Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 25 January 2013

Adun Akui pembelian Porshe Cayman WWF 3000 !!


Setelah diasak dan di bongkarkan akhirnya ADUN PAS Sanglang yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis membuat kenyataan di Harakahdaily mengenai isu pemilikan Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya. 

 Menurut kata Ustaz PAS ini kenderaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau sebagai wakil rakyat...

Nampaknya Ustaz PAS ni dah salahguna hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan kroni dan keluarganya?

Hmmmm... Kalau kena kat anak wakil rakyat Umno/BN kecoh satu dunia ni... Tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri buat bodow je puak Pakatan Haram ni...

Berdasar dari kenyataan Ustaz PAS ini... masih terdapat keraguan dengan harga pembelian kenderaan tersebut...

Betul ke harga kenderaan tersebut dibeli dengan harga sekitar RM100,000 lebih sahaja? Ke Ustaz ni silap kira.... guna 'Microsoft Excel' kot?

Jika Ustaz Hashim Jasin benar-benar iklas dalam pengakuan ini pamerkanlah resit pembelian di Harakahdaily, kerana rakyat meragui akan kebenaran dari Ustaz PAS ni!

SINI>>>http://brojinggo.blogspot.com/2013/01/adun-pas-akui-pembelian-porsche-cayman.html#fHlU8RiwgvRZ52IK.99 

4 Nama Besar Dinasihat Tidak Bertanding #PRU13 Oleh SPRM


Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.


Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.


Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.


Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.


Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.


Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.


Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.


Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.


Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

WAJIB TONTON : Teater Muzikal Anak Bangsa Imbas Sejarah UiTM


Bagi menghargai jasa dan pengorbanan tokoh pendidikan, Tan Sri Arshad Ayub membangunkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) demi untuk memajukan anak-anak Bumiputera, institusi pengajian tinggi itu bakal menganjurkan teater Muzikal Destini Anak Bangsa - Tan Sri Arshad Ayub di sini mulai 25 Januari ini.

Pementasan selama empat hari di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam itu antara lain bakal memaparkan kisah suka duka kehidupan Arshad yang merupakan pengarah pertama Institusi Teknologi Mara dari 1967 hingga 1975.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Publisiti pementasan, Datin Noraini Ahmad Shariff, teater muzikal selama dua jam itu bakal dijayakan oleh beberapa pelakon terkemuka bersama dengan 70 pensyarah dan pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi serta Fakulti Muzik UiTM. 

Watak Arshad, 84, (kini Pro-Canselor UiTM) ketika muda akan dilakonkan oleh aktor, Tony Eusoff, manakala aktres, Intan Ladyana pula akan membawakan watak isteri beliau, Puan Sri Zaleha Mohd. Arshad.

Turut sama menjayakan teater muzikal ini ialah pelakon, Isma Daniel yang memegang watak Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Ir. Dr. Sahul Hamid Abu Bakar dan Azizah Mahzan yang bakal menghidupkan watak ibu Arshad, Kalsom. 

Antara perjalanan hidup Arshad yang dimuatkan dalam teater tersebut ialah kehidupannya sebagai pelajar miskin di Muar, detik ibu beliau meninggal dunia sebelum beliau menerima gaji dari pekerjaan pertamanya serta perkenalannya dengan Zaleha. 

Tiket-tiket pementasan yang berharga RM15, RM25, RM50, RM80 dan RM100 boleh dibeli di UiTM dengan menghubungi talian 03-79622186, 03-55227461 atau 03-55444860. 

Hasil kutipan pementasan teater itu akan disalurkan ke Tabung Destini Anak Bangsa UiTM bagi membantu para pelajar universiti berkenaan yang kurang berkemampuan menyambung pengajian di luar negara. 
 
— UTUSAN ONLINE

Lalat dendam dengan Obama???



Seekor lalat menjadi tumpuan apabila mengganggu dan mendarat tepat pada muka Presiden U.S., Barrack Obama ketika sidang media di White House semalam.

Kehadiran lalat itu ternyata tidak menyenangkan Obama yang beberapa kali cuba memukul pengacau itu. 

Ekoran kejadian itu, beberapa pengamal media menganggap kejadian itu sebagai balas dendam. Ini kerana Obama sebelum ini pernah membunuh seekor lalat ketika ditemu bual oleh wartawan CNBC pada 2009.

Tasek Gelugor kecoh ???


TASEK GELUGOR  24 Januari -  Semalam satu program  Ceramah Islam Melayu & Raja  anjuran JATI  telah diadakan di Simpang Empat Permatang Buloh , Tasek Gelugor . Ia menampilkan penceramah Pengerusi Jaringan Muslimin P.Pinang Ustaz Hafiz Mohd Nordin & Pengerusi JATI  Datuk Dr Hassan Ali .

Turut hadir ke ceramah ini ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor Tan Sri Nor Mohamad Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor , YB Shahbudin Yahya .


Kehadiran umat Islam dianggarkan sekitar  500  orang yang hadir  walaupun penyebaran maklumat ceramah berkenaan tidak meluas dan masa yang singkat.

Didalam ceramah tersebut,  Ustaz Hafiz Nordin  yang mengupas mengenai  pentingnya perpaduan ummah dikalangan umat Islam  dan isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh Guan Eng untuk digunakan dalam bible bahasa Melayu . Malah beliau juga turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa & kerajaan yang tidak bertindak tegas mengambil tindakan terhadap Guan Eng & Karpal Singh yang terus menghina Islam dalam isu kalimah Allah ini .

Dr Hassan Ali pulak dalam ceramahnya banyak mendedahkan ancaman murtad yang berleluasa untuk memesongkan akidah umat Islam serta isu kalimah Allah yang hangat dipolitikkan oleh pembangkang menjelang PRU 13 .




serentak di 100 lokasi 'My Beautiful Malaysia Day' @1M4U #im4u


Malaysian Young Humanitarians menjemput mana-mana sukarelawan untuk turut sama menjayakan program ini di mana pengisiannya ialah membersih dan mengindahkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya. 
@@@ Pada 3 FEBRUARI 2013
Lokasi aktiviti adalah seperti berikut:



1. Taman Tasik Titiwangsa
2. Sekitar kawasan Masjid Jamek dan Masjid India
3. Kampung Baru dan Chow Kit
4. Lembah Pantai dan Brickfields
5. Taman Botani
6. Dataran Putra, Putrajaya
7. Laman 1Malaysia, Putrajaya

Kepada sukarelawan individu bolehlah terus ke lokasi yang ditetapkan. Makan dan minum disediakan.

Kepada mana-mana kumpulan / komuniti / kelab / pertubuhan tanpa mengira latarbelakang umur, agama dan bangsa jika berminat menyertainya secara berkumpulan minima 40 orang amatlah dialu-alukan. Pengangkutan dan makan/minum disediakan.

Rumah atau institusi kebajikan seperti anak-anak yatim juga di galakkan menyertainya.

Sila berikan butiran diri menerusi link di bawah. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, RIZAN HASSAN di talian 0137733676


iM4U Lancar 'My Beautiful Malaysia Day' 3 Feb Ini

KUALA LUMPUR: 1Malaysia For Youth (iM4U) akan melancarkan 'My Beautiful Malaysia Day' pada 3 Feb ini bagi mencetuskan semangat sukarelawan dalam kalangan belia di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Jake Abdullah berkata program akan berlangsung serentak di 100 lokasi di seluruh negara dan dijangka disertai sejuta belia.

"Menerusi program ini kami berharap belia dapat melihat yang mereka bolehterbabit secara aktif dalam pembangunan, melakukan perubahan dalam masyarakatdan membuat impak positif kepada negara dan juga kehidupan mereka.

"Sikap sukarelawan bermula di rumah dan kami mahu semua rakyat Malaysiabersatu membuat perbezaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini yangturut dihadiri duta iM4U Sazzy Falak, Michael Teoh dan Anand Rajaratnam.

Jake berkata antara aktiviti dirancang ketika program itu ialah mengecatbangunan, kerja-kerja landskap, membersihkan perkuburan, membaiki bangunanseperti sekolah, rumah ibadat dan juga rumah orang miskin
.
Ditanya mengenai strategi iM4U untuk mengubah masyarakat Malaysia daripadabersifat kebendaan kepada masyarakat sukarelawan, Jake berkata langkah palingpenting ialah memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sukarelawan.

"Saya setuju kita hidup dalam masyarakat bersifat kebendaan tetapi pada masasama masih ada ruang dalam hati kita sebagai rakyat Malaysia untuk membantumereka yang memerlukan.

"Seperti program ini, kami cuma mahu katakan 'hei, kami sedang membantuseseorang, marilah sertai kami, tak perlu daftar atau sebagainya'," katanya.

Beliau turut menekankan peranan duta dalam menggerakkan orang ramai, khususnya belia, untuk melakukan kerja sukarela.

"Kami ada kira-kira 20 duta meliputi penyanyi, pelakon, ahli sukan sertaikon belia. Masyarakat memandang tinggi kepada mereka ini dan mahu menjadiseperti mereka. Justeru amat penting bagi duta untuk menghebahkan budayasukarelawan ini," katanya.BERNAMA

Graduan Mesir Sesal Masuk Dap !


Video diatas merupakan satu video yang meceritakan seorang graduan Mesir yang telah menyesal memasuki Dap.Alhamdulillah penulis mengharapkan lebih ramai akan sedar.

Dengki Punya Pasal,Kain Rentang ceramah Maulidur Rasul Ust Kazim Elias di bako pembangkang ????!!


Dengki ke iri hati sampai banner ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Kazim pon deme nak bako.???Apa punya teruk deme ni ye.Menurit blog Rasyid Zamri Sikap busuk hati dan hasad dengki mereka semakin terserlah apabila nak PRU13. Kalau rasa tak suka, jangan datang dan jangan dengar. Tak perlu susahkan diri buat kerja bodoh dengan membakar kain rentang program orang lain.

Tikam Rakan Sekelas Dengan Gunting???



PETALING JAYA: Pertelingkahan pelajar bertukar ganas apabila seorang budak berusia 12 tahun menikam rakan sekelasnya dengan gunting dalam kawasan sekolah.

Ibu kepada Sharif Lew mendakwa anaknya sebelum ini bertengkar dengan rakan sekelasnya berkaitan kerja rumah pada minggu lepas.

Xu Huan, seorang warga China yang berkahwin dengan lelaki Malaysia, mendakwa anaknya merahsiakan insiden itu sehingga rakan kelas Tingkatan Satu sekali lagi berdepan dengannya selepas kelas pada petang Isnin.

“Budak itu berlari ke arah anak saya dan mula menjerit berbaur perkauman kepadanya dan kemudian menikamnya dengan gunting.

“Selepas menikam anak saya, budak itu mengugutnya sekali lagi sebelum melarikan diri,” kata Xu.

Suaminya segera membawa anaknya ke hospital di mana tiada kecederaan utama dikenal pasti.

Walau bagaimanapun, kejadian itu telah menyebabkan Sharif trauma dan kini tidak mahu kembali ke sekolah.

“Dia menjadi pendiam sekarang. Dia tidak mahu bercakap dengan kami.

“Dia terus memberitahu kami bahawa dia tidak ingat apa yang berlaku,” katanya.

Xu juga telah membuat laporan polis dan mengadu kepada pengetua sekolah mengenai perkara itu.

“Mereka semua berkata akan menyiasat perkara ini.

“Semua kanak-kanak di sekolah berada dalam bahaya jika terdapat kanak-kanak lelaki yang tidak akan berfikir dua kali untuk menikam orang lain dengan gunting,” katanya.

Pengetua sekolah tidak dapar dihubungi untuk memberikan komen.

Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Sentul, Nik Ramas Nik Wan enggan mengulas mengenai perkara itu, mengatakan bahawa siasatan masih berterusan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan laporan itu.

- mStar

DS SHAHIDAN KASSIM AKAN UMUM MASUK PAS DI KEDAH ??


Gambar Ds Shahidan Kassim telah diletakkan pada banner ceramah perdana Pas  sebenarnya dijadikan modal politik untuk Pas Kedah menarik penonton pada ceramah perdana berkenaan..

Kesediaan Dato' Seri Shahidan berbahas dan berforum tentang masa depan Melayu & Islam dijadikan modal manipulasi media dengan menggambarkan "orang UMNO totok" yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO tersebut telah bersama parti itu di pentas ceramah..

Gambar dibawah adalah jawapan dari Ds Shahidan Kassim..


SUMBER:http://medantempurkedah.blogspot.com/2013/01/terpanas-ds-shahidan-kassim-akan-umum.html

18SG Seram Malam Jumaat [Video] !! Hantu Tumpang Dalam Kereta ??!!


Video di bawah ini didakwa di ambil oleh seorang hamba Allah ni ketika sedang memandu di lebuh raya Pantai Timur. Ramai yang mengatakan video ini fake. Tapi ada jugak yang mengatakan video ini adalah benar.

Hanya tuan yang memuat naik video ini saja yang tahu. Korang tengok la sendiri. Kalau tipu, anggap sahaja sebagai hiburan, kalau betol, berjaga-jagalah ketika melalui kawasan-kawasan keras ni. Iman mesti kuat.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget