Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 5 February 2013

Ahmadinejad nak jadi angkasawan??



DUBAI 5 Feb. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menyuarakan hasratnya untuk menjadi angkasawan pertama negara itu yang dihantar ke orbit sebagai mempamerkan kesungguhan Teheran meneroka program angkasa lepas.

Hasrat Ahmadinejad itu dinyatakan seminggu selepas kejayaan Iran menghantar seekor monyet ke ruang angkasa dan membawa haiwan tersebut pulang hidup-hidup.

"Saya bersedia untuk menjadi rakyat pertama Iran dihantar ke angkasa oleh saintis negara ini," lapor agensi berita Mehr yang memetik kenyataan Ahmadinejad.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau benar-benar serius untuk merealisasikan impiannya itu. - REUTERS

Azwan Ali mahu bertanding di Parlimen Pekan Lawan PM.


Betul ker!!!! apa yang aku lihat, rasa macam nak muntah pun ..... Tinggi sangat kot cita AA ni.. Kalau ye pun nak bertanding jadi ahli Parlimen pun. Bagi ler diri tu jadi yang teraik dulu... kot ye pun... nak berangan da hati pulak nak lawan Najib di Pekan sebagai calon Bebas pada PRU13 nanti..

hahahahahahahahah.......... untuk mencapai angan-angan tu... si azwan yang juga adik kepada Azmin Aiskrim yang suka keluarkan kenyataan kontreversi dan sering bergaduh dengan rakan artis bagi menang anugerah tu lu... sekurang-kurangnya macam Dato" Aznil Hj Nawawi. heheheheheh.

Apa menifesto si azwan ni nak janjikan,,,,,agar rakyat boleh percaya dan mengundi...heeeehhh tentulah apa yang diperjuangakan oleh Ambiga n Anuar Ibrahim kot.....

SUMBER

Giliran Pas Terengganu pula mengamuk?



Biarlah gambar berbicara ...Mudah han ramai lagi yang sedar akan perkara sebegini.Insyallah UMNO/BN menang majoriti 2/3 parlimen amin...

Moh Kita Tolong dan Doakan Agar adik Affeirul Kita cepat Sembuh

Sayu hati apabila membaca kisah pasangan suami isteri yang sedang menderita apabila melihat anak yang baru di lahirkan sedang berhadapan dengan penderitaan.

Anak Jati mendoakan agar Allah S.W.T memberi ketabahan kepada suami isteri berkenaan di dalam berhadapan dengan ujian dari Allah S.W.T.


3-2-2013...Setelah 24jam melahirkan anak yang kukandung..yang kubawa kemana sahaja.. yang berkongsi suka duka ketika didalam rahimku baru ku diberi peluang untuk menatapnya buat pertama kali..

Adik..maafkan mama adik..mama tiada niat untuk menyeksa adik..mama marah dengan diri sendiri..Adik tak sepatutnya berada disitu...Mama tak sanggup nak melihat badan Adik yg dipenuhi dengan jarum dan wayar..!mama tak sanggup adik...

Mama kuatkan semangat..mama menahan perasaan mama kerna mama percaya Adik seorang yang kuat...sama seperti mama..buktikan yang Adik setabah dan sekuat mama..

'Ya Allah Ya Tuhanku..Hanya padaMu ku bermohon dan hanya padaMu kumeminta..Kau kuatkanlah anakku yang pada ketika ini sedang berjuang untuk mendapatkan nyawanya yang sepenuhnya..Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus melihat aku ibunya dan papanya yang sentiasa menaruh harapan yang tinggi terhadapnya...Amin.

Sungai Susu?



Lebih dari satu km hamparan sungai Quxi di kota Wenzhou, di bahagian tenggara China, telah dicemari getah. Sebuah lapisan zat minyak berwarna putih bahkan kelihatan mengembang di seluruh permukaan sungai.

Melihat kejadian itu, penduduk sempat mengira jika air sungai telah dicampuri dengan susu. Namun setelah diselidiki, kepala pejabat perlindungan setempat menyalahkan pencemaran yang disebabkan perusahaan perdagangan yang dengan sengaja membuang cairan getah ke sungai.


Mengutip dari apa yang sumber tempatan katakan, "Bahan Pengotor itu dikenalpasti sebagai emulsi putih susu yang tidak mengandung racun biokimia," seperti dinyatakan dari Oddtycentral.co.uk.

Khabar angin tentang air sungai Quxi belum jelas hingga kini. Yang pasti, penduduk setempat tetap melakukan aktiviti seperti biasa, tanpa takut terkena impak dari pencemaran air sungai tersebut. Terbukti, sebahagian penduduk masih kelihatan mencuci pakaian di pinggiran sungai berwarna putih susu itu.

Guang Eng Setuju PSY datang Penang?


Adeehh! Kesian..kesian..cai-cai Pakatan Rakyat beriya-iya la hentam Kerajaan BN pasal kehadiran Psy Gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Macam-macam la deme kutuk habis sampai tak sedar diri. Sampai pengsan-pengsan la deme mengutuk dan menghentam. Kesian sungguh meroyan sawan..

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyokong tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengundang penyanyi popular Korea, Psy untuk menjayakan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN pada 11 Februari nanti.

Menurutnya, beliau yakin dengan kedatangan penyanyi rap itu, ia akan membantu industri pelancongan di negeri ini serta menjangka kehadiran orang ramai dari negara jiran ke persembahan berkenaan.

Lagi

Kene Belasah,Gatal dengan Bini Orang


Angkara mengikut nafsu marah dan cemburu membuak-buak kerana mengesyaki isteri mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain, seorang lelaki bersama seorang anak lelakinya bertindak di luar dugaan membelasah sehingga mati kenalan isterinya itu.

Tragedi malang yang berlaku pada pukul 11 pagi itu di satu kawasan semak samun di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena di sini kelmarin menyebabkan Hamdan Saad, 54, yang cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan lain meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Hamdan didakwa mempunyai hubungan baik dengan seorang wanita yang berusia 40-an yang dipercayai isteri kepada suspek berusia 50 tahun dan juga ibu kepada pemuda berusia 22 tahun yang terlibat dalam kejadian itu.

Selepas dibelasah, Hamdan yang tidak bekerja dikejarkan ke HSB pukul 1 petang kelmarin namun meninggal dunia selepas 12 jam dirawat di HSB.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, mangsa yang dalam keadaan tenat ditemui oleh anaknya di dalam parit di ladang kelapa sawit iaitu kira-kira 15 meter dari tempat mangsa dipukul.

Menurut beliau, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam parit ketika cuba keluar dari kawasan itu selepas cedera dibelasah.

Lagi Disini

Al Fatihah.. Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan meninggal dunia


GEORGETOWN -  Al Fatihah, Uruk mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim yang meninggal dunia pada pukul 3.45 petang semalam atas masalah komplikasi buah pinggang.

Arwah yang telah menjawat jawatan Ketua Bahagian sejak 2003 menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 60 tahun di Hospital Island,  Pulau Pinang Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada pukul 10.00 malam tadi di tanah perkuburan Sungai Bakap, Nibong Tebal.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

Sumber Penang Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...