupakan satu-satunya institusi yang telah berjaya menyelamatkan ekonomi Melayu Islam,biar pun di kawasan Felda saya juga terdapat bukan melayu (India dan Cina - walaupun tidak ramai). Kami hidup penuh harmoni tanpa sebarang masalah, namun setelah pembangkang mulai menguasai beberapa negeri isu yang mengatakan Felda kejam terus menjadi buah mulut.

Pada pandangan saya hanya satu sahaja..ada pihak yang tidak menyenangi kelebihan yang dimiliki peneroka Felda dan institusi Felda itu sendiri kerana telah memberi begitu banyak manfaat kepda ekonomi orang Melayu. Ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Felda kerana dengkikan institusi tersebut berkembang baik, dan terus menerus membela nasib golongan orang Melayu yang tidak berharta.

Jika kita kembali mengenangkan awalnya penubuhan tanah rancangan ini, orang Melayu yang memohon dan datang ke tanah rancangan Felda datang dengan sehelai sepinggang sahaja. Amat susah, miskin..namun datang dengan harapan setinggi gunung ke Felda..kini apabila semua sudah dimiliki ada segelintir yang mulai lupa diri (contoh kes peneroka saman Felda).

Sesungguhnya mereka ini umpama 'mengigit tangan yang menyuapkan makanan' kepada mereka dahulu.. Namun, saya percaya tidak semua peneroka sebegitu, malah kami sebagai warisan peneroka Felda amat bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana membuka hati pemimpin terdahulu untuk mewujudkan Felda. Sememangnya ada berlaku kekurangan di dalam sistem tadbir urus Felda, kerana tiada yang sempurna melainkan hanya ALLAH s.w.t sahaja. Namun itu hanyalah kerana kesalahan individu-individu tertentu yang mentadbir Felda, bukan institusi Felda itu sendiri.

Apa yang jelas kini, hampir semua institusi yang dikuasai Melayu terutamanya Felda sedang 'digoncang' oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang kerana mereka melihat Felda merupakan kubu kuat yang menyokong kerajaan. Justeru pelbagai fitnah serta tomahan dilemparkan kepada institusi tersebut semata-mata kerana mahukan ia (Felda) runtuh menyembah bumi dan orang Melayu kembali jatuh tertiarap dan mengemis di bumi sendiri seterusnya mengharapkan bantuan mereka pula.

Cuma satu harapan saya agar jangan ada di kalangan peneroka yang terus menerus mempercayai dakyah serta tomahan pihak tertentu yang mengatakan Felda adalah kejam dan menyeleweng. Sesungguh rezeki yang diberi oleh ALLAH s.w.t melalui Felda amat banyak dan terus dinikmati oleh warisan generasi anak cucu Felda. Sesungguhnya saya amat berbangga kerana menjadi sebahagian warisan kepada institusi Melayu yang paling berjaya kini.

Wassalam, ASH,SERDANG

Gempar !!! Penyangak SULU Di Sulu Di Melaka ???


Tertuduh yang merupakan warga Filipina mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman dan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Beliau merupakan Seorang lelaki Sulu dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas tuduhan memiliki kad pengenalan palsu dan menetap secara haram di negara ini.

Iskandar Azlan Al Shah Mohd. Nazal Al Shah, 33, yang ditahan di bawah SOSMA kerana mempunyai kaitan dengan pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah didakwa di Mahkamah Majistret di sini satas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan di Mahkamah Sesyen kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki kad pengenalan dengan maklumat pengenalan diri palsu menggunakan surat beranak milik Sharif Abdilla di No. 19, Jalan Seri Mangga 2/5, Taman Seri Mangga, di sini pada pukul 7 malam, 8 Mac lalu.

Dia didakwa di bawah Peraturan 25(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak kurang RM3,000 dan tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd. Aziz yang mengendalikan pendakwaan memohon agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia ditahan di bawah SOSMA dan merupakan warga asing. - UTUSAN ONLINE

Sah !!! Selepas PRU Ramai Yang Akan Jadi Janda Dan Duda ???


Kalau mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh  Nik Aziz Nik Mat bahawa tidak boleh menikahi orang UMNO. Yang lelaki akan menduda kerana isteri yang dinikahi oleh lelaki tersebut adalah muslimah PAS dan ramai menjanda kerana suami yang mengahwininya itu orang UMNO, Bagaimana dengan status anak-anak yang dilahirkan? Nik Aziz juga menyatakan bahawa HARAM menikahi orang UMNO. Ini bermakna ramai anak yang berstatus 'Anak Haram'. Cuba kita fikirkan,cuba kita kaji semula fatwa mengarut Nik Aziz yang ternyata tidak mengikut Ahli Sunnah WalJamaah. Siapakah Nik Aziz ini? Adakah beliau ini NABI ? Adakah beliau ini Dajjal yang dilahirkan semula? 

Hadi Awang juga tidak terlepas dari mengeluarkan Fatwa dan Amanat. Antara yang popular ialah Amanat Hadi Awang. 8 perkara dalam Amanat Hadi. Yang Black ingin tegaskan disini iaitu perkara ke 4. Percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO. 


Sah !!! Mahasiswa Spesis Jambu Tanding Najib Di Pekan ???

Pelajar Universiti Malaya berusia 23 tahun akan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRI-13).

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan menurunkan pelajar jurusan sains politik Mohamed Bukhairy Sofian sebagai calon bebas.

Katanya, kumpulan tersebut menurunkan seorang calon sebagai tuntutan untuk memperbaharui sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

"Kami mahu menonjolkan manifesto kami dan membawa dasar tersebut ke Parlimen.

"Selain itu, kami tidak akan mengetepikan isu yang menjejaskan penduduk tempatan di Pekan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Mohamed Bukhairy merupakan wakil Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) UM dan pengerusi Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, manifesto tersebut telah dikemukakan kepada parti memerintah dan parti pembangkang bulan lalu tetapi masih belum menerima respons daripada kedua-dua parti itu. 

***Memang jambu la anak ikan Anwar tu.. hehehehe.... 

SOALAN  :  SIAPAKAH YANG AKAN MEMBIAYAI WANG PERTARUHAN PELAJAR TERSEBUT..???

PANAS !!! Ibrahim Akan Dedah Rahsia Aset Beberapa Pemimpin Pembangkang???


Dua rahsia besar berkaitan pegangan aset beberapa pemimpin pembangkang serta kerjasama antara Pas, DAP dan PKR akan didedahkan selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Dua perkara yang dijangka mampu mengejutkan rakyat Malaysia dan menggugat kepercayaan penyokong terhadap parti pembangkang itu akan didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata, beliau akan mendapatkan kebenaran daripada Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum mendedahkan rahsia tersebut.

"Saya tidak boleh beritahu lagi kandungan rahsia tersebut tetapi apa yang pasti, rahsia itu akan mengejutkan banyak pihak kerana melibatkan aset yang dipegang oleh pemimpin tertentu dalam pakatan pembangkang selain daripada masalah kerjasama yang timbul antara mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berikutan wujud akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau untuk menyebarkan fitnah, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Ibrahim juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Pas yang kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai ahli Parlimen Bebas. - UTUSAN ONLINE


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget