Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 17 January 2013

JEMPUTAN KE PERJUMPAAN RAKAN BN PERAK CEMERLANG (BNPC)


Tajuk Program
PERJUMPAAN RAKAN BN PERAK CEMERLANG (BNPC)
BERSAMA
YAB MENTERI BESAR PERAK
KALI KE II

Tarikh dan Masa
13 FEBRUARI 2013 (RABU)
( 7.00 pm  -  11.00 pm)

Tempat
KEDIAMAN RASMI YAB MENTERI BESAR PERAK DR

KEHADIRAN : 400 tetamu sahaja

SILA BUAT PENGESAHAN SECEPAT MUNGKIN MELALUI "EVENT" YANG TELAH DISEDIAKAN.


SEKIAN, TERIMA KASIH

DUA rakyat Malaysia jadi Tebusan !!!


Biar betul Dua rakyat Malaysia antara 41 individu yang dijadikan tebusan di sebuah pangkalan gas di In Amenas, Algeria.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya sudah berhubung dengan keluarga mangsa yang dijadikan tebusan serta syarikat di mana mereka berkerja yang berpangkalan di Singapura. 

“Malah, pihak kedutaan juga meminta bantuan dari Kementerian Luar Negeri Algeria bagi mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia lain yang terbabit dalam insiden itu. 

“Dalam masa sama, kita juga memohon bantuan bagi memastikan keselamatan serta pembebasan rakyat Malaysia yang kini dalam tahanan,” katanya.


Menurutnya, dia juga sudah berhubung secara langsung dengan rakan sejawatnya di Algiers, TYT Mourad Medelci bagi membincangkan perkara berkenaan.


“Kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam usaha memastikan rakyat Malaysia yang ditahan dapat dibebaskan dengan selamat,” katanya.- Harian Metro

Amukkan seorang Blogger !!!

SIAPA PATRICK TEOH YANG BERANI MENGHINA ISLAM??





Nak tahu siapa yang marah beno tentang isu ini

Nak BR1M ke BL1M ke?


Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) YB Khairy Jamaluddin telah memperkenalkan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) yang bakal memberi manfaat buat 500,000 golongan belia untuk memiliki lesen memandu kelas B2.

Dalam sidang media dan Majlis Perlancaran Laman Web www.bl1m.my di PWTC pada 14 Januari yang lalu Khairy Jamaluddin berkata :

"Inisiatif BL1M yang dikemukakan oleh Pemuda. BN ini bertujuan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, dengan meringgankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan."

"Pendek kata, anda berhak menikmati kebebasan memiliki kaedah pengangkutan sendiri, dengan syarat anda juga menyedari tanggungjawab anda kepada komuniti."

"Manfaat program BL1M amat luas; ia akan membantu meningkatkan keselamatan jalan raya di taman perumahan, bahkan juga jalan awam."

"Mesej dari Pemuda BN sememangnya jelas: Kami mengutamakan keselamatan anda, dan akan berusaha ke arah pencapaiannya. Inisiatif BL1M ini merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO; kami sedia memenuhi janji membela rakyat."

Di bawah program BL1M, pemohon lesen kelas B2 tunggal (250cc ke bawah) berwarganegara Malaysia dan berusia 17 hingga 40 tahun hanya dikenakan bayaran yuran sebanyak RM199.

Ia meliputi pemohonan lesen serta tangkapan gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang berkomputer dan ujian praktikal di institut memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ.

Pada masa ini, kos purata untuk memohon lesen B2 dan menjalani kelas latihan serta ujian-ujian yang ditetapkan sebanyak RM380. - MyMahasiswa

Betul ke???Bob lokman jual kopi kuat !!!


Menurut sumber dari blog Budak Sri Kinta ,beliau baru-baru ini dilihat menjual 'kopi kuat' (belum ada kelulusan KKM) ketika hujan lebat di perhimpunan hijau.Betul ke?

Gelagat Bob ketika mempromosi 'kopi kuat' itu tidak ubah seperti peserta 'Raja Lawak' yang pernah diadili Bob.

Untuk cerita selanjutnya [CLICK HERE]

TUNJUK SAYA DI MANA UNTUNGNYA PAS, KATA MANTAN NAIB PRESIDEN PAS


Saya ingin membuat ulasan sedikit mengenai kenyataan daripada Dato Seri Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Agong PAS Dato Mustafa Ali yang meminta supaya isu kalimah Allah dimatikan sahaja.
Pada prinsipnya saya bersetuju dengan gesaan tersebut. Walaubagaimanapun persetujuan saya tertakluk kepada perkara-perkara berikut :
a) Sekiranya setiap mereka yang terlibat terutamanya mereka yang mengusulkan kalimah Allah diizin pakai dalam Bible berbahasa Melayu melihat dan memahami peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen-Enakmen Negeri yang telah dikeluarkan berhubung dengan isu ini. Semua pihak mesti bersedia mematuhi peruntukan-peruntukan yang sedia ada disamping menghormati sensitiviti umat Islam yang menjadi penduduk majoriti di negara ini kerana isu ini berkait langsung dengan permasalahan aqidah.
b) Lim Guan Eng sebagai pihak yang menimbulkan semula isu ini dalam ucapan hari Krismasnya baru-baru ini perlu menarik balik dan memohon maaf sercara terbuka di atas gesaan beliau supaya Kerajaan Persekutuan memberi izin kepada penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu. Ternyata gesaan beliau itu telah menyinggung perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di Negara kita.
c) Semua pihak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan Fatwa yang dikeluarkan sebelum ini diperingkat Persekutuan dan peringkat Negeri mengenai penggunaan kalimah Allah.
Saya menganggap selagi ketiga-tiga perkara di atas tidak dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran selagi itulah isu ini dan lain-lain isu yang berkaitan dengan agama khususnya Islam akan dijadikan modal politik yang akan terus dipolemikkan.
Saya juga ingin menyentuh mengenai tuntutan pihak-pihak tertentu yang saya percaya terdiri daripada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang menuntut supaya Majlis Syura Ulama PAS menarik balik keputusan yang dibuat. Pihak-pihak tersebut telah membuat ugutan untuk memencilkan PAS dalam PRU ke 13 akan datang.
Bagi saya tuntutan dan ugutan seperti ini hanya timbul daripada pihak yang mementingkan tuntutan nafsu jahat bukan daripada kewarasan akal fikiran dan hati yang bersih. Lalu dimanakah untungnya PAS untuk terus berada di dalam sebuah pakatan yang tidak menguntungkan perjuangannya itu.
Seperkara lagi, rakyat sedang menunggu-nunggu respons dan kenyataan rasmi daripada PKR dan DAP terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS. Mengambil sikap mendiamkan diri bukan satu tindakan yang wajar disebabkan kedua-dua parti ini seperti yang diketahui umum mempunyai pandangan yang tersendiri yang bertentangan dengan pandangan rasmi PAS yang berkaitan dengan isu kalimah Allah ini.
Sekiranya pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tersebut mendiamkan diri maka tidak salah bagi rakyat membuat anggapan bahawa sikap sedemikianlah yang akan terus diambil oleh mereka dalam hal-hal seperti ini sekiranya mereka berjaya ke Putrajaya seperti yang diigau-igaukan itu.
Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sama-sama memanjangkan jemputan kepada seluruh masyarakat Islam di negeri Selangor khasnya untuk menghadirkan diri mengikuti kuliah khas daripada Prof Dato Dr Haron Din mengenai isu kalimah Allah di Masjid Negeri Shah Alam pada hari Jumaat 18 Januari, 2013 selepas solat Maghrib.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, Kuala Lumpur
16 Januari, 2013
SUMBER:MINAH BRUTAL

AWAS!!! Sendikit Penipuan BR1M !!!



Awas dan berhati-hati dengan penipuan BR1M, nampaknya semakin menular kisah BR1M nie, jangan sesekali terkena ataupun tertipu dengan BR1M yang nampaknya sudah ada sindikit BR1M tipu tidak seperti yang kerajaan Malaysia tengah buat 2 nd Round ...

Di Pengkalan Pegoh harap semua orang kampung harap berhati-hati, terdapat dua orang lelaki yang seorang Cina dan seorang lagi India yang akan merayau merata kampung dengan pakaian kemas sepertimana seorang kakitangan jabatan kerajaan yang pergi kampung ke kampung untuk kononnya mencari mereka yang masih tidak dapat bantuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia,

Seperti seorang kakitangan kerajaan yang akan mengisi borang untuk pemohon yang kita tentu maklum akan meminta kad pengenalan dan bertanya beberapa butiran sepertimana yang di isi kedalam borang BRIM yang biasa kita dimaklumkan disesi penerangan dan juga berdasarkan pengalaman sebelum ini terutama yang telah menerima bantuan sebelum ini

SETERUSNYA [click HERE]

LRT percume untuk org ramai (KEMPEN PROMOSI VMY 2014)


Hah memang terbaik lah kan apabila Perkhidmatan LRT percuma laluan Ampang ke Bukit Jalil akan disediakan untuk orang ramai yang menghadiri karnival kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY 2014), kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata perkhidmatan percuma itu akan bermula pada 6 petang hingga 12.00 tengah malam bagi menggalakkan kedatangan orang ramai dan menyedarkan mereka tentang pentingnya VMY 2014.

RapidKL akan juga menyediakan perkhidmatan pergi balik antara Taman Teknologi Malaysia ke Bukit Jalil pada hari pelancaran, katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan kempen itu pada jam 8.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mencabut nombor hadiah utama.

SETERUSNYA

Tanda2 akan berlakunya Khiamat !!!


minta diperjauhkan kita daripada perbuatan yang dilaknat Allah s.w.t.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...