Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 22 April 2013

APA LAGI SI KAMILIA NI NAK BUAT LEPAS NI???HEEE GERAM BETUL

Calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 telah pun diputuskan di mana bagi kerusi Parlimen, PAS akan bertanding 73 kerusi, PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi kerusi DUN pula, PAS 236, PKR 172 dan DAP 102. 

Dua kawasan di Sabah bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191 Kalabakan.  Bagi Sulabayan, pertandingan adalah antara parti BN - Dato’ Jaujan Sambakong dengan PKR - Hermeny Murgal, Bersama - Hasaman Sagaran, dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil, Mamat Barhana, Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg.  Hindi.   

Kalabakan pula, BN – Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming, Star – Malvine Reyes, dan empat Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan, Freddie Japat dan Mohd Manuke.

Beberapa kawasan lain turut menyaksikan pertentangan sesama sendiri antara sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR antaranya di Parlimen Labuan Wilayah Persekutuan, serta DUN Sungai Acheh Pulau pInang, Kota Damansara Selangor dan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Secara dasarnya, PKR dilihat berusaha sedaya upaya untuk menonjolkan dominasi parti itu selaras dengan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR. 

Namun, PAS juga tidak mahu mengalah dan berusaha melonjakkan Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar Ibrahim.  Perkara ini bukan lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar kini semakin menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga.

Di masa yang sama, PAS turut menghadapi cabaran untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat....

Ini kerana Hadi Awang tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai seorang Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi. 

DAP pula mengambil langkah lebih realistik dengan meletakkan calon hanya di kawasan yang ‘masuk akal’ untuk menang kerana cukup yakin bahawa apapun keputusan undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan pakatan mereka.  DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden PAS tersebut dalam soal agama Islam.  

Justeru, walaupun tiada pertembungan DAP-PAS tetapi hakikatnya, berlaku pertarungan hebat antara keduanya dari segi mental dan juga spiritual. 

Pertindihan kerusi dan juga perselisihan yang berlaku di sana sini antara sesama sekutu PR adalah bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam politik pembangkang khasnya, dan Malaysia, amnya.  

Anwar ditolak mentah-mentah oleh PAS dan DAP pula langsung tidak menghormatinya.  Kata-kata Anwar langsung tidak diterima oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sebagai amanat mahupun arahan. 

Selama ini juga, Anwar tidak pernah mempunyai kuasa khas yang mampu memberi kata putus atas apa saja kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat.

Biarpun DAP bergelut dengan masalah pemilihan CEC, biarpun PAS berpeluh menahan malu akibat skandal Mustafa Ali, Anwar tidak mampu memberi komen atau masuk campur langsung dalam hal ehwal parti sekutunya sebagai seorang Ketua sebenar. 

Ini kerana siapalah Anwar untuk memberi komen mengenai skandal seks atau ketidaktelusan kerana beliaulah Raja segala skandal didunia. 

Oleh itu, walaupun kepimpinan Anwar tidak diiktiraf oleh pemimpin dan penyokong PR sendiri tetapi, dari segi skandal, kita tidak dapat nafikan bahawa Anwar seorang pemimpin yang hebat, yang benar-benar mampu memimpin melalui tauladan....

Jika tidak, tidak mungkin Mustafa Ali yang bergelar Ulama juga turut mengikut jejak langkahnya.

Terkini!!!!Lawatan Dato Hamidah Osman ke Flat Seri Conoly penggalan Pegoh gerunkan pembangkang!!!Apa Sudah Jadi Nih????

Dato Hamidah mengalukan kedatangan Datok Jashvinder ke flat seri Connoly.Bweliau berterima kasih pada Dato Jashvinder kerana membantu BN kembalikan pada Bn
Beliau bersyukur dan beliau yakin Bn akan menang Di Dun Sg Rapat.Dato Hamidah turut memberi peluang pada Dato Jashvinder untuk berucap.Dato Hamidah amat mengharapkan Dun Sg R
apat menang dgn majoriti yg byk.

Dato Jasvinder dalam ucapannya beliau amat tertarik dengan apa yang dibawa oleh kerajaan Bn.
Beliau juga menyentuh tentang negara kita iaitu beliau mengatakan Malaysia Sebuah negara yg aman.Beliau juga berkata , selepas ini akan ada lg pembaharuan yv akan dibawa lagi oleh Dato Hamidah khususnya Di Dun Sg Rapat.

Panas!!!KECOH!!DATOK HAMIDAH GEMPORR di SECTION 18 !!!

Kecoh sekarang di pasar malam section 18.Datok Hamidah kini lebih bersiap dari plbagai sudut.

Kini Dun sg rapat sedang turun ke jalan-jalan untuk mendekati pengundi di sekitar Dun Sg Rapat khususnya.

Pssst Hidup Hamidah Osman,UNDI BN UTK KESENANGAN BERSAMA..UNDI BN RAKYAT SENANG...

APA DAH JADI KAT SELANGOR NI??? BETULKE MAHASIWA MENGAMUK??? SEBAB APA??


Para penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Selangor berikrar memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan sebulat suara menolak pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekarang.

Presiden Institut Pemimpin Muda (IPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Zaharin Haris berkata pendirian untuk menyatakan sokongan secara terbuka itu dibuat kerana para pelajar sudah meluat dengan pentadbiran kerajaan negeri pakatan pembangkang yang tidak pernah mengendahkan masalah rakyat.

"Kami tidak pernah menjangkakan bahawa negeri yang tersohor di Malaysia menjadi pincang di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)...manifesto mereka pada 2008 telah menjanjikan pelbagai perkara namun hampir kesemuanya tidak ditunaikan.

"Di mana hadiah RM1,000 yang dijanjikan kepada kami selaku anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti? Hampir 100,000 anak kelahiran Selangor kini kecewa kerana akhirnya janji tersebut tidak ditunaikan," katanya pada sidang akhbar di Shah Alam pada semalam.

Zaharin berkata selain UiTM, penuntut Universiti Selangor (UNISEL), Management and Science University (MSU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) turut menyuarakan pendirian menyokong kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kumpulan 500 mahasiswa dan mahasiswi itu turut melancarkan jentera Siswa4U bagi membantu kempen BN Selangor sempena PRU13 ini.

PANAS !!! APA ZAMBRY BUAT DENGAN DUIT SEJUMLAH RM 100,000 NIH???





Sebelum ini kariah Masjid kampung Sultan Yussuf, jeliang, Manong, Perak. Menghantar permohonan dana untuk penambahbaikkan masjid ini kepada Dato Sri Zambry Abd. Kadir. Dan ia telah diluluskan dengan jumlah RM100,000.00.

Proses pembaikkan sudah hampir 90%, kos tersebut digunakan untuk menukar atap, karpet, mengecat dan penambahan hawa dingin sebanyak 9 unit.

Di Majlis ini turut disertai calon BN parlimen kuala kangsar Dato Wan Khairil dan calon adun Manong Saudara Mohd Kamil dihostkan Ketua kampung jeliang,
Saudara Haji Hamzah Yeop Mat Sirin.

Aku tumpang gembira mendengar berita baik ini!Alhamdulillah!

PANAS DAN TERKINI !!! MB Selangor Mat Taib masuk PAS hari ini?

Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis pembangkang di sini semalam menguatkan desas-desus beliau akan menyertai PAS secara rasmi hari ini.
 
Menurut calon PKR kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli PAS di Ibu Pejabat PAS Pusat hari ini.
 
"Saya melihat pengunjung di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.
 
Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.
 
Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran.

 
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib adalah bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.
 
"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.
 
"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-Allah," katanya.
 
Pada 11 April 1998, Muhammad terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah dituduh di mahkamah Australia bersalah membawa keluar wang tunai ke negara itu.
 
Beberapa pihak mendakwa tindakan beliau menyertai pembangkang dipengaruhi dengan keputusan Umno tidak memilih menantunya Ahmad Afandi Hamzah sebagai calon pada PRU ke 13. 

PANAS !!! MARAH BENO BLOGGERS PARANG PEDANG DENGAN DATO FAUZI NI??? KENAPA NI???

 

Aku Pon agak sedikit terkejut sebenarnya dengan pendedahan yang telah dibuat oleh Bloggers Parang Pedang,Kali ini bloggers tersebut tidak boleh menahan marahnya,Beliau dalam entrinya yang bertajuk  "Nak Tahu Klik Sini "  membuat satu entri yang bakal mengejutkan para pembaca. Tak Percaya Klik Link Yang Teman Bagi K. Heee

Spenda SIAPA YANG BESO GAJAH NI??? Kah Kah Kah

 

Terlalu percayakan pemimpin sehinggakan yang berkudis dibela yang menegur dipecat!
Mereka sudah sawan, terlalu obses dengan nak menjerit dan terpekik-pekik akhirnya inilah hasilnya....

Tonton Video SINI

PANAS !!! Siapa Mior BLACK Atau Panglima Hitam Yang Akan Langgor Dato Hamidah Sg Rapat !!!



Lawan Mior di Sungai Rapat ialah Dato' Hamidah Osman (BN) dan Radzi Zainon (PAS) jumlah pengundi ialah 42,873 ( Melayu 59 %, Cina 30%, India 10% dan lain-lain 1%).

Mior adalah ahli Umno yang sah dan sebelum ini merupakan ahli Pkr, menyertai semula Umno bersama Hamdan Taha yang juga menjadi bossnya. Kini freelance photojournalist and PH Photographer & Team Building. Banyak bekerja dengan pejabat SUK, IDR, YBU dan Perak News dan orang penting di bawah SUA Nizam Isa dan Hanafiah Man.




Bertanding atas tiket bebas dan berkemungkinan ada kaitan dengan video protes oleh AJK Umno Bahagian Gopeng yang Temubual eksklusif bersama Nordin Hamid, AJK UMNO Bahagian Gopeng yang disiarkan dalam facebook beliau seperti gambar di atas.

Sebelum ini Mior sering mengkritik Hamdan Taha dan kepimpinan Dato Hamidah Osman dalam laman facebook beliau dan akhir-akhir ini sering mengkritik Umno dan program Umno. Dato Hamidah sebelum ini banyak berjasa dan membantu beliau dari segi kerja agar dapat terus hidup.

Segala tindakan Mior langsung tidak mengejutkan banyak pihak kerana tindak tanduk beliau mudah dibaca. Beliau sering mengeluh kerana kesempitan kewangan dan pernah mengadaikan telefon blackberrynya untuk membeli makan anak bini.

Sebagai negara berdemokrasi Mior boleh bertanding dimana sahaja yang belaiu mahu tetapi perlu diingat sebagai ahli Umno, beliau sudah bersedia untuk dipecat dan kemungkinan beliau pun sudah balik semula ke pangkuan PKR parti Anwar Ibrahim.

Entri ini diambil daripada Blog Taipingmali

PANAS !!! APA DAH JADI DENGAN KEPALA ANAK MELAYU NIH ???

 

Apa nak jadi dengan Melayu penyokong puak Pakatan ni? Buat malu orang Johor aje dengan berbaju kurung telok belanga. 

Sanggup si Mamat ni yang menurut FB DAP Gelang Patah (sini) bernama Rafi mencukur rambut dan melakar gambar roket atas kepalanya. 

Mana sekutu DAP si PAS? Apakah PAS gagal mentarbiah Melayu yang menyokong DAP? 
  
    
Semakin PAS bersekongkol dengan DAP, semakin rosak adab dan budaya Melayu dan Islam. TOLAK Pakatan dalam PRU13 nanti dan pastikan undi anda hanya untuk BN. 

JOM... UNDI CALON BN!!! Kuburkan PAS dan Pakatan tanpa nesan di Johor.

Sumber : 


PANAS BERAPAI !!! ANAK CINA KANTOI LAKUKAN AKSI ... (Nak Tahu BACA LA)

Perhatian aku tertumpu kepada sekumpulan 15 orang anak muda Cina yang berada dilapisan kedua yang sering menjadi pencetus sorakan terhadap penyokong parti lawan.Berkali kali aku memerhatikan mereka akan memulakan sorakan (boo) terlebih dahulu sebelum diikuti kumpulan yang berada dibarisan paling hadapan,sehinggakan satu ketika pihak polis terpaksa memberi peringatan dan memaksa penyokong BN berada lebih jauh dibelakang.
 
"Ada yang tidak kena dengan "Kumpulan Anak Muda Cina" ini..",fikirku.
Menyedari gelagat mereka cuba aku rakamkan maka salah seorang dari mereka telah ALERT yang lain dan mereka mula meninggalkan kumpulan penyokong BN sambil aku mengekori rapat mereka.Belbagai helah dan teknik mereka gunakan untuk mengelak dari wajah mereka aku rakamkan,tapi mujur rakan aku berada dihadapan dan dia juga mungkin perasan akan perkara yang sama..maka TERKANTOI lah kumpulan anak muda Cina lagi.
Apalagi...bertaburan tak cukup tanah mereka lari bila rakan aku merakam wajah mereka. Aku ingat mereka sekadar bergurau rupanya tidak..beriya iya mereka semua melarikan diri dari kami berdua.Ini meyakinkan aku bahawa ada yang tidak kena dengan kumpulan anak muda Cina ini kerana pengalaman aku membuat liputan sekian lama dimerata tempat BELUM ADA ANAK MUDA CINA yang berpakaian pro-BN atau apa jua baju pro-kerajaan yang lari bila gambar mereka aku rakam. Bahkan mereka amat bangga jika gambar mereka dirakam dan banyak kali juga kumpulan anak muda Cina ini sendiri yang minta gambar mereka dirakam. Ini pelik...
Reaksi anak anak muda Cina semalam menimbulkan syak yang mereka walaupun berpakaian t-shirt BN mungkin mempunyai motif dan agenda yang lain selain dari menyokong calun calun BN.Ada kemungkinan mereka ini "penyokong DAP" yang sengaja dihantar kedalam kumpulan anak muda BN untuk menjadi "AGEN PROVOKASI" bertujuan mencetus satu keadaan yang tidak diingini yang mana akhirnya penyokong BN akan dipersalahkan oleh rakyat.
Jadi ada baiknya kita berhati hati dan mula membuka mata dan telinga kita untuk mengenal pasti
ciri ciri pencetus provokasi ini yang mungkin didatangkan oleh DAP,Pas dan PKR dalam program program ceramah BN mahupun ceramah mereka sendiri untuk mencetuskan PERSEPSI BURUKterhadap Barisan Nasional yang akan digunakan mereka untuk mempengaruhi minda rakyat.
Ayuh..kita sama sama memantau hal ini.
Lagi Aksi aksi mereka yang berjaya dirakam oleh rakan setugas aku... GAMBAR DAN VIDEO . 

PANAS TERIK !!!Kelibat Hantu Di Kesan Di Kelantan.[ Bukti Bergambar] !!!


Halamak!!! Tak sangka pulak yang di Kelantan tu memang ada pengundi hantu. Dan hantu tu pulak berani tonjolkan diri dia siang - siang hari.

Cuba korang tengok gambar kat atas tu. Gambar tu TC jumpa kat dalam Facebook masa berjalan - jalan malam tadi. Cuba tengok betul - betul. Ada yang pelik tak?

Punyalah Cai ghairah nak mengedit, sampai kepala mamat ni pun lupa nak bubuh. Hahahahahahaha..

PANAS !! Terbaru Mike Tyson Bantu BN untuk PRU !!!

 
Gambar di atas jelas membuktikan spekulasi dan fitnah puak pakatan haram kononnya bekas MB Selangor ini bakal sertai Pas hanyalah dusta sahaja.

Kelihatan Tan Sri Muhammad Taib, mantan MB Selangor turut berkempen untuk BN di Sungai Choh bersama dengan Datuk Isa Abu Kassim, Mantan YB Kawasan Batang Kali.

Alhamdulillah...Tan Sri Muhammad Taib masih bersama sama kita lagi dalam Barisan Nasional...semoga Tan Seri di beri kekuatan dan di rahmati allah dalam membantu BN

Panas!! Calon BN Sungai Rapat Hampir Ditumbuk Penyokong Pembangkang!!!

Kalau dah samseng, samseng juga kan? Panas beb PRU13 kali ini. Sikap samseng puak pembangkang semakin menjadi-jadi.
Kita pun tahu, pembangkang memang suka membuat provokasi yang akhirnya boleh meletuskan perbalahan antara dua pihak.

Terkini calon PKR Parlimen Gopeng Lee Boon Chye telah membuat laporan polis kononya beliau ditumbuk oleh calon DUN Sungai Rapat Dato' Hamidah Osman.

Kah Kah Kah!! Dayus beb.. Seorang lelaki kena bantai dengan seorang wanita. Kata hebat sangat, tapi pondan nak mampos. 

Persoalanya, betul ker Dato Hamidah Osman telah memukul Lee Boon Chye seperti laporan polis yang beliau dibuat?
 
Nak Tahu Baca SINI

PANAS !!! AJARAN APA NI BEB???? Kadir Sheikh Fadzil Boleh Jatuh Kafir?!


Meremang bulu roma aku lihat video ini, tidak sepatutnya beliau membuat ceritareka macam ini dalam politik semata mata kuasa,Agak 2 le Yop nak pengaruh pengundi pon jangan la cakap lagu tu bro,Apa nama ni ???

 
tonton Ulasan Ustaz Kazim Elias di Daeng SELILI

PANAS !!! SIAPA LELAKI DALAM BULATAN GAMBAR INI !!! Merisaukan !!! Mencemaskan !!!

Seorang penyokong Lee Boon Chye telah menyamar sebagai polis 'special branch' dengan menahan dan memukul beberapa penduduk tempatan kerana menghalangnya untuk membuat bilik gerakan. 
Bukan itu sahaja pemuda ini yang juga penyokong kuat Lee Boon Chye telah memaki hamun penduduk tempatan dengan perkataan yang kesat.
Menurut pemuda tersebut dia sebenarnya telah diupah oleh Lee Boon Chye untuk menakut-nakutkan penduduk supaya bilik gerakan dapat dibuka berhampiran dengan Bilik Gerakan Utama BN N43 Dun Sungai Rapat.
Semalam berlaku pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional dan penyokong Lee Boon Chye apabila Lee Boon Chye dengan beberapa penyokongnya telah bertindak agresif untuk membuka bilik gerakan PKR berdekatan dengan bilik gerakan utama BN N43 Dun Sungai Rapat.
Ekoran itu lebih 20 orang polis dari Batu Gajah cuba meleraikannya namun kedegilan pihak Lee Boon Chye membuat pergaduhan terus berlaku.
Polis akhirnya menahan pemuda ini untuk disoalsiasat. Namun penyokong BN yang telah ditahan oleh polis SB PALSU ini juga telah membuat laporan polis supaya pihak polis dapat menyiasat dengan terperinci terhadap polis Palsu tersebut.
Sehubungan dengan itu penyokong BN juga telah membuat laporan polis terhadap Lee Boon Chye diatas provokasi yang dibuat olehnya dengan berniat jahat untuk melaga-lagakan sesama Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget