Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 2 May 2013

PANAS !!! KENAPA AZIZAN ANGKAT BENDERA PUTIH ???!!!

Gelombang biru di Kedah nampaknya sudah hampir pasti akan menenggelamkan PAS. Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kemenangan PAS pada 2008 bukanlah kerana rakyat Kedah menyokong PAS tapi kerana ingin ‘mengajar’ UMNO. 
Nampaknya, ‘pengajaran’ yang diberikan adalah berbaloi kerana kepimpinan Dato’ Seri Najib hari ini nampaknya ikhlas melakukan penambahbaikan. UMNO Kedah sudah lama mengalami masalah dalaman. Menurut rakyat Kedah, UMNO Kedah sebelum ini sudah mencapai tahap tepu. 
Teguran mahupun kritikan tidak pernah dipedulikan seolah-olah tiada apa yang mampu menjatuhkan mereka. Justeru, rakyat pun menghukum mereka dengan memberi undi kepada PAS. 
Akibatnya, rakyat juga turut menerima pengajaran tentang siapa dan apakah PAS. Satu penggal di bawah PAS sudah cukup untuk memperlihatkan betapa parti itu tidak punya kebolehan dari apa segi sekali pun. 
Jika selama ini umat Melayu sering menjulang mereka yang berlatarbelakangkan agama, yang mampu memberi khutbah, hafaz AlQuran dan fasih berbahasa Arab, sebagai orang yang paling layak memimpin, kini mereka sedar bahawa pendapat itu adalah salah. 
Ilmu agama mungkin menjadikan seseorang itu manusia yang baik, tetapi ia tidak menjamin yang beliau akan menjadi pemimpin yang baik. Orang yang baik dengan pemimpin yang baik adalah dua perkara yang berbeza. Untuk menjadi pemimpin yang baik, seseorang itu perlu memahami ekonomi, kewangan, sejarah dan juga selok belok pengurusan. 
Oleh kerana tidak mempunyai semua ilmu ini, maka kita melihat bagaimana Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah terkapa-kapa dan terpinga-pinga meneraju negeri. Beliau hilang kawalan ke atas segala-galanya sejak dari mula lagi. 
Beliau ditipu dan dimanipulasi sesuka hati oleh orang-orang kelilingnya. Beliau tidak mampu memahami laporan kewangan apatah lagi untuk mencari penyelesaian ke atas setiap masalah. Beliau mendabik dada sebagai anak petani dan lebih tahu perihal pembalakan dan perladangan tetapi beliau langsung tidak tahu mengurus pembalakan atau perladangan itu. 
Akhirnya, habis balak ditebang tanpa menghiraukan kawasan tadahan dan sehingga gondol segala hutan dan bukit-bukau di negeri jelapang padi tersebut. Ia mungkin membawa hasil segera kepada negeri, namun ia juga akan habis dengan segera juga. Apatah lagi, apabila kerajaan negeri tidak mampu menjana kewangan dan terus menambah hutang serta membazirkan wang. 
Selain tidak berkebolehan, Azizan juga tidak punya karisma dan tidak mampu berdialog atau berurusan dengan pihak pelabur mahupun rakan sejawatannya. Pendek kata, beliau menampilkan diri sebagai seorang Ketua Kampung dan bukannya Menteri Besar. 
Jika rakyat inginkan seorang agamawan memegang kuasa, tanpa mengambilkira kelayakannya dalam bidang-bidang lain, maka inilah akibatnya. Lebih teruk, dari segi agama juga Azizan tidak mampu membawa apa-apa peningkatan selain menggunakan tulisan jawi di papan-papan tanda. Selebihnya, keadaan negeri Kedah hari ini adalah jauh lebih ‘tidak Islam’ berbanding di bawah kerajaan BN sebelum ini, dengan pusat-pusat hiburan tumbuh bagai cendawan. 
Bukan itu saja, sijil halal juga diluluskan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerana pihak yang bertanggungjawab sudah bertahun-tahun tidak mengadakan mesyuarat. Azizan yang bakal dicabar oleh sepupunya sendiri, cukup sedar akan kelemahan diri. Namun, sekadar menjaga ego, beliau terus berlagak konon yakin akan menang. 
Hakikatnya, fikiran dan perasaan beliau sudah terlalu amat berserabut sama seperti berserabutnya Pakatan Rakyat dan PAS itu sendiri. Beliau tahu beliau tidak akan mampu untuk terus mentadbir sepenggal lagi tanpa menghancurkan negeri Kedah. 
Tidak mustahil, jauh di sudut hatinya, beliau mengharapkan kekalahan. Kerana itu, tidak hairanlah jika beliau dikatakan sedang sibuk mengemas pejabatnya bersedia untuk keluar. Dalam keadaan ini, tiada sebab kenapa BN Kedah tidak mampu menang. 
Sedar atau tidak, perubahan sebenarnya sudah pun berlaku, bermula dari penamaan calon lagi. Justeru, slogan ‘ubah’ PR sebenarnya sudah tidak relevan lagi. 
 

Lagi PERANCANGAN JAHAT DAP DIDEDAHKAN!!!

Amat menakutkan apabila dilihat suasana sekarang walaupun masih didalam kuasa melayu Islam. Bayangkanlah sekiranya malaysia di perintah oleh bukan melayu malah bukan juga islam. Umat islam khasnya melayu harus berwaspada.... Klik blog bawah untuk info seterusnya...

METAL ROCK WORLD: GEMPARR!!! RANCANGAN BESAR DAP!!: Rakyat Malaysia Lihatlah Apa Tindakan DAPig Bila Mereka Berjaya Mentadbir Malaysia...!!! Sedarlah Wahai Rakyat Malaysia... Jangan Kita ...

PANAS TERIK !!! "DITANGKAP" KERANA CABUL NENEK WARGA EMAS!!!!














.


BACA LAPORAN PENUH SINI

GILA VAVI !!! TUN M MENGAMUK SAKAN NI ???? TUN TENANG TUN !!!

maka arakiannya amatlah bersesuaian dengan header blog hamba yang mendambakan kit siang bapak rasis malaysia !

GILA BETUL !!! NALLAKARUPAN BOCOR RAHSIA ANWAR DI PAGOH !!!




Sememangnya ramai yang sudah mengenali Datuk Nallakarupan, beliau menjadi semakin terkenal kerana pendedahan berani matinya terhadap rahsia-rahsia peribadi anwar ibrahim semasa beliau dananwar bersahabat baik suatu ketika dulu. Beliau memang terlalu banyak menyimpan rahsia anwar dari hujung rambut sehingga hujung kuku anwar. 

Semalam Datuk Nalla berkesempatan berkunjung ke 3 tempat baca seterusnya...

GEMPAR [Video] !!! Saiful Bersumpah Laknat Depan Kaabah Dia Diliwat Anwar!!!


setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan tertekan.

Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010.
 
 
Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan merakamnya sendiri.

Terus terang, selepas saya melafazkan Sumpah Laknat tersebut, secara tiba-tiba saya rasa seperti hilang segala rasa tekanan dan beban yang sedang dipikul. Saya benar-benar rasa puas dan peroleh keyakinan dan keberanian. Pada hemat saya, setelah keputusan kes saya diputuskan sebegitu rupa, hanya kepada Allah SWT sahaja tempat yang tepat untuk memohon pertolongan dan berserah, tiada siapa yang dapat bantu saya, sudah hilang segalanya.

Semasa itu, saya pun tidak pasti mengapa saya digerakkan Allah untuk berbuat demikian.

Berikut adalah rakaman sumpah laknat, bertarikh 9hb April 2012 yang saya rakam sendiri melalui telefon bimbit saya. [Artikel Penuh]

TERKINI DAN SADIS !!! Remaja Maut Diseret Treler 100 Meter!!!

PARIT BUNTAR: Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis dan diseret sebuah treler sejauh lebih 100 meter di Simpang Lima Parit Buntar, semalam.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, M Sharendran, 22, mati di lokasi kejadian dan tubuhnya tersepit di bawah tayar treler berkenaan.
Seorang saksi kejadian, Saiful Mua’zam, 21, berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bersendirian bergesel dengan treler yang menuju Kuala Kurau.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa yang menaiki Yamaha 135L terjatuh sebelum digilis tayar belakang treler itu.
"Saya tergamam melihat mangsa jatuh betul-betul di bawah tayar belakang lori itu sebelum digilis hampir 100 meter. Pemandu treler itu hanya berhenti selepas menyedari kenderaan berat dibawa melanggar mangsa dan motosikalnya," katanya.
Dia berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan jalan sibuk dengan kenderaan.
"Inilah kali pertama saya menyaksikan kemalangan begitu dahsyat. Saya tidak sanggup melihat keadaan mayat mangsa yang hancur akibat kemalangan itu.
"Mayat mangsa dibawa keluar oleh anggota polis sebelum dihantar ke Hospital Parit Buntar," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes kemalangan berkenaan yang membabitkan pemuda dari Ladang Jin Seng, Bagan Serai.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. ~Antarapos

BIOR BETUL !!! APA YANG TUN M Buat SAMA Nik AZIZ Tengah-Tengah Malam NI????

BUKIT MERTAJAM 2 Mei - Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nk Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.

"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?

"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh pembangkang sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh. -UTUSAN

BENGONG BETUL !!! KO INGAT KERETA NI MACAM BAPAK KAU PUNYA KE????HARAM JADOO BETUL !!!

Kempen pilihan raya di Permatang Pauh semakin agresif apabila sekumpulan penyokong pembangkang bertindak merosakkan kereta jenis Nissan Frontier milik petugas Barisan Nasional (BN) di Jalan Tenggiri di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, sekumpulan 18 orang menaiki motosikal telah melakukan provokasi kepada tiga petugas lelaki BN yang menaiki kenderaan yang mempunyai pelekat gambar calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Datuk Mohammad Nasir Abdullah.

Jurucakap pilihan raya polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, semasa petugas BN mahu bergerak dengan kenderaan itu, telah berlaku pergeseran menyebabkan empat motosikal kumpulan tersebut terbalik dan empat cedera ringan.

"Kerana tidak berpuas hati, mereka mengejar kereta berkenaan yang menuju ke Bilik Gerakan BN Seberang Jaya di Lebuh Tenggiri di sini.

"Sekumpulan 18 orang yang menaiki 10 buah motosikal telah bertindak memecahkan cermin depan kereta tersebut dan cermin sisi dengan menggunakan topi keledar dan besi," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

Roslee berkata, sepasukan anggota polis unit tempur ringan (LSF) dan anggota Ops Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergegas ke tempat kejadian bagi meleraikan pergaduhan itu.

Katanya, tiga petugas BN yang terbabit telah membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya. 

- UTUSAN ONLINE

PANAS TERIK !!! KINI AMY SEARCH PULAK JADI TUKANG ... !!!

PANAS TERIK !!! OHHHH MINYAK RON 92 Yang Turun HARGA !!! Patut la ... Teman SOKONG BEBENO !!!

 

BUKTI BERGAMBAR MINYAK YANG AKAN DITURUN KAN !!! KAH KAH KAH !!! KANTOI LAGI EK !!! OHHH !!!

GEMPAR !!! SIAPA PULAK YANG TAK BERANI BUAT UJIAN POLIGRAF NI !!!! TAKUT KE????


Hari ini di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 akan diadakan ujian poligraf (mengesan pembohongan) antara calon PAS Parlimen Putrajaya, Husam Musa dan blogger Syed Azidi (Kickdefella) berkaitan dengan beberapa hal yang melibatkan mereka berdua dan juga menjawab pendedahan di dalam buku yang tersebar sekitar Putrajaya berjudul "Kenali Siapa Husam".

Kickdefella pernah berkhidmat untuk Husam selama dua tahun sekitar PRU12 lalu, mencabar Husam pada 28 April lalu untuk membuat ujian poligraf ini bagi memastikan dia tidak berbohong tentang beberapa skandal, projek dan kegagalannya selama menjadi exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan.

Video SINI

Dalam amsa yang sama malam ini juga Husam mencabar calon BN Parlimen Putrajaya, DS Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berdialog mengenai masa depan warga Putrajaya.

Beranikah Husam untuk menjalani ujian poligraf terlebih dahulu sebelum mengadakan dialog dengan Ku Nan bagi membuktikan dirinya bukan seorang pembohong?? Jika Husam bacul untuk hadir bagi membuktikan dirinya seorang pemimpin yg sentiasa bercakap benar, lupakan hasrat untuk berdialog dengan Ku Nan kerana itu ternyata akan menjadi majlis yang sia-sia.

Warga Putrajaya mencari seorang pemimpin yang serius membela nasib rakyat, bukan pemimpin yang bermanis kata berbaur dusta. Jom kita beramai-ramai ke Kelab Tasik Putrajaya jam 5 petang esok melihat Husam menjalani ujian poligraf... Beranikah Husam bercakap benar???

Sumber: Jendela Amy


KAH KAH KAH !!! PADAN MUKA,ANWAR DIHALAU MACAM TUTTTTTT !!!!

Anwar di Masjid Teluk Bahang.Lawatan Anwar ke Masjid Teluk Bahang malam tadi untuk mambantu calon parlimen pkr di situ.

Selepas solat anwar terus nak bagi usrah dengan membaca sepotong ayat serta menyentuh isu politik...Lalu mengamok la anak kariah kat situ..

TONOTON VIDEO KLIK AKTIVIS KEPAYANG JR

GILA BABUN !!! OHHH KENE TIPU!!! PATUTLAH JOIN TU YUP !!! KAH KAH KAH KAH

"Saya tertipu dengan beberapa pemimpin Pas yang datang kepada saya dan mengajak saya menyertai Pas, kata mereka kononnya Pas akan melaksanakan negara Islam dan hukum hudud sedangkan Umno menolak Hudud", kata Tarmizi Kor Abdullah bekas Ketua Penerangan Pas.

"Apabila dihadapan masyarakat Melayu Pas akan berkata mereka akan melaksanakan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud tetapi bila dihadapan masyarakat cina terutamanya penyokong DAP mereka akan berkata negara Islam dan hukum hudud tidak akan dilaksanakan dan mereka sentiasa akan akur dengan pemimpin pakatan rakyat", kata Tarmizi lagi yang juga seorang saudara baru.

"Nasihat saya janganlah terpengaruh dengan kata-kata mereka yang penuh hipokrit dan pembohongan demi tamakkan kuasa, dendam dan hasad dengki", katanya lagi ketika ditemui di Flat Seri Connoly ketika menyertai kempen calon BN N43 Dun Sungai Rapat Dato Hamidah Osman.

PANAS TERIK !!! MASIH INGATKAH KOME TENTANG PERISTIWA Merampas Kembali Perak PRU12 dulu... KLIK UTK BACA

Perhimpunan di Padang Ipoh berlangsung selama sejam sebelum disuraikan oleh sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias.
Semasa berhimpun di Padang Ipoh, kumpulan tersebut membawa kain rentang dan sepanduk yang tertera ‘Rakyat Menyokong Istana,’ ‘Rakyat Perak Mengutuk Tindakan Biadap Lim Kit Siang Terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak,’ dan ‘Kami Cintakan Kestabilan.’

Menurut jurucakap kumpulan itu, Elfi Mohd. Nor, tujuan perhimpunan itu diadakan adalah bagi menyatakan taat setia tidak berbelah-bagi kepada Sultan Perak.

‘‘Kami mewakili suara orang Melayu di negeri Perak dan tiada kena-mengena dengan mana-mana parti politik. Kami menghormati keputusan rakyat dalam pilihan raya lepas, tetapi kami sebagai orang Melayu merasa terhina dengan tindakan Kit Siang yang mempermainkan Sultan Perak demi kepentingan politik,” katanya di sini hari ini.

Elfi juga meminta mana-mana parti politik tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan masing-masing daripada perhimpunan orang- orang Melayu itu.
‘‘Perhimpunan seumpama ini diadakan lagi pada masa akan datang bagi membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang perlunya mereka bersatu-padu,” katanya.

Perhimpunan itu ekoran tindakan Kit Siang mengarahkan semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Perak memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Khamis lepas sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu.

Kit Siang berkata, tindakan tersebut diambil kerana pelantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dari Pas yang merupakan wakil rakyat parti ketiga dan terkecil dalam kerajaan campuran itu tidak mendapat mandat daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.


Berita penuh di blog INI.

PAPA HEBAT ANAK PON HEBAT !!! [VIDEO AKSI TERLARANG]



Tengok sendiri dan enjoy. Nurul dah mula lancarkan "Arab Spring" part-1untuk menghancurkan Malaysia.Boleh Klik SINI untuk tonton video tersebut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget