Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 4 February 2013

Artis Jatuh Gaung ??



Diam tidak bermakna tiada lagi permintaan. Meskipun jarang mendapat publisiti, baik menerusi media cetak mahupun elektronik, rutin penyanyi Ezlynn, 31, tetap padat dengan persembahan.

Ketika ditemui di majlis prebiu filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon, Jin Pakai Toncit arahan Mamat Khalid, Ezlynn kekal energetik, bahkan ramah seperti biasa. Katanya, tawaran menyanyi, berlakon dan mengacara tidak pernah putus hingga ada yang terpaksa ditapis supaya tidak berlaku pertindihan jadual. Tidak menafikan publisiti itu penting, Ezlynn bagaimanapun berkata, artis yang sudah lama berkecimpung dalam arena seni sepertinya tidak perlu lagi bersusah payah mempromosikan diri. Lainlah jika masih baru, perlu berusaha keras memastikan bakat serta kehadirannya disedari ramai. “Zaman publisiti bercerita itu ini sudah berlalu. Tak perlulah perkara kecil pun nak cerita, lainlah kalau ada produk baru tidak kiralah sama ada single atau filem, seronok sikit nak berkongsi. “Kalau nak ikutkan, memang dari dulu lagi saya hanya akan muncul di akhbar, majalah, televisyen dan radio jika ada produk baru. Kalau tak ada cerita, tak perlu reka cerita semata-mata mahu tonjolkan diri. Itu bukan cara saya. “Kini aneka medium yang membolehkan kita berkomunikasi dengan peminat. Biasanya saya gunakan laman sosial Facebook dan Instagram. Di situlah saya berkongsi aktiviti seni dan harian saya,” katanya.


Setiap hujung minggu, kata Ezlynn, ada saja undangan menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur. Minggu ini dia ke Pulau Pinang manakala hujung minggu depan pula ke Ipoh, Perak. Sepanjang bulan ini hingga penghujung Februari, dia terikat dengan komitmen promosi filem Hantu Kak Limah: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan Fear Factor Selebriti Malaysia. Kata Ezlynn, menyanyi adalah keutamaannya selepas bidang lakonan dan mengacara. Andai tawaran menyanyi dan berlakon datang serentak, Ezlynn pasti memilih menyanyi sebab berlakon memakan masa lama. “Banyak tawaran drama terpaksa saya tolak kerana penggambaran terlalu lama. Jika telefilem, saya tidak ada masalah kerana paling lama 10 hari. “Saya berharap filem Hantu Kak Limah 2 diterima ramai. Sentuhan Mamat kali ini berbeza daripada Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. “Bagi saya, Hantu Kak Limah 2 kelakar biarpun ia lebih berat daripada karya terdahulu, malah saya suka ‘CGI’ yang menjadikan filem itu tambah menarik. “Selepas ini Animasi Bola Kampung 3D The Movie akan menyusul di pawagam. Ramai nama besar terbabit dengan projek ini termasuk Afdlin Shauki, Noh Hujan dan Deanna Yusof. Saya meminjamkan suara untuk watak utama, Iwan,” katanya yang baru selesai menjalani rakaman program Rentak Irama Muzik Jalanan di mana dia tampil sebagai juri bersama Lan Typewriter dan Andy Flop Poppy. Andai tidak terikat dengan aktiviti seni, dia gemar berbasikal bersama suami, Adam Fahmy Shamsudin, 35. Pencinta basikal mountain bike ini melakukan aktiviti sihat itu tiga kali seminggu, malah mereka aktif menyertai jambori berbasikal bukit. “Biasanya, saya kayuh basikal selama dua jam. Bermakna dalam seminggu, cecah kira-kira 100 kilometer. Aktiviti ini bukan saja bagus untuk kesihatan, ia juga membuatkan kulit saya cantik dan kurang berkedut. “Jika ada persembahan di luar Kuala Lumpur, saya dan suami pasti bawa bersama basikal. Kami akan berkayuh di tempat yang ada trek mountain bike. Kami turut menyertai jambori berbasikal bukit berskala besar. “Biasanya dalam setahun, ada lima hingga enam penganjuran. Ramai pencinta mountain bike menyertai aktiviti ini, bayangkan ada lebih 2,000 peserta masuk hutan. Kami kena redah sungai, menempuh trek mencabar dan bertembung dengan haiwan liar, termasuk ular.

“Tahun lalu, saya pernah redah sungai yang deras arusnya. Ketika itu semua peserta kena junjung basikal dan saya hampir dibawa arus. Mujur ada orang tolong selamatkan saya. “Jatuh hingga berparut dan bercalar sana sini perkara biasa. Antara insiden tidak dapat dilupakan ialah jatuh gaung. Orang tak perasan saya jatuh sampai mereka dengar jeritan saya. Kebetulan pula suami saya ketinggalan jauh di belakang. Ramai bantu tarik saya dan basikal. Mujur ketika itu tak cedera. “Paling teruk, saya pernah terjatuh sebab terlalu penat ketika berkayuh. Kepala saya rasa berpinar dan kemungkinan saya tertidur ketika berkayuh. Kepala saya terhentak batu. Helmet saya kemek. “Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Kepala saya bengang selama 10 minit dan tak dapat kawal air mata dari berhenti menitis. Apapun, pengalaman itu tidak buat saya serik,” katanya yang belum dikurniakan cahaya mata.

HMETRO

Generasi Muda Tulang Belakang Negara



MUAR 3 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak generasi muda berganding bahu dengan kerajaan membangunkan lagi negara menerusi aktiviti kesukarelaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, golongan muda boleh menyumbang dengan memanfaatkan ilmu, kemahiran dan kebijaksanaan mereka untuk bersama-sama membantu rakyat yang lemah menerusi aktiviti sukarela mengikut kecenderungan dan kegemaran mereka dalam usaha membangunkan negara.

"Bidang kesukarelaan tidak terbatas. Buatlah program membantu masyarakat mengikut kegemaran dan lakukan yang terbaik untuk bersama-sama menyumbang kepada orang ramai. Marilah bergerak sederap dalam satu barisan dan menjadi satu pasukan bersama kerajaan.

"Yang penting kita mesti ada semangat, lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban apa sahaja. Kerajaan sudah sediakan dana sebanyak RM100 juta dan geran ini akan disalurkan untuk menjayakan program dan aktiviti kesukarelaan yang akan diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan My Beautiful Malaysia peringkat negeri Johor di Stadium Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Lebih 20,000 orang khususnya golongan remaja dan belia membanjiri padang stadium berkenaan dan setia mendengar amanat Timbalan Perdana Menteri walaupun hujan renyai.

Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan dan menghargai sumbangan golongan muda memaju dan membangunkan negara khususnya dalam usaha mencapai status negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata, proses transformasi yang dilakukan kerajaan turut memerlukan sumbangan generasi muda kerana mereka sebahagian daripadanya, malah kemajuan dan pembangunan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengiktirafan ramai pemimpin dunia.

"Kita hendak majukan lagi negara dan negeri ini. Misalnya Johor kini dipandang tinggi dan menjadi tumpuan pelabur dengan adanya Iskandar Malaysia dan projek RAPID di Pengerang serta kita mempunyai khazanah untuk dibangun dan dibugarkan.

"Kita ingin menjadi negara contoh, model kepada banyak negara lain dan ramai yang mengagumi kita kerana walaupun berbilang kaum tetapi dapat hidup dengan aman, harmoni dan bersatu memajukan negara tidak seperti di beberapa negara lain yang berbalah sesama kaum mereka," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ada golongan yang mendakwa semangat kesukarelaan dalam kalangan generasi muda kian pudar dan sebagai generasi yang menjadi pemimpin masa depan mereka harus bergiat aktif dalam pelbagai bidang termasuk aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan.

UTUSAN

CINTA FIZO OMAR DAN HAAS JAAFAR ORANG KEDAH


Kisah Cinta Fizo Omar dan Haas Jaafar Orang Kedah


Selepas berteka-teki mengenai hubungan cintanya, pelakon Fizo Omar akhirnya mengesahkan sedang berkawan dengan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Haas Jaafar. Fizo, 28, berkata, mereka telah berkenalan selama beberapa tahun sebagai rakan biasa dan baru sahaja menjalinkan hubungan istimewa sejak tiga bulan lalu.

Fizo hadir ke majlis sambutan ulang tahun ke 52 Datuk Shah Rezza bersama kekasihnya itu dan tampil mengenakan pakaian dari warna sedondon iaitu putih. Dalam pada itu, Fizo berkata, sikap memahami wanita berasal dari Kedah itu telah memikat hatinya selain mempunyai pelbagai persamaan membuatkan mereka serasi. Sementara itu, Haas ketika ditanya mengenai Fizo memberitahu hubungan rapat lelaki itu dengan keluarganya telah memikat hatinya terhadap pelakon itu.

“Fizo sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan sikap tanggungjawabnya telah menambat hati saya malah dia sangat memahami dan ringkas dalam pelbagai perkara,” jelasnya yang masih menuntut di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan. Tambah Haas, dia tidak gentar dengan kemungkinan hubungan mereka akan menjadi perhatian dunia hiburan kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Fizo.

SUMBER

Parti Star Halau PR kuar sabah.

PARTI STAR DAN DATUK DR. JEFFREY KITINGAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAKATAN RAKYAT & MEMINTA PR KELUAR DARI BUMI SABAH!




Parti STAR mendesak Pakatan Rakyat Keluar dari Bumi Sabah! Presiden STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga adik kepada DSP Pairin Kitingan dalam desakannya semasa Kongres STAR di Kota Kinabalu, berkata rundingan STAR dengan Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim sudah tutup. Tiada lagi kerjasama.

Di Tawau pula, beberapa Cawangan SAPP telah dibubarkan. Ketua Bahagian SAPP Tanjung Batu, Ardi Arsah, mengisytiharkan keluar dari SAPP bersama-sama dengan lebih 20 Cawangan SAPP di seluruh Tawau.


Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Sabah???

LAgi di Mymassa

Siapa sebenarnya taja kedatangan PSy di Penang?



Sebelum ini DAP Insider telah mengeluarkan artikel mendakwa kewujudan kronisme melampau di dalam DAP. Blog tersebut mendakwa kos bangunan baru DAP Pulau Pinang adalah sebahagian 'perjanjian sulit'.

Di antaranya :
Over the next two weeks, the Board of Directors of IJM Land Berhad met and the “request” for donation of RM3 million to DAP Penang Building Fund was discussed and a decision was made that a donation of RM1.5 million was to be made instead of RM3 million. The said sum of RM1.5 million was then subsequently paid into the DAP Penang Building Fund account and Guan Eng was informed of it by IJM seterusnya

Untuk menutup sebarang persoalan tentang kos bangunan DAP itu, maka keluarlah kenyataan seperti 'kos bangunan dibantu oleh syarikta-syarikat swasta yang menyokong kerajaan DAP' dan sebagainya.

Maka apabila BN Pulau Pinang bakal menggemparkan rakyat Pulau Pinang dengan persembahan artis antarabangsa Asia Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style, kita sudah dengar pelbagai tohmahan dan pembohongan daripada media pro-pembangkang.

Yang paling kelakar sekali ialah dakwaan kononnya BN menggunakan wang awam! Satu tohmahan yang sudah dijangka dan dimainkan oleh pembangkang tetapi tidak akan berkesan langsung.

Maka, bodohlah BN Pulau Pinang jika sengaja mencari pasal menghulurkan leher atau jadi bola tanggung terutamanya berdekatan dengan PRU13 ini. TETAPI, BN Pulau Pinang telah menjangka dan memantau segala tohmahan itu dan tiada sebabnya BN Pulau Pinang sengaja mencari pasal!

Cerita Penuh :Daeng Selili

LIVE Bantuan BR1M di Dewan Changkat Batu Gajah,Perak


Live Dari Dewan Changkat Batu Gajah,Hari ini seawal jam 9.00 pagi hingga jam sekarang masih lagi berlansung bantuan penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) .Bantuan ini melibatkan rakyat yang berpendapatan rendah dan diberi sendiri oleh petugas-petugas kerajaan yang terdiri dari pada orang kerajaan sendiri.

Memang ramai tu yop terbaik lah kan .Tahniah kerajaan Malaysia,satu pendekatan terbaik dalam membantu meringankan  beban rakyat yang berpendapatan rendah.


MB KEDAH TERBAIKKK,Akan sertai UMNO.


Adakah kehadiran selamba  MB Kedah Ostat Azizan menyertai program kerajaan BN iaitu 1M4U ini boleh menyebabkan beliau dikenakan tindakan parti seperti Hassan Ali & Nasha ?

Duduk pulak bersama Menteri BN dan Pengerusi UMNO Kedah iaitu  Datuk Mat Bashah .. Maklum la sekarang ni peraturan PAS tak benarkan pemimpin mereka dekat dengan pemimpin BN seperti mana terjadi kepada Nasha yang mengikuti rombongan PM ke Gaza.

Media Uruk

Abon Masuk Longkang??



Pelawak dan pelakon terkenal, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 53, sanggup meninggalkan kenderaannya yang terbabas di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau di sini dan menumpang kenderaan lain untuk ke Dataran Pulau, Mersing, semata-mata kerana enggan menghampakan peminatnya.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Abon dikatakan dalam perjalanan ke Mersing menghadiri majlis My Beautiful Malaysia dari Gambang, Kuantan, Pahang, sebelum kereta BMW dipandunya terbabas.


Bagaimanapun, kejadian itu tidak melemahkan semangat pelawak terkenal itu, sebaliknya beliau menumpang orang ramai yang melalui jalan itu untuk meneruskan perjalanan.

Abon ketika ditemui berkata, dia enggan menghampakan ribuan peminat yang sedia menunggu di Dataran Pulau, Mersing menyebabkannya nekad meninggalkan keretanya di tempat kejadian.


“Saya baru selesai menghadiri majlis makan malam di Gambang malam semalam (kelmarin) sebelum bertolak ke Mersing pagi tadi (semalam) bagi memenuhi undangan majlis ini.


“Ketika kejadian saya memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru berhenti dan jalan licin. Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh kereta terbabas ke kanan menyebabkannya melanggar tebing tanah dan terperosok dalam longkang,” katanya.

Mati disebabkan Katak ??


Foto

Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.

Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.

Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.

Kebangkitan rakyat Kelantan


Kebangkitan rakyat Kelantan membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS yang gagal menyelesaikan pelbagai masalah termasuk isu tanah dan bekalan air bersih menjadi petanda rakyat mula sedar dan mahukan perubahan.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata masih belum terlewat bagi rakyat Kelantan membuat perubahan itu dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU)ke-13.

"Apa yang perlu, kita (anggota Umno dan BN) memperkukuh parti untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis pelancaran program 'My Beautiful Malaysia' peringkat Parlimen Jeli, di sini, Ahad.

Lebih 3,000 penduduk terdiri daripada masyarakat setempat dan pelajar sekolah menyertai program itu yang dilancarkan serentak di seluruh negara.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengulas penganjuran beberapa perhimpunan dan demontrasi rakyat secara aman termasuk oleh pertubuhan bukan kerajaan sejak akhir-akhir ini berhubung apa yang dilihat sebagai kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu-isu berkenaan.

Semalam, kira-kira 2,000 orang mengadakan perhimpunan secara aman bertema 'Selamatkan Bumi Kelantan' di Pasir Pekan, Tumpat, sebagai bantahan kepada kerajaan negeri yang didakwa merampas tanah rakyat untuk diberi kepada syarikat asing untuk dimajukan. Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, menegaskan anggota Umno dan B Nmesti bekerja kuat dan memperkasakan semangat perjuangan untuk memenangi pilihan raya umum kali ini. - KLPOS

Dikecam Hebat Peminat


TINDAKAN penyanyi rock terkenal tanah air, Awie, menubuhkan perniagaan kelab malam yang beroperasi di Ipoh, Perak, mendapat reaksi negatif dalam kalangan peminatnya.

Ramai yang mempersoalkan penglibatan Awie dalam bidang tersebut kerana bertentangan dengan hukum agama. Tampil membela diri, Awie berkata, masyarakat harus bersikap lebih terbuka dengan perniagaannya itu sementelah dia melabur wang yang banyak untuk bisnes tersebut.

Kritikan itu juga tidak menghalang vokalis kumpulan Wings itu mengembangkan lagi kelab malamnya itu, Malai Rock Station, di Kuala Lumpur, Pahang dan Johor.

Menurut Awie, perniagaan tersebut bukanlah perkara baru dan ramai orang Melayu sudah berkecimpung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget