Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 20 February 2013

Popular disebabkan Lagu?


Eddie Hamid merupakan composer yang hebat. Lagu yang di cipta & compose oleh Eddie Hamid ni semuanya terhangat di pasaran. Maklumlah tajuk lagunya pun hangat-hangat dan tangkap leleh...


Semasa PRU11 Eddie Hamid pernah mencipta sebuah untuk kempen PRU11 Barisan Nasional..

Kali ini Eddie Hamid tampil dengan kreativiti tersendiri, dengan lagu sebuah lagu khas untuk Rakyat kelantan yang dahagakan pembangunan dan kesejahteraan hidup... Jom layan lagu ni... wehhhh

Cubaan menjadi Malaysia negara Sekular?




Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan bukan satu peruntukan sia-sia.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, dengan adanya peruntukan itu negara Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah 'negara Islam'.

"Di mata dunia, Malaysia bukan sahaja dilihat sebagai sebuah negara Islam, malah negara Islam contoh di abad ini. Malaysia juga dianggap sebagai contoh sebuah negara Islam maju di zaman ini," katanya.

Abdul Hamid berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Islam dan Tafsiran Keperlembagaan oleh Mahkamah di Malaysia' pada Muzakarah Pakar bertajuk 'Malaysia: Kemelut Negara Islam Negara Sekular' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan dan perkembangan perbankan Islam, kewangan Islam, dan takaful sehingga negara berada pada tahap ke hadapan dalam bidang itu.

Abdul Hamid berkata, rakyat juga boleh melakukan aktiviti keislaman termasuk membina universiti, kolej, masjid dan sekolah.

Lagi Pendedahan :SINI

EJEN UMNO GEGAR PEJABAT AZIZAN ???


KENYATAAN AKHBAR
Kami SELURUH kakitangan KolejUniversiti INSANIAH (KUIN) sangat kesal di atas dakwaan YAB Menteri Besar Kedah bahawa kakitangan KUIN yang memperjuangkan hak dan kebajikan kakitangan sebagai ejen UMNO tanpa sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan melulu beliau.

KetikaNegeri Kedah di bawah pentadbiran Kerajaan BN, KUIN didakwa sebagai lubuk PAS sehingga mengakibatkan pentadbiran negeri menjadi milik PAS melalui PRU12-2008.

Apakah alasan yang membuktikan bahawa kakitangan INSANIAH adalah ejen UMNO? Seorang muslim mukmin adalah berdosa menuduh tanpa bukti. Bertaqwalah kepada Allah dalam mengeluarkan kenyataan.

Sepatutnya sebagai seorang Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN, mengambil pendekatan bersikap terbuka dan berlapang dada dengan menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan KUIN sehingga menimbulkan keadaan yang sangat kritikal sekarang.

Sebagai seorang yang berkuasa di Negeri Kedah, Menteri Besar hendaklah bersikap adil bagi memastikan pentadbiran yang berslogankan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua dilaksanakan dengan secara menyeluruh supaya tiada rakyat yang teraniaya disebabkan Kerajaan Negeri terlepas pandang.

Menteri Besar tidak sepatutnya mengamalkan dasar menutup pintu dengan tuduhan melulu tanpa berlapang dada untuk mendengar rintihan kakitangan yang mendakwa dianiayai dan dinafikan kebajikan sehingga masalah dalaman KUIN terus menimbulkan kerumitan.



YAB sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah INSANIAH tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan media bahawa YAB Dato Seri enggan ambil tahu isu KUIN bagi mendengar serta menyelesaikan perkara ini sehingga menyebabkan kehidupan kami sekalian menjadi sukar dan menyulitkan.


Sehubungan itu saya bersama rakan-rakan mewakili seluruh kakitangan KUIN pada hari ini tampil untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah agar lebih professional di dalam menangani kemelut dan krisis KUIN yang teramat kritikal.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataanseperti:
1.Menuduh kakitangan KUIN yang menggunakan saluran yang betul ke JabatanTenaga Kerja untuk menuntut hak dan kebajikan yang diabaikan oleh KUIN di bawah pentadbiran Dr Jamil Osman, Rektor KUIN dengan tuduhan politik kotor sebagai ejen UMNO.

2.Mengeluarkan kenyataan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah tidak mahu mengambiltahu dan peduli terhadap permasalahan yang berlaku di KUIN.

3.Mengarahkan kakitangan yang dianiayai KUIN meninggalkan KUIN dan mencari kerja di tempat lain.
Sepatutnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah perlu bertindak sebagai lebih professional sebagai orang tengah bagi mengkaji, menyisat dan menyelesaikan masalah dalam KUIN yang berlarutan hampir 4 tahun, bukan dengan mengheretkakitangan KUIN kedalam kancah politik.

Sewajarnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah perlu menubuhkan satu jawatankuasa bebas dan telus untuk menyiasat punca utama bagi menyelesaikan masalah dalaman KUIN.

Selain bantahan yang telah saya sebutkan tadi , di dalam memorandum ini juga kami senaraikan sebahagian masalah serta isu kebajikan yang kami di hadapi dan tuntutan yang dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar seperti :

i) Isu kebajikan yang melibatkan kenaikan gaji, bonus, potongan yang tidak dibayar kepada pihak ketiga,
ii) Isu pemalsuan dokumen rasmi KUIN yang diarahkan oleh Rektor Dr Jamil untuk digunakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar semata-mata berhadapan isu saman hutang KUIN.

3.Kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang langsung tidak mendatangkan keuntungan bahkan sebaliknya mengambil wang peruntukan Kerajaan yang diberikan untuk tujuan operasi KUIN.

i) Kurapsi pentadbiran Dr Jamil, Rektor KUIN yang tidak langsung melambangkan pentadbiran Islam.
ii) Pencapaian gred Tier 4 daripada pihak Kementerian PengajianTinggi untuk SETARA 2011 yang dipersoalkan penuh dengan penipuan dan peniruan.


Blogger Umum akan ada himpunan rakyat Sabtu ni?



Ater komer nak tungu apa lagi, jom join dengan dema semua, tak yah susah nak berarak atas jalan, tak payah nak lawan POLIS, tak payah nak lawan FRU, tak payah nak terbalikan kereta POLIS, tak payah nak escort Kaki Juboq, tak payah nak sokong peliwat jadi PM, tak payah nak jual agama, tak payah jadi lembu Pakartun Roket, tak payah nak jadi pencacai Roket... ishhh tak payah dan tak paya

Nak Tahu lagi:SINI

Janda Anak 3 Kantoi?

Janda 3 anak, lelaki warga Nepal tinggal sebilik dicekup

Seorang janda beranak tiga dicekup bersama pasangannya, warga Nepal yang dikenali sejak dua bulan lalu, setelah disyaki berkhalwat di sebuah rumah kedai, di Pandan Perdana, awal pagi semalam.

Pasangan itu ditahan kira-kira jam 1 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan mengenai kegiatan maksiat di bilik sewa rumah berkenaan.

"Setelah beberapa kali mengetuk bilik berkenaan, seorang wanita sekitar usia 38 tahun yang hanya berkemban dengan tuala membuka pintu.

"Wanita itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa, lalu memberi alasan tinggal bersama kakaknya, namun kami berjaya menemui seorang lelaki berpakaian lengkap berusia 30 tahun menyorok bawah tilam di premis sama,” katanya.

Menurutnya, wanita yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengawal keselamatan itu juga beralasan membenarkan lelaki baru dikenali itu tinggal bersama kerana simpati.

“Wanita itu memberi alasan kasihan dan membenarkan tinggal bersama di bilik sewa terbabit kerana sebelum ini teman lelakinya mendiami hostel yang sempit serta sesak.

"Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk laporan tangkapan dan wanita terbabit diberi jaminan keluarga atau kenalan, bagaimanapun lelaki Nepal berkenaan dilepaskan kerana bukan Islam," katanya.

Dalam serbuan berasingan, perbuatan mencurigakan beberapa wanita memasuki rumah bujang lelaki di Taman Melur, di sini, terjawab apabila kediaman itu diperiksa.

Ahmad Nawi berkata, lima individu termasuk dua wanita sekitar 20 hingga 30an ditahan dalam serbuan berkenaan.

Menurutnya, dua lelaki masing-masing hanya bertuala dan berseluar pendek didapati tidur bersama seorang wanita berpakaian lengkap di ruang tamu rumah berkenaan.

"Seorang daripada lelaki terbabit memberi alasan teman wanitanya terpaksa menumpang di kediaman itu kerana kesukaran mencari rumah sewa lain," katanya.

Pada masa sama, sepasang kekasih turut dicekup tidur bersama dalam bilik di tingkat atas rumah itu.

Lima yang ditahan dalam operasi itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk laporan tangkapan.

Lagi Fitnah Jatuhkan Najib

Laman sesawang Jabatan Penerangan

Begini ceritanya Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggodam laman sesawang Jabatan Penerangan sebagai sudah kekeringan idea.

Pihak berkenaan bertindak memasukkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meletakkan jawatannya serta permohonan maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta seluruh ahli parti pembangkang berkenaan.

Menurut Mof Puad, fitnah seperti ini adalah cara lama pihak berkenaan mahu menjatuhkan Najib yang sememangnya telah melakukan banyak perubahan yang membawa kepada keselesaan rakyat sepanjang pemerintahannya.

Beliau turut meminta Unit Rekod dan Teknologi Maklumat (IT) Barisan Nasional (BN) bersiap sedia kemungkinan berdepan ancaman penggodaman sistem bagi menghadapi pilihan raya.

“Dengan kejayaan pihak terbabit menggodam laman sesawang ini, tidak mustahil mereka akan melakukan perkara sama semasa pilihan raya nanti.

“Sebab itu, pihak IT BN perlu mengejar teknologi yang ada, bukan hanya mempelajari cara menggunakannya tetapi turut belajar mengelak daripada dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, tindakan Najib yang melakukan sentuhan terakhir untuk menghadapi pilihan raya juga mengundang rasa tidak selesa kepada pembangkang.

Malah beliau tidak menolak pembangkang kini terdesak melakukan apa sahaja asalkan mendapat sokongan rakyat.

SUMBER

Banyaknya Duit?


Annuar Musa

KELANTAN membayangkan bakal menggunakan tiga khidmat pemain baharu apabila jendela pendaftaran pemain dibuka pada awal April nanti, dan dengan itu tiga pemain yang sedang beraksi bersama pasukan  tersebut bakal digugurkan.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa hanya berkata 'tiga pemain baru tersebut pernah wakili negara masing-masing'.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut pemain mana yang bakal digugurkan dan yang akan terus bersama pasukan tersebut pada musim ini.

Katanya, tindakan itu diambil kerana persatuan itu memandang serius prestasi semasa The Red Warriors yang ketika ini menduduki tangga kelapan saingan Liga, yang sekali gus mengundang persepsi negatif peminat sukan negeri ini terhadap pasukan tersebut.

"Kita tak akan berpeluk tubuh dengan situasi semasa pasukan yang sedikit merudum pada awal saingan Liga Super musim ini walaupun jurulatih telah cuba beberapa perkara untuk meningkatkan prestasi pasukan," katanya kepada pemberita pada majlis penajaan kereta oleh syarikat Secretleaf kepada Kada di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Secretleaf, Amir Ramadzan Ibrahim.

Pada majlis itu Secretleaf dengan kerjasama Kafa turut melancarkan peraduan 'Beli dan Bola' di mana dua pemenang bertuah bakal menyaksikan perlawanan bola sepak kejohanan Piala Konfederasi Asia (AFC) antara Kelantan dan Shb Da Nang di Stadium Chi Lang, Danang, Vietnam pada 10 April depan.

"Ini bermaksud kami perlu menukar pemain atau membuat pelaburan untuk mengambil pemain baharu, dan kita perlu sekurang-kurangnya RM1 juta untuk mengubati perkara ini," katanya.

Annuar berkata, penukaran tiga pemain untuk diserap pemain baharu itu bukan kerana prestasi mereka tidak berada di tahap yang sepatutnya, tapi untuk kepentingan pasukan.

"Kita ada kira-kira 10 perlawanan lagi, iaitu lima perlawanan dalam saingan Liga Super, tiga perlawanan Piala FA serta dua perlawanan dalam AFC. Kita akui pasukan kita sekarang adalah pasukan OKU (orang kurang upaya).

"Bagaimanapun Kafa masih memberi peluang kepada pemain sedia ada untuk memberi persembahan terbaik kerana ia masih hak mereka sebelum jendela pendaftaran dibuka pada April depan," katanya.

Juara treble, Kelantan berdepan krisis getir pada awal musim ini selepas kehilangan tiga tonggak utamanya di bahagian serangan dan sayap, iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya dan Mohammad Ghaddar nyata memberi tekanan hebat kepada The Red Warriors untuk melahirkan pemain berbakat di bahagian tersebut. - Bernama

Selangor Bubar DUN hari ini?

PRU13

Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor.

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
“Memang setiap Rabu, Menteri  Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini.

“Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.

“Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya.

Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

SINAR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget