Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 25 January 2013

WAJIB TONTON : Teater Muzikal Anak Bangsa Imbas Sejarah UiTM


Bagi menghargai jasa dan pengorbanan tokoh pendidikan, Tan Sri Arshad Ayub membangunkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) demi untuk memajukan anak-anak Bumiputera, institusi pengajian tinggi itu bakal menganjurkan teater Muzikal Destini Anak Bangsa - Tan Sri Arshad Ayub di sini mulai 25 Januari ini.

Pementasan selama empat hari di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam itu antara lain bakal memaparkan kisah suka duka kehidupan Arshad yang merupakan pengarah pertama Institusi Teknologi Mara dari 1967 hingga 1975.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Publisiti pementasan, Datin Noraini Ahmad Shariff, teater muzikal selama dua jam itu bakal dijayakan oleh beberapa pelakon terkemuka bersama dengan 70 pensyarah dan pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi serta Fakulti Muzik UiTM. 

Watak Arshad, 84, (kini Pro-Canselor UiTM) ketika muda akan dilakonkan oleh aktor, Tony Eusoff, manakala aktres, Intan Ladyana pula akan membawakan watak isteri beliau, Puan Sri Zaleha Mohd. Arshad.

Turut sama menjayakan teater muzikal ini ialah pelakon, Isma Daniel yang memegang watak Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Ir. Dr. Sahul Hamid Abu Bakar dan Azizah Mahzan yang bakal menghidupkan watak ibu Arshad, Kalsom. 

Antara perjalanan hidup Arshad yang dimuatkan dalam teater tersebut ialah kehidupannya sebagai pelajar miskin di Muar, detik ibu beliau meninggal dunia sebelum beliau menerima gaji dari pekerjaan pertamanya serta perkenalannya dengan Zaleha. 

Tiket-tiket pementasan yang berharga RM15, RM25, RM50, RM80 dan RM100 boleh dibeli di UiTM dengan menghubungi talian 03-79622186, 03-55227461 atau 03-55444860. 

Hasil kutipan pementasan teater itu akan disalurkan ke Tabung Destini Anak Bangsa UiTM bagi membantu para pelajar universiti berkenaan yang kurang berkemampuan menyambung pengajian di luar negara. 
 
— UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...