Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 6 April 2013

Gempar !! Penasihat Hal Ehwal Agama Menteri Besar Umum Tidak Pertahan Kerusi DUN Batu Kurau .


Penasihat Hal Ehwal Agama Menteri Besar, Datuk Kapten (B) Mohd Najmuddin Elias hari ini secara terbuka menyatakan pendirian tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, keputusan tidak bertanding diambil bagi memberi laluan kepada pelapis baru yang terdiri daripada golongan muda untuk menjadi calon di Batu Kurau.

Malah katanya, keputusan itu dibuat tanpa desakan atau paksaan oleh mana-mana pihak tetapi atas kerelaan dirinya sendiri.

“Saya akan memberi sokongan penuh kepada sesiapa juga calon Barisan Nasional (BN) di DUN Batu Kurau.

“Keputusan ini dibuat dengan rela hati supaya saya dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada tanggungjawab dalam hal ehwal Islam dan dakwah di Perak,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Berdasarkan keputusan itu juga, Mohd Najmuddin berkata, beliau akan memberi fokus sepenuhnya merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan sistem politik negara kita berdasarkan prinsip wassyatiah dan memberi tumpuan serius berhubung hal ehwal agama bersama Menteri Besar.

Sepanjang menjadi wakil rakyat dua penggal, beliau telah melaksanakan pelbagai program pembangunan dan bantuan kemasyarakatan termasuk pembinaan mini stadium Batu Kurau bernilai RM2.5 juta.

Walau bagaimanapun, hasrat kerajaan negeri serta rakyat melihat kewujudan pekan baru Batu Kurau masih belum dapat ditunaikan.

“Saya berharap rakyat dapat memberi mandat baru kepada BN sebagai kerajaan supaya projek ini dapat dilaksanakan kelak,” katanya.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai cabaran kerusi DUN Batu Kurau ditandingi calon baru, beliau berkata, kawasan itu merupakan kubu kuat BN kerana mampu meraih 2,439 undi majoriti ketika PRU-12.

Pada pilihan raya tahun 2008, Mohd Najmuddin berjaya mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau dengan mendapat 7,023 undi sekaligus menewaskan calon PKR, Hamid Ali yang memperoleh 4,584 undi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...