kahhhh-kahhhh gelak pecah perut. Tapi itu hak dia. Negara kita kan demokrasi setiap warganya berhak untuk mngundi dan menjadi calon. Tapi kalau pakai baju ukurlah dibadan sendiri..jangan ukur kat 'perdu nyok'. Korang layanlah petikan dari Mstar. Jangan lupa sediakan tisu....
Kerana percaya dengan pengaruh yang dimilikinya, pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau menegaskan, hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.
Azwan, 47, menegaskan yang beliau akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya.
"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.
"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya kepada mStar Online.
Azwan yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial.
Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.
"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri," katanya lagi.
Jelas Azwan, hasratnya untuk bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.
"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh," katanya.
Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.
Mstar
No comments:
Post a Comment