Calon-calon yang bakal
bertanding dalam PRU-13 telah pun diputuskan di mana bagi kerusi
Parlimen, PAS akan bertanding 73 kerusi, PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi
kerusi DUN pula, PAS 236, PKR 172 dan DAP 102.
Dua kawasan di Sabah
bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191
Kalabakan. Bagi Sulabayan, pertandingan adalah antara parti BN - Dato’
Jaujan Sambakong dengan PKR - Hermeny Murgal, Bersama - Hasaman Sagaran,
dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil, Mamat Barhana,
Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg. Hindi.
Kalabakan pula, BN –
Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming, Star – Malvine Reyes, dan empat
Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan, Freddie Japat dan Mohd Manuke.
Beberapa kawasan lain
turut menyaksikan pertentangan sesama sendiri antara sekutu Pakatan
Rakyat iaitu PAS dan PKR antaranya di Parlimen Labuan Wilayah
Persekutuan, serta DUN Sungai Acheh Pulau pInang, Kota Damansara
Selangor dan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan
Seberang Takir.
Secara dasarnya, PKR
dilihat berusaha sedaya upaya untuk menonjolkan dominasi parti itu
selaras dengan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal
Perdana Menteri PR.
Namun, PAS juga tidak
mahu mengalah dan berusaha melonjakkan Hadi Awang sebagai bakal Perdana
Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar Ibrahim. Perkara ini bukan
lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar kini semakin
menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga.
Di masa yang sama, PAS
turut menghadapi cabaran untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya
menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat....
Ini kerana Hadi Awang
tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai seorang
Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi.
DAP pula mengambil
langkah lebih realistik dengan meletakkan calon hanya di kawasan yang
‘masuk akal’ untuk menang kerana cukup yakin bahawa apapun keputusan
undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan pakatan
mereka. DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang
sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden
PAS tersebut dalam soal agama Islam.
Justeru, walaupun tiada
pertembungan DAP-PAS tetapi hakikatnya, berlaku pertarungan hebat antara
keduanya dari segi mental dan juga spiritual.
Pertindihan kerusi dan
juga perselisihan yang berlaku di sana sini antara sesama sekutu PR
adalah bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam politik
pembangkang khasnya, dan Malaysia, amnya.
Anwar ditolak
mentah-mentah oleh PAS dan DAP pula langsung tidak menghormatinya.
Kata-kata Anwar langsung tidak diterima oleh pemimpin-pemimpin dan
penyokong-penyokong PR sebagai amanat mahupun arahan.
Selama ini juga, Anwar
tidak pernah mempunyai kuasa khas yang mampu memberi kata putus atas apa
saja kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat.
Biarpun DAP bergelut
dengan masalah pemilihan CEC, biarpun PAS berpeluh menahan malu akibat
skandal Mustafa Ali, Anwar tidak mampu memberi komen atau masuk campur
langsung dalam hal ehwal parti sekutunya sebagai seorang Ketua sebenar.
Ini kerana siapalah Anwar
untuk memberi komen mengenai skandal seks atau ketidaktelusan kerana
beliaulah Raja segala skandal didunia.
Oleh itu, walaupun
kepimpinan Anwar tidak diiktiraf oleh pemimpin dan penyokong PR sendiri
tetapi, dari segi skandal, kita tidak dapat nafikan bahawa Anwar seorang
pemimpin yang hebat, yang benar-benar mampu memimpin melalui
tauladan....
Jika tidak, tidak mungkin Mustafa Ali yang bergelar Ulama juga turut mengikut jejak langkahnya.
No comments:
Post a Comment