Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Friday, 29 March 2013

Terkini !!! Jaafar Onn Dedah hasrat Kahwin dengan ...???


Jaafar Onn kahwin ibu tunggal pada Ogos 2013 - Hasrat Jaafar Onn untuk bernikah dengan mencari bakal isteri menerusi medium Facebook menjadi kenyataan apabila pelakon itu bertemu dengan seorang ibu tunggal yang sudah lama terpisah, menurut mStar.'

"Sebenarnya saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus hubungan sebelum ini. Saya memilih untuk bernikah dengannya sebelum bulan Ramadan tahun ini,"

Dalam pada itu, menjelaskan gimik yang dilakukan menerusi Facebook itu, Jaafar berkata, beliau tidak menyangka menerima 1,000 pelawaan daripada wanita yang sudi berkahwin dengannya. Namun, ramai di antara mereka mempunyai niat tidak baik dan ingin mengambil kesempatan terhadap popularitinya sebagai seorang selebriti.

"Tak kurang juga yang memberi kata-kata penghinaan tentang hasrat saya tetapi saya tidak terlalu memikirkannya kerana yakin sudah tiba masanya saya berkahwin,"

Ditanya sebab utama tertarik dengan wanita berstatus ibu tunggal itu, Jaafar berkata, dia selesa dengan sikap bertanggungjawab dimilikinya.

Saya tertarik dengan sikapnya yang suka membantu, bertanggungjawab dan memahami kerjaya saya sebagai seorang artis, Saya telah pun menemui ibu dan bapanya dan mereka tiada halangan untuk kami berkahwin malah keluarga saya juga gembira dengan perkhabaran ini,"

Saturday, 16 March 2013

Panas!!! Artis UMNO MemBelasah Imam Masjid!!!

Twitter AC MIzal

Menerusi laman Twitter milik pelakon dan pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal beberapa minit yang lalu, pelakon ini telah melahirkan rasa sedih atas khutbah yang diberikan oleh Imam di masjid yang dihadirinya sebentar tadi kerana mengutuk artis tempatan dan perkara tersebut dikatakan turut mengaibkan dirinya yang berada di dalam masjid pada ketika itu.



Dato AC Mizal
Twitter AC
Dalam pada itu, Dato AC Mizal turut melahirkan rasa kurang senangnya apabila ada sesetengah masjid menyampaikan khutbah Jumaat yang berunsurkan politik dan pengacara ini turut mempersoalkan, apakah akan berlaku sekiranya makmum di sesebuah masjid berkurangan kerana topik khutbah yang disampaikan berbaur politik sehingga membuat makmum lari?


AC Mizal
AC TwitterAC Mizal Twitter
Twitter AC

Saturday, 2 March 2013

[tergegar] Azwan Ali akan bertanding calon bebas Pilihanraya PRU 13???



kahhhh-kahhhh gelak pecah perut. Tapi itu hak dia. Negara kita kan demokrasi setiap warganya berhak untuk mngundi dan menjadi calon. Tapi kalau pakai baju ukurlah dibadan sendiri..jangan ukur kat 'perdu nyok'. Korang layanlah petikan dari Mstar. Jangan lupa sediakan tisu....

Kerana percaya dengan pengaruh yang dimilikinya, pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau menegaskan, hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Azwan, 47, menegaskan yang beliau akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya.
"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.
"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya kepada mStar Online.

Azwan yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial.

Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.
"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri," katanya lagi.
Jelas Azwan, hasratnya untuk bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.

"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh," katanya.
Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

Mstar

Wednesday, 13 February 2013

Artis belum sedia berperang


Almy Nadia

“SAYA tahu dia sudah bertunang, tetapi saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut (majlis pertunangan Fizz Fairuz).

“Selepas dia buka mulut, barulah saya akan buka mulut. Namun buat masa sekarang, saya mohon maaf banyak-banyak kerana tidak mahu mengulas mengenai perkara ini.” Begitulah kenyataan yang diberikan aktres, Almy Nadia berhubung majlis pertunangan bekas kekasihnya.

Hujung minggu lalu, berita pertunangan pemenang Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011), Fizz Fairuz mengejutkan banyak pihak.

Bukan hanya kerana bertunang senyap-senyap, tapi wanita yang menjadi pilihan Fizz bukanlah aktres, Almy Nadia. Sebaliknya, seorang gadis berasal dari Pahang bernama, Azlyn Massiela Mohd Nazar.

Pertunangan Fizz itu dilihat sesuatu yang cukup mengejutkan apabila pelakon yang terkenal dengan watak Aidil dalam drama rantaian Nur Kasih itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk melamar Almy selepas memenangi trofi ABP2011.

Namun begitu, tatkala ditanya Zass mengenai perasaan dan penerimaannya berhubung pertunangan Fizz, Almy berkata, dia akan menyimpan sahaja segala gejolak rasa dan hanya akan membuka mulut apabila tiba masanya nanti.

Monday, 4 February 2013

Artis Jatuh Gaung ??



Diam tidak bermakna tiada lagi permintaan. Meskipun jarang mendapat publisiti, baik menerusi media cetak mahupun elektronik, rutin penyanyi Ezlynn, 31, tetap padat dengan persembahan.

Ketika ditemui di majlis prebiu filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon, Jin Pakai Toncit arahan Mamat Khalid, Ezlynn kekal energetik, bahkan ramah seperti biasa. Katanya, tawaran menyanyi, berlakon dan mengacara tidak pernah putus hingga ada yang terpaksa ditapis supaya tidak berlaku pertindihan jadual. Tidak menafikan publisiti itu penting, Ezlynn bagaimanapun berkata, artis yang sudah lama berkecimpung dalam arena seni sepertinya tidak perlu lagi bersusah payah mempromosikan diri. Lainlah jika masih baru, perlu berusaha keras memastikan bakat serta kehadirannya disedari ramai. “Zaman publisiti bercerita itu ini sudah berlalu. Tak perlulah perkara kecil pun nak cerita, lainlah kalau ada produk baru tidak kiralah sama ada single atau filem, seronok sikit nak berkongsi. “Kalau nak ikutkan, memang dari dulu lagi saya hanya akan muncul di akhbar, majalah, televisyen dan radio jika ada produk baru. Kalau tak ada cerita, tak perlu reka cerita semata-mata mahu tonjolkan diri. Itu bukan cara saya. “Kini aneka medium yang membolehkan kita berkomunikasi dengan peminat. Biasanya saya gunakan laman sosial Facebook dan Instagram. Di situlah saya berkongsi aktiviti seni dan harian saya,” katanya.


Setiap hujung minggu, kata Ezlynn, ada saja undangan menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur. Minggu ini dia ke Pulau Pinang manakala hujung minggu depan pula ke Ipoh, Perak. Sepanjang bulan ini hingga penghujung Februari, dia terikat dengan komitmen promosi filem Hantu Kak Limah: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan Fear Factor Selebriti Malaysia. Kata Ezlynn, menyanyi adalah keutamaannya selepas bidang lakonan dan mengacara. Andai tawaran menyanyi dan berlakon datang serentak, Ezlynn pasti memilih menyanyi sebab berlakon memakan masa lama. “Banyak tawaran drama terpaksa saya tolak kerana penggambaran terlalu lama. Jika telefilem, saya tidak ada masalah kerana paling lama 10 hari. “Saya berharap filem Hantu Kak Limah 2 diterima ramai. Sentuhan Mamat kali ini berbeza daripada Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. “Bagi saya, Hantu Kak Limah 2 kelakar biarpun ia lebih berat daripada karya terdahulu, malah saya suka ‘CGI’ yang menjadikan filem itu tambah menarik. “Selepas ini Animasi Bola Kampung 3D The Movie akan menyusul di pawagam. Ramai nama besar terbabit dengan projek ini termasuk Afdlin Shauki, Noh Hujan dan Deanna Yusof. Saya meminjamkan suara untuk watak utama, Iwan,” katanya yang baru selesai menjalani rakaman program Rentak Irama Muzik Jalanan di mana dia tampil sebagai juri bersama Lan Typewriter dan Andy Flop Poppy. Andai tidak terikat dengan aktiviti seni, dia gemar berbasikal bersama suami, Adam Fahmy Shamsudin, 35. Pencinta basikal mountain bike ini melakukan aktiviti sihat itu tiga kali seminggu, malah mereka aktif menyertai jambori berbasikal bukit. “Biasanya, saya kayuh basikal selama dua jam. Bermakna dalam seminggu, cecah kira-kira 100 kilometer. Aktiviti ini bukan saja bagus untuk kesihatan, ia juga membuatkan kulit saya cantik dan kurang berkedut. “Jika ada persembahan di luar Kuala Lumpur, saya dan suami pasti bawa bersama basikal. Kami akan berkayuh di tempat yang ada trek mountain bike. Kami turut menyertai jambori berbasikal bukit berskala besar. “Biasanya dalam setahun, ada lima hingga enam penganjuran. Ramai pencinta mountain bike menyertai aktiviti ini, bayangkan ada lebih 2,000 peserta masuk hutan. Kami kena redah sungai, menempuh trek mencabar dan bertembung dengan haiwan liar, termasuk ular.

“Tahun lalu, saya pernah redah sungai yang deras arusnya. Ketika itu semua peserta kena junjung basikal dan saya hampir dibawa arus. Mujur ada orang tolong selamatkan saya. “Jatuh hingga berparut dan bercalar sana sini perkara biasa. Antara insiden tidak dapat dilupakan ialah jatuh gaung. Orang tak perasan saya jatuh sampai mereka dengar jeritan saya. Kebetulan pula suami saya ketinggalan jauh di belakang. Ramai bantu tarik saya dan basikal. Mujur ketika itu tak cedera. “Paling teruk, saya pernah terjatuh sebab terlalu penat ketika berkayuh. Kepala saya rasa berpinar dan kemungkinan saya tertidur ketika berkayuh. Kepala saya terhentak batu. Helmet saya kemek. “Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Kepala saya bengang selama 10 minit dan tak dapat kawal air mata dari berhenti menitis. Apapun, pengalaman itu tidak buat saya serik,” katanya yang belum dikurniakan cahaya mata.

HMETRO

Saturday, 2 February 2013

Mak Lang Datang Kompang Bergendang ???


Nabil Ahmad

BILA bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha sendiri atau tentukan pasangan hidup sendiri. Namun, apabila si ibu yang sudah tidak sabar untuk mencarikan calon isteri untuk anaknya malah meletakkan syarat bahawa bakal menantunya haruslah dilengkapkan dengan ciri-ciri seorang perempuan melayu terakhir, apakah yang akan terjadi nanti? Menerusi slot Senda Pagi, saksikan drama bersiri komedi baru Mak Lang Datang Kompang Bergendang, setiap Isnin jam 10 pagi, di TV3.

Drama bersiri 13 episod terbitan arahan Jet Lee ini dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Nabil Ahmad, Leez Rosli, Norman Hakim, Norseha, Wan Raja, Acong, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan tentang Mak Lang (Fauziah Nawi) yang terkenal sebagai pakar mencari jodoh di kampungnya. Tugasan baru Mak Lang ialah mencari si gadis Melayu terakhir untuk anak lelaki Che Yah (Norseha) iaitu Fitri (Nabil). Fitri tidak bersetuju kerana dia sudah mempunyai kekasih dan tidak akan berpisah dengan gadis tersebut. Fitri ‘bersumpah’ bahawa dia tidak akan berkahwin dengan gadis melainkan kekasihnya.

Bagaimana Mak Lang menyelesaikan masalah ini? Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri komedi Mak Lang Datang Kompang Bergendang di slot Senda Pagi!

Friday, 1 February 2013

Sharnaaz cabar ND Lala jumpa berdepan, jangan pusing cerita


Jadilah seperti seorang lelaki” adalah antara kenyataan balas yang dikeluarkan sendiri oleh Sharnaaz Ahmad kepada ND Lala yang juga merupakan bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.

Menurut pelakon yang sedang hangat dengan filem Juvana ini, Sharnaaz mengaku bahawa dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibubapa Shila. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.

“Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.”

Artikel Penuh; SINI

Thursday, 31 January 2013

Artis Bangga jadi Penganggur


PELAKON Anne Hathaway memberitahu dia gembira kerana sedang “menganggur” kerana aktiviti itu membolehkan dia berehat seketika daripada dunia lakonan.

Aktres berusia 30 tahun ini memberitahu Access Hollywood, walaupun dia telah mempunyai beberapa projek untuk tahun ini tetapi dia amat gembira apabila diberitahu kerja berkenaan ditangguhkan.

"Berita semua projek itu ditangguhkan adalah sangat baik kerana saya dapat meluangkan lebih masa bersama suami dan anjing peliharaan di rumah kami di New York," jelasnya.

Kata Anne, ini adalah masa paling sesuai untuk dia berehat dan mengadakan lebih banyak jamuan makan malam di rumahnya bersama rakan-rakan dan keluarga.

Mstar

Wednesday, 30 January 2013

Kurang Senang Ada Pihak Cetuskan Provokasi??


 Pelakon Tasha Shilla berasa hairan dengan sikap segelintir pihak yang terus mencetuskan pelbagai isu bagi membangkitkan kemarahannya termasuklah melakukan provokasi.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, walaupun dia tidak pernah melayan atau melenting dengan isu-isu yang timbul sepanjang tahun lalu, senario itu masih berlanjutan sehingga kini.

“Saya sendiri berasa hairan kenapa orang terus berusaha melakukan provokasi menerusi pelbagai isu semata-mata untuk melihat saya melenting?

Artikel Penuh :Mstar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...