Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 22 April 2013

PANAS DAN TERKINI !!! MB Selangor Mat Taib masuk PAS hari ini?

Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis pembangkang di sini semalam menguatkan desas-desus beliau akan menyertai PAS secara rasmi hari ini.
 
Menurut calon PKR kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli PAS di Ibu Pejabat PAS Pusat hari ini.
 
"Saya melihat pengunjung di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.
 
Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.
 
Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran.

 
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib adalah bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.
 
"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.
 
"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-Allah," katanya.
 
Pada 11 April 1998, Muhammad terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah dituduh di mahkamah Australia bersalah membawa keluar wang tunai ke negara itu.
 
Beberapa pihak mendakwa tindakan beliau menyertai pembangkang dipengaruhi dengan keputusan Umno tidak memilih menantunya Ahmad Afandi Hamzah sebagai calon pada PRU ke 13. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget