Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 6 April 2013

Terkini !!! Serangan Nuklear akan Meletus jika


SEOUL 4 April - Korea Utara, hari ini memberi amaran bahawa negara itu telah memberi kebenaran kepada pasukan tentera negara itu untuk melancarkan rancangan serangan nuklear ke atas sasaran di Amerika Syarikat (AS).

"Masa berlakunya letupan semakin hampir," kata tentera Korea Utara sambil memberi amaran bahawa perang boleh berlaku sama ada 'hari ini atau esok'.

Ancaman terbaharu Pyongyang itu dibuat ketika Washington berusaha meningkatkan pertahanan peluru berpandu negara itu di Pasifik dengan bersiap sedia menghantar pemintas dari darat ke Guam, selain menempatkan dua kapal pemusnah anti-peluru berpandu Aegis.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), kumpulan pegawai Tentera Rakyat Korea memberi amaran kepada Washington bahawa ancaman AS akan 'dibalas dengan pelbagai jenis serangan nuklear'.

"Operasi tentera tanpa belas kasihan bagi bertindak balas atas ancaman AS telah diteliti dan disahkan," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pentagon mendedahkan akan menghantar meriam pemintas peluru berpandu dari darat untuk melindungi pangkalan tentera AS di pulau Guam yang terletak kira-kira 3,380 kilometer ke tenggara Korea Utara.

Pangkalan tentera AS di Guam menempatkan 6,000 tentera AS, kapal selam serta pengebom.

Meriam itu akan melengkapkan sistem pertahanan peluru berpandu AS di rantau itu selepas dua kapal pemusnah antipeluru berpandu Aegis dihantar sebelum ini.

Terminal Pertahanan Kawasan Altitud tinggi (THAAD) adalah sistem pertahanan yang dipasang pada trak yang mampu mengesan peluru berpandu musuh dan pelancarnya serta melancarkan pemintas bagi memusnahkannya. - AFP




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget